Wednesday, June 2, 2010

Dimana martabat agama kita?

Selawat dan salam ketas Nabi Muhammad s.a.w, semoga kita dilimpahi rahmat dan naungan Allah s.w.t

banyak isu sekarang yang melibatkan Agama Islam... sgt banyak sampai tak terkejar kita nak mengungkapkan perkara tersirat disebaliknya.... isu Palestin... nie saya tak nak kupas pada waktu ini, bukan nak menidakkan perjuangan mereka...bukan tidak menyokong pengorbanan mereka... bukan tidak setuju tuntutan mereka... tapi kerana hati saya telah lama menanam simpati dan tekad untuk memperjuangkan saudara seagama... tak kira dimana... dan hanya senjata doa yang saya mampu buat masa ini... dan sekali-sekala dititipkan sumbangan harta yang tak seberapa... yang penting ikhlas.. (ya la.. saya nie bukan kategori senang..sederhana pun tahap ngam2 jer.. hehehe)

ok... banyak saya baca isu pasal kalimah Allah, Muhammad dan Ayat2 Quran yang disalah letak, disalah cetak atau mirip pada objek2, produk2 dan bangunan atau infrastruktur dimana2... terb
aru, sandal / selipar (kasut kot) jenama CROCS. kecah jugak yer beberapa ketika. So banyak pandangan saya baca. dari blog, website, malah kat pesbuk pun ada... (saya pun ada akaun pesbuk... hehehe... namun ada positif disebalik pesbuk tu... tapi mari kita tukar ke millatfacebook.com yer....)

ramai yang membantah dan mengecam... malah yang mengeluarkan ugutan pun ada.. yang nak bakar kilang Crocs pun ada.. (saya tak tau kat mana kilang CROCS). meluap-luap sungguh semangat para Muslimin... namun ada yang tidak setuju mengatakan CROCS telah menghina dengan logo yang MIRIP kalimah ALLAH itu... dan berbagai fakta diberikan...

pandangan saya? ya ini pandangan saya. bukan pandangan org lain... bukan pandangan dengan nilai profit... saya meletakkan, walaupun ia hanyalah mirip (seperti dakwaan beberapa individu) namun ia tetap menyentuh hati dan perasaan saya... ia tetap menyentap kesabaran dan membakar kalau tak banyak sedikit api kemarahan saya.

kita bersangka baik, ambil la.. kalau sykt CROCS (walaupun ramai kata byk yg terlibat adalah yang tiruan bagi saya sama jer) tak sengaja... dan tidak pernah terlintas untuk menghina Allah... itulah adalah dasar mereka yang bukan Muslim... kalau mereka tidak ambil pusing sensitiviti masyarakat Islam, ini kerana mereka bukan Muslim! dan kenapa mereka tak ada sensitiviti? haaa... nie citer nanti la...

amik satu kes... ingat tak dulu pernah kecah isu jubin berkalimah Allah dan Muhammad... saya pernah pergi satu Bistro mamak kat Seri Kembangan sebelah Mall apa ntah.. tak ingat.... dah berpuluh kali makan kat sana baru kami(ramai2) perasan yang jubin kat sana terlibat dengan isu jubin kontroversi tu... bayangkan lah... saya lalu dan pijak, selama saya datang... memang ia mirip... namun, sebagai umat Islam... hati saya runtun... dan otomatis nya saya menggigil ketakutan... saya pucat dan saya rasa mcm nak demam... sgt risau! benda2 tu otomatis datang... kenapa? ha... nie pun nanti eh...

jadi... apa yang saya nak kisahkan ialah... jika kita anggap isu tu kebetulan, atau kita perlu kikis sikap totok pada material sensitif... dimana kita letakkan MARTABAT ISLAM sebagai panduan hidup kita yang kita warisi dari ibu bapa kita... yang ibu bapa kita warisi dari berzaman hingga ke RasulAllah s.a.w? mungkin ada yang kata, tak baik fitnah sykt tu atau sykt nie... mereka buat produk jer.. buakan sengaja.. YA.. kalau mereka tak sengaja, adakah boleh kita membiarkan diri kita menginjak agama Islam? paling dahsyat menginjak Kalimah ALLAH yang kita selama menjadi Muslim, kita letakkan kalimah itu ditempat yang tertinggi... tiada lagi tinggi daripadanya... walaupun ia hanyalah mirip... anda sanggup?

SAYA TAK SANGGUP... kerana jika saya tak mencuba dan berusaha untuk memartabatkan sekecil sunnah Nabi pun walaupun mempunyai kudrat dari Allah utk melaksanakannya... maka saya pasti menanggung diakhirat kelak... susah sgt ker kalau kita tidak membeli produk kontroversi ini dengan menukar kepada produk lain? kalau dah terbeli susah sgt ker nak padamkan or kalau kaya raya sgt, buang jer... atau susah sgt ker nak mengangkat tangan menadah pada Allah pencipta diri kita ini... mohon taubat dan petunjukNya... hilang kekayaan kita ke kalau tak beli produk2 tu? :) wallahuaklam... saya tak akan tahu isi hati org lain... namun inilah saya... namun, InsyaAllah, saya sebarkan apa yang saya rasa setiap MUSLIM perlu lakukan...

biarkanlah mereka tu pakai.. ko tak rugi apa pun...

ko nak menyibuk hal org lain buat apa?

dah banyak amal ker sampai hal KECIK nie pun ko nak kecah2...?

ko nie lalang la... ada isu skit nak menyampuk... janji kita sembahyang cukup sudah la....

diorang tu kacau ko ker sampai nak halang2 nie...

hehehe... terpulang la jika ada yang berpikiran mcm diatas nie... namun -
jika kita tidak memandang dan memartabatkan agama kita, siapa lagi? jika kita selama-lamanya memandang remeh dan sipi hal2 berkaitan Agama kita, jgn salahkan golongan kafir jika mereka tidak menghormati agama Islam... kerana kita sendiri tidak memandang tinggi Islam itu sendiri... dan jgn sampai satu hari nanti, anak2 kita, waris kita menganggap Islam itu hanya warisan budaya sahaja! pakai biler nak kahwin jer!

pastu nak bising2 masyarakat non-muslim nie takder sensitiviti agama? hehehe.... cari salah sendiri dulu... baru kita menuding jari....

kenapa saya seperti ini? kerana seorang Uztazah (masa kat S.Alam) ada berpesan pada saya supaya cuba membuat rekaan bercirikan Islam, bercirikan As-Sunnah, dan menjadikan penggunanya tak kira siapa otomatis membuat kebaikan... saya tanya kenapa? sekarang awak berumur 18 tahun, nanti lagi 10 tahun, dunia awak akan menjadi tempat Muslim menghina Islam... tersentak saya... dan sejak itu saya sering mendampingi beliau dan suaminyasampai lah saya keluar dari Institut tu... dalam pada itu, mcm2 cerita saya dengar (dulu bukan zaman maklumat hujung jari)...

so... terpulang anda letak MARTABAT AGAMA YANG ANDA ANUTI.... kalau rasa anda MUSLIM, angkatlah ISLAM itu sehingga tiada kafir disekeliling anda berani mendongakkan kepala mencabar ISLAM! jgn pula anda yang bersama2 mendongakkan kepala bersama si kafir... nauzubillah..

Wassalam.

5 comments:

Izzah said...

Salam..saya setuju dengan pendapat saudara.tentang kalimah Allah di kasut Crocs tu, jika tak ada 'Alif' masih dibaca Lillah -kerana Allah..sayangnya orang kita apabila ditegur masih memandang remeh dan tak ambil kisah.Moga Allah memberi hidayah dan menetapkan hati kita lurus di jalan-Nya..

padukakerol said...

memang celaka ke atas orang yang sengaja menghina Allah.

Anonymous said...

kawan..gmbr ini tidak serupa pun dgn nama allah..

macam mana pula telinga kita?

serupa juga..kalu mcm tu x boleh masok toilet..

kan?

AbuHakeem said...

telinga kita adalah hak milik Allah.. segalanya hak milik ALlah. Allahg Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa.

sebab tu saya pentingkan, bagaimana kita martabatkan agama yang kita anuti. kalau anda mengaku Islam, sanggup kah meletakkan Allah ditapak kaki? walaupun ia menyerupai! bagaimana kata ia tak sama? mirip sahaja sudah perlu kita meletakkan satu martabat.

apakah yg ada dalam hati kita biler melihat amoi pakai seksi? suka? gembira? bertuah? bolehkah kita dengan ikhlas merasa tercabar kerana kaum lain sewenang2nya mencabar peraturan Allah di tempat dimana Muslim itu majoriti? Allah telah jadikan setiap muslim itu khalifah dalam menjaga agamaNya!

jika bukan kita yg martabatkannya, nak suruh siapa? Karpal Singh or Karamsigh Walia? sedang kan pemimpin Islam menghalalkan judi dan menjdikan hasil negara dari sumber haram.

terpulang... saya pilih saya akan martabatkan Agama Saya...

ok telinga... boleh kopek or tanggal ker? CROCS tu lekat kat kaki tak leh tanggal2 ker? mati ker kalau tak pakai? kafir ker kalau tak pakai? berdosa ker kalau tanggal dan buang logonya? jatuh papa kedana ker kalau takder CROCS? sakit tenat ker tak pakai CROCS?

kita ada beribu pilihan... cuma yg waras akan sedar...

pikir ya.. :)

salam.

padukakerol said...

abu hakeem: bernas.