Tuesday, September 28, 2010

SUBUH, dimana diriku?


Limpah kurnia Allah sahaja yang menyuburkan dunia ini. Syukur Alhamdulillah. Allah Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga sekalian Mukmin dan Mukminat dibawah naungan Rahmat-Mu. Amin.

Artikel dahulu sudah saya ceritakan perihal kisah Subuh. Kali ini secara pendek ingin saya berpesan-pesan akan perlunya kita bangkit Solat Subuh.

Kenapa subuh? Solat fardhu ain yang lain juga sama penting dan wajib. Namun subuh banyak ceritanya.

Ambil la kisah saya sahaja… ketepikan orang lain. Saya ini daif dalam menunaikan solat. Malah dahulu pernah hidup dalam kegelapan dan kejahilan lantaran asyik dengan halwa kemanisan material duniawi. InsyaAllah, saya masih belajar dan akan terus belajar serta memperbaiki diri saya disamping bersama-sama rakan-rakan yang amat taqwa InsyaAllah untuk menjadi hamba Allah yang baik. Lebih dari itu saya tidak layak.

Kita mulakan dengan Zuhur. Waktu rehat saya dari pukul 1 hingaga pukul 2… kalau dah penat sgt lg 10-15 minit sebelum pukul 1 dah ‘landing’ kepala kat meja dalam bilik…. Kekadang selalu juga tertidur… kalau tak berapa penat, InsyaAllah sampai ke surau…. Kalau tak, pukul 2 tu nasib baik ke tandas basuh muka…. Dapat la sekali berwuduk…

Asar. Bg saya ini yg paling sering saya ‘kelalen’ kata orang jawa… (namun saya banjar). Pukul 4-5 tu waktu kritikal sibuknya hal kerja. MasyaAllah… memang jarang sekali dapat solat di opis. Kalau sampai rumah mertua pukul 5.30 untuk amik anak biasanya sempat gak solat… tapi kadang2 pulang disambut anak yg comel dan manja mintak macam2… layan anak sampai terlupa dah pukul 6… biasanya isteri yg sedarkan… kalau tak dah sampai rumah dalam pukul 6.20 baru nak ingat… bukan sedikit jugak saya terpaksa qada’…

Maghrib. Ini solat famous. Ramai yang rajin solat maghrib. Dan bg saya inilah solat yang sering mengingatkan saya perihal terlupa solat asar! (malu)

Isya’. Tak nak ulas. Waktu yang amat panjang. Namun pengaruh tv amat la jahat. Namun diturutkan jugak la kehendak naluri tv tu… (malu lagi) tapi tak mengapa, kerana malam sunyi banyak hikmahnya…

Sampai la kita ke solat subuh. Kenapa saya sering berkata pasal subuh? (sering tu tak la sgt). Diantara 5 solat wajib, subuh dianggap paling berat. Walhal ia solat paling pendek. Dan solat yang mempunyai waktu yang pendek juga seperti maghrib. Namun mengapa berat? Sudah pasti kerana ia waktu kita hendak memulakan hari.

Bangun subuh, mendirikan solat berjemaah adalah perjuangan yang amat berat bagi sebahagian kita. Nak bangun sahaja dah jadik satu perjuangan. Beberapa mata tak sanggup nak terbuka, sebahagian bangun dengan hati dan rasa malas, ada yang dah bangun atau terbangun namun terlelap semula, ada pula yang bergerak untuk menarik selimut sahaja (yer la… dah time sejuk.. best), namun ada yang langsung tak bergerak dan sambung mimpi yang entah indah entah ngeri…

Ada yang memerlukan bantuan orang lain untuk banguun subuh, ada yang bangun namun melengah kan pula solat subuhnya. Ada pula yg solatnya dalam keadaan malas dan ada yang separa sedar! Malah pasti ramai yang solat sambil mata terpejam dan mulut menguap berkali-kali.

Sebenarnya situasi itu sudah cukup bagus daripada langsung tak bangun. Apa yang penting ada juga niat dan keinginan menunaikan solat subuh itu.

Tetapi ada golongan yang berlumba-lumba ke masjid dan surau mendapatkan solat berjemaah tatkala azan subuh dah berkumandang. Mereka menunggu-nunggu subuh bukan diatas tilam, mereka melanjutkan ‘jaga’ mereka sehingga waktu subuh. Malah ada yang rasa sungguh menyesal jika terjaga waktu azan berkumandang. Inilah golongan yang rela mengorbankan kenikmatan tidur serta meminimakan waktu rehat mereka.

Kesungguhan mereka lebih teruji bila mereka meredah pagi pekat yang gelap dingin untuk berjemaah. Inilah orang-orang yang suatu waktu dahulu seperti Nabi Muhammad s.a.w yang mengejar waktu subuh berjemaah sehingga terpilih mengangkat Hajaratul Aswad di Ka’abah dulu.

Inilah orang-orang yang terpilih untuk perang2 besar dan misi-misi khas untuk mengejar syahid. Inilah golongan yang sering dituntut oleh Syeikh Imam Hassan Al-Banna kepada jemaahnya. Malah dalam sejarah perluasan empayar Islam, golongan subuh inilah tunjang kejayaannya….

Kita bila lagi…. Malah saya pun daif lagi lemah. Artikel ini hanyalah pesan untuk mengingati diri saya. Jika ada yang silap mohon diperbetulkan, jika ia sesuatu yang baik, semoga Allah yang tentukan balasannya. Semoga hati ikhlas saya tidak goyah dengan izin Allah.


Maha Suci Allah yang menjadikan waktu subuh pemula hari yang indah bagi orang-orang yang beriman dan takut kepada-Nya…. Maha Suci Allah yang memiliki waktu dhuha selepas hadir waktu subuh yang menjanjikan limpahan rahmat dan rezeki-Nya…

Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.

sebahagian artikel ini adalah dari cetusan artikel dari www.warnaislam.com dan www.bertahajudlah.blogspot.com

Thursday, September 2, 2010

Apa Yang Telah Aku Lakukan...?


Syukur Alhamdulillah kepada Mu Ya Allah kerana membenarkan aku hidup di dalam rahmat Ramadhan ini... dan Alhamdulillah kerana menerima kebenaran dan keinsafan dari Mu Ya Allah di malam-malam hari mu yg amat tenang dirasakan.....

Sepanjang minggu lepas (minggu nie) saya terlebih rajin membelek naskah2 elektronik dari pelbagai website dan blog... sambil2 membaca komik secara online (dah habit baca komik nie). Sambil2 bersama rakan maya dan realiti berkempen untuk mengibarkan Bendera Rasulullah disamping Jalur Gemilang, saya menerima pelbagai berita-berita yang sadis dan menyedihkan.

Kalau berita pembuangan bayi tu dah lali orang kata.... berita anak-anak membuang ibubapa pun makin banyak biler nak dekat raya nie. Namun yang sgt saya terkilan ialah biler saya membaca perihal laku anak-anak dan generasi sekarang terhadap nilai moral dan agama.

Saya terjumpa post dalam laman Facebook oleh adik Rafiqin Darwisy. dia mencaci Allahyarham Din Beramboi... seorang budak sekolah dengan mudahnya mencaci seorang Muslim yang telah meninggal dunia.... bagai nak pitam saya dihadapan laptop.... terfikir, bagaimana kehidupan harian remaja ini... saya selongkar perjalanan di akaun Facebook beliau, saya lihat berbagai kecaman dan cemuhan yang diterima dari pelbagai warga Facebook. Kesian keadaannya... namun saya lihat remaja ini tak berapa gelabah pun. steady jer... dia tak layan mana2 yang kutuk dia dan nasihat dia... buat dekkk jer kata orang...

Saya juga cuba membuat sedikit inisiatif menegur dan nasihat secara peribadi pada dia. harapan saya agar dia dapat mencari titik permulaan untuk belajar semula kehidupan sebagai manusia yang beragama Islam yang mengajar kita hormat dan menghormati orang lain. (namun tak berbalas pun) tapi saya dah lakukan apa yg saya rasa tak salah saya lakukan....

sambil tu saya terjumpa lagi kes yang lebih dahsyat. Pasti ramai tahu nama ini. SALLEH GREGOR SAMSA. popular sekelip mata individu ini. Malah kepopularan dia menyebabkan berbagai kecaman dan kutukan yang diterima... Semoga Allah melindungi dia dari fitnah2 besar dan membuka ruang hidayah sebesar-besarnya pada anak remaja ini. Siapa Sallaeh G.S nie? saya pun tak tahu.... namun hati saya teringin nak tahu lanjut siapa dan apa cara hidup beliau ini. Sekali lagi saya cuba mengorek dalam-dalam dunia internet... akhirnya saya dapat menyelidik dunia kehidupannya... Allah memberi peluang untuk saya mengenali dia dengan blogspot Salleh G.S ini. Kebetulan blogpsot dia lebih menyerupai diary kehidupan dan luahan emosi.

Saya tak dapat akses ke blog dia, namun saya dapat memuatturun keseluruhan salinan blog dia dari sebuah blog lain yg juga tertanya2 perihal anak muda seorang ini. Alhamdulillah. Akaun di Facebook beliau juga telah lama "hilang". nampaknya tekanan yang diterima pasti dahsyat. Apa yang dia lakukan? Salleh G.S nie menghina orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan mempertikaikan agama Islam dan keperluan beragama serta protes individunya terhdapap Melayu dan Islam. (ini anda boleh cari sendiri)

Saya baca entry pertama Salleh G.S dalam blognya. Bahasa yang disusun indah dan rapi. Walaupun masih terdapat perkataan yang kasar dan mencarut. Namun saya akui dia seorang yang pandai berbahasa penulisan. Namun berbahasa komunikasi saya tak pasti. Luahan, kekecewaan dan pengalaman hidupnya saya belek perlahan... saya dapat 'trace' wajahnya... dapat trace tahap kehidupannya, tabiatnya, kegemarannya.... namun paling saya sedih, saya mengetahui biler dia seorang yang percaya dan mengikut fahaman anarki dan lain2 fahaman seperti fascism dan free thinker (mostly saya rasa dia atheis).




Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah dari muzik kegemarannya? PUNK... atau dari pembacaannya (dia seorang yg sgt minat membaca)? Atau dari kesempitan hidup sejak kecil? Atau kurang kasih sayang dari keluarga? Apakah punca dan masalah remaja ini sebenarnya?

Dimana kita nak letakkan kesalahan? kerana pasti ada lompong-lompong yang menjadi ruang bertapaknya 'free thinker' Salleh G.S nie didalam mindanya. Siapakah yang membiarkan lompong itu terus-terusan diisi dengan berbagai fahaman yang sesat? Kalau kita kata depan anak-anak muda seperti Salleh G.S (sangat ramai diluar sana dan jumlahnya menakutkan!) perihal-perihal kepentingan beragama dan kesesatan yang mereka lakukan, adakah semudah mereka akan pergi mandi wajib membersihkan diri dan berpakaian sopan terus melakukan solat taubat 2 rakaat?

Saya melihat cara hidup dia yang sangat rapat dengan alkohol, ganja, seks bebas malah perlakuan luar tabii (homoseks) menjadi rutin harian mereka. Maaf saya bukan nak memburukkan dia, namun wajar kita lihat cara hidup ini sebagai SALAH dan menjadi garis panduan dalam kita prihatin terhadap pembesaran anak-anak dan warisan generasi kita.

Namun dari sisi lain, saya amat berminat dengan gaya penulisan dia. Sungguh saya kata dia berbakat. Andaikata dia mendapat kasih sayang dan didikan agama yang ampuh, mungkin dengan izin Allah, dia mampu menjadi seorang penulis, pengarang yang berjaya. cukuplah kita membelek perihal hidup anak waris kita bernama pena Salleh Gregor Samsa. Semoga Allah membuka hatinya kembali kepada Islam dan menghilangkan kebanggaan beliau untuk menjadi murtad bersama rakan-rakannya dan sedar menjadi waris bangsa melayu itu satu penghormatan. Juga semoga dia meninggalkan pengakuan menjadi warga Israel.... harap dia akan berhenti untuk menjadi "opposite side" kepada segala yang ada dihadapan beliau....

Sekarang saya nak cerita sikit kisah hidup saya ketika zaman persekolahan... ketika sedang-sedang naik kata orang. Kisah yang sepatutnya memalukan namun dari satu sisi lain, saya amat menghargai pengalaman itu. Pengalaman yang berharga yang tidak dijual dikedai kasut BATA. :)

Saya dah ceritakan saya dari keluarga yang hidup sederhana dan kadangkala 'sesak' dari kewangan. Kali ini saya nak ceritakan perihal muzik dan hobi saya. Apa bezanya saya dengan kajian kes kita tadi.

bermula di tingkatan 2, saya dah dihalwakan dengan lagu2 Thrash Metal. :) masa tu lain band takder hanyalah CROMOK jer yang saya tahu. Paloh... mana nak dapat sumber lain. abah pulak hadiahkan saya sebuah mini compo yang betul2 mini berjenama Normende setelah saya berjaya dalam peperiksaan. Ntah biler saya mintak tak ingat... memang tak mintak rasanya, namun mungkin tanda dia suka anaknya berjaya dalam peperiksaan. ;)

Keseronokan dengan muzik Thrash Metal itu tak lama. bila saya di tingkatan 3, saya lebih banyak bergaul dengan pelajar di tingkatan 4. Senior-senior saya yang rumah mereka amat berdekatan dengan saya, dan dari situ saya dikenalkan dengan muzik PUNK.. Punya la seronok kerana masa itu ramai yang minat hip hop dan Rap. Saya pulak rasa diri macam advance dan up-to-date dengan genre yang saya minat. Berbagai band saya dengar dan pinjam (beli kaset mahal).


Saya bergelumang dengan dunia PUNK nie lebih kurang sampai saya di tahun pertama di universiti. Mari kita lihat sisi lain di sebalik kegilaan saya dengan muzik ini. (saya consider ini zaman gelap saya....namun ia berharga, tetap ada baiknya jika kita diasuh dengan betul). Masa dulu, lagu2 punk dominan didalam bahasa Inggeris dan sedikit dalam bahasa deutch dan jepun. Atas dasar ingin mengetahui apa yang tersirat dan maksud bait2 lirik ini, saya pernah berbulan2 mengelek sebuah Kamus Dwi Bahasa yg sangat tebal keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka kalau tak silap.

setiap hari selepas waktu sekolah saya akan ke sebuah rumah kosong lot tepi 2 tingkat di sebuah taman perumahan yang kurang sambutan. rumah kosong itu saya dan rakan2 bersihkan dan menjadi tempat kami mendengar muzik (radio bateri), berborak, mengumpat cikgu, dan menghisap rokok! :) (ini membuktikan muzik barat membawa kesan yg teruk) ;)

Kami tidak berminat dengan perihal teman wanita, pakaian branded, kehidupan mewah dan perkara2 pembelajaran. namun saya dan rakan baik saya sehingga sekarang sdr Khairul Nizam, menolak secara diam2 method dan fahaman kita perlu jauhkan diri dari kepentingan pendidikan... walaupun kami masih seronok dengan muzik dan bahan2 bacaan yang banyak membawa fahaman-fahaman pelik masa itu...

(sdr Khairul Nizam adalah pemilik blog www.thesevenstring.blogspot.com. Saban hari kami berdua menelaah kamus besar saya untuk mendapatkan makna-makna dari perkataan-perkataan yang kami anggap pelik. Natijahnya, kami hampir2 boleh menguasai bahasa inggeris yang selama ini seperti satu taboo dalam sekolah kami... hehehe... (ujian lisan saya cemerlang - pelik juga masa tu)

Selain itu kami berdua mempunyai minat membaca. Tak tahulah kalau sdr Khairul tu terlalu minat, namun saya memang sangat gilakan buku. Saya berjaya membaca novel SALINA ketika di tingkatan 2. menghabiskan beberapa karya Hemingway ketika period tingkatan 3 hingga 5. mengulang Romance of Three Kingdom berpuluh kali berjumlah 3 jilid yang setiap satu lebih tebal dari kamus saya! sehingga saya hafal setiap watak dan perjalanan cerita... ntah kenapa tak bosan. Mengkaji Kisah Justice Bao, Art of War by Sun Zi. kisah megat terawis, kisah kepahlawanan Amir Hamzah dan kisah lucu Umar Umaiyah... berbagai buku... malah fanatiknya saya terhadap buku sehingga ada yang saya pinjam tanpa rekod di perpustakaan untuk menjadi koleksi saya...;)

buku-buku peristiwa dahulu sgt 'rare' diperpustakaan. kalau terjumpa pasti saya simpan peribadi. antaranya buku peristiwa memali, 13 mei, dan tragedi batu pahat (guru Yahya - ajaran sesat), juga kisah selempang merah - satu bibliografi. sayangnya buku2 itu semua ntah dimana ketika stor Arwah abah saya diubahsuai dan diambil alih oleh Majlis Daerah Kluang Utara untuk short term, banyak buku2 saya hilang. kalau di kumpul semuanya boleh muat satu bilik air sampai kesiling.... :(

ok kembali ker perihal muzik... ada kalanya saya sgt fanatik pada genre dan fahaman punk ini. dan dalam pada itu saya lebih cenderung kepada Punk Nazi (tah apa punya sub core daaa). bertolak dari Nazi, so ia mestilah ganas... budak kurus melengkung macam saya nak ganas? hehehe... dan berkepala botak! hahaha... walaupun saya fanatik dari segi pakaian, dress up kata orang, namun membotakkan kepala satu yang mustahil saya lakukan... (pernah saya botak sekali jer... cukuplah... rasa huduh sgt)

dari masa ke masa saya terima pelbagai risalah dan fahaman dan method-method merapu untuk diamalkan... namun, apa yang pelik ialah, saya dan sdr Khairul, tidak terburu2 untuk mengikuti dan mengamalkannya.... biler saya pikir lama-lama, kenapa dulu saya tidak buat segala yang ada dalam method seorang punk atau punk nazi... kami minat muziknya, dan kami minat fesyennya, namun kami engkar dengan sebahagian attitudenya.

Ya, saya percaya, dalang segala keengkaran kami terhadap mematuhi prinsip2 dalam menjadi seorang punker atau punk nazi's ialah didikan agama kami, dan perhatian keluarga kami. Abah dan mak saya tak marah saya berbaju conteng-conteng dan berseluar koyak di lutut,malah saya sering mengenakan subang telinga sebelah jer tapi subang kepit jer la, namun mereka tidak melepaskan saya begitu sahaja. Sering abah menegur saya jika ada apa2 yang saya perlukan. Itu menjadikan saya rasa tidak tersisih (walaupun salah satu method punk anda perlu tesisih dari keluarga baru nampak ganas dan watever la). Saya bahagia bila pulang ke rumah setelah seharian melepak dengan kawan2 di rumah kosong. Saya tiada tekanan melampau di rumah setelah balik merayau-rayau dengan kawan-kawan sejauh air terjun bekok semata2 nak tunjuk pada masyarakat saya seorang budak punk. Dan saya tiada masalah nak selesaikan kerja sekolah....

Saya percaya begitu juga dengan Sdr Khairul. dia juga berjaya ke Universiti yang sama dengan saya namun di Segamat. Dalam hidup, saya sering dibayangi pencapaian dia. Namun saya tak akan terkejar dengan kegigihan dia dan kejayaan dia... tahniah Khairul. Dia setahun lebih tua dari saya. Dia ke Universiti, saya juga dapat. Kerja sama-sama. Tempat yang sama, sekarang dia dah ada anak 2 orang sepasang, juga sama dengan saya. Alhamdulillah. dialah kawan saya yang terbaik pernah Allah beri untuk berdamping dengan saya... syukur saya memiliki rakan sepertinya dan rakan2 lain yang berjaya dalam hidup. Ya. saya ada rakan yang positif dalam kehidupan yang negatif. itu satu lagi faktor.

Sekarang pasti kita dah nampak apa yang beza antara hidup saya dengan anak waris kita Salleh Gregor Samsa. Tidak semua kehidupan negatif mampu mengakhiri hidup seseorang dengan sadis. Ada faktor-faktor yang mampu menjadi dinding dan pemampan dalam menapis sosial negatif. Ada yang ringkas kawalannya, namun ada yang perlu bersungguh-sungguh. Jika terlalu jauh kita terpesong, semakin sukarlah jalan pulang dan cara membawanya... seboleh mungkin, janganlah kita jauhkan diri kita dari keluarga atau janganlah kita menjauhkan keluarga dari kita. kasih sayang itu sangat ampuh untuk mencairkan hati walaupun telah keras seperti titanium... dan Agama itu lah satu-satunya pelindung rohani kita disaat terhidang arak, ganja, zina dan maksiat dihadapan kita. Tanpa ilmu agama, mustahil kita tak menolak perkara dosa itu.....

Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau telah merahmati kedua Ibu Bapa ku dengan hidayah. Dan kerana itulah aku menerima kehidupan yang sgt baik hasil didikan mereka. dan semua itu adalah dari Mu ya Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Ya Rabbal Alamin.

-Salleh Gregor Samsa hanyalah satu dari ribuan kajian kes yang boleh kita selusuri kisah untuk tauladannya... janganlah ada sesiapa yang menghina dia, malah saya bermohon bersama-sama kita berdoa untuk hidayah mereka yang tersesat dan jauh dari jalan pulang.... mereka-mereka itu pasti ada asbab menjadi begitu, dan pasti ada yang perlu menanggung silap dan salah. Malah kita juga berslah kerana tidak memberi peluang pada mereka untuk mendapatkan jalan yang benar....

p/s : server lembab... upload gambar pun slow... isnin kang ada halwa mata dengan gambar2... InsyaAllah. :)