setelah beberapa jam melayan karenah, Wak Abu pun buat meeting.... itupun setelah bermeeting bersama ketua-ketua kumpulan yang lain untuk mendapatkan/mencapai matlamat aktiviti tanpa sebarang pesengketaan dan iri hati....
Wak Abu berpesan pada ahli-ahlinya... agar jangan menetapkan sebarang keinginan untuk menang. apa yang penting adalah kerjasama berkumpulan dan jangan sekali-kali menyalahkan orang lain atas apajua hasil yang diterima samada baik atau tidak baik... nampaknya masing-masing mengangguk setuju termasuk Epul Don dan Piza Dun. Alhamdulillah... semoga Allah permudahkan urusan ku dalam hati Wak Abu berdoa dan bersyukur.
Masuk pula aktiviti lain. Aktiviti nie dah lupa pulak namanya. Ala, macam askar kita buat latihan, ada lompat dinding, lalu atas titi, bergayut, masuk terowong, merangkak dan macam-macam lagi... Kumpulan Wak Abu akan berentap dengan kumpulan ke-4. Sekali lagi Wak Abu berpesan agar tiada sebarang salah menyalahkan berlaku sekiranya misi tidak tercapai. Wak Abu jua berpesan dan menyusun satu persatu untuk strategi aktiviti.
Mula! berdesup la 2 orang iaitu Epul Don dan Piza Dun.... tercengngan sebentar Wak Abu kerana hancur punah perancangannya... namun seperti kata Zhuge Liang kepada Zhou Yunzhang... bertindaklah ikut keadaan... ia kunci kepada success pada zaman dinasti Jin.
Hilang suara Wak Abu tenggelam oleh suara-suara dari Epul Don dan Piza Dun. mereka menggasak tanpa mengira kawan atau lawan. Timbalan Pengarah yg warga perak itu pun diasak supaya mengeluarkan sepenuh tenaga demi kemenangan yang tiada harga pun.... tiada hadiah pun... tiada sebarang ganjaran....
Pantas Wak Abu menyusun semula ahli yang lemah (perempuan) dan tua untuk bersaing. bergiliran dan bergantian... akhirnya Alhamdulillah, setelah puas mendengar kata-kata panas 'lembap' dari 2 hero kumpulan 3, menang jua akhirnya.... dengan satu catatan masa yg pantas. masing-masing mengingati catatan tersebut... agar dinobatkan sebagai pemenang malam nanti pada waktu keputusan disebut.
Kemudian beralih kepada aktiviti lain... Flying Fox pulak... Wak Abu kebetulan dah merasa 2 kali.. ini masuk yang ke-3... jadinya gemuruh tu dah kurang. Malah rasa teruja kerana dah lama tak buat...Tiba-tiba, Wak Abu dikehendaki menjadi orang pertama yang terjun... dalam keterujaan itu, sempat juga mintak Ustaz bacakan doa... Maka, terjunlah Wak Abu... sampai mendarat, petugas yang berjaga meminta tolong untuk mengawal peserta lain yang nak mendarat. maka bertugas la Wak Abu. Penat.
seketika kemudian mendarat lah Piza Dun... tanpa disuruh, beliau mengambilalih kerja-kerja bantuan mendarat.... Alhamdulillah, ringan skit kerja Wak Abu... tanpa apa-apa komen Wak Abu teruskan tugas....
Seketika mendarat pula Epul Don. dan beliau juga terus membantu untuk kerja-kerja mendarat... eh dah banyak tangan pula... dan mula la peraturan dan prosedur yang merepek bermula... terpacul pula misi tugas terpantas.... semuanya hendak cepat... petugas rasmi disitu hanya lihat dengan muka penuh tanda tanya... kerana beliau telah berpesan pada Wak Abu agar segalanya berkenaan Keselamatan. letaklah ia teratas.... Wak Abumenjadi segan pada petugas rasmi itu, lalu berpesan pada 2 hero kumpulan 3 itu... arrrhhhh.... pedulikan dan persetan sama keselamatan.... (diorang tak cakap macam tu, saja jer tambah rasa... lebih kurang jer la ayat mereka) akhirnya beberapa peristiwa yang hampir-hampir membawa kecelakaan terjadi. sehingga Wak Dan datang melihat... Wak Abu yang serba tak kena, memohon maaf, dan berpesan pada 2 hero itu. namun masih gagal diperbaiki... langkah mudah, Wak Abu mohon diri...
malam menjelang... suspen pada semua peserta untuk keputusan tadi siang. Wak Abu awal-awal dah pesan jangan berharap pada kemenangan, kerana misi terlaksana. Sudah berusaha sudah cukup bagi Wak Abu. yang penting ahli-ahlinya selamat. dah keputusannya, Kumpulan 4 menang dengan masa yang sama dengan masa kumpulan 3. malah masa kumpulan 3 lebih lewat daripada yang diberitahu pada siang tadi. La.. macamana. Ketua Kumpulan 4 Wak Jeli datang pada Wak Abu dah meminta bersama membetulkan keadaan.. tapi Wak Abu hanya kata biarlah. tiada apa yang baik pada kemenangan itu. kalau betul beria-ia, Wak Abu nak tanya pada ahli kumpulan dahulu, biarlah ia tidak membawa aib pada mana-mana pasukan....
Jeng-jeng-jeng!!! nah! dari tempat duduk paling jauh dan paling atas, kedengaran suara laungan kuat menyalahkan Wak Dan Coach. dengan tanpa memberi peluang pada Wak Dan, segala butiran aktiviti dijerit dan segala kekalahan dan kesilapan yang dibuat peserta kumpulan 4 dijeritkan... Wak Abu termampan. Dilihat muka Wak Jeli. nasib baik rakannya itu bertenang... segera Wak Abu berjumpa Epul Don agar berhenti dari tindakannya. namun sia-sia... sehingga Wak Dan terpaksa tutup majlis awal. namun ia masih tidak dapat berhenti bagi Epul Don dan Piza Dun. Wak Abu mengumpulkan ahli yang lain, bertanya samada mahu berjuang untuk tegakkan kemenangan tadi? masing-masing melihat ia sesuatu yang tidak berbaloi dan tiada kepentingan... tiada yang mahu malah meminta Wak Abu menyelesaikan tindakan yang dilakukan oleh Epul Don dan Piza Dun, kerana memalukan integriti kumpulan 3....
perkara tersebut berlarutan hingga esok... panas sungguh hati Wak Abu... namun masih bersabar ... sehingga lah... satu aktiviti ini....
bersambung lagi....
1 comment:
Loved readiing this thanks
Post a Comment