Tiada yang Maha Berkuasa melainkan Allah. Pemilik sekalian alam ini.... yang memberikan segala hikmah dan rahmat kepada hambanya walaupun pada zaman ini hamba-hambaNya itu ramai yang engkar...
pasti ramai yang sedar betapa lama saya sunyi dari menulis. Sunyi dari memberi komen di beberapa blog.... malah lebih sunyi di dalam laman sosial FB. Ya. ada yang maklum saya memulakan perniagaan percetakan baju. namun bukan itu tujuan cerita saya kali ini...
Blog Abuhakeem ini kebanyakkan kisahnya berdasarkan diri saya... Ya, saya seronok berniaga. Alhamdulillah pelanggan walaupun masih tidak ramai, tapi tidak putus lebih dari seminggu. Kebanyakkan hari sabtu dan ahad saya habiskan untuk menyiapkan tempahan. Jika dahulu saya lebih banyak merayau mengedarkan risalah, pergi mencari-cari orang-orang tua dimasjid untuk berborak untuk mengorek kisah-kisah hidup mereka, dan bersama keluarga, kini saya sibuk. ya perkataan yang keluar ialah SIBUK.
sibuk sangat sehingga setiap kebiasaan yang saya buat sudah saya lupa langsung. kecuali membawa keluarga bersiar-siar (dulu siang sekarang jalan-jalan malam lepas maghrib). Saya sentiasa risaukan perniagaan saya. Ialah, orang baru bertatih. dugaan dan cabaran yang diterima masih belum dapat diukur tahap kemampuan diri menghadapinya.... malah tidak kurang juga ambisi saya yang semakin besar. Saya bercita-cita nak memiliki bengkel, dan kedai sendiri.... lebih banyak saya fikirkan ambisi saya dari saya fikirkan perkara-perkara yang dahulu saya sering fikirkan.....
....
....
....
27.09.2011
saya di Taiping. berkursus... itupun jenuh saya memohon untuk tidak pergi dan jenuh merayu rakan-rakan pejabat untuk menggantikan saya semata-mata ada tempahan yang perlu saya siapkan sebelum 4hb oktober.... dan saya berkursus sehingga 30.09.2011....
Alhamdulillah... Allah perancang terbaik. Sejurus tiba di Taiping, saya memberi khabar diri kepada saudara Khairul Nizam Morsidy (blogger The Seven String) rakan karib saya yang bekerja di sana. Satu jawapan positif dari beliau. Kami berjumpa selepas Isyak pada hari kedua saya disana. hari raya yang lepas pun saya tak jumpa dia... seronok rasanya dapat jumpa kawan berbalah ni... hehehe .... berbalah?
Saya dan Khairul sgt rapat dari zaman persekolahan... belajar di sekolah, Institut sama. Kerja partime dan full time pun sama.... :)
Namun apa yang saya sedari, kami sering berbalah... rasanya kalau orang lain lihat kami berbual di kedai kopi mesti ada yang sangka kami bergaduh besar.... walhal hanyalah diskusi-diskusi dari hati masing-masing... pelik... tapi inilah rakan saya... dan inilah juga hasil kami sering berdiskusi "bermati-matian"....
setelah pulang dari berjumpa Khairul dan berjalan kaki ke penginapan yang jaraknya lebih dari 500 meter ditengah malam, saya berfikir dan terfikir.... betapa lamanya saya tidak berjumpa Ustaz-ustaz yang sering buat kuliah subuh, maghrib dan isyak.... sangat lama!
Saya mula teringatkan kisah hidup dan rutin saya 4 bulan kebelakang... namun saya masih "hanya" teringat... dan seperti kebiasaan, saya tetap terkenang kesungguhan saudara Khairul dalam perjuangannya.... hemmmmm.....
seperti orang gila kerja.... sebaik pulang dan melepas rindu pada anak-anak dan keluarga, saya terus menyusun format kerja untuk menyiapkan tempahan baju sejak malam hari Jumaat lagi (saya sampai rumah pada pukul 7.30pm)... namun ingatan ketika saya berjalan-jalan keseorangan malam berjumpa saudara Khairul itu masih sering cuba-cuba interframe dalam bayangan fikiran.... saya degilkan diri dengan memberi halwa hati... "aku cari duit untuk kesenangan keluargaku.... aku bukan orang senang...."
hari sabtu saya abdikan diri seluruh siang bersama anak lelaki dirumah. bukan melepak tapi meyiapkan tempahan. anak lelaki saya asyik menonton rancangan tv... tidak saya peduli cerita apa yang ditonton.... berbeza tika dahulu... sering saya pantau rancangan-rancangan tv untuk dia...
Pada suatu malam.....
saya tidak pasti siapa yang menonton... tapi saya menonton kerana isteri saya menontonnnya.... sabtu selepas majalah tiga malam tu... Kisah kehidupan... biasa la drama melayu.. tapi yang ini memang pelik.. hingga saya berhenti dari membuat kerja... adakah kerana ceritanya? salah satu faktor... tapi yang membuatkan saya menoleh untuk menonton adalah kerana latar bunyi drama itu....
Asma Ul-Husna....
Maha Suci Allah... 4-5 bulan lepas saya sering letakkan dan ucapkan Asma Ul-Husna ini dibibir saya setiap hari.... setiap malam... latar bunyi cerita itu betul-betul seperti halilintar menyedarkan saya... betapa saya.... entahlah.... saya sendiri tidak tahu perkataan yang tepat... malu dan takut pada Allah.....
lalu saya mengikuti cerita itu walaupun sudah suku perjalanan drama itu. Sesiapa yang nak tahu lanjut drama tu, boleh search kat web ... judulnya Surah Al-Fatihah. Walaupun watak Nasir Bilal Khan ada yg kata extreme (pasal ibadat hingga tak kerja.. anaknya yg kerja walhal masih sekolah rendah) saya tak port sgt kata budak muda....
maaf blogger gambar nie.. tak minta izin.... kredit untuk pemilik gambar ini .. erm.. blog kepala bergetar ker?
tapi dalam cerita itu sekali lagi saya disedarkan.... watak Nasir Bilal Khan dan anak kecilnya membuat kerja amal yang cukup sinonim dan selesa dengan diri saya.... sekurang-kurangnya beberapa bulan lalu..... RISALAH... beliau dan anaknya mengedarkan risalah kepada orang ramai... sehingga risalah terakhir anaknya menyelamatkan seorang wanita dari membunuh diri dimana ayahnya tak keluar mengedar risalah kerana hujan... namun anak kecil itu meredah ribut semata-mata untuk mengedar risalah walaupun tidak bergaji hatta RIBUT melanda!
Ya !!! itulah kisah permulaan saya bergelumang mengedarkan risalah dan menampal risalah dan mengeluarkan VCD dakwah untuk diletakkan sembunyi-sembunyi di warung-warung wrestling dan karaoke dangdut. itulah kisah yang amat memotivasikan diri saya dahulu.... pasti pembaca pernah tahu kisah tersebut bukan.... kisah seorang ayah dan anak yang mengedarkan risalah dan .... sebak saya nak menulis dan meneruskan coretan kali ini...
Adakah itu amaran dan peringatan Allah pada saya? tentang alpanya saya mengejar harta dunia? tentang saya meninggalkan kerja-kerja yg pernah terdetik sekali saya mengharapkan orang lain yang buat supaya saya dapat mencari rezeki Allah dengan perniagaan.... nafsu manusia tidak akan puas.....
.......
.......
.......
dan saya manusia itu.....
ampunkan saya ya Allah.....
ampunkan saya ya Allah.....
ampunkan saya ya Allah.....
......
-abuhakeem-
4 comments:
takdo la berbalah mana pun... lebih tepat kita kata sebgai berbincang. berbincang sesuatu yang tak merugikan hati dan akal aku.
sbenarnya ko ni banyak menyedarkan aku yg kengkadang aku tak nampak kelemahan aku selama ni.
ko banyak buatkan aku jadi makin rendah diri.
alhamdulillah.
"berbalah" pada mata orang lain saudara dan sahabat ku... :)
kerana sering aku melihat org sekeliling (habit dari dulu suka melihat org...) yg rasa cuak@uncomfort@mencuri dengar... diskusi kita...
sebab tu aku bubuh ( " )... dan bukan aku yg menyedarkan... tapi kau yg sering memberikan idea segar dan isu yg sering kita terlepas pandang.... walaupun dimata orang lain nampak remeh tapi kadang2 hal remeh itulah 'root' of the social massacre!
aku suka guna perkataan xtreme kadang2 rul...
dan pertemuan terbaru kita memang betul2 mengembalikan memori aku tentang pergi kuliah... kalau kita tak berdebat aku pasti tak ingat kata2 ustaz aku... dan aku akan terus leka mencari duit tanpa menetapkan niat...
tq saudaraku!
-abuhakeem-
Kisah yg tuan tonton itu, jalan ceritanya diambil dpd kisah benar yg berlaku di england, kalau tak silap sy di manchester..kisah imam dan anaknya yg selalu mngedar pamplet ttg islam. Asbab anaknya yg mngedar pamplet ketika hujan itu mnyebabkan sorg telah mmeluk islam dan tselamst dpd mbunuh diri..
Ya betul saudaraku.... dimana ayahnya keberatan hendak pergi ketika cuaca tidak mengizinkan....dan kisah itu diceritakan ketika didalam satu majlis oleh wanita tersebut...
-abuhakeem-
Post a Comment