Thursday, June 24, 2010

Adil dan Ilmu


Alhamdulillah Allah memberi lagi kesempatan untuk saya meneruskan menulis artikel yang tak seberapa buat kali ini lagi....

Khamis yang lepas saya menghadiri perhimpunan bulanan tempat kerja saya. saya hanya penjawat awam biasa sahaja, dan kebiasaannya di tempat saya, perhimpunan dimulakan dengan tazkirah ustaz tempat saya.Artikel kali ini adalah petikan dari tazkirah Ustaz Abd Rahim bin Yaacob di tempat saya bertugas. Beliau tak bagi tajuk (atau saya yg tak dengar dia bg tajuk), tapi ia melibatkan Keadilan dan Ilmu yang disampaikan.
Bermula Tazkirah dengan Ustaz ceritakan 3 kisah. Kisah pertama dan ketiga adalah pengalaman ustaz sendiri ketika bertugas disebuah sekolah Arab di Kluang.
Kisah Pertama
Kisah nie menceritakan ustaz dilantik sebagai guru disiplin di sekolah beliau. dan dengan penuh amanah dia sebolehnya cuba melaksanakan tugasnya sebaik mungkin dan sepenuh dedikasi dengan niat untuk menjadikan pelajar2 disitu sebagai muslim dan muslimah yang soleh, InsyaAllah. Nak jadik cerita, beliau akan merekod segala kesalahan murid yang melakukan kesalahan, rekod tarikh, masa, tempat dan kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang diberikan. Maka satu hari tu salah seorang pelajar yg cukup bermasalah dan sering dikenakan tindakan tatatertib oleh ustaz telah mengadu kat makcik dia (kebetulan makcik dia ustazah kat situ gak). So ustazah tu dah repot kat Pengetua yang bernama Ustaz Kamal. Ustaz Kamal pun setelah menerima laporan memanggil Ustaz Abdul Rahim dan pelajar yg terlibat. biasanya kalau kena panggil Pengetua, Ustaz Abd Rahim akan membawa buku rekod tatatertib / disiplinnya. So, berceritalah Pengetua hal pengaduan Ustazah yang mengatakan Ustaz Abd Rahim nie tak berlaku adil dengan pelajar a.k.a anak sedara dia. Ustaz Abd Rahim pun mengemukakan segala tindakan disiplin yang diambil adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Jadi... terbuktilah pelajar tu buat cerita jer... dan bermohon maaf la Ustazah dengan Ustaz Abd Rahim... pengajarannya... tunggu sampai abis kisah ketiga.
Kisah Kedua
Kisah nie berlaku ketika Zaman Khalifah Saidina Umar r.a. satu hari Saidina Ali r.a telah mendatangi Khalifah mengadu baju perangnya dicuri oleh seorang Yahudi. dan Khalifah telah memanggil yahudi tersebut bersama Saidina Ali r.a untuk perbicaraan kes berkenaan. Namun Saidina Ali r.a gagal mengemukakan bukti yahudi tersebut mencuri baju perangnya, maka Khalifah pun memutuskan yahudi itu tidak bersalah dan lepaslah dia dari hukuman mencuri.
setelah tamat, yahudi itu mendatangi Saidina Ali r.a dan mengaku dialah yang telah mencuri baju perang itu, dan dia mengaku kerana kagum terhadap keperibadian Khalifah yg sgt adil dan Saidina Ali r.a memaafkan tindakan yahudi itu dan menghadiahkan baju perang itu. oleh kerana sgt2 terharu dan kagum, yahudi itu pun memeluk Islam. Allahuakhbar.


Kisah Ketiga.
Nie pun kisah Ustaz Abd Rahim. kisah seorang pelajar yg bermasalah dan selalu kena tindakan tatatertib. nak jadik cerita, setelah sekian kali melakukan kesalahan dan masalah disiplin, pihak sekolah pun memanggil ibu dan bapa pelajar tersbut. Maka, berhimpun la mereka (pelajar, ibu dan bapa, Ustaz Abd Rahim dan Pengetua) di bilik Pengetua. setelah dijelaskan perihal masalah yg timbul, si bapa pelajar pun memarahi anaknya dengan tegas dan ikhlas. si bapa benar2 inginkan perubahan pada anaknya dan berterimakasih kepada pihak sekolah kerana 'alert' dan prihatin kat anak dia, namun tiba2 si ibu pula tidak menerima tindakan si bapa tadi. dan seboleh mungkin menagtakan tindakan anaknya tidak salah dan kesalahannya tidak seberapa....

okeh tamat sementara kisah tersebut....

pengajaran dalam tazkirah itu ialah, pertama Ustaz Abd Rahim tegaskan, setiap perbicaraan perlulah dengan tindakan adil mendengar dari kedua belah pihak. Maka tindakan Ustaz Kamal (Pengetua) memanggil keseluruhan pihak yg terlibat untuk duduk bersama menyelesaikan perkara berbangkit amat lah wajar dan bagus! sepatutnya Ustazah tersebut mengadu terlebih dahulu pada Ustaz Abd Rahim dan mendapatkan penjelasan sebenar tanpa membuat tuduhan berdasarkan satu pihak sahaja (anak sedara dia).

adakah Ustaz Abd Rahim suka2 nak bagi tindakan disiplin? TIDAK. beliau kata tugas seorang pendidik / pensyarah di tempat mana2 pengajian adalah memastikan pelajar mendapat ilmu yang benar dan dididik dengan persekitaran yang adil dan sihat. kalau pengajar pun tak adil dan berperangai buruk, macamana anak murid yang jadik insan yang baik...?

lihat bagaimana kesannya satu tindakan yang adil, sehingga yahudi pun boleh terharu dan kagum pada sistem Islam yang sgt adil. Walhal Khalifah Umar r.a tahu Saidina Ali r.a itu seorang yg amat zuhud, terkenal dengan amanah, jujur dan segala sifat2 yang terpuji dan tidak mungkin berbohong dan melakukan tuduhan yang palsu, namun kerana adillah ia tetap menghakimi kes yahudi itu dengan sgt adil! malah siapa tidak tahu perangai kaum yahudi yang penuh tipu daya?

didalam mendidik dan bersikap adil ini kita kena lihat dari sudut mengajar, keikhlasan untuk kita mengajar dan menyampaikan ilmu. sifat berat sebelah dan dikriminasi selalunya akan membawa kepada putus penyelesaian masalah. malah akan menambah masalah. dan lebih teruk melarutkan / memanjang2kan masalah....
lihat tindakan si ibu itu, kerana tindakannya tidak menerima kesalahan anaknya dan tidak sudi untuk bersama si bapa serta pengajar untuk mendidik anaknya, akhirnya anaknya telah dibuang sekolah kerana kesalahan yang lebih besar yang memperuntukan hukuman dibuang sekolah... sekarang sape yang menyesal?

ilmu itu adalah saham selepas kita mati kelak.. ilmu yang baik jika disampaikan akan memastikan ganjaran amal kita tidak terputus walaupun kita dah mati kelak, InsyaAllah. dan sikap adil sesama manusia itu akan menghiburkan hati sesama manusia dan mengharmoni komuniti sesuatu tempat.

Ustaz Abd Rahim juga menegaskan, jgnlah kita hanya mengajar ilmu yang kita arif tapi meninggalkan sikap untuk membentuk keperibadian seseorang pelajar.
InsyaAllah, dimasa lain saya berminat nak membicarakan tentang Teori Konspirasi. tapi saya tiada konspirasi yg nak diulas, tapi saya ada cerita disebali beberapa blog/web yang amat anti denga para pengkaji teori konspirasi. saya amat berminat untuk mengulas beberapa dakwaan mereka itu yang mengatakan perkara2 buruk pada pengkaji (kata2 kesat). adakah kita perlu memburukkan seseorang yang memberi kita ilmu? dan cara macamana kita menapis ilmu itu? adakah hanya Al-Quran dan kitab Hadith sahaja yang boleh kita kaji?
jumpa lagi InsyaAllah minggu depan.

Laillahaillallah.

Tuesday, June 15, 2010

Mereka berdagang dengan Allah S.W.T

dengan nama Allah yg Maha Mengasihani Hamba2Nya dan selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.Kali ini saya nak review sebuah buku. buku nie murah jer. dan pasti tak menarik minat pembaca yang sukakan kisah2 mendayu2 dunia hiburan atau cerita artis2... tapi akan ada sekumpulan hamba2 Allah yang akan menjadikan beberapa tokoh dalam buku ini sebagai rujukan dan sandaran semangat untuk dihari2 yang lain, InsyaAllah... buku ini saya beli kat kedai buku Popular (saya lebih suka pergike toko atau kedai biasa) kebetulan ketika cari kamus 3 bahasa.

Buku ini berjudul PAHLAWAN ISLAM KONTEMPORARI.
ditulis / dikarang / nukilan Sdri Atriza Umar. cetakan pertama pada Februari 2010. Menariknya buku ini ia menceritakan kisah2 perjalanan dan sedikit bibliografi para Pejuang dan Pahlawan Islam Kontemporari. (kontemporari = pada masa kini, baru kini, zaman kini / dalam zaman yg sama) sungguh saya memang suka buku2 dan kisah2 seperti ini.
didalamnya terdapat riwayat 10 para pejuang yang melebihi urusan agamanya dari urusan duniawi.. 10 orang Pahlawan yang kental dengan perjuangan fi-sabilillah. 10 orang penegak tiang Islam yang tidak sedikit pun gentar untuk mendagangkan nyawa mereka kepada yang Maha Kuasa.


1. Lelaki Yang Meminang Bidadari - Dzokhar Musayevich Dudayev

beliau adalah seorang Jeneral di Angkatan Udara Soviet Union. dan berjuang menentang kekejaman pemerintahan Soviet Union sehingga la Rusia. salah seorang pejuang Islam dari Chechnya. Beliau la yg telah memimpin rakyat Chechnya menentang kuasa komunis dan mencorakkan kerajaan Islam di Chechnya. kisah sedih banyak menyelubungi perjalanan beliau dalam meneruskan kerajaannya... kerana kekejaman Boris Yeltsin yg sewenang2nya menjarah kedaulatan Muslimin Chechnya...
beliau menemui syahid ketika bercakap di telefon setelah Rusia dengan kerjasama Satelit Amerika menemui titik koordinat beliau dan syahid la Pejuang Kebebasan Chechnya itu di bom dari pesawat Sukhoi SU-25, di kampung Gekhi Chu 20 meter arah selatan kota Grozny. kemudian terdengar tangisan dariseluruh pelusuk Chechnya... seluruh ibu2 dan bapa2 seperti kehilangan anak mereka....


2. Lelaki Yang Sangat Merindukan Syurga - Ibnul Khattab

nama sebenar beliau ialah Samer Saleh Abdullah Al-Suwailim. saya rasa tak payah cerita panjang. pasti ramai yang tahu kisah Ibnul Khattab ini. ketika dibawah umur lagi beliau telah menyertai jihad fi-sabilillah di Afghanistan! kemudian meneruskan perjuangan ke bumi Chechnya. dan menemui syahid yang diidam2kan disana setelah diracun oleh pengkhianat dan tali barut Rusia!

saya amat minat pada kisah2 As-Syahid ini dan dahulu ketika dapat melayari web jihad qoqaz, nama Ibnul Khattab ini sering muncul dan beliau juga membuat rakaman2 video jihad di Chechnya. sering jugak saya download. :)


3. Menyusul Kaki Menunggu Di Taman Syurga - Abdallah Syamil Salmanovich Basayev

lebih dikenali sebagai Imam Syamil. namun jgn keliru dengan Imam Syamil. terdapat 2 Imam Syamil di Chechnya dan kedua-dua adalah pahlawan jihad yang ulung!
sebelum itu, beliau dan adiknya sering berjihad membantu sdr SeIslam... sebelum kembali ke Chechnya, beliau berjihad di wilayah Muslim Abkhazia. setelah jeneral Dzokhar Musayevich Dudayev menjadikan Islam sebagai asas negara Chechnya, beliau dan adiknya pulang untuk bersama2 mempertahankan kedaulatan Islam di tanah tumpah mereka.

kaki kanan beliau telah lebih awal menunggu di syurga selepas terpijak satu jerangkap samar pada Februari 2000. kemudian beliau telah pergi menuntut kakinya setelah Syahid ketika traknya meletup. beliau adalah seorang pahlawan yg sgt tabah, setelah Rusia bertindak dengan membunuh seluruh keluarganya!


4. Guru Para Syuhada - Hassan Al-Banna

siapa yang tidak kenal dengan nama ini? buku ini menceritakan kisah2 yang penuh mengujakan tentang seorang mujahid yang tekun menyelamatkan sdr seIslamnya dari kehidupan yang sia-sia. kisah bagaimana beliau tekun mengerjakan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan pastinya tentang Ikhwanul Muslimin! buku ini juga menunjukkan, sikap2 org yg tamakkan harta dan pangkat yg sanggup membunuh sdr seIslam dan menjadi anjing yg diikat leher oleh para Yahudi Zionis, Imperialis dan penjajah2 kedaulatan Islam!

As-Syahid Hassan Al-Banna terkorban ditembak bertubi2 dihadapan pejabat Ikhwanul Muslimin. konspirasi yg telah dirancang... ketika itu juga bekalan elektrik hospital diputuskan, doktor dan jururawat diancam agar tidak memberi pertolongan. maka gugur la Syuhada yang terkenal ini... lokasi pengebumiannya juga dirahsiakan oleh pihak pemerintah mesir!
ketika hidup As-Syahid, Ikhwanul Muslimin berjaya menghantar lebih 10 ribu sukarelawan jihad ke Palestin dan kesinambungan Ikhwanul Muslimin terus berlangsung walaupun diancam di seluruh dunia. InsyaAllah.


5. Lelaki Yang Bersyahadat Dengan Hidupnya - Sayid Qutb

Satu lagi nama besar dalam Jihad Fi-sabilillah. saya tak nak cerita panjang, namun saya ingin masukkan satu petikan yang ada didalam buku ini berkenaan hari ketika As-Syahid ingin digantung sampai mati. ia sgt memberi kesan kepada saya...

[detik-detik menjelang hukuman gantung, Sayid Qutb telah menyerahkan segalanya pada Allah swt. Beliau pasrah serta merasa begitu bahagia. Sebentar lagi beliau akan bertemu dengan Tuhannya. Sebentar lagi beliau akan bersama Penciptanya.
Seorang petugas sesi hukuman gantung itunaik ke atas pelantar hukuman gantung. Kepada Sayid Qutb dia berkata dan meminta yang dihukum untuk mengucap syahadat, 2 kalimah yang akan menjadi saksi, begitu kata petugas itu. Tetapi Sayid Qutb tidak bergerak. Bibirnya terkatup,tidak keluar sepatah kata bahkan dari mimiknya pun tidak juga. Petugas tersebut kembali meminta agar Sayid Qutb mengucap syahadat. tetapi tetap seperti tadi. Sayid Qutb diam seribu bahasa. Dan sekali lagi petugas itu mendekatkan bibirnya ke telinga Sayid Qutb dan memintanya mengucapkan syahadat sebelum tali gantungan dieratkan.
Kali ini sayid Qutb mengerling matanya dengan tajam sekali ke mata petugas tersebut. Tajam hingga ke dasarnya. tatapan yang menggentarkan. tatapan yang membuat sesiapa pun yang memandangnya akan gementar ketakutan.
Dengan perlahan lalu Sayid Qutb berkata, "kau tahu mengapa aku berdiri dihujung tiang gantungan dan menunggu mati?"
Tidak ada jawapan. Dan memang Sayid Qutb tidak menunggu jawapan dari petugas tersebut.
"Aku berdiri di sini, dihujung umurku ini, bukan sahaja kerana mengucapkandua kalimah syahadat. Aku berdiri disini, dibawah tali gantung ini justeru setelah melaksanakan syahadat semampu yang aku dapat!" ujar Sayid Qutb dengan suara berat dan keras.
Seketika, kaki petugas itu gementar tidak dapat menampung diri, dia bergegas turun dari pelantar. Kakinya begitu gementar. Sangat gementar. sehingga dia tidak dapat menyembunyikan rasa takut pada riak wajahnya. Para hadirin yang hadir bertanya kepadanya, dia hanya menjawab dengan singkat " lelaki itu benar!! lelaki itu benar!!!"]


6. Lelaki Yang Menjadikan Jihad Sebagai Urusan Keluarga - Syeikh Abdullah Yusuf Azzam

seorang lagi mujahid yang amat saya kagumi. Beliau berjaya mendidik seluruh keluarganya
untuk berjihad dan mencitai syahid! anaknyaHudzaifah masih lagi berkeliaran merekrut para mujahidin dari seluruh dunia. hidup As-Syahid ini langsung bertunjangkan kepada kecintaan terhadap dunia jihad dan Islam. sukar nak bayangkan jika para pemimpin kita begini... :)

Beliau menemui syahid ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan khutbah Jumaat. kereta yang dinaiki beliau telah meletup akibat sebuah TNT seberat 20kg yg ditanam dilaluan harian As-Syahid. kutanya letupan itu menyebabkan 2 anak As-Syahid berkecai, namun As-Syahid hanya terlantar ditembok dan mengeluarka sedikit darah di bibirnya sahaja.
kata-kata akhir beliau amat sadis bagi saya yang hidup aman damai di dunia...

"Saya seperti baru berumur 9 tahun sahaja. 7 tahun setengah saya gunakan umur saya untuk berjihad di Afghanistan. Sedangkan satu tahun saya baktikan pada jihad di Palestin. Selebihnya, tahun-tahun lain tidak bernilai apa-apa"


7. Pemuda Permata Hati Bidadari - YahyaAbdul Latiff Ayyash
Beliau seorang pemuda yang lahir di Raffat Palestin. lebih dikenali sebagai perangcang pengeboman syahid. Beliau sgt hebat sehingga Yahudi Zionis sgt gentar. ini kerana beliau mampu menyelusup kemana2 dan dibayangi gelaran 'Seribu Wajah'.

Bahkan seorang Yithzak Rabin pernah sgt khuatir sehingga berkata " jgn2, dia sedang duduk bersama2 kita, di kawasan kita ketika ini"

Beliau menemui syahid setelah pakcik seorang rakannya menjual informasi kedudukannya dan memberi telefon bimbit yang diisi bahan peledak. 2 hari kemudian telefon itu meledak ketika ayahnya menelefon untuk mengesahkan pertemuan keluarga. sungguh tragis dan celakalah pada pengkhianat Islam bernama Kamal Hammad sehingga kiamat!

selang 2 hari setelah beliau syahid, isterinya melahirkan anak lelaki. Ya, Allah semoga anaknya menyambung perjuangan As-Syahid.


8. Pemilik Kerusi Roda Yang Bergelora Jiwanya - Syeikh Ahmad Yassin

tidak perlu panjang lebar untuk saya ceritakan pemimpin HAMAS ini... semua org pasti tahu kisahnya... (sayu melihat gambar2 Syahid beliau)


9. Aku Memilih Mati Di Depan 'Apache' - Abdul Aziz Rantisi

mereka ini yang berjuang fi-sabilillah, sering mendapat apa yang mereka hajatkan... kematian mereka mulia! dan itulah yang beliau hajatkan, dan itulah yang Allah tunaikan... pengganti Syeikh Ahmad Yassin ini juga tidak perlu diulas, umum tahu kisahnya...


10. Lelaki Yang Meminang Bidadari - Khalid Ahmad Sawki Islambouli

Inilah kisah yang menyatukan kisah kematian syuhada Hassan Al-Banna, Sayid Qutb dan para Ikhawanul Musliminyg lain. dan Kahlid Islambouli inilah yang memenggal kekuasaan Firaun Laknatullah Zaman Baru, Anwar Sadat (Pemimpin Mesir) setelah menyambung pemerintahan satu lagi Firaun bernama Jamal Abdul Nasser!

kita lihat secebis kisahnya dalam buku ini -

[ Ketika beliau turun dari trak, menuju mimbar tempat Presiden dan sekumpulan diplomat, Anwar Sadat berdiri menyambut. Beliau mengira Khalid Islambouli akan memberikan hormat pada dirinya.
tetapi sejurus kemudian, justeru senapang yang keluar dari belakang punggungnya. Saat itulah, Menteri Pertahanan Mesir dibawah Anwar Sadat, Jeneal Abdul Halim Abi Ghazala berdiri dan hendak menjadi penghalang bagi Sadat. maka Khalid berkata, "ketepilah, bukan engkau yang aku cari. Aku menginginkan anjing ini, Firaun Laknatullah baru yang telah melukai umatnya sendiri. Anwar Sadat yang kejam!"teriak Khalid Islambouli yang ketika itu umurnya baru 24 tahun. ]

itulah antara kisah dan sinopsis buku sdri Atriza Umar. Mungkin tidak menarik pada mata org lain, namun ia menarik pada mata saya.

kisah-kisah sebegini sering saya dengar biler bersama ustaz yang kuat dengan semangat jihadnya... cerita2 kehebatan dan keindahan mati syahid...

kisah2 itu di bumi yang berlangsung jihad fi-sabilillah mungkin beratus variasi dan malah beribu kisah2nya... namun itulah untung dan bertuahnya mereka di bumi jihad, walaupun serba kekurangan namun Allah hadiahkan saham yang terbesar dan paling mulia pada mereka... Syurga dan kemuliaan sebagai Syuhada... maka berlumba2lah para muslimin yang cintakan agamanya akan mencari naungan untuk menjadi salah seorang pengikut Sayyidus Syuhada Saidina Hamzah r.a...

disebabkan itu jugalah, mereka yang hidup aman damai ini sering dengan mudahnya tidur lena dikantil empuk, menonton Piala Dunia sehingga awal pagi.... mendapat lebih kelalaian atas ketidakprihatinan kita sendiri, dimana tuah dan dimana bala...

namun saya juga ingin secara ringkas mengisahkan hidup anak muda dari Kedah yang berjaya dengan izin Allah s.w.t meminang bidadari syurga di bumi jihad Afghanistan. malah mungkin ramai lagi yang tidak kita ketahui... InsyaAllah... satu hari nanti.. kita lihat perjalanan membentuk diri As-Syahid Fauzi Haji Ismail sehingga berjaya berdagang dengan Allah Azza Wa Jalla.

bersyukurlah bapa2 dan Ibu2 yang anaknya mendapat syahid.. kerana syafaat untuk para syuhada itu amat besar! Allah sahaja yang mengetahui...




harap-harap tak kena saman pasal keluar review buku-buku ini... :)

Friday, June 4, 2010




Baru-baru nie ada pulak kawan saya bertanya… “jang, aku musykil la, benar ke kalau pakai suar lebih paras buku lali tu haram?”

Pulak… saya nie bukan Ustaz… malah jauh dari layak nak menjawab soalan tu. Tapi jika kita telah tahu permasalahan itu, dan kita pernah merujuk mana2 guru yang mursyid, maka, harus kita membantu sedaya yang kita upaya… namun saya amat tertarik dengan persoalan rakan saya itu (seorang muslimah)…

Ceritanya begini… kat opis nie, saya gemar lipat seluar hingga paras atas buku lali… Nampak la mcm karkun… hehehe.. (jgn salah sangka, saya bukan karkun dan saya amat menghormati para jemaah tabligh ini… saya tak termampu melakukan apa yang mereka lakukan…). Setiap hari ramai yang tegur kerana bagi mereka nampak macam tak kemas dan selekeh…

So saya pun buat la poll dan survey, minta pandangan umum berkenaan imej seseorang yang melipatkan seluarnya (muslim) melepasi paras buku lali… macam-macam maklumbalas yg saya baca. Ada kata ok… ada kata tak ok.. biasalah…. Saya pulak sejak kahwin memang hilang selera nak melaram (berimej mcm org bujang). Dan bertanyalah kawan muslimah saya ini, “kenapa jang ko suka lipat seluar ko?” saya menjawab… ini antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang mudah saya amalkan… secuba boleh saya memperbanyakkan sunnah Baginda. Yang termampu yang kecik dan mudah jer… saya Hamba yang penuh kesilapan…

So dia kata lagi “ aku tak pernah dengar pun ada sunnah macam tu… betul ker ada jatuh hukum?” ahhh.. sudah… nak jawap la pulak… so saya kata dalam hal sunnah seluar / pakaian melebihi paras buku lali nie ada pendapat ulama yang berbeza… ada yang khilaf pun…. Namun saya pilih yang terbaik dari sumber yang saya yakin… selagi saya mampu lakukan…. Sebab masa tu kat opis, nak balik bukak kitab jauh la pulak… so saya surf dan ambil dari beberapa web/blog.

Apa kita nak namakan permasalahan ini? Dari hadith2, ia dinamakan ISBAL (pakaian yang melebihi paras buku lali) dan RasulAllah melarangnya kerana ia menimbulkan perasaan riak, takbur, sombong dan bermegah2…

Nah ini rujukan yang boleh kita renungkan (jgn la renung jer pulak)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/08/01/larangan-isbal-jubah-kain-dan-seluar-yang-labuh-melebihi-buku-lali-ketika-solat/

http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2009/01/isbal-seluar-melebihi-buku-lali.html

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=97325.html

so apa masalah nya? Apa yang menarik minat saya? Persoalannya adalah kenapa ramai Muslimin di Malaysia ini yang tidak tahu kewujudan sunnah yang ini? Ya, ia sunnah yang tak sefemes memnyimpan janggut dan memakai serban. Jadi, biler tak femes/tak diketahui, marilah kita ramai2 bagitau… (so nanti takder la org gelak kat saya masa kat BP Mall or jalan2 kat Tasik Y Batu Pahat, hehehe)

bagaimana hukumnya? Ha, tu la pasal, ada kata hukumnya haram kalau kita tak ikut, atau hukum tak sah solat… persoalan ini kalau sdr sdri musykil, rajin2 la dekatkan diri ngan Ustaz2/ustazah2 yang syumul. Yang kita yakin sanad ilmunya… Tanya sendiri, saya takut menanggung perkara yang ada khilaf… TAPI, bagi saya, sesudah ia dinamakan Sunnah, maka ia adalah satu keperluan hidup kesederhanaan yang patut kita ikut…. Mana lagi contoh yang lebih baik carahidup yang boleh kita bandingkan selain dari RasulAllah… ada?

Motifnya, banyak lagi sunnah2 Nabi kita yang kita tak tahu… kenapa? Persoalan itu kita kupas lain kali… perlahan2 kayuh… buat mula2 nie, saya suka nak kongsi perkara2 yang tidak sukar sebenarnya untuk kita buat… terpikir lak saya, selama saya hidup, dengan ber’isbal’… macamana saya leh ter’sedar’? dulu masa zaman sekolah rendah, memang suar panjang saya atas buku lali… al-maklumla… sekolah rendah dah sama tinggi cam budak skolah menengah.. susah nak cari yang sama panjang… kalau ada pun mahal.. org susah… biler skolah menengah pun sama… so biler dah tingkatan 3 mula la nak berpesyen2… time tu ada duit lebih hasil kerja sampingan time cuti, buat la seluar straight cut (tapi tak la kembang sgt… huduh jer) memang labuh… time time tu femes pesyen boot cut n straight cut. Tapi suar tu bertahan adala 3 minggu kot.. sebab kena gunting paras buku lali oleh Ustazah (ingat lagi nama dia Ustazah Saadiah). Dia kata nak jadik ahli neraka ker? Time tu tak pikir dalam pun… dah kena gunting, maka suar tu pun begitu la sehingga tamat sekolah… biler belajar luar, pakai jeans… tapi jeans saya selalu koyak kat hujung pasal seret… so mak akan potong paras buku lali tanpa amaran… hehehe… mungkin Allah sayang saya kot… banyak seluar yang kena kerat tanpa amaran walaupun ketika tu tak tahu langsung ada sunnah Nabi yang satu nie…

Seluar jer ker? Tak. Ia melibatkan pakaian Muslim (bukan muslimah tau!) dan ada mengatakan seluar tu dah haram hukumnya kerana menampakkan tompokkan bentuk alat sulit lelaki! Macamana nie? Ustaz saya pun pakai suar… so jgn la pakai suar yg sendat mendat… ada pulak sekarang nie suar yang cawatnya pendek… saya pernah terbeli… Ya Allah… terasa mangkuk jer diri nie biler memakainya… hahaha… masalah betul bile membongkok… macamana nak rukuq dan sujud tu? Kalau baju kita tak labuh sgt? Bencana besar tu.. hehehe… dah perut besar… hehehe….

Ok nie Ustaz saya yang mengajar di sebuah sekolah menengah (tak tau dia mengajar kat sana lagi tak). Dalam satu kulaih dia, dia ada cerita berkenaan sunnah nie… nie kisah benar nie… Ustaz saya nie zuhud orangnya… dia mengahwini muslimah dari kaum India semata2 demi dakwah kepada Islam! Dan bahagia sungguh keluarganya. Alhamdulillah…

Ustaz saya nie g sekolah pakai serban dan tentunya janggut dia stail karkun. Semakin lama ada la pulak 2 orang anak muridnya pakai serban dan bagi pentadbiran sekolah, ia satu bencana besar! Lagi2 sekolah sekular (saya pun sekolah sekular). Dia di minta tidak memakai serban lagi kerana menjadi influence la pulak kan… so dia kata pada anak muridnya, setelah kita dihalang, teruskan lah niat itu (pakai serban) walaupun tak pakai masa sekolah… (niat penting! Tiap2 pagi kena mulakan hari dengan niat ya). So sapa nak tanggung niat yg tak kesampaian mereka tu.. anda pun tahu…

So, satu hari nanti kalau saya kena amaran kerana bersunnah… tanggung la eh.. J (dah kena pun pasal pakai kopiah kat opis! Tapi bukan dari big boss la. Songkok boleh la pulak… pakai serban masa solat jumaat pun dah kena jeling2… hehehe… johor oh johor… opss.. saya bukan fanatik politik demokrasi ya…)

So terpulang la… nak ikut ker tak… yang penting, sebarkanlah kita ada sunnah yang satu ini, mudah2an, satu hari nanti, kita akan ada generasi yang berjaya mengikuti majoriti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. barulah mudah nak tegakkan Sistem Khalifah!

Jgn la pulak kata… penting sgt ke sunnah nie… ha… gi la pikir sendiri dengan akal waras, penting ker tak.. dan yg biler kita boleh tertib dengan sunnah, makin tertib la hidup kita… makin mudah la Allah nak terima amal kita… makin berkat la hidup kita sekeluarga… InsyaAllah…

Jumpa lagi di waktu lain… nak study sejarah pulak… dulu Allah dan makbulkan belajar sejarah nak lulus SPM.. hehehe.. sekarang nak belajar sejarah mencari kebobrokan system Negara dan kebenaran yang hilang… jom ke mistisfiles.blogspot pulak… ATBM dan Catatan Srikandi dah update!

(Isbal nie masalah pakaian lelaki.. yg muslimah jgn lak cuba2 nak pakai atas buku lali.. kang buntang mata muslim2 kita.. cukup2 la ngan artis skang nie eh!!! Amaran keras dari saya… tolong la yer Muslimah!dan kalau ada artis baca nie… pikir2 la nak idup sampai biler… kerana mati tu sgt dekat… dan tiada apa yg menghalang antara kematian dengan diri kita)

Allahuakhbar!

lihat kisah hidup As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna dalam menguruskan Sunnah...

Wednesday, June 2, 2010

Dimana martabat agama kita?

Selawat dan salam ketas Nabi Muhammad s.a.w, semoga kita dilimpahi rahmat dan naungan Allah s.w.t

banyak isu sekarang yang melibatkan Agama Islam... sgt banyak sampai tak terkejar kita nak mengungkapkan perkara tersirat disebaliknya.... isu Palestin... nie saya tak nak kupas pada waktu ini, bukan nak menidakkan perjuangan mereka...bukan tidak menyokong pengorbanan mereka... bukan tidak setuju tuntutan mereka... tapi kerana hati saya telah lama menanam simpati dan tekad untuk memperjuangkan saudara seagama... tak kira dimana... dan hanya senjata doa yang saya mampu buat masa ini... dan sekali-sekala dititipkan sumbangan harta yang tak seberapa... yang penting ikhlas.. (ya la.. saya nie bukan kategori senang..sederhana pun tahap ngam2 jer.. hehehe)

ok... banyak saya baca isu pasal kalimah Allah, Muhammad dan Ayat2 Quran yang disalah letak, disalah cetak atau mirip pada objek2, produk2 dan bangunan atau infrastruktur dimana2... terb
aru, sandal / selipar (kasut kot) jenama CROCS. kecah jugak yer beberapa ketika. So banyak pandangan saya baca. dari blog, website, malah kat pesbuk pun ada... (saya pun ada akaun pesbuk... hehehe... namun ada positif disebalik pesbuk tu... tapi mari kita tukar ke millatfacebook.com yer....)

ramai yang membantah dan mengecam... malah yang mengeluarkan ugutan pun ada.. yang nak bakar kilang Crocs pun ada.. (saya tak tau kat mana kilang CROCS). meluap-luap sungguh semangat para Muslimin... namun ada yang tidak setuju mengatakan CROCS telah menghina dengan logo yang MIRIP kalimah ALLAH itu... dan berbagai fakta diberikan...

pandangan saya? ya ini pandangan saya. bukan pandangan org lain... bukan pandangan dengan nilai profit... saya meletakkan, walaupun ia hanyalah mirip (seperti dakwaan beberapa individu) namun ia tetap menyentuh hati dan perasaan saya... ia tetap menyentap kesabaran dan membakar kalau tak banyak sedikit api kemarahan saya.

kita bersangka baik, ambil la.. kalau sykt CROCS (walaupun ramai kata byk yg terlibat adalah yang tiruan bagi saya sama jer) tak sengaja... dan tidak pernah terlintas untuk menghina Allah... itulah adalah dasar mereka yang bukan Muslim... kalau mereka tidak ambil pusing sensitiviti masyarakat Islam, ini kerana mereka bukan Muslim! dan kenapa mereka tak ada sensitiviti? haaa... nie citer nanti la...

amik satu kes... ingat tak dulu pernah kecah isu jubin berkalimah Allah dan Muhammad... saya pernah pergi satu Bistro mamak kat Seri Kembangan sebelah Mall apa ntah.. tak ingat.... dah berpuluh kali makan kat sana baru kami(ramai2) perasan yang jubin kat sana terlibat dengan isu jubin kontroversi tu... bayangkan lah... saya lalu dan pijak, selama saya datang... memang ia mirip... namun, sebagai umat Islam... hati saya runtun... dan otomatis nya saya menggigil ketakutan... saya pucat dan saya rasa mcm nak demam... sgt risau! benda2 tu otomatis datang... kenapa? ha... nie pun nanti eh...

jadi... apa yang saya nak kisahkan ialah... jika kita anggap isu tu kebetulan, atau kita perlu kikis sikap totok pada material sensitif... dimana kita letakkan MARTABAT ISLAM sebagai panduan hidup kita yang kita warisi dari ibu bapa kita... yang ibu bapa kita warisi dari berzaman hingga ke RasulAllah s.a.w? mungkin ada yang kata, tak baik fitnah sykt tu atau sykt nie... mereka buat produk jer.. buakan sengaja.. YA.. kalau mereka tak sengaja, adakah boleh kita membiarkan diri kita menginjak agama Islam? paling dahsyat menginjak Kalimah ALLAH yang kita selama menjadi Muslim, kita letakkan kalimah itu ditempat yang tertinggi... tiada lagi tinggi daripadanya... walaupun ia hanyalah mirip... anda sanggup?

SAYA TAK SANGGUP... kerana jika saya tak mencuba dan berusaha untuk memartabatkan sekecil sunnah Nabi pun walaupun mempunyai kudrat dari Allah utk melaksanakannya... maka saya pasti menanggung diakhirat kelak... susah sgt ker kalau kita tidak membeli produk kontroversi ini dengan menukar kepada produk lain? kalau dah terbeli susah sgt ker nak padamkan or kalau kaya raya sgt, buang jer... atau susah sgt ker nak mengangkat tangan menadah pada Allah pencipta diri kita ini... mohon taubat dan petunjukNya... hilang kekayaan kita ke kalau tak beli produk2 tu? :) wallahuaklam... saya tak akan tahu isi hati org lain... namun inilah saya... namun, InsyaAllah, saya sebarkan apa yang saya rasa setiap MUSLIM perlu lakukan...

biarkanlah mereka tu pakai.. ko tak rugi apa pun...

ko nak menyibuk hal org lain buat apa?

dah banyak amal ker sampai hal KECIK nie pun ko nak kecah2...?

ko nie lalang la... ada isu skit nak menyampuk... janji kita sembahyang cukup sudah la....

diorang tu kacau ko ker sampai nak halang2 nie...

hehehe... terpulang la jika ada yang berpikiran mcm diatas nie... namun -
jika kita tidak memandang dan memartabatkan agama kita, siapa lagi? jika kita selama-lamanya memandang remeh dan sipi hal2 berkaitan Agama kita, jgn salahkan golongan kafir jika mereka tidak menghormati agama Islam... kerana kita sendiri tidak memandang tinggi Islam itu sendiri... dan jgn sampai satu hari nanti, anak2 kita, waris kita menganggap Islam itu hanya warisan budaya sahaja! pakai biler nak kahwin jer!

pastu nak bising2 masyarakat non-muslim nie takder sensitiviti agama? hehehe.... cari salah sendiri dulu... baru kita menuding jari....

kenapa saya seperti ini? kerana seorang Uztazah (masa kat S.Alam) ada berpesan pada saya supaya cuba membuat rekaan bercirikan Islam, bercirikan As-Sunnah, dan menjadikan penggunanya tak kira siapa otomatis membuat kebaikan... saya tanya kenapa? sekarang awak berumur 18 tahun, nanti lagi 10 tahun, dunia awak akan menjadi tempat Muslim menghina Islam... tersentak saya... dan sejak itu saya sering mendampingi beliau dan suaminyasampai lah saya keluar dari Institut tu... dalam pada itu, mcm2 cerita saya dengar (dulu bukan zaman maklumat hujung jari)...

so... terpulang anda letak MARTABAT AGAMA YANG ANDA ANUTI.... kalau rasa anda MUSLIM, angkatlah ISLAM itu sehingga tiada kafir disekeliling anda berani mendongakkan kepala mencabar ISLAM! jgn pula anda yang bersama2 mendongakkan kepala bersama si kafir... nauzubillah..

Wassalam.