Thursday, August 16, 2012

Kemuliaan Syawal, Keberkatan Ramadhan...

Semoga kita semua berkesempatan menikmati Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan... InsyaAllah..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah Penguasa Kerajaan di Langit dan di Bumi...



maaf lama tidak muncul...
namun apa la kesan ketiadaan saya ini... tiada apa-apa...

PRE-POST Next Post,

Mintalah Apa Yang Kamu Kehendaki.... Allah pasti beri...

-cara-cara minta...
- magnet rezeki....
- Keseronokan dan kesedihan...
- apa itu ujian, apa itu musibah apa itu kerugian... apa itu salah sendiri....
- bila kita leka? bila pula kita sedar?
- Perjuangan jalan Salafus Soleh?
- Surat kepada PAS dan UMNO....

Ya Allah... mudahkan lah aku untuk bersama rakan-rakan siber ku....
Ya Allah... mudahkan lah aku untuk bersama rakan-rakan siber ku....
Ya Allah... mudahkan lah aku untuk bersama rakan-rakan siber ku....

Semoga kami diberi nafas yang cukup untuk menjelajah sepenuhnya Ramadhan mu di tahun 1433 ini...



AbuHakeem 2012

Tuesday, January 24, 2012

Apa yang berlaku?

Allahuakhbar....

dah berminggu-minggu saya nak update ruangan blog. Namun masa memang tidak mengizinkan. malah projek VCD saya pun tertangguh kerana tak mahir.

Minggu-minggu yang sudah berbagai peristiwa berlaku. Malah yang mengejutkan juga berlaku. Sedar atau tidak, kita telah pun berada didalam tahun yang penuh kontroversi. Tahun masihi yang sebelum ini sering memberi igauan dan persepsi yang amat radikal, yang amat luarbiasa.

Apa yang akan berlaku?

Wallahu aklam bissawab.... Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Jujurnya saya ketika tahun 2011 melabuhkan tirai, berbagai perspektif sudah saya bayangkan. Adakah dunia akan masih sama seperti sebelumnya atau berlaku perubahan drastik? Cuaca yang sering berubah tanpa diduga sejak tahun 2000, iklim politik yang mencatatkan situasi tak terjangka, teori konspirasi yang makin hangat dalam pelbagai jurusan, dan macam-macam lagi. Apa yang menarik? Mungkin durian tak bermusim lagi... itu yang memberi nafas lega sebentar.

Sedang saya terkial-kial menyiapkan VCD untuk edaran percuma syarahan Syeikh Imran Hossein di Singapura berjudul 'Dajjal the False Messiah'... satu panggilan telefon dari rakan pemikir saya, Saudara Khairul (The Seven String blogspot) pada minggu lepas menyentak hati yang sering berleka dan bermalas-malas.

"Jang, ko ada dengar cerita kat Kota Samarahan tak?"

"Citer apa? ceciter..." saya membalas panggilan telefon lewat petang dia.

"Daerah tu malam-malam kedengaran suara misteri dari langit..."

"Biar betul ko Rul..." dengan nada sentakan dari saya.

dan bermulalah diskusi yang bukan-bukan. Teori yang rambang. sambil jari jemari saya pantas menyelidik apa yang berlaku di internet sambil masih berbual dengan Saudara Khairul.


Artikel ini bukan nak menyentuh sangat pasal suara misteri itu. Tapi ia amat menarik minat saya. Lalu saya diketemukan dengan artikel beberapa blog hasil keyword "Suara Langit Kota Samarahan" di pakcik Google. setelah enjin Taqwa kurang hasil.

Dari hasil itu juga beberapa siri kejadian yang sama berlaku di Sweeden, Denmark dan kota London! mungkin banyak tempat lagi tapi tiada laporan dinyatakan... Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Kembali ke rumah saya bersiap untuk pulang ke kampung bersama keluarga di Paloh, Kluang. Malam itu setelah semua tidur, saya buka 2 buah buku. Satu buku Imam Mahdi di Ambang Pintu terjemahan dari Muhammad Isa Dawud dan Buku Kaum Yang Pupus dari Harun Yahya.

Tercari-cari benda yang saya tak tahu sebenarnya apa yang terbuku... bacaan saya pun tidak fokus... saya sering bayangkan apa yang akan berlaku dalam tahun ini? bukan saya percaya pada kalender Mayan atau ramalan Nostradamus, tapi saya memahami sedikit hasil tunjuk ajar, ustaz-ustaz yang sering membantu saya dalam permasalahan agama, berkenaan hadith-hadith akhir zaman....


Apa yang akan berlaku?

Ini persoalan yang tiada siapa yang mampu menjawab. Tapi sesiapa sahaja mampu bersedia. kerana Allah dan Rasulullah s.a.w telah memberi hint dan petunjuk untuk kita bersedia. Jika kita lihat aspek perubahan atau petunjuk pada lingkungan keluarga, pasti tiada apa yang berlaku drastik. mari kita keluar. Mari kita bersama dengan orang ramai. Mari kita lihat pandangan mereka terhadap agama dan iklim pemerintahan.

Pernah saya terfikir untuk membuat satu rakaman video temubual rambang terhadap lapisan golongan berkenaan pandangan beberapa isu. Mungkin bagus untuk dibuat kajian... mari kita bertanya, berapa ramai umat Muslim yang percaya pada teori Darwin? berapa ramai yang yakin dengan Demokrasi? Berapa ramai yang masih tahu tahun hijrah sekarang (tak masuk lagi hari dan haribulan)... berapa ramai yang memilih menghantar anak ke sekolah pondok? Berapa ramai yang tahu Zionisme? Berapa ramai yang menganggap kelab Rotary adalah kelab kebajikan semata-mata.... dan berbagai lagi.... tapi saya tak buat... saya nie banyak alasan.... malas pun ia... penuh kekurangan...



Saya sering keluar bersama keluarga, namun melihat sekeliling, adakah marhaen sekeliling ini tahu dan terfikir seperti saya? pasti ada. malah lebih hebat dari saya yang tiada apa-apa ini. Tapi bila melihatkan kelekaan orang ramai dengan tugas harian dan hiburan segalanya, kerisauan pasti timbul kembali. Saya tahu saya tak akan berjaya membantu kesemuanya... sikit-sikit pun Alhamdulillah....

Malah makin menakutkan bila ada yang mengatakan kedatangan Dajjal itu hanyalah mitos seperti Merong Mahawangsa! bukan dari remaja shuffle tepi jalan... tapi dari golongan dewasa berkemeja kemas yang saya yakin hampir 40an usianya. Malah tak keterlaluan jika saya kata ada pengajar Gred tinggi ditempat saya, menafikan malah meminta bukti kedatangan Imam Mahdi! dan orang ini solat jemaah jarang tinggal... bagaimana anda tangani? saya hanya terkelu... terus memberhentikan bicara di meja makan waktu itu... nampaknya usaha saya menimbulkan topik akhir zaman tak membuahkan hasil... malah diketawakan... Iyalah... siapalah saya berbanding mereka bergred tinggi dan bergaji besar.... mana mungkin mereka setuju kata-kata dan fakta dari seorang yang hina nak mengajar mereka.... :)

jadi...



Apa yang berlaku?

Usahalah sesama kita untuk lebih mendekatkan diri dengan amalan para Rasul. mencuba menjadikan zikir sebagai pengganti lagu-lagu dikala sendirian... perlahan-perlahan.... semoga Allah jauhi segala bencana pada kita dan keluarga kita. dan menghadiahkan kemenangan kepada pejuang-pejuang Agama Allah. walaupun bukan itu tujuan wahid para pejuang Islam kerana mereka berusaha dan hasilnya tidak menjadi ukuran. Mereka tidak berdukacita, kerana tiada istilah putus asa dalam perjuangan mereka... Mereka lebih rela mati dalam kematian berusaha mereka....

Apa yang berlaku?

Apa yang berlaku dah bertahun-tahun diwar-warkan dan dimomokkan... bagi yang anti-Islam, tujuan mereka supaya tiada umat muslimin yang akan merangkak disalji untuk berjuang keringat menghayun pedang dan memuntahkan peluru pada tentera Dajjal....

Bagi para pejuang kalimah tauhid pula, ia hari-hari yang ditunggu untuk mencari kemenangan hakiki di akhirat...

bagi saya.... saya tetap bertahan seperti sebelum ini. Entah kaki saya akan melangkah pantas mengejar pejuang-pejuang Allah yang lain atau menggeletar terduduk kenangkan nasib keluarga, hanya Allah yang tahu... kita berbicara berbeza dengan kita melakukan... semua orang boleh berbicara, namun tak semua Allah pilih untuk merasa "keriangan" berjuang yang sebenar-benarnya... semoga kita semua merasa "keriangan" itu...

dan saya berterima kasih pada sahabat-sahabat yang memberi pelbagai idea tentang beg survival saya. nampaknya saya kena beli Beg Hiking pulak... macam-macam nak isi... :)
Isteri saya pun dah mula minat nak buat Survival Bag sendiri. hehehe... alat solek ke dalam tu? hehehe....

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan poskan VCD Syeikh Imran Hossein bagi sesiapa yang berminat. Saya salin video syarahan beliau di Youtube hasil usaha sdri NurulSaqeenah (buat subtittle) Ia Percuma InsyaAllah. Tunggu siap... (kos buat VCD lagi murah dari buat buku kecik... hihihi ) ;) cuma saya ada masalah nak burn CD... tak tau nak compress macamana lagi atau convert file... tak muat nak masukkan 9 episod dalam satu CD... nak buat 2 keping, saya kurang kemampuan nak copy banyak-banyak nanti... :)



VCD Membongkar Konspirasi 911 tu pun entah dah berapa saya salin... tak ingat... dan masih lagi menerima permintaan... Alhamdulillah....

Jumpa lagi...

Ya Allah, berilah kekuatan kepada pejuang-pejuang agamaMu Ya Allah...

sedikit hadith untuk renungan....

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

-abuhakeem-