Tuesday, June 15, 2010

Mereka berdagang dengan Allah S.W.T

dengan nama Allah yg Maha Mengasihani Hamba2Nya dan selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.Kali ini saya nak review sebuah buku. buku nie murah jer. dan pasti tak menarik minat pembaca yang sukakan kisah2 mendayu2 dunia hiburan atau cerita artis2... tapi akan ada sekumpulan hamba2 Allah yang akan menjadikan beberapa tokoh dalam buku ini sebagai rujukan dan sandaran semangat untuk dihari2 yang lain, InsyaAllah... buku ini saya beli kat kedai buku Popular (saya lebih suka pergike toko atau kedai biasa) kebetulan ketika cari kamus 3 bahasa.

Buku ini berjudul PAHLAWAN ISLAM KONTEMPORARI.
ditulis / dikarang / nukilan Sdri Atriza Umar. cetakan pertama pada Februari 2010. Menariknya buku ini ia menceritakan kisah2 perjalanan dan sedikit bibliografi para Pejuang dan Pahlawan Islam Kontemporari. (kontemporari = pada masa kini, baru kini, zaman kini / dalam zaman yg sama) sungguh saya memang suka buku2 dan kisah2 seperti ini.
didalamnya terdapat riwayat 10 para pejuang yang melebihi urusan agamanya dari urusan duniawi.. 10 orang Pahlawan yang kental dengan perjuangan fi-sabilillah. 10 orang penegak tiang Islam yang tidak sedikit pun gentar untuk mendagangkan nyawa mereka kepada yang Maha Kuasa.


1. Lelaki Yang Meminang Bidadari - Dzokhar Musayevich Dudayev

beliau adalah seorang Jeneral di Angkatan Udara Soviet Union. dan berjuang menentang kekejaman pemerintahan Soviet Union sehingga la Rusia. salah seorang pejuang Islam dari Chechnya. Beliau la yg telah memimpin rakyat Chechnya menentang kuasa komunis dan mencorakkan kerajaan Islam di Chechnya. kisah sedih banyak menyelubungi perjalanan beliau dalam meneruskan kerajaannya... kerana kekejaman Boris Yeltsin yg sewenang2nya menjarah kedaulatan Muslimin Chechnya...
beliau menemui syahid ketika bercakap di telefon setelah Rusia dengan kerjasama Satelit Amerika menemui titik koordinat beliau dan syahid la Pejuang Kebebasan Chechnya itu di bom dari pesawat Sukhoi SU-25, di kampung Gekhi Chu 20 meter arah selatan kota Grozny. kemudian terdengar tangisan dariseluruh pelusuk Chechnya... seluruh ibu2 dan bapa2 seperti kehilangan anak mereka....


2. Lelaki Yang Sangat Merindukan Syurga - Ibnul Khattab

nama sebenar beliau ialah Samer Saleh Abdullah Al-Suwailim. saya rasa tak payah cerita panjang. pasti ramai yang tahu kisah Ibnul Khattab ini. ketika dibawah umur lagi beliau telah menyertai jihad fi-sabilillah di Afghanistan! kemudian meneruskan perjuangan ke bumi Chechnya. dan menemui syahid yang diidam2kan disana setelah diracun oleh pengkhianat dan tali barut Rusia!

saya amat minat pada kisah2 As-Syahid ini dan dahulu ketika dapat melayari web jihad qoqaz, nama Ibnul Khattab ini sering muncul dan beliau juga membuat rakaman2 video jihad di Chechnya. sering jugak saya download. :)


3. Menyusul Kaki Menunggu Di Taman Syurga - Abdallah Syamil Salmanovich Basayev

lebih dikenali sebagai Imam Syamil. namun jgn keliru dengan Imam Syamil. terdapat 2 Imam Syamil di Chechnya dan kedua-dua adalah pahlawan jihad yang ulung!
sebelum itu, beliau dan adiknya sering berjihad membantu sdr SeIslam... sebelum kembali ke Chechnya, beliau berjihad di wilayah Muslim Abkhazia. setelah jeneral Dzokhar Musayevich Dudayev menjadikan Islam sebagai asas negara Chechnya, beliau dan adiknya pulang untuk bersama2 mempertahankan kedaulatan Islam di tanah tumpah mereka.

kaki kanan beliau telah lebih awal menunggu di syurga selepas terpijak satu jerangkap samar pada Februari 2000. kemudian beliau telah pergi menuntut kakinya setelah Syahid ketika traknya meletup. beliau adalah seorang pahlawan yg sgt tabah, setelah Rusia bertindak dengan membunuh seluruh keluarganya!


4. Guru Para Syuhada - Hassan Al-Banna

siapa yang tidak kenal dengan nama ini? buku ini menceritakan kisah2 yang penuh mengujakan tentang seorang mujahid yang tekun menyelamatkan sdr seIslamnya dari kehidupan yang sia-sia. kisah bagaimana beliau tekun mengerjakan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan pastinya tentang Ikhwanul Muslimin! buku ini juga menunjukkan, sikap2 org yg tamakkan harta dan pangkat yg sanggup membunuh sdr seIslam dan menjadi anjing yg diikat leher oleh para Yahudi Zionis, Imperialis dan penjajah2 kedaulatan Islam!

As-Syahid Hassan Al-Banna terkorban ditembak bertubi2 dihadapan pejabat Ikhwanul Muslimin. konspirasi yg telah dirancang... ketika itu juga bekalan elektrik hospital diputuskan, doktor dan jururawat diancam agar tidak memberi pertolongan. maka gugur la Syuhada yang terkenal ini... lokasi pengebumiannya juga dirahsiakan oleh pihak pemerintah mesir!
ketika hidup As-Syahid, Ikhwanul Muslimin berjaya menghantar lebih 10 ribu sukarelawan jihad ke Palestin dan kesinambungan Ikhwanul Muslimin terus berlangsung walaupun diancam di seluruh dunia. InsyaAllah.


5. Lelaki Yang Bersyahadat Dengan Hidupnya - Sayid Qutb

Satu lagi nama besar dalam Jihad Fi-sabilillah. saya tak nak cerita panjang, namun saya ingin masukkan satu petikan yang ada didalam buku ini berkenaan hari ketika As-Syahid ingin digantung sampai mati. ia sgt memberi kesan kepada saya...

[detik-detik menjelang hukuman gantung, Sayid Qutb telah menyerahkan segalanya pada Allah swt. Beliau pasrah serta merasa begitu bahagia. Sebentar lagi beliau akan bertemu dengan Tuhannya. Sebentar lagi beliau akan bersama Penciptanya.
Seorang petugas sesi hukuman gantung itunaik ke atas pelantar hukuman gantung. Kepada Sayid Qutb dia berkata dan meminta yang dihukum untuk mengucap syahadat, 2 kalimah yang akan menjadi saksi, begitu kata petugas itu. Tetapi Sayid Qutb tidak bergerak. Bibirnya terkatup,tidak keluar sepatah kata bahkan dari mimiknya pun tidak juga. Petugas tersebut kembali meminta agar Sayid Qutb mengucap syahadat. tetapi tetap seperti tadi. Sayid Qutb diam seribu bahasa. Dan sekali lagi petugas itu mendekatkan bibirnya ke telinga Sayid Qutb dan memintanya mengucapkan syahadat sebelum tali gantungan dieratkan.
Kali ini sayid Qutb mengerling matanya dengan tajam sekali ke mata petugas tersebut. Tajam hingga ke dasarnya. tatapan yang menggentarkan. tatapan yang membuat sesiapa pun yang memandangnya akan gementar ketakutan.
Dengan perlahan lalu Sayid Qutb berkata, "kau tahu mengapa aku berdiri dihujung tiang gantungan dan menunggu mati?"
Tidak ada jawapan. Dan memang Sayid Qutb tidak menunggu jawapan dari petugas tersebut.
"Aku berdiri di sini, dihujung umurku ini, bukan sahaja kerana mengucapkandua kalimah syahadat. Aku berdiri disini, dibawah tali gantung ini justeru setelah melaksanakan syahadat semampu yang aku dapat!" ujar Sayid Qutb dengan suara berat dan keras.
Seketika, kaki petugas itu gementar tidak dapat menampung diri, dia bergegas turun dari pelantar. Kakinya begitu gementar. Sangat gementar. sehingga dia tidak dapat menyembunyikan rasa takut pada riak wajahnya. Para hadirin yang hadir bertanya kepadanya, dia hanya menjawab dengan singkat " lelaki itu benar!! lelaki itu benar!!!"]


6. Lelaki Yang Menjadikan Jihad Sebagai Urusan Keluarga - Syeikh Abdullah Yusuf Azzam

seorang lagi mujahid yang amat saya kagumi. Beliau berjaya mendidik seluruh keluarganya
untuk berjihad dan mencitai syahid! anaknyaHudzaifah masih lagi berkeliaran merekrut para mujahidin dari seluruh dunia. hidup As-Syahid ini langsung bertunjangkan kepada kecintaan terhadap dunia jihad dan Islam. sukar nak bayangkan jika para pemimpin kita begini... :)

Beliau menemui syahid ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan khutbah Jumaat. kereta yang dinaiki beliau telah meletup akibat sebuah TNT seberat 20kg yg ditanam dilaluan harian As-Syahid. kutanya letupan itu menyebabkan 2 anak As-Syahid berkecai, namun As-Syahid hanya terlantar ditembok dan mengeluarka sedikit darah di bibirnya sahaja.
kata-kata akhir beliau amat sadis bagi saya yang hidup aman damai di dunia...

"Saya seperti baru berumur 9 tahun sahaja. 7 tahun setengah saya gunakan umur saya untuk berjihad di Afghanistan. Sedangkan satu tahun saya baktikan pada jihad di Palestin. Selebihnya, tahun-tahun lain tidak bernilai apa-apa"


7. Pemuda Permata Hati Bidadari - YahyaAbdul Latiff Ayyash
Beliau seorang pemuda yang lahir di Raffat Palestin. lebih dikenali sebagai perangcang pengeboman syahid. Beliau sgt hebat sehingga Yahudi Zionis sgt gentar. ini kerana beliau mampu menyelusup kemana2 dan dibayangi gelaran 'Seribu Wajah'.

Bahkan seorang Yithzak Rabin pernah sgt khuatir sehingga berkata " jgn2, dia sedang duduk bersama2 kita, di kawasan kita ketika ini"

Beliau menemui syahid setelah pakcik seorang rakannya menjual informasi kedudukannya dan memberi telefon bimbit yang diisi bahan peledak. 2 hari kemudian telefon itu meledak ketika ayahnya menelefon untuk mengesahkan pertemuan keluarga. sungguh tragis dan celakalah pada pengkhianat Islam bernama Kamal Hammad sehingga kiamat!

selang 2 hari setelah beliau syahid, isterinya melahirkan anak lelaki. Ya, Allah semoga anaknya menyambung perjuangan As-Syahid.


8. Pemilik Kerusi Roda Yang Bergelora Jiwanya - Syeikh Ahmad Yassin

tidak perlu panjang lebar untuk saya ceritakan pemimpin HAMAS ini... semua org pasti tahu kisahnya... (sayu melihat gambar2 Syahid beliau)


9. Aku Memilih Mati Di Depan 'Apache' - Abdul Aziz Rantisi

mereka ini yang berjuang fi-sabilillah, sering mendapat apa yang mereka hajatkan... kematian mereka mulia! dan itulah yang beliau hajatkan, dan itulah yang Allah tunaikan... pengganti Syeikh Ahmad Yassin ini juga tidak perlu diulas, umum tahu kisahnya...


10. Lelaki Yang Meminang Bidadari - Khalid Ahmad Sawki Islambouli

Inilah kisah yang menyatukan kisah kematian syuhada Hassan Al-Banna, Sayid Qutb dan para Ikhawanul Musliminyg lain. dan Kahlid Islambouli inilah yang memenggal kekuasaan Firaun Laknatullah Zaman Baru, Anwar Sadat (Pemimpin Mesir) setelah menyambung pemerintahan satu lagi Firaun bernama Jamal Abdul Nasser!

kita lihat secebis kisahnya dalam buku ini -

[ Ketika beliau turun dari trak, menuju mimbar tempat Presiden dan sekumpulan diplomat, Anwar Sadat berdiri menyambut. Beliau mengira Khalid Islambouli akan memberikan hormat pada dirinya.
tetapi sejurus kemudian, justeru senapang yang keluar dari belakang punggungnya. Saat itulah, Menteri Pertahanan Mesir dibawah Anwar Sadat, Jeneal Abdul Halim Abi Ghazala berdiri dan hendak menjadi penghalang bagi Sadat. maka Khalid berkata, "ketepilah, bukan engkau yang aku cari. Aku menginginkan anjing ini, Firaun Laknatullah baru yang telah melukai umatnya sendiri. Anwar Sadat yang kejam!"teriak Khalid Islambouli yang ketika itu umurnya baru 24 tahun. ]

itulah antara kisah dan sinopsis buku sdri Atriza Umar. Mungkin tidak menarik pada mata org lain, namun ia menarik pada mata saya.

kisah-kisah sebegini sering saya dengar biler bersama ustaz yang kuat dengan semangat jihadnya... cerita2 kehebatan dan keindahan mati syahid...

kisah2 itu di bumi yang berlangsung jihad fi-sabilillah mungkin beratus variasi dan malah beribu kisah2nya... namun itulah untung dan bertuahnya mereka di bumi jihad, walaupun serba kekurangan namun Allah hadiahkan saham yang terbesar dan paling mulia pada mereka... Syurga dan kemuliaan sebagai Syuhada... maka berlumba2lah para muslimin yang cintakan agamanya akan mencari naungan untuk menjadi salah seorang pengikut Sayyidus Syuhada Saidina Hamzah r.a...

disebabkan itu jugalah, mereka yang hidup aman damai ini sering dengan mudahnya tidur lena dikantil empuk, menonton Piala Dunia sehingga awal pagi.... mendapat lebih kelalaian atas ketidakprihatinan kita sendiri, dimana tuah dan dimana bala...

namun saya juga ingin secara ringkas mengisahkan hidup anak muda dari Kedah yang berjaya dengan izin Allah s.w.t meminang bidadari syurga di bumi jihad Afghanistan. malah mungkin ramai lagi yang tidak kita ketahui... InsyaAllah... satu hari nanti.. kita lihat perjalanan membentuk diri As-Syahid Fauzi Haji Ismail sehingga berjaya berdagang dengan Allah Azza Wa Jalla.

bersyukurlah bapa2 dan Ibu2 yang anaknya mendapat syahid.. kerana syafaat untuk para syuhada itu amat besar! Allah sahaja yang mengetahui...




harap-harap tak kena saman pasal keluar review buku-buku ini... :)

1 comment:

Nur said...

MasyaAllah..

Syukran akhi.InsyaAllah saya nak dapatkan 1 copy buku tersebut