Thursday, December 23, 2010

Sambutan Tahun Baru - Siri Racun-racun Dakyah

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah SWT berfirman - ".... Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan". (Al-Baqarah : 140)

Maaf kerana lama tidak mengemaskini sudut ini. Sebagai orang yang makan gaji, hujung-hujung tahun biasanya sibuk sikit dengan segala jenis rekod dan akaun dan ISO dan ntah apa-apa lagi la...

Tidak lama lagi kita akan berjumpa dengan tarikh yang baru. InsyaAllah, jika Allah melanjutkan lagi usia kita, dalam beberapa hari kita bertemu tahun 2011. Saya yakin, generasi baru ramai dan 99% pasti tahu tahun akan datang ialah 2011. Namun sebenarnya pada artikel ini ditulis, kita telah melewati 21 hari di dalam tahun baru Hijrah! tak ramai yang peduli dan tahu. Malah rakan dipejabat pun ada yang tak tahu tahun hijrah bagi tahun ini 1432H. malah ada yang tidak tahu kita sedang didalam bulan Muharram!

25 Disember lalu Krimas/Hari Natal.... tak perlu diceritakan sambutannya di Malaysia. Lagi-lagi bila slogan 1 Malaysia di laungkan, maka berkongsi-kongsi la kita meraikan segala perayaan. Malah ada rakan Muslim di Singapura, dengan tanpa rasa sesal menceritakan keseronokan menyambut dan menyertai perayaan Helloween!

Baiklah, itu yang nyata, kita lihat pula sambutan tahun baru di Malaysia. Kita singkap apa disebaliknya. Apa yang saya kongsikan ini adalah dari perkongsian pejuang yang lain jua... Maka, berkongsi dan dipanjangkan lah ia semoga menjadi MLM kita.



Setiap tahun... tanggal 1 Januari seluruh umat manusia di atas muka bumi ini seolah-olah sedang merayakan satu hari keramat dalam kalendar sejarah peradaban manusia. Sebelah malam sebelumnya, iaitu tanggal 31 Disember, pada detik 12 malam mereka berkumpul pada tempat-tempat tertentu bagi menyaksikan hiburan, bunga api, serta pelbagai aktiviti lagi yang menjurus kepada kemaksiatan, pembaziran dan masalah sosial.

Di Malaysia, tarikh ini juga diraikan oleh sebilangan besar umat termasuk muslim. Pada hari tersebut, lazimnya akan diadakan majlis keraian yang tidak juga kalahnya dari segi kemeriahannya. Malah di media-media akan dipaparkan hiburan, pembakaran bunga api serta pelbagai aktiviti lagi.

Blog ini bukanlah blog politik yang cuba menentang arus kelaziman masyarakat atau mempersoalkan mana-mana pemimpin dalam mengadakan majlis ini.

Persoalannya di sini, wajarkah sambutan ini? Apa yang disambut sebenarnya? Tahun baru...! Bagi umat Islam, ini bukan tarikhnya. Lantas apa yang diraikan dan disambut hinggakan begitu beria-ia!?



Istilah Tahun Masehi

Perkataan Masehi biasanya dirujuk kepada tarikh tahun mengkut kalendar Gregorian. Kata ini berasal dari bahasa Arab. Awal tahun masehi ini dirujuk kepada tahun yang dianggap kononnya sebagai tahun kelahiran Nabi Isa Al-Masih, maka kalendar ini dinamakan Masihiyah atau Yesus dari Nazareth.

Manakala, istilah 'Sebelum Masehi' (SM) dirujuk pada masa sebelum tahun tersebut. Sebahagian besar orang non-Kristian biasanya menggunakan singkatan M dan SM. Sistem penanggalan yang merujuk pada awal tahun Masehi ini mula digunakan di Eropah Barat sejak abad ke-8.



dalam bahasa Inggeris dan dipergunakan secara internasional, istilah Masehi disebut sebagai Anno Domini (AD) dan Sebelum Masehi disebut sebagai Before Christ (BC)

Asal Hitungan Tarikh Masehi

Sistem penentuan dan perhitungan hari, bermula dari ilmu astrologi iaitu ilmu tentang pergerakan benda-benda langit seperti matahari, bulan dan bintang. Ilmu ini berkembang sejak zaman pemerintahan Babilion kuno, iaitu lebih kurang 2000 SM.

Penentuan hari atau bulan melalui kaedah ini, tidak salah.... Malah Allah SWT telah berfirman melalui ayatNya yang bermaksud : " Dia lah menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah randah pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya)". Surah Yunus ayat 5.

Namun apa yang perlu diteliti adalah penggunaan bulan dan hari yang digunapakai oleh seluruh dunia sekarang dimana fahaman gereja mempunyai pengaruh yang besar dalam penentuan hari dan bulan, apatah lagi PERAYAAN TAHUN BARU...!

Kalendar Arab Jahiliah

Di zaman pra-Islam, kaum Arab menggunakan taqwim yang berasaskan kepada sistem lunar (Qamariah). Walau bagaimanapun,mereka banyak mencampur adukkan perbuatan melewatkannya sehingga kiraan menjadi begitu keliru.

Golongan Arab jahiliah pra Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu. Mereka telah menjadikan didalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar.

Mereka berasa berat disebabkan oleh musim haji yang ada kalanya berlaku pada musim sejuk. Ini menyukarkan agenda perniagaan mereka lantas mereka mengubah bilangan bulan dalam setahun semata-mata dengan tujuan untuk menjatuhkan musim haji pada waktu yang selesa dengan kepentingan diri. Begitu juga, mereka sukar hendak menahan diri daripada melakukan gencatan senjata, mengelakkan pertumpahan darah pada tiga bulan Haram yang berturut-turur iaitu Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Muharram, lantas perubahan bilangan bulan dilakukan.

Untuk membetulkan kembali penyelewengan yang dilakukanoleh Arab jahiliah, Allah SWT telah berfirman dengan maksud : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan)dalam kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah Agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa" (At-Taubah ayat 36)

Pemberian Nama Bulan Masehi

Sejak Zaman Romawi, iaitu sebelum pemerintahan Julius Caesar, mereka membahagikan bulan-bulan dalam 10 bulan saja iaitu :

1. Martius (March / Mac)
2. Aprilis (April)
3. Maius (May / Mei)
4. Junius (June / Jun)
5. Quintilis (July / Julai)
6. Sextilis (August / Ogos)
7. September
8. October (Oktober)
9. November
10. December (Disember)

Seperti kelazimannya, apabila sesuatu perkara yang mempunyai pengaruh gereja, maka ianya akan mempunyai maksud atau pengertian tertentu yang perlu kita fahami. Begitu juga dengan penentuan bulan-bulan ini dimana pemberian nama ini, ada kaitannya dengan DEWA bangsa Romawi.

Bulan Martius (March / Mac) mengambil nama Dewa Mars, manakala bulan Aprilis (April) diambil dari kata Aperiri, sebutan untuk cuaca yang nyaman didalam musim panas. Seterusnya bulan Maius (May / Mei) mengambil nama Dewa Maia dan bulan Junius (June / Jun) mengambil nama Dewa Juno.

Sedangkan nama-nama Quintrilis, Sextrilis, September, October, November dan December adalah nama yang diberikan berdasarkan angka urutan susunan bulan. Quintrilis bererti bulan kelima, Sextilis bulan keenam, September bulan ketujuh, Oktober bulan kelapan dan December bulan kesepuluh.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, didapati bahawa suatu ketika dahulu permulaan tarikh (awal tahun) jatuh pada bulan Maret (March / Mac). Hal ini berkait rapat kaitannya dengan musim dan pengaruhnya kepada tata kehidupan masyarakat di Eropah.

Bulan March (tepatnya 21 March) adalah permulaan musim panas. Awal musim panas disambut dengan perayaan sukacita kerana dipandang sebagai mulainya kehidupan baru, setelah selama 3 bulan mengalami musim dingin. Jadi kedatangan musim panas ini dirayakan sebagai PERAYAAN TAHUN BARU setiap tahun.

Setelah beberapa ketika, bulan yang hanya terdiri dari 10 bulan itu kemudian ditambah menjadi 12 bulan, tambahan 2 bulan iaitu bulan Januarius (January / Januari) dan bulan Februarius (February / Februari).



Januarius adalah nama yang berasal dari nama Dewa Janus, dewa ini berwajah dua, menghadap kedepan dan belakang, hingga kononnya dapat memandang masa lalu dan masa depan, sebab itu Januarius ditetapkan sebagai bulan pertama.

Februarius diambil nama sempena suatu upacara Februa, iaitu upacara bagi menyambut kedatangan musim panas. Dengan ini Februarius menjadi bulan yang kedua, sebelum musim panas datang pada bulan Maret.

Begitu juga bulan-bulan yang terdahulu, letaknya didalam tarikh baru menjadi tergeser dua bulan dan susunannya menjadi : Januarius, Februarius, Maius, Junius, Quintrilis, Sextilis, September, Oktober, November dan December.

Jadi kesimpulannya, tarikh tahun masehi yang dipakai secara internasional sekarang ini ternyata berdasarkan perhitungan astrologi Mesopotamia yang dikembangkan oleh ahli astronomi para penyembah dewa-dewa. Maka nama-nama bulan pun digunapakaisempena nama dewa dan tokoh pencetus tarikh kalendar Masehi.



Tradisi Sambutan Tahun Baru Masehi

Tahun Baru Masehi pertama kali dirayakan iaitu pada zaman kaisar Romawi, Julius Caesar (45 SM)untuk menghormati Dewa Janus (Dewa yang digambarkan bermuka dua, merupakan Dewa Pintu dan semua permulaan).

Kemudian perayaan ini terus dilestarikan dan menyebar ke Eropah (abad permulaan Masehi). Seiring dengan munculnya dan berkembangnya agama Nasrani, akhirnya perayaan ini diwajibkan oleh para pemimpin gereja sebagai satu perayaan "suci".

Cara Sambutan

Orang Romawi kuno menyambut tahun baru dengan saling memberikan hadiah; iaitu potongan dahan pohon suci untuk merayakan pergantian tahun. Kini, mereka saling memberikan kacang atau 'syiling' lapis emas dengan gambar Janus.

Di Brazil, pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, sebahagian masyarakat Brazil berbondong-bondong menuju pantai dengan pakaian putih bersih. Mereka menaburkan bunga di laut, menanam tanaman atau buah-buahan seperti mangga, betik, tembikai dan lain-lainnya didalam pasir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang Dewa Lemanja, dewa laut yang terkenal dalam lagenda negara tersebut.

Manakala menurut kepercayaan beberapa masyarakat Jerman pula, jika mereka memakan sisa hidangan pesta perayaan 'New Years Eve' pada tanggal 1 Januari, mereka percaya tidak akan kekurangan makanan selama setahun penuh.

Jadi kesimpulannya, diperhatikan bahawa beberapa masyarakat di sudut dunia ini merayakan tahun baru atas kepercayaan dan adat kebudayaan masing-masing. Maka sebagai umat Islam di Malaysia, di manakah kewajarannya meraikan tahun baru apabila tiba tanggal 1 Januari tersebut?

Perayaan ini tidak ada dalam hadith dan Al-Quran, tiada dalam adat dan kebudayaan dan tiada satu pun sejarah yang dapat dikaitkan dengan kewajaran sambutan tersebut. Jadi mengapakah perlunya kita berhabis-habisan membelanjakan wang ringgit bagi meraikannya?

Lebih bahaya lagi kiranya kita melihat dari sudut aqidah! Orang barat (Rom) meraikannyakerana menghormati dewa mereka, Janus. Kita umat Islam apa yang perlu dihormati? Dan perlu ditanya juga, apakah hukum meraikannya dan dimana letaknya aqidah kita?

Tidakkah ini jarum sulit dan dakyah barat yang telah berjaya dimeterai ke dalam budaya kita, hinggakan sambutan ini menjadi satu kemestian yang perlu diraikan setiap tahun...!

Wallahua'lam...



nota : sebahagian isi artikel ini adalah dari karangan Saudara Nazri Zakaria dari buku Rahsia Untuk Umat Islam... sila berikan kredit kepada beliau bagi mana-mana salinan.

Tiada hakcipta didalam Islam.

Tuesday, November 23, 2010

KUASA, UNDANG-UNDANG, KEMANUSIAAN.

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mencipta. Tiada satu pun ciptaannya didunia ini yg tiada gunanya. Hanya Allah Yang Maha Besar.

Pertama-tama saya doakan kepada pengunjung blog ini semoga Allah merahmati kalian dan mempermudahkan urusan harian dan bersatu didalam usaha menyebarkan syiar-Nya. InsyaAllah.

Harap maklum, saya bukanlah ahli didalam perihal hukum dan feqah dan orang yang boleh dirujuk jika ada permasalahan hal-hal agama. Saya insan daif dan usaha di blog ini adalah salah satu usaha saya untuk menegur dan menasihati diri saya pertamanya, dan kepada subjek-subjek yang perlu kita lihat sebagai garis pedoman. Tidak sekali-kali saya berniat menunjuk pandai, malah saya dengan rendah hati, memohon pengunjung yg bijak saksama bersama2 membantu menasihati saya dan rakan2 lain. InsyaAllah...

Kembali pada tajuk, kali nie satu peristiwa berlaku beberapa hari yang lepas. Peristiwa yang benar2 menyentuh hati. Menyentap kesabaran. Membakar api kemarahan. Mendidihkan gelora jiwa. Peristiwa berlaku di Carrefour Batu Pahat.



Hari itu, selesai Maghrib, saya sekeluarga keluar untuk membeli belah. Saya pasang niat untuk ke Carrefour kerana saya juga ingin mencari buku2. Kat Carrefour Batu Pahat, kalau masuk main entry leh jumpa gerai buku. Macam-macam buku ada. sebab tu saya ke sana dan kelebihannya, senang nak pilih buku. Tokey nya pun muslim. dan buku-bukunya pun Islamik. Dulu selalu pergi Popular, tapi susah betul nak cari buku kerana mereka tak label buku Islamik dengan tepat. Selain gerai kat Carrefour tu, satu lagi kedai buku yang mudah saya pergi ialah di belakang CIMB Bank Batu Pahat. Dihujung jalan sebelah Telekom. Kedai kecik jer. Sebelah kedai tu Cyber Cafe.

Isteri ajak saya cari, bahan keperluan dulu, tak lama kami dalam Carrefour. lebih kurang 1 jam sahaja. Kemudian saya membawa keluarga ke gerai buku tersebut. Sambil belek2 buku (isteri pergi beli Papa Roti), saya terpandang 2 orang budak bersongkok, membawa resit ditangan, dan masing-masing dengan sebuah beg. Dalam hati saya pasti mereka dari mana-mana Institusi Muslim yang mencari dana / sumbangan. "Kejap lagi lah" dalam hati saya memasang niat untuk bersua mereka.

Seketika kemudian, isteri saya tergesa-gesa berjumpa menyatakan anak sulung kami yang berumur 3 tahun 25 Nov ini batuk2 dan semput. (anak sulung memang sering kena semput, kalau batuk-batuk lagi la mudah kena serang semput. Saya bercadang nak membawa ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan segera asma anak saya. Terlupa perkara bertemu 2 orang remaja tadi.

Saya dan keluarga pun bergerak la ke arah pintu utama. Tiba-tiba saya terdengar satu suara yang kuat yang melebihi hiruk suasana di dalam Carrefour itu. Saya toleh kearah suara itu. Suara itu datang dari seorang yang berpewatakan agak tak terurus (macam hiippies lebih kurang) berambut panjang berseluar paras lutut. Pemuda itu sedang mengherdik 2 remaja tadi. Baru saya teringat niat saya hendak berjumpa mereka.

Saya pesan kepada isteri supaya bawa anak2 ke kereta. Namun beliau enggan dan menunjukkan minat yang sama seperti saya, menghampiri 2 remaja dan pemuda itu untuk mengetahui butir perkara kekecohan yang berlaku. Untuk makluman, ia betul2 di tengah ruang legar hadapan pintu utama bersebelahan restoran Kopi Rengit.

Pemuda tersebut memegang sebungkus CD Audio dari labelnya bertajuk CAHAYA **** saya tak nampak selebihnya... sambil mengacu-acu CD tercsebut ke arah muka remaja tersebut, pemuda itu menerangkan kesalahan remaja tersebut menjual CD tersebut. beberapa Akta dikeluarkan dan mempersoalkan kesahihan "originality" CD tersebut. Pemuda itu juga mempertikai kebenaran permohonan sumbangan.

Apa yang remaja itu mampu lakukan? Remaja itu hanyalah insan yang baru bertatih dalam dunia nie. Hati saya bergelojak dengan kepanasan hati terhadap kesombongan pemuda itu yang bagi saya terlalu mendewa-dewakan / mengagungkan undang-undang rasmi negara. Semakin ramai mata memandang semakin angkuh pemuda itu. Umpama memiliki kuasa menghukum tanpa perbicaraan lagaknya. Ia berlangsung selama 2-3 minit sejak saya menghampiri mereka, dan berakhir bila pemuda itu terdengar isteri saya berkata dengan hampir kuat, "berlagaknya..." serta pemuda itu terpandang saya yang sedang sedaya upaya menahan marah.

Pemuda itu akhirnya dengan lagak seperti penguasa, berkata nyaring, sesuatu yang sukar saya nak ingat kerana teramat menahan marah... seperti mengancam remaja itu, dan lebih menjadi-jadi apabila seorang pengawal keselamatan datang dan bersama-sama pemuda tadi menyalahkan tindakan remaja tersebut yang berusaha untuk mencari sumbangan.

Akhirnya episod kegeraman saya tamat. Saya panggil remaja itu dan arahkan dia beredar sahaja. Sambil kami melangkah bersama keluar dari Carrefour, sengaja saya memberi kata-kata semangat agak lantang kepada remaja yang nampak sungguh sedih dan terganggu emosinya, saya berkata lebih kurang, " takper dik, InsyaAllah usaha adik kalau ikhlas, Allah pandang. pedulikan mereka yang menongkat langit dengan undang-undang kafir tanpa kemanusiaan itu. biar mereka tanggung kat akhirat usaha adik yang terbantut tu." sengaja saya berkata kuat kerana disebelah saya betul-betul pengawal keselamatan tadi. Isteri saya menambah, "biar mereka dik, kang kat kubur kang suh diorang pakai mahkamah tinggi jer.... yasin pun tak yah baca, guna buku perlembagaan jer..."

Saya jeling penuh makna pada pengawal keselamatan itu. Beliau serba salah dan kembali masuk kedalam bangunan. Remaja tersebut pergi tanpa berkata apa-apa. Namun jelas kelihatan kesedihan yang amat sangat. saya tak dapat menafsir tahap kesedihan mereka.

Andai kata, benar remaja itu mengutip sumbangan yang tidak benar, bukti perlu dikemukakan dan laporan polis perlu dibuat, bukan kita menghukum di khalayak ramai. Dan berbangga-bangga dengan laungan akta-akta yang entah betul entah tidak. Jika sumbangan tersebut untuk membantu menyuap mulut2 yang kelaparan, dan hari itu mereka tidak mendapat rezeki dari Allah, maka panjang ceritanya...

Mengapa kita mudah memandang serong pada institusi Islam? masih terlalu ramai diluar sana yang menganggap Islam itu hanyalah sembahyang 5 waktu... masih ramai yang solat 5 waktu tapi tidak bertudung.... masih ramai yang solat tapi menogok arak. Masih ramai yang langsung tidak tahu hatta nama sebenar Rasulullah s.a.w..... tapi masih mengaku diri Islam.... dan kita berjumpa mereka hari-hari...

Namun, apa yang kita lakukan?

perkara tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa tadi, pasti ramai yang tahu... Allah Maha Kuasa.
Tiada niat saya menjadikan subjek sebagai tempat melampias kemarahan, namun ia satu penceritaan untuk diambil pedomannya.

Bantu lah saudara se-Islam kita....
dan BACALAH.

jazakallah khairan khatira....

Monday, November 1, 2010

Protokol Yahudi

Al-Israa' Ayat 7 : jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.




Protokol Yahudi adalah satu dokumen rahsia Yahudi yang menceritakan kaedah-kaedah bagaimana, orang-orang bukan yahudi boleh dikuasai melalui sistem politik, media massa, monopoli sistem ewangan, kebudayaan, pentadbiran, muzik dan teori-teori palsu yang memusnahkan masyarakat.

Melalui prinsip protokol ini, dakyah-dakyah yahudi telah 'meresap' masuk ke segenap penjuru kehidupan kita dewasa ini. Mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempengaruhi fikiran masyarakat dengan pelbagai cara. Dari media, filem, hiburan, perundangan dan sebagainya; berbagai agenda tersembunyi yang telah membelenggu kehidupan kita; terutamanya golongan muda.

Boleh dikatakan dunia kini berada di tengah kepungan propaganda media pro-yahudi; dan mungkin ini adalah hasil protokol yahudi yang telah ditulis sejak kurun ke-18 lagi!

Begitu juga 'bencana' peperangan, penindasan dan kezaliman di sesebuah negara hasil dari protokol ini. sesungguhnya sungguh besar bencana yang telah dibawa oleh protokol ini; maka sewajarnyalah kita menyelidiki dan memahami isi kandungan protokol ini.

Protocols Of Learned Elders Zion = Protokol Pendita Zion, kadang-kadang diberikan tajuk 'Program Yahudi Untuk Menakluki Dunia', adalah teks yang diketahui dalam dua versi yang hampir sama.

Ia disunting dalam bahasa Rusia, pertamanya tidak lengkap dalam tahun 1903, diterbitkan dalam jurnal Znamia, kemudiannya dalam edisi lengkap 1905 dan 1906.

Protokol kontroversi ini mengandunngi 24 bab atau bahagian. Ia merupakan dokumen sulit yang menerangkan 'survival' bangsa yahudi. Dokumen ini mulanya didedahkan oleh Sergius A Nilus.



Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901, apabila seorang wanita Perancis kononnya telah mencuri naskah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Fremansonry. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskah asalnya tidak digunakan kalimah 'Yahudi' kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan 'Kita' dan 'Orang Bukan Yahudi'. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ustaz Mohd Khalifah Affunisi di bawah tajuk 'Protokolat Hukama Sohyuni'.

Isinya, kononnya, adalah laporan terperinci pertemuan lebih kurang 20 orang anggota pertubuhan sulit freemason yahudi dimana seorang Pendita Zion berucap kepada pembesar-pembesar bangsa yahudi untuk mendedahkan kepada mereka satu rancangan untuk menguasai dunia. Matlamatnya adalah untuk menjadi 'Penguasa Dunia' setelah hancurnya sistem pemerintahan beraja dan tamadun Kristian. Rancangan licik ini meramalkan penggunaan keganasan, penipuan, perang, revolusi, permodenan industri dan kapitalisme untuk meruntuhkan sistem yang sedia ada, dan di atas puing-puing kehancuran itu akan dibangunkan kuasa yahudi.




Matlamatnya adalah untuk menjadi Penguasa Dunia.....






Ringkasan daripada protokol-protokol Zionis Yahudi seperti berikut :

Protokol Pertama :
" Cara memerintah yang sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat dialah yang berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak kepada kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras harus digunakan untuk mencapai tujuan itu."

Protokol kedua :
" Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen yahudi akan memperkuatkan kedudukan yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu sendiri memerintah negaranya, tanpa disedari bahawa mereka telah berada dibawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan yahudi. Melalui akhbar, yahudi menggerakkan fikiran orang ramaiserta mengambil kesempatan mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa di kalangan yahudi berharga seribu orang bukan yahudi."

Protokol ketiga :
" Yahudi akan menjadikan negara bukan yahudi sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru-hara, seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke 'pasukan kita' iaitu Sosialis, Komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa yang bukan yahudi. dalam alam fikiran yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan iaitu bukan bangsa yahudi tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi yahudi memperhambakan mereka."

Protokol keempat :
" Bangsa yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang yang bukan yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab dan lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang yang bukan yahudi mestilah dialih ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal musuh-musuh mereka. Akhirnya seluruh kepentingan akan jatuh ke tangan yahudi."

Protokol kelima :
" Sekiranya ada di kalangan orang-orang yang bukan yahudi cuba mengatasi bangsa yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya mereka mangambil keputusan untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja."

Protokol keenam :
" Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan para pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan yahudi. Semua bangsa bukan yahudi mesti dipastikan menduduki martabat kaum buruh yang melarat."

Protokol ketujuh :
" Orang-orang yahudi wajib menaburkan fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa yahudi. maka wajiblah orang yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia."

Protokol kelapan :
" Pemerintah yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahliekonomi dan orang yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan."

Protokol kesembilan :
" Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil."

Protokol kesepuluh :
" Yahudi akan membawa masuk racun liberalisme ke dalam negara-negara bukan yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai ajen yahudi dalam melaksanakan rancangan-rancangan yahudi."

Protokol kesebelas :
" Bangsa yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuasaaan di seluruh dunia."

Protokol kedua belas :
" Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan yahudi diberi permit menerbitkan majalah, maka bangsa yahudi mesti menerbitkan 30 puluh akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat."

Protokol ketiga belas :
" Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bangsa bukan yahudi disamping mengadakan spekulasi dan meyebarkan projek-projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bukan yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan yahudi daripada memikirkan persoalan politik maka ajen-ajen yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan, kesenian kebudayaan dan lain-lain lagi."

Protokol keempat belas :
" Para filosofi Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan satera yang tidak bermakna, kotor dan keji."

Protokol kelima belas :
" Apabila mendapat kekuasaan, bangsa yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya 'Freemasonic Lodge' iaitu tempat pertemuan rahsia orang-orang yahudi."

Protokol keenam belas :
" Yahudi akan membangunkan unversiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (yahudi). Bagaimanapun, ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka."

Protokol ketujuh belas :
" Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat."

Protokol kelapan belas :
" The King Of Jews akan dikawal oleh pengawal-pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya perancangan-perancangan untuk menentang kegiatan yahudi."

Protokol kesembilan belas :
" Bangsa yahudi akan mebicarakan orang-orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya."

Protokol kedua puluh :
" Bank Antarabangsa Yahudi akan memberikan pinjaman kepada bangsa bukan yahudi dengan kadar bungan yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan yahudi akan lumpuh secara otomatik kesan pertambahan hutang tersebut."

Protokol kedua puluh satu :
" Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan dapat menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada yahudi."

Protokol kedua puluh dua :
" Untuk sampai kepada tujuan yang baik iaitu kekuasaan yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan terpaksa digunakan. Di tangan yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar."

Protokol kedua puluh tiga :
" Orang yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan yahudi."

Protokol kedua puluh empat :
" Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam, dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (yahudi)."


-ini hanyalah ringkasan sahaja. Ada teori mengatakan Protokol Yahudi ini adalah satu dakyah palsu yang cuba memfitnah bangsa yahudi. terserah pada pembaca untuk menilai dan menafisirkan yang benar dan yang batil.

Artikel ini mendapat rujukan dari wikipedia dibawah tajuk Protocols Of Learned Elders Of Zion dan lanjutan rujukan pada buku Siri Mencari Keberkatan - RAHSIA UNTUK UMAT ISLAM nukilan Nazri Zakaria dari enoble marketing & i 4 islam group.



tiada hakcipta dalam Islam
-abuhakeem-

Tuesday, September 28, 2010

SUBUH, dimana diriku?


Limpah kurnia Allah sahaja yang menyuburkan dunia ini. Syukur Alhamdulillah. Allah Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga sekalian Mukmin dan Mukminat dibawah naungan Rahmat-Mu. Amin.

Artikel dahulu sudah saya ceritakan perihal kisah Subuh. Kali ini secara pendek ingin saya berpesan-pesan akan perlunya kita bangkit Solat Subuh.

Kenapa subuh? Solat fardhu ain yang lain juga sama penting dan wajib. Namun subuh banyak ceritanya.

Ambil la kisah saya sahaja… ketepikan orang lain. Saya ini daif dalam menunaikan solat. Malah dahulu pernah hidup dalam kegelapan dan kejahilan lantaran asyik dengan halwa kemanisan material duniawi. InsyaAllah, saya masih belajar dan akan terus belajar serta memperbaiki diri saya disamping bersama-sama rakan-rakan yang amat taqwa InsyaAllah untuk menjadi hamba Allah yang baik. Lebih dari itu saya tidak layak.

Kita mulakan dengan Zuhur. Waktu rehat saya dari pukul 1 hingaga pukul 2… kalau dah penat sgt lg 10-15 minit sebelum pukul 1 dah ‘landing’ kepala kat meja dalam bilik…. Kekadang selalu juga tertidur… kalau tak berapa penat, InsyaAllah sampai ke surau…. Kalau tak, pukul 2 tu nasib baik ke tandas basuh muka…. Dapat la sekali berwuduk…

Asar. Bg saya ini yg paling sering saya ‘kelalen’ kata orang jawa… (namun saya banjar). Pukul 4-5 tu waktu kritikal sibuknya hal kerja. MasyaAllah… memang jarang sekali dapat solat di opis. Kalau sampai rumah mertua pukul 5.30 untuk amik anak biasanya sempat gak solat… tapi kadang2 pulang disambut anak yg comel dan manja mintak macam2… layan anak sampai terlupa dah pukul 6… biasanya isteri yg sedarkan… kalau tak dah sampai rumah dalam pukul 6.20 baru nak ingat… bukan sedikit jugak saya terpaksa qada’…

Maghrib. Ini solat famous. Ramai yang rajin solat maghrib. Dan bg saya inilah solat yang sering mengingatkan saya perihal terlupa solat asar! (malu)

Isya’. Tak nak ulas. Waktu yang amat panjang. Namun pengaruh tv amat la jahat. Namun diturutkan jugak la kehendak naluri tv tu… (malu lagi) tapi tak mengapa, kerana malam sunyi banyak hikmahnya…

Sampai la kita ke solat subuh. Kenapa saya sering berkata pasal subuh? (sering tu tak la sgt). Diantara 5 solat wajib, subuh dianggap paling berat. Walhal ia solat paling pendek. Dan solat yang mempunyai waktu yang pendek juga seperti maghrib. Namun mengapa berat? Sudah pasti kerana ia waktu kita hendak memulakan hari.

Bangun subuh, mendirikan solat berjemaah adalah perjuangan yang amat berat bagi sebahagian kita. Nak bangun sahaja dah jadik satu perjuangan. Beberapa mata tak sanggup nak terbuka, sebahagian bangun dengan hati dan rasa malas, ada yang dah bangun atau terbangun namun terlelap semula, ada pula yang bergerak untuk menarik selimut sahaja (yer la… dah time sejuk.. best), namun ada yang langsung tak bergerak dan sambung mimpi yang entah indah entah ngeri…

Ada yang memerlukan bantuan orang lain untuk banguun subuh, ada yang bangun namun melengah kan pula solat subuhnya. Ada pula yg solatnya dalam keadaan malas dan ada yang separa sedar! Malah pasti ramai yang solat sambil mata terpejam dan mulut menguap berkali-kali.

Sebenarnya situasi itu sudah cukup bagus daripada langsung tak bangun. Apa yang penting ada juga niat dan keinginan menunaikan solat subuh itu.

Tetapi ada golongan yang berlumba-lumba ke masjid dan surau mendapatkan solat berjemaah tatkala azan subuh dah berkumandang. Mereka menunggu-nunggu subuh bukan diatas tilam, mereka melanjutkan ‘jaga’ mereka sehingga waktu subuh. Malah ada yang rasa sungguh menyesal jika terjaga waktu azan berkumandang. Inilah golongan yang rela mengorbankan kenikmatan tidur serta meminimakan waktu rehat mereka.

Kesungguhan mereka lebih teruji bila mereka meredah pagi pekat yang gelap dingin untuk berjemaah. Inilah orang-orang yang suatu waktu dahulu seperti Nabi Muhammad s.a.w yang mengejar waktu subuh berjemaah sehingga terpilih mengangkat Hajaratul Aswad di Ka’abah dulu.

Inilah orang-orang yang terpilih untuk perang2 besar dan misi-misi khas untuk mengejar syahid. Inilah golongan yang sering dituntut oleh Syeikh Imam Hassan Al-Banna kepada jemaahnya. Malah dalam sejarah perluasan empayar Islam, golongan subuh inilah tunjang kejayaannya….

Kita bila lagi…. Malah saya pun daif lagi lemah. Artikel ini hanyalah pesan untuk mengingati diri saya. Jika ada yang silap mohon diperbetulkan, jika ia sesuatu yang baik, semoga Allah yang tentukan balasannya. Semoga hati ikhlas saya tidak goyah dengan izin Allah.


Maha Suci Allah yang menjadikan waktu subuh pemula hari yang indah bagi orang-orang yang beriman dan takut kepada-Nya…. Maha Suci Allah yang memiliki waktu dhuha selepas hadir waktu subuh yang menjanjikan limpahan rahmat dan rezeki-Nya…

Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.

sebahagian artikel ini adalah dari cetusan artikel dari www.warnaislam.com dan www.bertahajudlah.blogspot.com

Thursday, September 2, 2010

Apa Yang Telah Aku Lakukan...?


Syukur Alhamdulillah kepada Mu Ya Allah kerana membenarkan aku hidup di dalam rahmat Ramadhan ini... dan Alhamdulillah kerana menerima kebenaran dan keinsafan dari Mu Ya Allah di malam-malam hari mu yg amat tenang dirasakan.....

Sepanjang minggu lepas (minggu nie) saya terlebih rajin membelek naskah2 elektronik dari pelbagai website dan blog... sambil2 membaca komik secara online (dah habit baca komik nie). Sambil2 bersama rakan maya dan realiti berkempen untuk mengibarkan Bendera Rasulullah disamping Jalur Gemilang, saya menerima pelbagai berita-berita yang sadis dan menyedihkan.

Kalau berita pembuangan bayi tu dah lali orang kata.... berita anak-anak membuang ibubapa pun makin banyak biler nak dekat raya nie. Namun yang sgt saya terkilan ialah biler saya membaca perihal laku anak-anak dan generasi sekarang terhadap nilai moral dan agama.

Saya terjumpa post dalam laman Facebook oleh adik Rafiqin Darwisy. dia mencaci Allahyarham Din Beramboi... seorang budak sekolah dengan mudahnya mencaci seorang Muslim yang telah meninggal dunia.... bagai nak pitam saya dihadapan laptop.... terfikir, bagaimana kehidupan harian remaja ini... saya selongkar perjalanan di akaun Facebook beliau, saya lihat berbagai kecaman dan cemuhan yang diterima dari pelbagai warga Facebook. Kesian keadaannya... namun saya lihat remaja ini tak berapa gelabah pun. steady jer... dia tak layan mana2 yang kutuk dia dan nasihat dia... buat dekkk jer kata orang...

Saya juga cuba membuat sedikit inisiatif menegur dan nasihat secara peribadi pada dia. harapan saya agar dia dapat mencari titik permulaan untuk belajar semula kehidupan sebagai manusia yang beragama Islam yang mengajar kita hormat dan menghormati orang lain. (namun tak berbalas pun) tapi saya dah lakukan apa yg saya rasa tak salah saya lakukan....

sambil tu saya terjumpa lagi kes yang lebih dahsyat. Pasti ramai tahu nama ini. SALLEH GREGOR SAMSA. popular sekelip mata individu ini. Malah kepopularan dia menyebabkan berbagai kecaman dan kutukan yang diterima... Semoga Allah melindungi dia dari fitnah2 besar dan membuka ruang hidayah sebesar-besarnya pada anak remaja ini. Siapa Sallaeh G.S nie? saya pun tak tahu.... namun hati saya teringin nak tahu lanjut siapa dan apa cara hidup beliau ini. Sekali lagi saya cuba mengorek dalam-dalam dunia internet... akhirnya saya dapat menyelidik dunia kehidupannya... Allah memberi peluang untuk saya mengenali dia dengan blogspot Salleh G.S ini. Kebetulan blogpsot dia lebih menyerupai diary kehidupan dan luahan emosi.

Saya tak dapat akses ke blog dia, namun saya dapat memuatturun keseluruhan salinan blog dia dari sebuah blog lain yg juga tertanya2 perihal anak muda seorang ini. Alhamdulillah. Akaun di Facebook beliau juga telah lama "hilang". nampaknya tekanan yang diterima pasti dahsyat. Apa yang dia lakukan? Salleh G.S nie menghina orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan mempertikaikan agama Islam dan keperluan beragama serta protes individunya terhdapap Melayu dan Islam. (ini anda boleh cari sendiri)

Saya baca entry pertama Salleh G.S dalam blognya. Bahasa yang disusun indah dan rapi. Walaupun masih terdapat perkataan yang kasar dan mencarut. Namun saya akui dia seorang yang pandai berbahasa penulisan. Namun berbahasa komunikasi saya tak pasti. Luahan, kekecewaan dan pengalaman hidupnya saya belek perlahan... saya dapat 'trace' wajahnya... dapat trace tahap kehidupannya, tabiatnya, kegemarannya.... namun paling saya sedih, saya mengetahui biler dia seorang yang percaya dan mengikut fahaman anarki dan lain2 fahaman seperti fascism dan free thinker (mostly saya rasa dia atheis).




Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah dari muzik kegemarannya? PUNK... atau dari pembacaannya (dia seorang yg sgt minat membaca)? Atau dari kesempitan hidup sejak kecil? Atau kurang kasih sayang dari keluarga? Apakah punca dan masalah remaja ini sebenarnya?

Dimana kita nak letakkan kesalahan? kerana pasti ada lompong-lompong yang menjadi ruang bertapaknya 'free thinker' Salleh G.S nie didalam mindanya. Siapakah yang membiarkan lompong itu terus-terusan diisi dengan berbagai fahaman yang sesat? Kalau kita kata depan anak-anak muda seperti Salleh G.S (sangat ramai diluar sana dan jumlahnya menakutkan!) perihal-perihal kepentingan beragama dan kesesatan yang mereka lakukan, adakah semudah mereka akan pergi mandi wajib membersihkan diri dan berpakaian sopan terus melakukan solat taubat 2 rakaat?

Saya melihat cara hidup dia yang sangat rapat dengan alkohol, ganja, seks bebas malah perlakuan luar tabii (homoseks) menjadi rutin harian mereka. Maaf saya bukan nak memburukkan dia, namun wajar kita lihat cara hidup ini sebagai SALAH dan menjadi garis panduan dalam kita prihatin terhadap pembesaran anak-anak dan warisan generasi kita.

Namun dari sisi lain, saya amat berminat dengan gaya penulisan dia. Sungguh saya kata dia berbakat. Andaikata dia mendapat kasih sayang dan didikan agama yang ampuh, mungkin dengan izin Allah, dia mampu menjadi seorang penulis, pengarang yang berjaya. cukuplah kita membelek perihal hidup anak waris kita bernama pena Salleh Gregor Samsa. Semoga Allah membuka hatinya kembali kepada Islam dan menghilangkan kebanggaan beliau untuk menjadi murtad bersama rakan-rakannya dan sedar menjadi waris bangsa melayu itu satu penghormatan. Juga semoga dia meninggalkan pengakuan menjadi warga Israel.... harap dia akan berhenti untuk menjadi "opposite side" kepada segala yang ada dihadapan beliau....

Sekarang saya nak cerita sikit kisah hidup saya ketika zaman persekolahan... ketika sedang-sedang naik kata orang. Kisah yang sepatutnya memalukan namun dari satu sisi lain, saya amat menghargai pengalaman itu. Pengalaman yang berharga yang tidak dijual dikedai kasut BATA. :)

Saya dah ceritakan saya dari keluarga yang hidup sederhana dan kadangkala 'sesak' dari kewangan. Kali ini saya nak ceritakan perihal muzik dan hobi saya. Apa bezanya saya dengan kajian kes kita tadi.

bermula di tingkatan 2, saya dah dihalwakan dengan lagu2 Thrash Metal. :) masa tu lain band takder hanyalah CROMOK jer yang saya tahu. Paloh... mana nak dapat sumber lain. abah pulak hadiahkan saya sebuah mini compo yang betul2 mini berjenama Normende setelah saya berjaya dalam peperiksaan. Ntah biler saya mintak tak ingat... memang tak mintak rasanya, namun mungkin tanda dia suka anaknya berjaya dalam peperiksaan. ;)

Keseronokan dengan muzik Thrash Metal itu tak lama. bila saya di tingkatan 3, saya lebih banyak bergaul dengan pelajar di tingkatan 4. Senior-senior saya yang rumah mereka amat berdekatan dengan saya, dan dari situ saya dikenalkan dengan muzik PUNK.. Punya la seronok kerana masa itu ramai yang minat hip hop dan Rap. Saya pulak rasa diri macam advance dan up-to-date dengan genre yang saya minat. Berbagai band saya dengar dan pinjam (beli kaset mahal).


Saya bergelumang dengan dunia PUNK nie lebih kurang sampai saya di tahun pertama di universiti. Mari kita lihat sisi lain di sebalik kegilaan saya dengan muzik ini. (saya consider ini zaman gelap saya....namun ia berharga, tetap ada baiknya jika kita diasuh dengan betul). Masa dulu, lagu2 punk dominan didalam bahasa Inggeris dan sedikit dalam bahasa deutch dan jepun. Atas dasar ingin mengetahui apa yang tersirat dan maksud bait2 lirik ini, saya pernah berbulan2 mengelek sebuah Kamus Dwi Bahasa yg sangat tebal keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka kalau tak silap.

setiap hari selepas waktu sekolah saya akan ke sebuah rumah kosong lot tepi 2 tingkat di sebuah taman perumahan yang kurang sambutan. rumah kosong itu saya dan rakan2 bersihkan dan menjadi tempat kami mendengar muzik (radio bateri), berborak, mengumpat cikgu, dan menghisap rokok! :) (ini membuktikan muzik barat membawa kesan yg teruk) ;)

Kami tidak berminat dengan perihal teman wanita, pakaian branded, kehidupan mewah dan perkara2 pembelajaran. namun saya dan rakan baik saya sehingga sekarang sdr Khairul Nizam, menolak secara diam2 method dan fahaman kita perlu jauhkan diri dari kepentingan pendidikan... walaupun kami masih seronok dengan muzik dan bahan2 bacaan yang banyak membawa fahaman-fahaman pelik masa itu...

(sdr Khairul Nizam adalah pemilik blog www.thesevenstring.blogspot.com. Saban hari kami berdua menelaah kamus besar saya untuk mendapatkan makna-makna dari perkataan-perkataan yang kami anggap pelik. Natijahnya, kami hampir2 boleh menguasai bahasa inggeris yang selama ini seperti satu taboo dalam sekolah kami... hehehe... (ujian lisan saya cemerlang - pelik juga masa tu)

Selain itu kami berdua mempunyai minat membaca. Tak tahulah kalau sdr Khairul tu terlalu minat, namun saya memang sangat gilakan buku. Saya berjaya membaca novel SALINA ketika di tingkatan 2. menghabiskan beberapa karya Hemingway ketika period tingkatan 3 hingga 5. mengulang Romance of Three Kingdom berpuluh kali berjumlah 3 jilid yang setiap satu lebih tebal dari kamus saya! sehingga saya hafal setiap watak dan perjalanan cerita... ntah kenapa tak bosan. Mengkaji Kisah Justice Bao, Art of War by Sun Zi. kisah megat terawis, kisah kepahlawanan Amir Hamzah dan kisah lucu Umar Umaiyah... berbagai buku... malah fanatiknya saya terhadap buku sehingga ada yang saya pinjam tanpa rekod di perpustakaan untuk menjadi koleksi saya...;)

buku-buku peristiwa dahulu sgt 'rare' diperpustakaan. kalau terjumpa pasti saya simpan peribadi. antaranya buku peristiwa memali, 13 mei, dan tragedi batu pahat (guru Yahya - ajaran sesat), juga kisah selempang merah - satu bibliografi. sayangnya buku2 itu semua ntah dimana ketika stor Arwah abah saya diubahsuai dan diambil alih oleh Majlis Daerah Kluang Utara untuk short term, banyak buku2 saya hilang. kalau di kumpul semuanya boleh muat satu bilik air sampai kesiling.... :(

ok kembali ker perihal muzik... ada kalanya saya sgt fanatik pada genre dan fahaman punk ini. dan dalam pada itu saya lebih cenderung kepada Punk Nazi (tah apa punya sub core daaa). bertolak dari Nazi, so ia mestilah ganas... budak kurus melengkung macam saya nak ganas? hehehe... dan berkepala botak! hahaha... walaupun saya fanatik dari segi pakaian, dress up kata orang, namun membotakkan kepala satu yang mustahil saya lakukan... (pernah saya botak sekali jer... cukuplah... rasa huduh sgt)

dari masa ke masa saya terima pelbagai risalah dan fahaman dan method-method merapu untuk diamalkan... namun, apa yang pelik ialah, saya dan sdr Khairul, tidak terburu2 untuk mengikuti dan mengamalkannya.... biler saya pikir lama-lama, kenapa dulu saya tidak buat segala yang ada dalam method seorang punk atau punk nazi... kami minat muziknya, dan kami minat fesyennya, namun kami engkar dengan sebahagian attitudenya.

Ya, saya percaya, dalang segala keengkaran kami terhadap mematuhi prinsip2 dalam menjadi seorang punker atau punk nazi's ialah didikan agama kami, dan perhatian keluarga kami. Abah dan mak saya tak marah saya berbaju conteng-conteng dan berseluar koyak di lutut,malah saya sering mengenakan subang telinga sebelah jer tapi subang kepit jer la, namun mereka tidak melepaskan saya begitu sahaja. Sering abah menegur saya jika ada apa2 yang saya perlukan. Itu menjadikan saya rasa tidak tersisih (walaupun salah satu method punk anda perlu tesisih dari keluarga baru nampak ganas dan watever la). Saya bahagia bila pulang ke rumah setelah seharian melepak dengan kawan2 di rumah kosong. Saya tiada tekanan melampau di rumah setelah balik merayau-rayau dengan kawan-kawan sejauh air terjun bekok semata2 nak tunjuk pada masyarakat saya seorang budak punk. Dan saya tiada masalah nak selesaikan kerja sekolah....

Saya percaya begitu juga dengan Sdr Khairul. dia juga berjaya ke Universiti yang sama dengan saya namun di Segamat. Dalam hidup, saya sering dibayangi pencapaian dia. Namun saya tak akan terkejar dengan kegigihan dia dan kejayaan dia... tahniah Khairul. Dia setahun lebih tua dari saya. Dia ke Universiti, saya juga dapat. Kerja sama-sama. Tempat yang sama, sekarang dia dah ada anak 2 orang sepasang, juga sama dengan saya. Alhamdulillah. dialah kawan saya yang terbaik pernah Allah beri untuk berdamping dengan saya... syukur saya memiliki rakan sepertinya dan rakan2 lain yang berjaya dalam hidup. Ya. saya ada rakan yang positif dalam kehidupan yang negatif. itu satu lagi faktor.

Sekarang pasti kita dah nampak apa yang beza antara hidup saya dengan anak waris kita Salleh Gregor Samsa. Tidak semua kehidupan negatif mampu mengakhiri hidup seseorang dengan sadis. Ada faktor-faktor yang mampu menjadi dinding dan pemampan dalam menapis sosial negatif. Ada yang ringkas kawalannya, namun ada yang perlu bersungguh-sungguh. Jika terlalu jauh kita terpesong, semakin sukarlah jalan pulang dan cara membawanya... seboleh mungkin, janganlah kita jauhkan diri kita dari keluarga atau janganlah kita menjauhkan keluarga dari kita. kasih sayang itu sangat ampuh untuk mencairkan hati walaupun telah keras seperti titanium... dan Agama itu lah satu-satunya pelindung rohani kita disaat terhidang arak, ganja, zina dan maksiat dihadapan kita. Tanpa ilmu agama, mustahil kita tak menolak perkara dosa itu.....

Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau telah merahmati kedua Ibu Bapa ku dengan hidayah. Dan kerana itulah aku menerima kehidupan yang sgt baik hasil didikan mereka. dan semua itu adalah dari Mu ya Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Ya Rabbal Alamin.

-Salleh Gregor Samsa hanyalah satu dari ribuan kajian kes yang boleh kita selusuri kisah untuk tauladannya... janganlah ada sesiapa yang menghina dia, malah saya bermohon bersama-sama kita berdoa untuk hidayah mereka yang tersesat dan jauh dari jalan pulang.... mereka-mereka itu pasti ada asbab menjadi begitu, dan pasti ada yang perlu menanggung silap dan salah. Malah kita juga berslah kerana tidak memberi peluang pada mereka untuk mendapatkan jalan yang benar....

p/s : server lembab... upload gambar pun slow... isnin kang ada halwa mata dengan gambar2... InsyaAllah. :)

Monday, August 9, 2010

UMNO - PAS - Pengalaman hidup ini yang singkat.

Dengan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Pemilik sekian alam semesta, yang memberikan kuasa untuk catatan ini. Alhamdulillah.

Saya lahir dari sebuah keluarga yang sederhana. Selesa bersama 3 beradik, saya anak lelaki tunggal diurutan kedua dalam senarai anak arwah abah dan mak yg masih sihat InsyaAllah. Arwah abah seorang penjawat awam bergred rendah dalam Jabatan Kerja Raya di Pekan Paloh, Kluang.



Arwah abah menghantar kami mendapat pendidikan di sekolah sekular dari pra-sekolah (Tadika) hingga la menengah... Malah sekolah rendah kami sebelum ditukar nama dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Paloh. Hanya ditahun pertama saya ditukar kepada Sek. Ren. Keb (2) Paloh. Disebelah petang kami dihantar mendapatkan pendidikan agama di Sekolah Agama Johor. Keluarga kami hanya mempunyai basikal sebagai pengangkutan sehingga la saya di Tingkatan 3, arwah abah membeli sebuah motosikal honda 70cc (loan kerajaan). Namun saya bersyukur kerana hidup sederhana. Sekurangnya saya didedahkan dengan hidup berdikari...

Sejak kecil saya dididik untuk membantu keluarga dengan bekerja sambilan... dari berniaga aiskrim di sekolah hinggalah kerja diwarung waktu malam, kerja kilang di waktu cuti semester, menjual ikan sungai dan sayur kampung yg ketika itu sgt mudah didapati...

Kemudian Alhamdulillah saya berjaya ke universiti di Shah Alam dalam jurusan kejuruteraan perindustrian. Namun ia satu bebanan kepada keluarga dan merisaukan saya... namun ia dah berlalu... mari kita ke isi sebenar artikel ini.



Keluarga saya dahulu terlibat dengan dunia politik (level rendah jer). Saya pun tak tahu kisah awal penglibatan mak dalam politik dengan satu parti politik paling dominan orang melayu. Boleh tahan gak jawatan mak. Arwah abah pula lebih kepada sikap atas pagar. Kurang berminat dengan politik, namun sekali sekala dia terlibat juga dengan kerja-kerja am politik, maklumla, kerja dengan kerajaan, orang mesti ingat ‘wajib’ sokong kerajaan.

Paloh pernah ditadbir dibawah payung politik pembangkang DAP. (saya tak ingat tahunnya,) dan mak selalu cerita keperitan hidup dibawah tadbiran DAP. Itulah yang sering saya dengar dan dihalwakan perihal kisah politik dari mak. Dan saya pula dari kecil sering dibawa untuk menyertai parti politik untuk kerja2 am. Mak sangat bangga kalau saya adik beradik dengan jaya melakukan tugasan politik. Heheheh....

Dihujung alam persekolahan menengah saya, mak dah daftarkan saya sebagai ahli UMNO. Kakak saya lama dah masuk... adik saya ‘in que’. Masa dahulu saya mana tahu apa2 berkenaan dunia luar... kedai buku pun takder... (duit tak byk nak beli buku) so saya lebih banyak dapat bahan bacaan dari perpustakaan awam Paloh. Dan saya bertugas sambilan disana selain memang menjadi pustakawan dari sekolah rendah hingga la menengah (hantu buku kata mak).

Ketika saya di universiti tahun 1996-2001 - pasal xtend subjek huhuhu- (UiTM – tapi masa saya disebut ITM jer), saya pelik melihat tindakan pensyarah UIS (subjek pengajian Islam) yang sering menyalahkan tindakan kerajaan semasa. Saya sering menolak untuk membincangkan perkara2 politik kerana saya yakin Ustazah saya membawa dakyah yg jahat! Hahahah.... bagi saya, semua tindakan kerajaan semasa adalah betul, kerana mak kata betul! (inilah yg bahaya biler kita dibesarkan tanpa pendedahan 2 pihak).

Ketika saya di ITM tu adik saya bertunang. Setelah mengenali tunang adik saya, mak kata dia seorang ahli PAS! Pulak dah... kenapa boleh begitu... kalut la kejap, kemudian arwah abah kata, dengan sgt bijak, dia minta saya berfikir. Adakah ahli PAS itu kafir? Saya kata Islam. Kemudian dia kata. Kalau kawin dengan adik kamu, sah ker tidak? Saya kata sah. Kemudian dia tanya saya, kenapa saya takutkan org PAS? Saya kata, kan mak kata orang PAS sesat dan suka mencarut (ketika tu Mat Sabu paling top). Kemudian arwah abah tanya lagi. Mana kamu tahu mereka tu sesat? Saya nak jawab, tapi saya berfikir.. dan fikir... dan fikir... saya tak dapat bagi jawapan yang sgt konkrit untuk menjawab.

Kemudian arwah abah kata, tugas siapa yang mengatakan seseorang itu sesat? Saya terdiam, rupa-rupanya selama nie arwah abah mendiamkan diri berkenaan hal politik namun dia mempunyai pandangan yang sangat terbuka! Bagi arwah abah, Islam itu untuk semua orang. Kalau seorang itu cina datang minang adik saya pun arwah abah terima asalkan dia Muslim.... dan arwah abah kata politik ini menyusahkan melayu... (dia pernah tolong saya ikat bendera pas dan umno kat basikal (masa kat ITM pun saya hanya mampu pakai basikal jer hujung2 pengajian baru dapat beli moto secondhand suzuki best)

Kembali ke ITM, saya mula cuba dekat2 ngan Ustazah saya tu. Ustazah tu cantik...hihihi. Saya perasan cantik ustazah saya tu sebab nampak mukanya sejuk mata memandang dan sopan (tudung labuh... dan sering pakai sarung tangan.) saya mula berjinak2 bertanya situasi semasa politik tanahair.... terkejut bukan kepalang bila beliau menuduh berbagai perkara terhadap kerajaan semasa... dalam hati saya, mana mungkin ini benar. Namun saya tak ada tempat untuk merujuk dan membuat perbandingan sehingga la saya mula berbaik dan berkawan dengan tunang adik saya.

Rupanya beliau anak bekas Pesuruhjaya PAS negeri Johor. Arwah abahnya juga bekas Setiausaha Imam negeri Johor dan Istana. Wa.... tak sangka.... saya sering mendapat bahan bacaan alternatif dari beliau... namun biasalah... dari seorang PAS, mereka hanya memberi sumber yang bagus untuk mereka... dari Mak pula saya dapat sumber yang bagus untuk UMNO sahaja... macamana nak buat perbandingan...



Akhirnya, saya mengikut kata Ustazah saya (setelah di perkenalkan dengan suaminya dan mendalami sedikit ilmu serta selok belok dunia politik Islam mengikut pandangan PAS). Saya menjadi ahli PAS. Malah bukan sahaja ahli, saya pernah bekerja sepenuh masa untuk jangkamasa pendek bagi PAS daerah Kluang dan menjawat jawatan kecil dalam organisasi tersebut....



Sehingga akhirnya saya mendapat jawatan di sebuah kementerian di Damansara Heights (dalam tahun 2004). Sekian lama saya bertugas, saya semakin kurang aktif dalam berpolitik... dan dari situlah bermulanya kisah....

Hari jumaat, saya akan bersolat jumaat di sebuah masjid yg agam di Bukit Damansara bernama Masjid Saidina Umar Al-Khattab (kalau tak silap la namanya). Setelah setahun saya bersolat, barulah saya perasan setiap hari jumaat ada flyer/risalah edaran dari pertubuhan yang dinamakan Sautun Nahdhah. Saya tak jumpa selama ini kerana sibuk melihat2 gerai dan makan di luar kawasan masjid (terkenal dgn cendol pulut dan mee sup kambing!). Hehehe...

Apa ada dalam Sautun Nahdhah (SN) ni? Ya Allah, artikel dalam risalah mereka sungguh membuka mata saya! Tersentak saya selama saya hidup dan konon2nya berjuang atas nama Islam, rupanya saya tidak memandang perkara2 yang menjadi konspirasi senyap... sejak itu, artikel SN menjadi buruan saya. Pernah saya gagal mendapatkan flyer tersebut, saya sanggup membelek ruang masjid mencari jika ada SN yang ditinggalkan... biasanya ada kat celah lobang dinding.

Tak puas dengan maklumat yang bagi saya amat penting dan sepatutnya disebarkan kepada seluruh umat Islam, saya melayari internet ke url yg ada dalam SN. Dan dari situlah saya terkesima.... hadith2 akhir zaman satu persatu saya belek dan menginsafi diri.

Di satu hari, saya pulang lewat dari pejabat dalam tahun 2006 (memang selalu pulang lewat kekadang sampai pukul 4-5 pagi baru kerja siap). Lebih kurang pukul 11 malam saya turun ke surau di Blok K Pusat Bdr Damansara untuk solat Isyak. Setelah selesai solat, saya melepak melepaskan lelah. Biasanya saya bersama rakan namun hari tu saya sorang.

Kemudian datang seorang lelaki lebih kurang 30an umurnya menunaikan solat. Solat sunat dan wajib. Lepas solat beliau tegur saya, hal umum jer... kemudian saya tanya, abg dari mana? Beliau jawab, dia dari rumah Allah ke rumah Allah yang lain. Saya menjadi lebih ingin tahu... apa maknanya kata2 dia.... beliau menjelaskan, dulu dia seorang yang Allah beri kekayaan, namun pasal dia lupa diri, akhirnya dia kehilangan Isteri, anak2 dan hartanya... semuanya meninggalkan dia... (tak mati). Namun dia berjaya mengumpul harta sekali lagi!!!! Pergh terer mamat nie...

Kemudian dia terfikir, hari2 sibuk cari duit.... kalau Allah nak hilang kan kekayaan dia, sekelip mata leh hilang lagi... akhirnya dia buat simpanan dan lebihnya dia sedekahkan.... sekarang dia merantau tidur di masjid2... dia kata dia sangat takut pada hari kiamat. Dan dia takut jika akhir zaman itu datang pada zaman ini.....

Saya berkata, kenapa mesti takut? As long kita solat cukup ok la... dia kata, cukup ker solat jer? Tanggungjawab Muslim itu lebih besar dari hanya solat dan menunaikan Rukun Islam sahaja! Sekali lagi saya tersentak... umpama saya tidur bertahun2 dengan lena kemudian kena siram air sesejuk di artik!

Saya tanya lagi, apa yang sebenarnya abang buat? Katanya, dia nak lihat seluruh semenanjung malaysia nie keadaan umat Islamnya... kemudian dia berniat nak tunai haji dan pergi mencari syahid.... Syahid? Berjihad? Pergi Perang? Biar betul bang?... dia kata kenapa? Saya cakap, saya pernah daftar nama dulu nak pergi Afghan masa kes 911 dulu, namun tak pergi2 pasal nama tak naik... tak tahu la kalau ada yg berjaya pergi...

Kemudian dia kata, dia nak cari pengalaman berjihad di tempat umat Islam terancam, kemudian ia untuk persediaan kerana dia kata tanah Malaysia nie sebenarnya satu tempat yang amat bertuah dan menjadi rebutan para kafirun. Macam tak percaya jer... dia kata lagi.... keamanan kita nie tak lama... lagi2 biler pihak umat Islam tak bersatu.... saya kata, umat Islam kita ramai, apa nak takut... dia kata, ramai tapi umpama sarang semut, dengan sebelah tangan boleh dipecahkan dan bertebaran tanpa ketua untuk berkumpul... dahsyat firasat abang nie...

Dia kata lagi, bila kita dah berpecah, kawan dan rakan yg selama nie kita sangka baik, pasti amik kesempatan (kafirun).... kemudian sambil2 pakai kasut saya tanya lagi, apa yang terpecah nie bang? Dia kata kita jadik bodoh biler kita bersama dan mengikut apa yang kafirun itu rangcangkan, dari sistem hingga la hiburan... kemudian dia senyum, dia cakap maaf pasal abg dah janji dengan kawan nak bermalam di masjid (lupa lak) di area Bukit Beruntung.

Kemudian saya lihat dia naik Mercedes! Pergh... kata2 akhir dia pada saya, kalau nak bermewah, pastikan sekeliling kamu sudah ramai yang kamu bebaskan dari kesusahan.... saya tanya.. tu bang... (sambil mulut saya menjuih ke Mercedes dia..). dia senyum jer... sambil kata, nie pun org bagi suh saya pakai. Yang bagi nie pun sekarang naik bas jer... pulak... saya makin pening... naik opis hari tu saya duk termenung jer makan gaji buta OT sampai kul 2 pagi...

Sejak saya berjumpa dengan abang Mercedes tu, saya sering terbayang kehidupan lepas saya... saya sering tertanya2 samada hidup saya nie cukup syarat atau tidak... saya sering tertanya, adakah saya termasuk didalam umat Nabi Muahammad s.a.w yang satu itu... kemudian saya mula kembali kepada Ustaz2 saya di dalam PAS, alhamdulillah, antara mereka ada yang mengaku keperluan untuk Umat Islam Malaysia ini untuk bersatu dan kepentingan menaikkan Sistem Khilafah dan menolak demokrasi...

Satu lagi hal... demokrasi. Selama ini saya mengikuti demokrasi... macamana pula... persoalan ini, jika anda tanya pada Ustaz didalam organisasi PAS atau UMNO, jawapan mereka kebanyakkan hampir sama... DIBOLEHKAN, bla bla bla.... namun saya terjuma seorang Ustaz yang amat kuat semangat jihadnya, berkata, enta kalau nak mengundi, enta pergi bertanya kepada orang yang bakal calon memerintah, adakah beliau akan melaksanakan hukum Allah dalam pentadbirannya, jika ia sanggup melaksanakannya dan berjanji melaksanakannya tanpa syarat, enta boleh undi didalam sistem demokrasi itu, enta tanya lah jika ada dua pihak bertanding, tanya kedua-dua nya... jika ada sepuluh, tanya sepuluh, namun jangan lantik dari golongan beragama selain Islam!

Saya tanya, kalau kedua2nya kata mereka memperjuangkan Islam dan akan melaksanakan Hukum Allah macamana? Ustaz itu menjawab, jika itu telah berlaku dengan jujurnya, maka Sistem Khilafah telah muncul di bumi kita! Jika mereka mempunyai hasrat yang sama, mustahil mereka berpecah pada perkara yang bodoh. Gulp.... betul gak.... (nie Ustaz dari PAS yg bg tau nie... nama dia saya lupa, tapi dia sering kali pakai serban merah).

Sekarang ini, saya ternanti2 PRU 13 (13 eh? Tak ingatlah) saya nak hantar surat kepada pihak PAS dan UMNO... jika mereka sudi dan sanggup menghapuskan sistem yg digunapakai sekarang dan memartabatkan sistem Allah ditempat tertinggi sekali dalam pentadbiran Bumi Malaysia....

Jika kedua2nya jawapan yang sama, akan saya bawa surat berkenaan untuk mereka duduk semeja... lihatlah... kamu semua ISLAM! Lihatlah kamu berdua inginkan ISLAM diatas! Maka buangkanlah ego bodoh hasil dari cucukan jarum2 Imperialisme yang masih ada menjadi susuk yang tak nampak dalam persatuan kamu.... Ya Allah, satukan lah Umat ISLAM MALAYSIA.




Terima kasih pada blog-blog Teori Konspirasi dan berita akhir zaman... mereka banyak membantu dan penulis2 buku yang membantu dalam mendedahkan kesilapan aturan umat Muslim.... terutama diri saya yg amat daif dan dungu.

Allahuakhbar... selamat menjalani ibadah di bulan penuh rahmat Ramadhan. Semoga ini Ramadhan terakhir kita tanpa Khalifah!

-abuhakeem 29 Sya’ban 1431 Hijrah-

(saya meringkas jer pengalaman nie, dan mencuba sebaik mungkin bg menyedapkan cerita tanpa lari kisah sebenar dan sekarang saya tidak mengikuti mana2 parti politik, InsyaAllah)

Monday, July 26, 2010

Kempen Solat Subuh : As-solat-tu-hairum-minannaum



Segala Pujian kepada Allah Azza Wa Jalla.

Segala Rahmat untuk Nabi Muhammad s.a.w utusan Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tanggal 14 Syaaban lepas hari Isnin, saya kehilangan atuk yang dikasihi. Abah kepada mak saya. Allahyarham tinggal di Kg. Kenangan Dato' Onn, Pesta 2, Batu Pahat. Beliau berumur 75 tahun diakhir hayatnya. Apa yang nak saya kongsikan ialah cebisan hidup atuk saya yang amat menjaga solat subuhnya.

Atuk saya bernama Antong Ibrahim bin Otek. Kami adalah Melayu dari suku banjar. Arwah abah saya juga melayu dari suku banjar walaupun telah bercampur dengan suku jawa dari keturunan maknya (nenek saya). Ini bukan nak cerita pasal keturunan... ini cerita indahnya solat subuh... tersasar pulak saya. Atuk saya nie InsyaAllah tiada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok atai semput. Beliau semasa hidupnya sihat. Alhamdulillah. Nenek saya dah lama tiada, maka atuk tinggal bersama anak2nya yang masih bujang.

Arwah atuk meninggal asbab dari jatuh di bilik air ketika bangun untuk mempersiapkan diri untuk munajad dan solat subuh seawal pukul 3.30 pagi. Itu memang rutin beliau. Tak semua kita mampu lakukan seperti arwah atuk. RUTIN. Bermakna, ia dilakukan setiap hari. Ketika makcik saya menjumpai beliau di bilik air setelah terdengar beliau jatuh, atuk saya sempat mengucap 3 kali kalimah syahadah dengan amat jelas sebelum hilang kesedaran diri. ketika beliau diangkat untuk ke kenderaan untuk dihantar ke hospital, saksi (rakan pakcik dan anak2 arwah serta jirannya) mengadu menghidu haruman yang wangi. Bauan tersebut kekal sehingga lepas waktu subuh mengikut cerita lisan.

Saya mendapat panggilan lebih kurang pukul 4 lebih. Ketika bersama isteri bersiap2 nak bangun sahur. lebih kurang pukul 7.30 pagi saya berjaya menghadirkan diri di rumah atuk bersama isteri naik motorsikal jer (naik keta kang sesak nak parking). Singkat cerita, jenazah arwah atuk berjaya diselesaikan lebih kurang pukul 11 pagi.

Apa kena mengena dengan solat subuh?

Sabda nabi Muhammad s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam matahari. hadith riwayat Muslim.

Arwah atuk amat menjaga solat subuhnya (solat lain pun...) malah mementingkan berjemaah. Sempat saya mendengar perbualan beberapa rakan atuk yang mengatakan, jika beliau tiada, maka tiadalah jemaah bersolat subuh, kerana kerap kali hanya atuk sahaja yang berjamaah bersama imam surau. Maha Suci Allah.

Dan Allah menjaga hambanya yang sanggup bersusah payah untuk melaksanakan syariat Nya. Sesungguhnya saya bersaksi Jenazah Arwah Atuk dalam keadaan Baik. dan Allah menghantar tanda2 kemuliaan pada hamba2nya yang patuh. Dan saya percaya Solat Subuh berjemaah antara faktor yang paling berkesan untuk kita mendapat keredhaan Allah ketika hidup mahupun ketika menerima kunjungan Malaikat Izrail...

Setelah pulang kerumah, saya terkenang kisah2 Tokoh2 agung dalam dunia Islam yang menceritakan betapa pentingnya solat Subuh berjemaah...

saya teringat kisah Imam Hassan Al-Banna yang ketika kecilnya, beliau sanggup mengetuk pintu setiap rumah mengejutkan penghuninya untuk bangun solat subuh berjemaah. Dari pandangan saya, pasti banyak dugaan yang ditempuhi untuk melakukan aktiviti tersebut. Malah atas usaha beliau, ramai rakan2 yang berjaya direkrut untuk bersama2 membahagikan tugas mengejut orang ramai supaya bagun dari tidurmya...

Ketika kecil saya sering diingatkan oleh arwah abah. kalau tak bangun subuh saya tidur dengan berselimutkan kulit khinzir! telinga dipenuhi syaitan dan tidur bersama najis dan air kencing syaitan! itu yg sering arwah abah kata dan juga ustaz kat sekolah agama.
Kemudian saya teringat, Kisah Tariq bin Ziyad ketika memilih pahlawan yang mengikuti beliau ketika hendak membebaskan bumi Sepanyol dari kegelapan kafir. Antara ciri2 yang beliau sering utamakan adalah individu yang bangun tahajjud malam, solat subuh berjemaah dan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis....

Zaman sekarang ini, nak lihat wajah2 pemuda belia berkunjung ke masjid atau surau, bukan kata solat subuh, malah solat maghrib pun payah... benarlah kata2 Islam tidak akan bangkit selagi masjid2 dan surau2 nya tidak dipenuhi dengan jemaah ketika waktu subuh seperti ketika solat jumaat.

Kalaupun rasa susah nak bangun subuh, mari kita mulakan sekarang dengan solat subuh sahaja tanpa jemaah... perlahan2 kita rajinkan diri kita dengan bangun awal dan solat subuh. selepas beberapa waktu, mari kita bersama2 jengahkan diri ke surau atau masjid untuk berjemaah ketika subuh... dapat seminggu 2 kali atau sekalipun Alhamdulillah (masa cuti).

Kalau rasa susah, cuba kita berpuasa sunat seminggu sekali kalau tak dapat 2 kali... InsyaAllah, semangat dan rahmat Allah itu akan datang,

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dengan solat subuh itulah, kita dapat mendisiplinkan diri kita dengan akidah yang ampuh. InsyaAllah.

Apa yang saya seru ini adalah untuk diri saya yang sentiasa lemah. sentiasa khilaf dan sentiasa alpa pada kewujudan tujuan diciptakan.... (ha... nie kena baca Mistisfiles )

jumpa lagi di Kempen ke-2 mari Solat Subuh : (tak tau lagi bab apa)

nie dari blog sdr abuawatif :

SEBAB-SEBAB MEMBANTU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Pertama: Memikirkan nikmat Allah yang kekal bagi mereka yang menjaga solat subuh.

Kedua: Mengingat akan azab yang pedih yang Allah sediakan bagi mereka yang meringankan solat subuh

Ketiga: Tidak berjaga sehingga lewat malam dan sebaik-baiknya selepas solat Isyak

Keempat: Mengambil langkah untuk memudahkan solat subuh seperti jam penggera di hand phone, jam atau berpesan kepada kawan atau suami atau isteri untuk mengejut solat subuh

Kelima: Berdoa semoga Allah mempermudahkan kita mengerjakan solat subuh berjemaah kerana orang yang melakukannya orang istimewa yang dipilih oleh Allah swt

Keenam: Menjauhkan diri dari dosa maksiat seperti menipu, berlaku zalim, menonton filem dan drama secara keterlaluan. Ketaatan membantu untuk bangun awal.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu berkata, bersabda nabi s.a.w :

“Tidak ada solat yang lebih berat ke atas orang munafiq dari solat subuh dan Isyak. Sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan dua solat ini, nescaya mereka akan datang walaupun merangkak.”


Tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Jazakallah....

Tuesday, July 20, 2010

Kesedaran Umat - Mari Kita Kaji Perancangan Dajjal

Hasbi Rabbi Jallallah...

Nie saya tolong promosikan... DVD THE ARRIVALS, PHASE 3 DAN SLAVERY BY CONSENT (3 set dvd) dengan harga RM20 sahaja. Ia dikeluarkan oleh Kumpulan HARI KIAMAT SUDAH HAMPIR - HKSH -. Saya percaya mereka tidak berniat untuk menjalankan perniagaan bersandarkan profit. Ini jalan dakwah mereka. Mari kita sama-sama berusaha.
Dulu saya pun ada jugak nak buat VCD the Arrivals untuk edaran percuma. tapi tak siap2 pasal ada yang takder subtitle... ada yg tak kuar suara... saya download dari Youtube dengan file .flv. bukan tak boleh nak buatkan subtitle.. tapi takut salah info lak.... yer la... saya nie lemah dalam bahasa inggeris. ;)

Pandangan peribadi saya - Ke-3 video dokumentari ini bagus dan mempunyai nilai bagi menyingkap kehidupan disebalik kehidupan yg kita nampak nyata. Namun, saya syorkan anda semua yang menonton dan akan menonton, supaya jgn mengambil 'bulat-bulat' semua info tersebut. Rajin2 la skit kita selak buku dan kitab, atau bertanya pada Ustaz or para pengkaji Teori Konspirasi berkenaan maklumat didalam video tersebut. Jangan jadikan ia sebagai satu rujukan utama.

Dan saya juga ingin berpesan untuk kita mengabaikan maklumat berkenaan Imam Mahdi yang digambarkan dengan gambar dari 12 imam-imam orang Syiah (dalam The Arrivals). Saya kurang selesa dengan maklumat tersebut (pandangan peribadi).

Video2 yang lain saya belum habis untuk pengesahan (The Phase 3) dan video The Slavery Consent langsung saya belum tengok. ;)
sebab sekarang nie youtube dah tak boleh nak save videonya... kalau ada sapa2 yang boleh bgtau macamana nak download video kat youtube bgtau la kat saya... dulu saya guna www.savevideodownload.com, kisstube, savetube... sekarang dah tak boleh la pulak....

ok di persembahkan kepada anda pergi la kat sini -----> KLIK KLIK

dan saya juga menyeru anda yang telah ada DVD nie, sebar2kan lah ia... benda yang baik kalau kita sebarkan merupakan satu saham yang amat bernilai... ilmu yang baik itu tidak akan mati selagi ia digunakan... dan selagi itulah kita mendapat rahmat sahamnya...

mana2 yang ada duit lebih tu, cetak la banyak2.... hantar kat masjid2, surau2... hantar kat warung.... pujuk toke warung tu bukakVideo tu ketika org ramai... dari ngeteh sambil tengok wrestling atau karaoke... baik diorang tengok Video nie...

hantar2 la kat sekolah / tempat anak2 yatim....

yer.. tolong yer... saya seorang tak mampu nak buat... InsyaAllah saya sinarkan di Batu Pahat... tempat lain, rakan2 tolong lah ya... :)

nie kalau sapa2 yg tak dpt masuk link tadi, saya bg sedikit maklumat dan cara nak beli dvd tu :

Objektif menonton The Arrivals: Menyedarkan anda secara drastik tentang Freemason, Kemunculan Dajal dan tipu daya sistem dunia yang sangat halus untuk dibaca oleh orang biasa. Siri ini mampu mengubah diri anda ke arah lebih positif secara mendadak

Objektif menonton Phase 3: Siri ini menjelaskan lagi hakikat Dajal yang kini sudah berada di fasa akhir kemunculannya. Siri ini lebih memberikan kefahaman kepada kita yang sudah menonton The Arrivals. Siri ini dibuat dengan kerjasama Syaikh Imran Hossein dengan bersumberkan sumber yang sahih dari Quran dan Sunnah

Objektif menonton Slavery By Consent: Siri ini mengupas dan membongkar penipuan sistem kapitalis dan sistem dunia dengan lebih teliti dan jelas. Pengetahuan di dalam siri ini membolehkan anda menjadi lebih hebat berbanding Ahli Politik dalam membaca percaturan dunia. Lebih hebat lagi anda akan mampu membaca propaganda ketenteraan dunia dengan lebih cekap dari Ahli Politik Dunia serta dapat membezakan kebohongan atau kebenaran setiap kali menonton TV atau mendengar berita dalam dan luar negara.

Kami tidak sedikit pun berhasrat untuk membuat bisnes besar melainkan untuk membantu pihak yang tidak ada kemudahan Internet agar tidak ketinggalan dalam visi kesedaran ini. Bagi mereka yang ada kemudahan bolehlah download siri ini dari banyak web torrent dan youtube.

Pakej kesedaran ini mengandungi (Hanya RM20 untuk 3 DVD + Percuma Pos Laju):

1) 51 episod (Full) siri The Arrivals dengan sarikata Bahasa Melayu. Ditukar ke Format AVI dan boleh dimainkan di PC sahaja

2) 20 episod (Full) siri Phase 3 dengan sarikata Bahasa Melayu. Ditukar ke Format DVD dan boleh dimainkan di PC atau DVD player.

3) 10 episod (Full )siri Slavery By Consent + bonus 2 episod pembongkaran helah wang kertas dengan sarikata Bahasa Melayu. Ditukar ke Format DVD dan boleh dimainkan di PC atau DVD player.


Langkah langkah pembelian:

1)Bank in RM 20 ke akaun bank bernama Muhammad Nasri Bin Azhar

MAYBANK No Akaun: 162 759 074 113

CIMB No Akaun: 0114 - 0079 252 - 52 - 6


2) SMS Nama, Alamat dan detail pada resit transaksi seperti Tarikh dan Waktu transaksi kepada Nombor Telefon 013-7014364 sejurus selepas membuat pembayaran.

Contoh format SMS:

Md Sulaiman Bin Endut,
No 113, Jln Puteri Bunian 5/80C, Taman Salafiah ,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Maybank/ CIMB
Tarikh: 6/7/2010 Masa: 3:43 PM
RM 20.

Kami akan menyemak dahulu wang masuk adakah sama dengan Tarikh dan Masa transaksi. Setelah sah kami akan menghantar DVD melalui Pos Laju. (Tarikh dan masa transaksi sangat penting untuk pengesahan).

3) Tunggu DVD sampai minimum 3 hari bekerja dan maksimum 5 hari bekerja.



Wassalam....

Monday, July 12, 2010

REVIEW BUKU - Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan

Allah Maha Besar. AllahuAkhbar.

dalam posting berjudul Mereka Berdagang Dengan Allah s.w.t - Review buku Atriza Umar, saya ada berjanji untuk mengulas dan review buku karya C.N Al-Afghani (Cikgu Non - Cikgu Zainon) tapi semalam masa saya on FB, rakan saya (the seven string - Sdr Khairul) dah tag saya satu posting review buku nie... so saya paste la ek... kredit kepada Akaun SUTERA BIRU atau original post kat sini - http://www.facebook.com/note.php?note_id=142403825773404&id=100000123015057&ref=mf


MUJAHIDDIN MELAYU - As Syahid Fauzi Ismail

Berbicara tentang Mujahidin, pasti ramai antara kita tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kerdil ini juga mampu melahirkan barisan Tentera Allah yang sanggup berdada/berdepan dengan tentera Kuffar laknatullah. Kini, hamba persembahkan kepada kalian sebuah kisah yang amat jarang untuk didengari dari lidah-lidah agamawan Malaysia, kisah yang tak semua sanggup & berani untuk diceritakan kepada pelapis-pelapis anak jantan Islam berbangsa Melayu, mahupun hendak dijadikan cerita sebelum tidur anak-anak Muslim.

Inilah kisah dari seribu kisah, kisah kerdil disaluti darah, darah sang Pejuang demi membela Islam nan Suci. Bacalah, hayatilah, tangisilah, insafilah, sebuah kisah klasik untuk masa depan...
ALLAH HU AKBAR!!!

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh"- At Taubah:111

Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.

Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail untuk tatapan pengunjung laman web ini.

Latar Belakang As Syahid
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad
Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah
As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan
As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

"Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.

Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

"Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur."



Nota:Terima kasih dan jazakumullah Khairan kathira kepada C.N Al Afghani kerana membukukan kisah perjuangan ini. Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmat kepada saudara. Bersabarlah dalam merintis onak dan duri tribulasi ini. Amin.



ada lagi satu janji nie belum ditunaikan.. InsyaAllah nanti saya teruskan...

Wallahuaklam