Monday, November 28, 2011

Dunia... berapa lama waktu yang ada? Bag Survival saya


Assalamualaikum....

salam hijrah dari saya.... terlalu lama saya menyepi... perasaan membuak untuk menulis hadir setiap minggu... namun masih gugup untuk meneruskan coretan....

Entah mengapa ia muncul.... gugup bila hendak menulis... malah saya gugup hendak bertemu orang ramai... saya gugup bersama jiran-jiran.... saya gugup bersama jemaah...

Beberapa waktu dahulu ada kenalan yang sering meminta pendapat dan panduan.... malah kadang-kadang jiran-jiran pun bertanya.... ada juga di inbox email saya....

kalau meminta pendapat dan tunjuk ajar ilmu duniawi.... mana yang saya tahu, InsyaAllah saya berikan... berkenaan hal agama, dan syariat... janganlah.... saya masih lagi belajar... malah jahil lagi... kelas pun ponteng lagi.... amal pun hina lagi.... saya tak mampu... maaf....

Apa yang tercoret di blog ini adalah cara hidup saya.... semudah yang saya mampu... semampu yang saya buat untuk saham akhirat saya.... saya bukan Ustaz, bukan Imam atau bilal... bukan sapa-sapa.... saya abuhakeem... abah kepada putera sulung saya Shahir Ul-Hakeem.
Saya manusia yang Allah ciptakan seperti orang lain... hidup untuk beribadat dan menguruskan rezeki yang Allah letakkan dibumi dengan cermat dan baik... Saya tiada apa-apa.... tapi saya sudi berkongsi pengalaman hidup saya... walaupun saya tahu, hidup saya bukan yang baik... tapi itulah yang saya mampu... sambil-sambil belajar menambahbaik diri dan keluarga saya sendiri


Sebenarnya banyak yang saya nak kongsikan sejak dari artikel yang lepas... namun semuanya berkubur.... saya gugup bukan kerana ada perselisihan apa-apa... tiada.. saya gugup kerana dengan tiba-tiba, saya seumpama menghitung sesuatu yang tiada dalam ilmu yang saya pernah belajar... menghitung takdir dan masa depan....

Beberapa kali saya bermimpi suasana aman di negara indah ini berkecai... beberapa kali juga saya bermimpikan panduan-panduan primitif.... namun tidak pernah saya ingat.... kerana jika ia mimpi... memang saya orang yang amat sukar nak ingat... berbeza dengan pengalaman atau petunjuk ketika antara tidur dan jaga.... InsyaAllah saya ingat jelas butirannya....

Namun satu hari saya mendapat sebuah ilham. Persediaan jika dunia sekeliling saya ini tidak lagi menjadi satu harapan ortodoks harian saya... harapan aman damai seperti biasa... apa kata jika ia diserang atau dilanda bencana?

nie bukan beg saya... nie dari pakcik google

Saya mula menyelongkar bilik... dapat 2 buah beg yang tidak digunakan lagi tapi masih elok... sebuah beg galas belakang dan sebuah lagi beg galas sisi. Saya kemudian mengumpulkan beberapa peralatan.... Saya keluarkan benet dan pisau "rambo" yang tersimpan di dalam kereta dan toolbox peralatan memancing. beberapa peralatan memancing asas berupa tali dan matakail serta alatan lain. kebetulan ada dua "bandage" dalam rumah. Panadol dan ubat semput... "raincoat". Beberapa meter baki tali untuk ampaian baju.

Saya ke kedai membeli mancis dan "lighter". saya beli 4 mancis dan 4 "lighter". Setiap beg juga diisi buka nota sederhana dan dicatat peralatan yg ada. Saya ambil 2 dari 3 botol air yang ada dirumah, dan kompas.... saya ada satu jer... itupun kompas dual yakni ada tunjuk arah kiblat... bolehla.. lagi bagus! Hujung bulan nie InsyaAllah nak beli sleeping beg 2... kalau murah leh beli 4... beberapa helai kain buruk dan tuala kecil....

Satu beg saya simpan didalam kereta... Satu lagi di rumah. dan saya tersenyum.... gila kah saya?
Isteri saya menerbitkan raut muka hairan yang amat sangat.... saya cuma kata... persediaan... harap2 kita tak akan gunakan.... dan dia menambah.... "tak letak duit ker?... seratus ke dua ratus ker?" err... perlu ker... tak kot bagi saya...


nie pun survival kit dari pakcik google pun research.... GPS... hem... mahal kot?

sehari kemudian saya menonton tv bersama isteri... anak2 anak dengan dunia mereka yang berbeza dengan kita dari pandangan mereka... Isteri amat suka menonton MasterChef... ketika iklan, saya pula suka mencuri masa dengan lihat sekali imbas rancangan di saluran Discovery... memang saluran yang amat saya minat... tertekan 554... (ker 553) menunjukkan suasana tornado di Amerika.... beberapa temubual berlangsung... kemudian ada seorang pemuda, mengatakan dia dengan segera mencapai beg khas peralatan survival ketika kecemasan... dan kemudian bertukar menjadi muka Chef Riz anak Chef Wan... cet....

Beg kecemasan? Beg Survival? ya! saya dapat nama utuk beg saya.... memang telah lama saya terfikir untuk membuat persediaan bagi sebarang kebarangkalian.... selama menonton Man vs Wild, Dual Survival, Man-Woman and Wild, dan beberapa siri rencana kemandirian hidup.... saya sering terfikir....


macam-macam ada. InsyaAllah saya pun akan topup Survival Bag saya perlahan-lahan... yang penting ada!

Allah memegang takdir kita semua... dan kita pasti tidak terjangkauan perancangan yang telah Allah rencanakan... kerana Allah perancang maha hebat! kita mampu bersedia....

Sedang sibuk-sibuk di Facebook saya lihat para pejuang kebangkitan khalifah, berkobar-kobar menunggu hari kedatangan Imam Mahdi, tiada yang hendak mengusulkan atau mengcadangkan apakah jalan dan cara serta panduan terbaik untuk meneruskan hidup di zaman kemaraan Imam Mahdi... adakah cukup dengan amalan rohaniah sahaja? Umum tahukan era yang akan diharungi oleh Imam Mahdi? jika kita orang dewasa dengan mudah boleh berfikir kita mampu bersama mengharunginya... bagaimana dengan kanak-kanak, bayi, wanita, atuk dan nenek? Tegap dan gagah kah mereka hidup dalam dunia peperangan yang akan menghakis segala keperluan hidup hingga ketahap sadis?

Mampukah kita menahan lapar? mungkin kita mampu, bagaimana pula jika kita ada anak yang masih menyusu?.... bagaimana kita melihat anak-anak kita meminta makanan? sanggupkah kita memberi mereka makanan survival?...

masing-masing ada dada... tepuk sendiri... dan yang lelaki jangan tepuk dada wanita bukan milik anda!




nak tahu lebih kemandirian hidup @ survival? setahun lepas saya ada baca sebuah blog.... Military of malaysia kalau tak silap... cari ler... saya pun nak cari balik dan kemaskini beg survival saya... dan tambah nota dalam beg tu....

:)

Allahuakhbar!

-saya bimbangkan bencana alam sebenarnya... Batu Pahat nie selalu banjir... malah dekat dengan laut....

-kalau ada rezeki saya letakkan gambar Beg Survival (Survival Bag) saya... walaupun saya sedar ia masih jauh dari lengkap dan serba kekurangan.... tambah kekurangan bila kamera digital saya sering malfunction... dah 4 tahun pun kamera cap benq tu...

19 comments:

Anonymous said...

bagus utk bersedia......saya cadangkan baca manual SAS mengenai nuclear war survival

Anonymous said...

aduh mak...takotnyerrr..merangkak di atas salji menemui Panji2 Hitam.. Kalau main game Fallout, zaman post apocalyse akibat Nuclear war... perubahan cuaca mendadak ada beberapa skil mereka ajar untuk survive... memang susah bro..

Allahua'lam...

AbuHakeem said...

Manual SAS? betul gak.... tak terpikir lak nuclear cause.

sebenarnya, di negara barat, mereka sering memberi pengetahuan pada rakyat mereka berkenaan survivaliti.

harap2 tak lama lg di Malaysia pun akan ada course untuk survivaliti....
khasnya untuk membantu rencana golongan bayi, kanak2 dan orang tua...

-abuhakeem-

.. said...

salam sahabat, atok zamany lama menghilang saudara tahukah dimana dia sekarang? sihatkah dia? semoga Allah sentiasa melindungi insan ini.

masa semakin suntuk, memang benar. firasat saya melayu akan menghadapi situasi yang paling getir melebihi peristiwa 13 mei. saya bukan olok-olok. angin sedang menderu kearah itu sekarang. komunis mula menyusup ke dalam parti siasah melayu selain mendominasi parti cina.

batu pahat. ya batu pahat punya sejarah tersendiri. batu pahat adalah ibu kepada segala peristiwa penting di negeri johor. ingat kiyai salleh? ingat mat indera? ingat konumis bukit kepong? ingat peristiwa di pasar besar? ingat kesah penjual daging babi menetak seorang pemuda melayu?

ya batu pahat punya keistimewaan tersendiri. bukan setakat banjir, bukab setakat bencana alam tetapi juga bencana buatan manusia.

anda tentu kenal wak kandar bukan? siapa dia? adakah meninggakan anak murid atau sahabat seangkatan? batu pahat bakal sekali lagi menempa sejarah. baik juga saranan saudara untuk bersedia.

bersedialah, ini bukan provokasi. ini hanya peringatan... islam bakal bangkit di JOHOR, menggerakkan perherakan ke seluruh negara. tidak siapa akan percaya kerana begitulah caranya Allah menyemnumyikan rahsiaNya.

bagaimana saya tahu? tak perlulah bertanya. hati jernih dapat membaca mesej di angin lalu. tepuk dada sekarang supaya tidak tepuk dahi kemudian hari.

wassalam

ps, tak update ke? Umat Terakhir versi terbaru? SHAHi ada di sana sekali sekala.... hehe maaf banyak ngomel.

Anonymous said...

Salam saudara.

Menarik entry saudara. Selamba tapi penuh makna. Saya setuju bahawa penggal terakhir survival Melayu errr Islam, sedang bermula. Tolong sediakan satu survival bag untuk saya, boleh?

Emmm.. saudara orang BP ye? Kumpulan selempang merah?

Ahh Militery of Malaysia? dah tukar web... sdr boleh layari di sini http://www.militaryofmalaysia.net/.
Saya juga suka baca blog komando nie.. cari info kalau2 ada yang bocor.. haha lagi satu blog menarik, AfterDark link ada di blog saya http://aliffmy.blogspot.com/

adios

Anonymous said...

Salam semua.
Merujuk pada komen saudara ABATASA "......salam sahabat, atok zamany lama menghilang saudara tahukah dimana dia sekarang? sihatkah dia? semoga Allah sentiasa melindungi insan ini.

masa semakin suntuk, memang benar. firasat saya melayu akan menghadapi situasi yang paling getir melebihi peristiwa 13 mei. saya bukan olok-olok. angin sedang menderu kearah itu sekarang. komunis mula menyusup ke dalam parti siasah melayu selain mendominasi parti cina......"

Kekhuatiran ini juga ada dalam diri saya. Saya pernah menulis dalam ruangan komen di dalam blogspot saudara abatasa.
Apa yg ingin sy kongsikan adalah alamat yg sama yg sy terima. Berlaku sperti 13mei tapi agak berbeza kerana 1pasukan berbagai bangsa dn 1pasukan lagi berbagai bngsa juga. Tapi keadaan berlaku lebih teruk lgi hingga menjurus pada perang makanan. Melihat pd senario yg ada selepas kekecohan LIBYA, Banjir di Thailand, Lakonan "Kematian" OSAMA,BERSIH 2.0, perhimpunan Isu pensyarah,perhimpunan SEKSUALITI MERDEKA,blogger2 yg aktif sudah xupdate blognya(mgkin mjalankan tugas risikan) ,ramalan mimpi uncleseekers,latihan dn tugas bsama pasukan2kselamatan,dan paling buruk politik berunsur FITNAH dn perkauman yg bkumandang...seperti mjadi "call sign" untuk2 agen ini bertindak.Waspada. Kita xperlu bersekongkol dgn mana2 pemimpin dr mana2 parti.

Maaf sy tdk dpt menulis komen dlm ruangan blog sdara abatasa. Blog sdra mcapai hit sering diperhatikn AGEN. Kbetulan saudara abatasa ada dlm ruangan komen ini.Salam pkbran buat "kumanddie"dan"bahterawawasan aka zamany" dgn ucapan "lama mhgilang ?"
sekian.
Mata Dua (MD)

Anonymous said...

Atok Zamany uzlah la tu kot,jgn bimbang...menurutnya semua dah sedia...tinggal semboyan nak dibunyikan..
kita tukang sambut, baiah dgn guru Mursyid berhak yg ada, sedia perang zahir batin, nuklear ada, perang maunah karamah vs sihir konco2 Azazil yg di materialkan oleh the D and SP pun ada...itu menurut Atok dlm blognya..

Anonymous said...

salam

menyentuh mengenai atok zamany... orang kanan (sulit) abjad.

info penting. hanya untuk yang berfikir.

abjad telah sahkan melepas diri dari perjuangan siasah. tidak akan memihak kepada sebarang parti politik. perjuangan politik telah terkeluar dari landasan tauhid termasuk parti yang berpaksikan agama.

ramai ahli muda tekun mempelajari silat dan amalan ..... paling ramai di negeri johor. johor lagi? silat abjad ialah silat pesaka wali amalan tok kenali dan sahabatnya. dibangunkan kembali selepas peristiwa 13mei untuk persediaan jika ianya berulang.

kepada ahli abjad, sila tekun melakukan ritual yang dibekalkan. jadikanlah amalan ini sebagai persediaan menghadapi sebatang kemungkinan. penuh yakin dan tawakkal.. Allah bersama kita.

ABATASA said...

Salam semua,
Kepada sahabat lama MD, terima kasih kerana membalas komen saya dan memberi sedikit peringatan. Saya tahu blog saya sedang diperhatikan. Malah komputer saya juga sering terganggu. Mereka cuba mencari rahsia saya. Tidak mengapa saudara, jangan risau. Jika Allah izinkan mereka, blog saya juga bakal berkubur sebagaimana e-fairy, ksz (umat terakhir) atau berakhir sebagaimana kumandie. Saya mengangkat tabik kepada Umat Terakhir aka KSZ kerana masih mampu bangun walau beberapa kali ditindas. Saya redha menerima takdir untuk saya namun kita harus terus berdoa dan berharap dapat menyumbangkan sesuatu sementara berpeluang. Perjuangan ini tidak mendapat sebarang habuan duniawi oleh itu saya tidak akan takut hadapi risikonya. Terima kasih kerana mengingatkannya. wassalam.

- ABATASA

Anonymous said...

Salam semua salam utk abtasa

"Teruskan Abatasa".

MATA DUA (MD)

AbuHakeem said...

Salam saudara semua...

Sdr Abatasa.... Atok sedang mengelilingi.... kita doakan sahaja dia sihat dan dalam pemeliharaan Allah...

berkenaan sejarah "silam" batu pahat... ramai yg tahu... (hint - rumah saya selang beberapa tanah Allahyarham Kiyai Salleh)

Wak Kandar? anak murid nye ramai tapi tak pasti kalau ada yg "jadi" sepertinya...

Saya? Arwah abah saya guru silat... kalau sekarang ramai tahu silat Lian Padukan. tapi zaman saya diajar lebih dikenali Buah Pukul Mersing @ Kuan. dan zaman arwah abah best... macam2 perkara tak masuk akal dapat saya lihat live!

Angin politik sekarang...? ya sdr ku... sudah beberapa tahun tesis2 dan teori dikeluarkan... bagi kita Melayu Islam amat tersepit... demi agama dan survivaliti. Yg nak mudah dan takut perjuangan, pasti memihak yg "semasa" dengan harapan keadaan takkan berubah.... bagi yg inginkan daulah Islamiyah dan keluar dari kezaliman, ... adakah kita bersedia pula dengan segala cabaran? jgn hanya sangka ia berlangsung 2-3 hari... 2-3 minggu... 2-3 bulan ya...

dan kata2 saya untuk rakan2 blog yg sering di "blank" oleh ntah "sapa2".. teruskan perjuangan... teruskan pekerjaan.. dan teruskan dakwah...

kalau kita gagal menyedarkan orang ramai... sekurang2nya kita selamatkan yg paling hampir...

InsyaAllah...

- mungkin ini platform untuk kawan2 sdr ABATASA berbincang... silakan kalau masih ada masalah di blog sdr...

nyiru saya seluas nya untuk semua...

-abuhakeem-

Nurun Nur 9111 said...

salam ziarah,

mungkin beg survival ni boleh ditukar nama...iaitu POKET DORAEMON...

sebab macam2 ada...;)

saya punya beg pun mcm beg survival ni,macam2 ada...stokin kecemasan pun ada...mana tau hujan lebat ke...ubat ada,vic ada...kapas telinga pun ada...lengkap untuk diri saya...ada plastik untuk balut beg kalau kena simbah hujan ker...macam2...

pun ada satu kayu kecil yang macam gabus untuk nyalakan api...itu kakak saya bagi...

siap ada satu dompet letak benang dengan jarum...ada buku kesukaan saya bila saya sedih,la tahzan,ada buku buat saya gelak...

ada ubat gatal2,charger hp,pencuci muka...pendek kata,beg survival saya adalah beg yang saya bawa kemana2...

saya tak simpan,tapi inilah beg yang ada di mana saja saya ada...

memang praktikal,hehe...

AbuHakeem said...

emm.. rasanya item yg bagus untuk disenaraikan. terima kasih...

Anonymous said...

Alhamdulillah Atuk sihat walafiat..
Sekarang Atuk tgh laksanakan misi besar yang lain. berkaitan dengan fitnah dajjal @ fitnah akhir zaman.. Doakan Atuk agar sentiasa sihat dalam memperingatkan sekalian anak2 muda yang sedang leka..

Wonder

Anony3.28am said...

Salam semua,
Terharu dapat jumpa semua di sini selepas lama Atok Zamany berdiam diri.
Saya ada cuba email beliau, tetapi tiada reply. Sebenarnya berhajat nak tempah senjata berkilat yang beliau pernah ceritakan lebih keras dari titanium. Tapi nampaknya xde rezki. Kalau ada sesiapa yg ada info tentang senjata tu bolehlah sampaikan, baru ada kemampuan skrg.
Secara rohaniah selain baharui syahadah dgn Ust Ahmad Junaidi, saya baru amik ijazah utk mata bathin dgn doa fakasyafna dan kursi tubuh dgn ayatul kursi dari sheikh naqsyanbandiah yg sembunyikan diri. Amalan harian yang mmg sy amik dr kecik berteras Ahmadiah dr Pendita Anuar Wahab dan Syeikh Mohsein Ahmad Linggi. Sbg anak bugis mmg sy ada badik berwafaq. Yang lain penting nak bg tau mungkin pagar rumah.
Secara zahir, emas dan perak dan makanan kering(beras perang krn kurang bubok,ikan bilis,udang kering,minyak masak utk setahun) dan kolah air utk 3 bulan(se org 2 liter, air paling penting tetapi paling berat utk angkut. 1 liter=1 kg) Yang lain spt biasa ubat, komunikasi(bateri/solar, radio transistor), outdoor/hunting/pollution (pisau rambo survival berkompas, lighter,
lampu suloh led, khemah, crossbow, joran, lastik, basikal, weatherproof boot, body vest, poncho salji, full facemask), manual equipment/gardening ( cangkul, skop, gergaji, baja/tanah hitam, kolam pvc utk tadah air hujan, tanam ubikayu dan pisang utk benih)
2 benda yg mungkin ramai kurang bg perhatian ialah tisu tandas/istinjak dan arang/sumberhaba. Selain itu mungkin penting utk bagi tahu keperluan mempunyai kayu tas jika kelak sering masuk hutan utk memburu. Sy sendiri masa kecil mahir buat perangkap sembat/rembat utk ayam hutan/kancil dan jebak burung.

Sekian, wassalam.
Anony 3.28am

Anonymous said...

Salam ziarah.. trimas atas coretan ni. beg survival ana blum terisi sepenuhnya lg.. moga Allah merahmati kalian semua,atok zamany,abatasa,abuhakeem,anony3.28am,MD dan semua sahabat seagama. Li llahi ta'ala.

iklas,
Al-Hafiz

Kumanddie said...

Assalamualaikum.

Saya masih tutup blog Kumanddie kerana saya masih buat risikan peribadi.

Percayalah cakap saya, dahulu 13 Mei dirancang dengan teliti. Dan sekarang peristiwa 13 Mei juga mahu diulangi sekali lagi. Semuanya didalangi oleh CIA.

Anwar, Mahathir dan KJ merupakan ejen CIA. Macam Osama Laden juga. Saya tahu, baru sekarang SB sedar tentang kebenaran hipotesis saya. Saya buat hipotesis bukan berdasarkan kpd mimpi. Hipotesis saya berdasarkan kpd info yg saya terima daripada ejen CIA. Namun begitu saya bukan ejen CIA.

Info terbaru, di Singapura, terdapat ramai warga Israel yg berhijrah ke sana. Saya masih musykil tentang muslihat terbaru para elite utk kes penghijrahan warga Israel ke Singapura.

Apa-apa pun, para elite tetap mahu perang dunia ketiga di antara Yahudi dan Islam dilancarkan. Ini utk menjalani ramalan sesat mereka. Tahukah saudara-saudari , apakah ultimate kpd ramalan sesat mereka. Ultimate nya ialah upacara perlantikan dajjal yg betul menjadi raja tunggal dunia.

Jadi utk itu, negara kita adalah sebahagian daripada perancangan penting para elite. Kalau saudara-saudari perasan, dan ikuti sejarah dunia, banyak raja-raja sudah dihapuskan. Antaranya Raja-raja Sumatera, Raja Laos, Raja China, Raja Kemboja, Raja Sulaiman di Filipina, dsb... Saudara-saudari kalau teliti perkembangan di Thailand, pasti boleh nampak , Thailand juga dalam proses utk dihilangkan monarki mereka.

Semua kisah-kisah dlm blog-blog konspirasi semuanya ada kaitan serba sedikit. Seperti pecahan puzzles. Kalau kita fikir sedikit ke hapadan , kita akan jumpa tangan para elite. Dan penasihat utama mereka ialah, dajjal dan iblis.

Ingat , para penentang Israel dan para penyokong Israel, ada kemungkinan, kedua-duanya diatur oleh para elite. Tetapi tidak semuanya diatur. Bayangkan ada VVIP yg menganjur kapal bantuan ke Gaza. Tetapi pd masa yg sama, VVIP tersebut ada 10 akaun bank di Israel (maklumat 10 akaun bank dilapor oleh kementerian dalam negeri kita).

Wallahualam bissawab

Kumanddie

AbuHakeem said...

terima kasih sahabat ku Kumandie.

Ya, maklumat sebegini yang amat saya dambakan! maklumat untuk persiapan diri dan org sekeliling kita.

maklumat untuk mengenal siapa kawan dan siapa lawan.

maklumat untuk kita baca dan kaji perancangan lawan dan kaji counter attacknya jua...

maklumat untuk kita latakkan amanah agama dalam beg sandar kita yg akan kita bawa kemana!

saya doakan saudara selamat dan berjaya sahabatku! bila saya sedekahkan Al-Fatihah untuk perjuangan saudara, tiba2 bulu2 roma saya meremang dan ubun2 saya seperti berpeluh @ panas..... semoga Allah lindungi saudara.

Berhati2 dan jangan leka!

Allahuakhbar!

-abuhakeem-

Anonymous said...

moga semuanya selamat.. dan kita berada di jalan yang benar..

Wonder