Monday, July 26, 2010

Kempen Solat Subuh : As-solat-tu-hairum-minannaum



Segala Pujian kepada Allah Azza Wa Jalla.

Segala Rahmat untuk Nabi Muhammad s.a.w utusan Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tanggal 14 Syaaban lepas hari Isnin, saya kehilangan atuk yang dikasihi. Abah kepada mak saya. Allahyarham tinggal di Kg. Kenangan Dato' Onn, Pesta 2, Batu Pahat. Beliau berumur 75 tahun diakhir hayatnya. Apa yang nak saya kongsikan ialah cebisan hidup atuk saya yang amat menjaga solat subuhnya.

Atuk saya bernama Antong Ibrahim bin Otek. Kami adalah Melayu dari suku banjar. Arwah abah saya juga melayu dari suku banjar walaupun telah bercampur dengan suku jawa dari keturunan maknya (nenek saya). Ini bukan nak cerita pasal keturunan... ini cerita indahnya solat subuh... tersasar pulak saya. Atuk saya nie InsyaAllah tiada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok atai semput. Beliau semasa hidupnya sihat. Alhamdulillah. Nenek saya dah lama tiada, maka atuk tinggal bersama anak2nya yang masih bujang.

Arwah atuk meninggal asbab dari jatuh di bilik air ketika bangun untuk mempersiapkan diri untuk munajad dan solat subuh seawal pukul 3.30 pagi. Itu memang rutin beliau. Tak semua kita mampu lakukan seperti arwah atuk. RUTIN. Bermakna, ia dilakukan setiap hari. Ketika makcik saya menjumpai beliau di bilik air setelah terdengar beliau jatuh, atuk saya sempat mengucap 3 kali kalimah syahadah dengan amat jelas sebelum hilang kesedaran diri. ketika beliau diangkat untuk ke kenderaan untuk dihantar ke hospital, saksi (rakan pakcik dan anak2 arwah serta jirannya) mengadu menghidu haruman yang wangi. Bauan tersebut kekal sehingga lepas waktu subuh mengikut cerita lisan.

Saya mendapat panggilan lebih kurang pukul 4 lebih. Ketika bersama isteri bersiap2 nak bangun sahur. lebih kurang pukul 7.30 pagi saya berjaya menghadirkan diri di rumah atuk bersama isteri naik motorsikal jer (naik keta kang sesak nak parking). Singkat cerita, jenazah arwah atuk berjaya diselesaikan lebih kurang pukul 11 pagi.

Apa kena mengena dengan solat subuh?

Sabda nabi Muhammad s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam matahari. hadith riwayat Muslim.

Arwah atuk amat menjaga solat subuhnya (solat lain pun...) malah mementingkan berjemaah. Sempat saya mendengar perbualan beberapa rakan atuk yang mengatakan, jika beliau tiada, maka tiadalah jemaah bersolat subuh, kerana kerap kali hanya atuk sahaja yang berjamaah bersama imam surau. Maha Suci Allah.

Dan Allah menjaga hambanya yang sanggup bersusah payah untuk melaksanakan syariat Nya. Sesungguhnya saya bersaksi Jenazah Arwah Atuk dalam keadaan Baik. dan Allah menghantar tanda2 kemuliaan pada hamba2nya yang patuh. Dan saya percaya Solat Subuh berjemaah antara faktor yang paling berkesan untuk kita mendapat keredhaan Allah ketika hidup mahupun ketika menerima kunjungan Malaikat Izrail...

Setelah pulang kerumah, saya terkenang kisah2 Tokoh2 agung dalam dunia Islam yang menceritakan betapa pentingnya solat Subuh berjemaah...

saya teringat kisah Imam Hassan Al-Banna yang ketika kecilnya, beliau sanggup mengetuk pintu setiap rumah mengejutkan penghuninya untuk bangun solat subuh berjemaah. Dari pandangan saya, pasti banyak dugaan yang ditempuhi untuk melakukan aktiviti tersebut. Malah atas usaha beliau, ramai rakan2 yang berjaya direkrut untuk bersama2 membahagikan tugas mengejut orang ramai supaya bagun dari tidurmya...

Ketika kecil saya sering diingatkan oleh arwah abah. kalau tak bangun subuh saya tidur dengan berselimutkan kulit khinzir! telinga dipenuhi syaitan dan tidur bersama najis dan air kencing syaitan! itu yg sering arwah abah kata dan juga ustaz kat sekolah agama.
Kemudian saya teringat, Kisah Tariq bin Ziyad ketika memilih pahlawan yang mengikuti beliau ketika hendak membebaskan bumi Sepanyol dari kegelapan kafir. Antara ciri2 yang beliau sering utamakan adalah individu yang bangun tahajjud malam, solat subuh berjemaah dan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis....

Zaman sekarang ini, nak lihat wajah2 pemuda belia berkunjung ke masjid atau surau, bukan kata solat subuh, malah solat maghrib pun payah... benarlah kata2 Islam tidak akan bangkit selagi masjid2 dan surau2 nya tidak dipenuhi dengan jemaah ketika waktu subuh seperti ketika solat jumaat.

Kalaupun rasa susah nak bangun subuh, mari kita mulakan sekarang dengan solat subuh sahaja tanpa jemaah... perlahan2 kita rajinkan diri kita dengan bangun awal dan solat subuh. selepas beberapa waktu, mari kita bersama2 jengahkan diri ke surau atau masjid untuk berjemaah ketika subuh... dapat seminggu 2 kali atau sekalipun Alhamdulillah (masa cuti).

Kalau rasa susah, cuba kita berpuasa sunat seminggu sekali kalau tak dapat 2 kali... InsyaAllah, semangat dan rahmat Allah itu akan datang,

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dengan solat subuh itulah, kita dapat mendisiplinkan diri kita dengan akidah yang ampuh. InsyaAllah.

Apa yang saya seru ini adalah untuk diri saya yang sentiasa lemah. sentiasa khilaf dan sentiasa alpa pada kewujudan tujuan diciptakan.... (ha... nie kena baca Mistisfiles )

jumpa lagi di Kempen ke-2 mari Solat Subuh : (tak tau lagi bab apa)

nie dari blog sdr abuawatif :

SEBAB-SEBAB MEMBANTU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Pertama: Memikirkan nikmat Allah yang kekal bagi mereka yang menjaga solat subuh.

Kedua: Mengingat akan azab yang pedih yang Allah sediakan bagi mereka yang meringankan solat subuh

Ketiga: Tidak berjaga sehingga lewat malam dan sebaik-baiknya selepas solat Isyak

Keempat: Mengambil langkah untuk memudahkan solat subuh seperti jam penggera di hand phone, jam atau berpesan kepada kawan atau suami atau isteri untuk mengejut solat subuh

Kelima: Berdoa semoga Allah mempermudahkan kita mengerjakan solat subuh berjemaah kerana orang yang melakukannya orang istimewa yang dipilih oleh Allah swt

Keenam: Menjauhkan diri dari dosa maksiat seperti menipu, berlaku zalim, menonton filem dan drama secara keterlaluan. Ketaatan membantu untuk bangun awal.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu berkata, bersabda nabi s.a.w :

“Tidak ada solat yang lebih berat ke atas orang munafiq dari solat subuh dan Isyak. Sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan dua solat ini, nescaya mereka akan datang walaupun merangkak.”


Tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Jazakallah....

Tuesday, July 20, 2010

Kesedaran Umat - Mari Kita Kaji Perancangan Dajjal

Hasbi Rabbi Jallallah...

Nie saya tolong promosikan... DVD THE ARRIVALS, PHASE 3 DAN SLAVERY BY CONSENT (3 set dvd) dengan harga RM20 sahaja. Ia dikeluarkan oleh Kumpulan HARI KIAMAT SUDAH HAMPIR - HKSH -. Saya percaya mereka tidak berniat untuk menjalankan perniagaan bersandarkan profit. Ini jalan dakwah mereka. Mari kita sama-sama berusaha.
Dulu saya pun ada jugak nak buat VCD the Arrivals untuk edaran percuma. tapi tak siap2 pasal ada yang takder subtitle... ada yg tak kuar suara... saya download dari Youtube dengan file .flv. bukan tak boleh nak buatkan subtitle.. tapi takut salah info lak.... yer la... saya nie lemah dalam bahasa inggeris. ;)

Pandangan peribadi saya - Ke-3 video dokumentari ini bagus dan mempunyai nilai bagi menyingkap kehidupan disebalik kehidupan yg kita nampak nyata. Namun, saya syorkan anda semua yang menonton dan akan menonton, supaya jgn mengambil 'bulat-bulat' semua info tersebut. Rajin2 la skit kita selak buku dan kitab, atau bertanya pada Ustaz or para pengkaji Teori Konspirasi berkenaan maklumat didalam video tersebut. Jangan jadikan ia sebagai satu rujukan utama.

Dan saya juga ingin berpesan untuk kita mengabaikan maklumat berkenaan Imam Mahdi yang digambarkan dengan gambar dari 12 imam-imam orang Syiah (dalam The Arrivals). Saya kurang selesa dengan maklumat tersebut (pandangan peribadi).

Video2 yang lain saya belum habis untuk pengesahan (The Phase 3) dan video The Slavery Consent langsung saya belum tengok. ;)
sebab sekarang nie youtube dah tak boleh nak save videonya... kalau ada sapa2 yang boleh bgtau macamana nak download video kat youtube bgtau la kat saya... dulu saya guna www.savevideodownload.com, kisstube, savetube... sekarang dah tak boleh la pulak....

ok di persembahkan kepada anda pergi la kat sini -----> KLIK KLIK

dan saya juga menyeru anda yang telah ada DVD nie, sebar2kan lah ia... benda yang baik kalau kita sebarkan merupakan satu saham yang amat bernilai... ilmu yang baik itu tidak akan mati selagi ia digunakan... dan selagi itulah kita mendapat rahmat sahamnya...

mana2 yang ada duit lebih tu, cetak la banyak2.... hantar kat masjid2, surau2... hantar kat warung.... pujuk toke warung tu bukakVideo tu ketika org ramai... dari ngeteh sambil tengok wrestling atau karaoke... baik diorang tengok Video nie...

hantar2 la kat sekolah / tempat anak2 yatim....

yer.. tolong yer... saya seorang tak mampu nak buat... InsyaAllah saya sinarkan di Batu Pahat... tempat lain, rakan2 tolong lah ya... :)

nie kalau sapa2 yg tak dpt masuk link tadi, saya bg sedikit maklumat dan cara nak beli dvd tu :

Objektif menonton The Arrivals: Menyedarkan anda secara drastik tentang Freemason, Kemunculan Dajal dan tipu daya sistem dunia yang sangat halus untuk dibaca oleh orang biasa. Siri ini mampu mengubah diri anda ke arah lebih positif secara mendadak

Objektif menonton Phase 3: Siri ini menjelaskan lagi hakikat Dajal yang kini sudah berada di fasa akhir kemunculannya. Siri ini lebih memberikan kefahaman kepada kita yang sudah menonton The Arrivals. Siri ini dibuat dengan kerjasama Syaikh Imran Hossein dengan bersumberkan sumber yang sahih dari Quran dan Sunnah

Objektif menonton Slavery By Consent: Siri ini mengupas dan membongkar penipuan sistem kapitalis dan sistem dunia dengan lebih teliti dan jelas. Pengetahuan di dalam siri ini membolehkan anda menjadi lebih hebat berbanding Ahli Politik dalam membaca percaturan dunia. Lebih hebat lagi anda akan mampu membaca propaganda ketenteraan dunia dengan lebih cekap dari Ahli Politik Dunia serta dapat membezakan kebohongan atau kebenaran setiap kali menonton TV atau mendengar berita dalam dan luar negara.

Kami tidak sedikit pun berhasrat untuk membuat bisnes besar melainkan untuk membantu pihak yang tidak ada kemudahan Internet agar tidak ketinggalan dalam visi kesedaran ini. Bagi mereka yang ada kemudahan bolehlah download siri ini dari banyak web torrent dan youtube.

Pakej kesedaran ini mengandungi (Hanya RM20 untuk 3 DVD + Percuma Pos Laju):

1) 51 episod (Full) siri The Arrivals dengan sarikata Bahasa Melayu. Ditukar ke Format AVI dan boleh dimainkan di PC sahaja

2) 20 episod (Full) siri Phase 3 dengan sarikata Bahasa Melayu. Ditukar ke Format DVD dan boleh dimainkan di PC atau DVD player.

3) 10 episod (Full )siri Slavery By Consent + bonus 2 episod pembongkaran helah wang kertas dengan sarikata Bahasa Melayu. Ditukar ke Format DVD dan boleh dimainkan di PC atau DVD player.


Langkah langkah pembelian:

1)Bank in RM 20 ke akaun bank bernama Muhammad Nasri Bin Azhar

MAYBANK No Akaun: 162 759 074 113

CIMB No Akaun: 0114 - 0079 252 - 52 - 6


2) SMS Nama, Alamat dan detail pada resit transaksi seperti Tarikh dan Waktu transaksi kepada Nombor Telefon 013-7014364 sejurus selepas membuat pembayaran.

Contoh format SMS:

Md Sulaiman Bin Endut,
No 113, Jln Puteri Bunian 5/80C, Taman Salafiah ,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Maybank/ CIMB
Tarikh: 6/7/2010 Masa: 3:43 PM
RM 20.

Kami akan menyemak dahulu wang masuk adakah sama dengan Tarikh dan Masa transaksi. Setelah sah kami akan menghantar DVD melalui Pos Laju. (Tarikh dan masa transaksi sangat penting untuk pengesahan).

3) Tunggu DVD sampai minimum 3 hari bekerja dan maksimum 5 hari bekerja.



Wassalam....

Monday, July 12, 2010

REVIEW BUKU - Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan

Allah Maha Besar. AllahuAkhbar.

dalam posting berjudul Mereka Berdagang Dengan Allah s.w.t - Review buku Atriza Umar, saya ada berjanji untuk mengulas dan review buku karya C.N Al-Afghani (Cikgu Non - Cikgu Zainon) tapi semalam masa saya on FB, rakan saya (the seven string - Sdr Khairul) dah tag saya satu posting review buku nie... so saya paste la ek... kredit kepada Akaun SUTERA BIRU atau original post kat sini - http://www.facebook.com/note.php?note_id=142403825773404&id=100000123015057&ref=mf


MUJAHIDDIN MELAYU - As Syahid Fauzi Ismail

Berbicara tentang Mujahidin, pasti ramai antara kita tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kerdil ini juga mampu melahirkan barisan Tentera Allah yang sanggup berdada/berdepan dengan tentera Kuffar laknatullah. Kini, hamba persembahkan kepada kalian sebuah kisah yang amat jarang untuk didengari dari lidah-lidah agamawan Malaysia, kisah yang tak semua sanggup & berani untuk diceritakan kepada pelapis-pelapis anak jantan Islam berbangsa Melayu, mahupun hendak dijadikan cerita sebelum tidur anak-anak Muslim.

Inilah kisah dari seribu kisah, kisah kerdil disaluti darah, darah sang Pejuang demi membela Islam nan Suci. Bacalah, hayatilah, tangisilah, insafilah, sebuah kisah klasik untuk masa depan...
ALLAH HU AKBAR!!!

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh"- At Taubah:111

Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.

Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail untuk tatapan pengunjung laman web ini.

Latar Belakang As Syahid
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad
Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah
As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan
As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

"Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.

Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

"Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur."



Nota:Terima kasih dan jazakumullah Khairan kathira kepada C.N Al Afghani kerana membukukan kisah perjuangan ini. Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmat kepada saudara. Bersabarlah dalam merintis onak dan duri tribulasi ini. Amin.



ada lagi satu janji nie belum ditunaikan.. InsyaAllah nanti saya teruskan...

Wallahuaklam

Wednesday, July 7, 2010

Peminta Sedekah dan Rezeki Mereka.


Ya Allah, ampunkan aku atas kedangkalan ku didalam menjadi umat Mu...

Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni nak citer satu peristiwa. Hari tu, saya pergi membawa keluarga makan di restoran. Kebetulan balik dari membeli belah barangan dapur, singgah di kedai makan tepi sungai. Sape-sape yang duk Batu Pahat tahu la tempat nie, sebelah Restoran Jengkuan jalan pasar. Kedai makan tu popular dengan gerai-gerai sate. Tapi hari tu tak makan sate.

Nak jadi cerita, saya sampai lebih kurang dalam pukul 9 malam. Meriah tempat makan tu, dan ramai pelanggan. Anak pun sibuk nak tengok sungai yang kebetulan air tengah berlalu surut.

Sedang saya dan keluarga menikmati rezeki Allah, kami didatangi seorang lelaki tua berkopiah, dari raut muka yg bersih, saya kira dia seorang muallaf (firasat saya jer). Dia hanya senyum dan saya balas senyumannya. Baru saya perasan ditangan beliau ada cebisan kertas kadbod yang tertulis perkataan 'BISU' dan beberapa not seringgit. Fahamlah saya beliau meminta bantuan dan pertolongan 'sedekah' dari saya. Ikhlas saya hulurkan wang kertas pada beliau. Isteri saya hanya memandang. Kemudian kami sambung makan.

Dalam masa saya makan itu, hati saya teringat beberapa kisah silam ketika menetap di Kuala Lumpur. Dan hati saya kuat ingin melihat perjalanan orang tua tadi ke meja2 yang lain. Saya pun dengan sedaya upaya cuba melihat gerak geri orang tua tersebut dari meja ke meja dengan harapan tindakan saya tidak menarik perhatian orang lain. Pelbagai keadaan saya dapat lihat. Ada yang dengan mudah menyerahkan not-not RM, ada yg tarik muka masam, ada yang buat tak tahu, dan ada yang lucu bertanya soalan pada orang tua tu... la... kan 'BISU'.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, tiba-tiba datang satu keluarga. Suami isteri dan tiga anak mereka yang dari pengamatan saya sedang bersekolah menengah dan rendah. Mereka duduk betul-betul dihadapan saya. Ketika saya menunggu makanan yang dibungkus (untuk keluarga mertua saya) siap, orang tua tu sampai lagi di area saya. Beliau lihat seperti teragak-agak hendak ke meja hadapan saya. namun beliau teruskan dan dengan senyuman beliau menyapa si suami (angkat tangan jer...). Si Suami tu melihatkan muka yang bagi saya marah dan tidak suka atas permintaan orang tua itu, dan dengan senyuman juga orang tua tersebut meninggalkan meja hadapan saya itu.

Tak cukup dengan itu, saya dengar dengan jelas, si suami menerangkan kepada keluarga nya, lebih kurang cam nie la = "jgn di layan org mintak sedekah nie! tu semua pembohong. dah la malas kerja. mintak sedekah jer. tu bukannya bisu pun... mereka nie penipu jer lebih." dan disambut gelak tawa dari isteri dan anak-anaknya....

tamatlah kisah tu... itu jer ker?

Apa yang menyentap hati saya ialah, bagaimana si suami tu tahu orang tua dan semua orang yang mintak sedekah tu penipu? Betulkah tindakan si suami tu? Molekkah pengajaran yang diberikan pada isteri dan anak-anaknya? Kalaulah apa yang dia sebutkan tu menjadi panduan orang lain yang dengar katanya, bagaimana?

Bukan penipuan orang tua tu yang saya nak ceritakan (kalau betul dia tipu), tapi perihal rezeki yang telah diamanahkan dan Allah serahkan pada kita. Mana rezeki yang saya maksudkan? segala yang kita ada, dan segala yang selama ini mudah kita menganggap harta milik kita... adalah sebenarnya harta dan milikkan Allah. tiada satu pun didunia ini milik kita... tiada... rumah? dari Allah dan milik Allah... kasut bola? pun sama.... segalanya... dan Allah perintahkan kita berusaha untuk mendapatkan rezekiNya. Dan atas nama Allah juga rezeki itu tidak boleh kita sekat atas kebongkakkan dan ketakburan kita untuk bersedekah... apa hak kita untuk menidakkan rezeki orang lain?

Allah dah tetapkan dari beg duit saya ada rezeki untuk orang tua itu. dan saya juga telah ikhlas menyerahkan rezeki yang saya terima untuk dikongsi bersama orang yang memerlukan. Apakah hak saya hendak menuduh orang lain itu penipu? Dah la saya tiada bukti. Adakah dengan bersedekah RM10 menjadikan saya miskin kedana? Menjadikan saya tidak makan seminggu? Kalau ia pun, ia adalah ketentuan Allah. Allah memberi ujian pada hambanya dengan melihatkan sikap2 takbur dan sayangkan harta dengan menghantar orang tua peminta sedekah itu. Soal dia menipu itu bukan soal kita. Soal kita ialah, sanggupkah kita mengeluarkan rezeki yang Allah beri untuk membantu orang lain? Itu lah perkara utamanya.

Mengapa kita mudah sangat menolak untuk membantu orang lain? Kalau memang didalam poket kita tiada duit pun, jgnlah kita menaburkan tuduhan kepada orang2 yang sedang meminta bantuan.

saya ada kawan yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Shah Alam. Beliau sering berpesan pada saya, dan kawan2 yang lain, supaya jgn sekali2 memberi sedekah pada peminta sedekah ketika saya berada di Kuala Lumpur dulu. Apa natijahnya? anda leh fikir. Kalau Allah uji saya dengan didatangi sindikit peminta sedekah sekalipun, adakah saya tahu? adakah ketika itu perkara yang diutamakan ialah dapatkah saya 'track down' yg datang tu sindiket? bukan! yang datang itu adalah ujian Allah terhadap kita berkenaan sanggupkah kita mengeluarkan rezeki yang Allah beri untuk membantu orang lain....

Bukankah kita dituntut membantu sesama manusia... lebih2 lagi saudara seagama.

Untuk lebih memahami perihal rezeki dari Allah nie, boleh la baca kat siri tazkirah ini http://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/perihal-rezeki.html dan rujuklah Ustaz2 kita... saya tak lampirkan Firman Allah dan hadith2. anda semua boleh carik. jika niat kita sering kepada kebaikkan... Allah jua yang membalasnya...

Wallahuaklam.....