Tuesday, December 10, 2013

FREE the PEOPLE?

Dengan Nama Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Kaya....
.
.
.
.
.


Aku berlegar-legar di ruang sekolah rendah ku…. Ramai orang… dan aku melihat beberapa muka… hampir 10 orang yang aku kenali…. 

Dan hati ku cukup terusik melihat rakan sekelas yg amat lama tidak ku jumpa dan hubungi… Serena… atau Puan Serena sekarang… rasa-rasanya last aku berhubung masa zaman bujang ketika dia mengambil matrikulasi di UKM @ UM (rasanya) dan aku di UiTM Shah Alam…

Dan ku lihat lagi… beberapa rakan-rakan lama ku… ada Fauzan, ada Shahril, ada bekas EO aku, akauntan hebat Razman, dan  beberapa orang lagi….semuanya berpakaian kemas dan hebat…. Semuanya dalam suasana yg amat keterujaan….

Kemudian aku lihat seperti sebuah lambang dinaikkan di tengah gelanggang badminton antara dua buah blok akademik sekolah rendah ku itu. Logo atau lambang yg kurang jelas itu tertulis perkataan FREE THE PEOPLE. Jelas perkataan itu… 

Dan entah kenapa aku berlari menaiki tangga ke tingkat 3 untuk mencari perpustakaan… didalamnya aku lihat Puan Serena bersama 2 orang lain sedang berbincang mengenai sebuah buku.

Aku cuba menyelit, tiba-tiba aku ditahan oleh 2 orang berpakaian kemas dan rapi. Sut lengkap tuxedo… aku diiringi ke bawah semula. Ke khalayak ramai di gelanggang badminton dan terus menuju ke ruang perhimpunan… 

ditengah-tengah ramai itu duduk seorang yg amat santai dikerusi sambil melipat kaki…. Lelaki itu berkulti cerah memberikan identiti bangsanya.


Aku lihat pelbagai aviation terawang-awang disekeliling lelaki tadi. Dalam saiz kecil. Di bawah pula pelbagai kenderaan melata yg bersaiz kecil…. Kemudian aku dibawa kehadapan dia… dan aku lihat, orang-orang yang aku kenal (rakan-rakanku) berada dikeliling ku…. Seperti menunggu dengan penuh teruja apa yg akan keluar dari mulut lelaki itu….


Dan aku denganr sayup-sayup, jeritan orang ramai…menjerit penuh gairah FREE THE PEOPLE… dari kejauhan aku melihat, seorang demi seorang terbaring, tertiarap, terduduk lemah….. sambil memerhati kapal-kapal terbang mini menarik cahaya dari diri mereka….lantas terbang pergi sambil meninggalkan yg terbaring, tertiarap dan terduduk itu lemah dan pucat… mati ku rasa….

Dan lelaki itu berkata…. “Ikutlah aku… aku akan membawa kamu ke alam kebebasan… aku yg kan membebaskan kamu….”

Aku lihat, rakan-rakan ku seperti terpukau… mendaftar ke dalam pertubuhan FREE THE PEOPLE itu…. 

Perasan teruja ku hilang berganti kesedihan yang melampau… 

aku terasa airmata mengalir tanpa ditahan-tahan…. 

Aku rasa kehampaan melanda dan menumbuk dada ini… 

aku rasa kekalahan yg amat sangat…. 

Aku rasa keputus asaan yg sunguh mendalam… 
dan aku  melangkah dibelakang Razman…. 

Perasaan yg amat hampa melanda sehingga aku seperti mahu bertekuk lutut dihadapan lelaki bertuxedo itu… 
dan ketika hadir 2 orang ingin mengambil suntikan untuk darah ku…. Amat pantas, satu tangan menarik ku dan mencampak ku jauh hingga ke tepi kantin… 

kurang dari sesaat, aku pasti aku melihat kelibat arwah Abah… aku pasti!

Aku melihat kembali satu stesen pendaftaran… aku melihat mereka diambil darah dan disuntik kedalam aviation dan satu lagi kedalam kenderaan melata… dan kemudian ……
….
….
….
Mereka berpasrah bahawa mereka perlu mati…. Entah untuk apa…


Aku menangis melihat rakan-rakan ku…
Aku tak tahu untuk berbuat apa? Aku memanggil… mereka diam dalam kehampaan diri mereka….

Aku memaksa diri… aku menarik tangan Serena… dia umpama dikejutkan dari lena…. Aku minta dia lari…. Namun dia menangis dan berkata… dia tak tahu apa yg perlu dilakukan…. Dan kemudian dia memberitahuku….

Satu password….
Untuk satu kunci….



“BERTUKAR KAWAN”



Apakah maksudnya…? Dia berulang-ulang mengatakan ayat yg sama sambil mengeluh menangis…

dan lelaki misteri itu bergelak tawa.... lantas dia mengucapkan kan... "Mereka akan mendapat nama...  dibelakang nama-nama mereka itu ku berikan AVEDAN..." 

Dan aku tak dapat menghampiri rakan-rakan ku… dan lelaki misteri bertuxedo berkulit kuning langsat itu….


Dan sejurus sebelum aku membuka mata….


“mereka memindahkan roh… mereka menahannya dengan harta…. Kamu tahu apa yg perlu dilakukan…”

Dan aku celik subuh itu… tapi aku masih tak tahu apa yg aku perlu lakukan….

Hanya PM Puan Serena di facebook…..

apa itu AVEDAN?
aku ini orang yg malas.....

…………………………………………………….   




Aku bukan insan yg baik…. Tapi  aku berharap dijauhi menjadi insan jahat….


Tuesday, August 27, 2013

Tazkirah / Perpaduan Kaum / Haram Yang Halal


TAZKIRAH

Assalammualaikum wbt....

Dengan Nama Allah Pemilik sekian alam saya memulakan bicara....

Rasanya memang sgt lama saya tak update blog... sering kali masa menunggang motorsikal terbit idea-idea dan frasa-frasa untuk saya berblog... tapi sering dihentikan oleh hambatan masa yang makin menyempitkan ruang untuk saya....

Ok la... rasanya tak terlambat nak saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga kepada sekian saudara Muslimin dan Muslimat seluruh dunia.... (sampai dunia ker blog nie?)

Beberapa hari lalu, Ustaz Aliman bin Masrom (guru) menjemput anak2 muridnya dan qariah2 beberapa buah masjid untuk berselawat dirumahnya... saya hadir lepas Isyaq, berkonvoi bersama murid lain dan ahli qariah surau... tak jauh... dalam 10-15 minit jer bawak keta dalam 60-70 km/j....

Setelah sampai, rehat2 dan berkenalan dengan tetamu lain, Ustaz pun berucap sempena hari raya... Lalu, seperti biasa, setiap majlis itu akan ada baroqahnya bila dijadikan sebagai majlis ilmu... tapi tazkirah ringkasnya amat menarik minat... so saya kongsikan kisah pada zaman Nabi Sulaiman yang diceritakan oleh Ustaz....

Ia Perihal Ziarah dan Sedekah.... memandangkan hari raya nie... kita pasti berziarah dan memberi duit raya... malah pada Ramadhan lepas pasti ramai yang berebut2 nak bersedekah....

Al-Kisah....pada zaman Nabi Allah Suilaiman a.s, terdapat seorang lelaki yg telah bermimpi kucingnya bergaduh selama 7 hari 7 malam... kaw-kaw punya gaduh sampai bulu tanggal-tanggal... luka-luka dah kompom  arr.... tapi masuk hari ketujuh, kucing berdua tu leh pulak berbaik-baik... tak gaduh2 lagi...

So Hamba Allah nie pun berjumpa la Nabi Allah Sulaiman a.s untuk meminta pertunjuk @ alamat... diceritakan la kepada Nabi Sulaiman a.s perihal mimpinya..... Nabi Sulaiman a.s pun membelek paras rupa dan susuk tubuh hamba Allah td... setelah lama, dia pun bersabda kepada hamba Allah td, "Wahai hamba Allah, mengikut firasat ku dengan Izin Allah, kau akan mati pada 7 hari akan datang iaitu pada hari Rabu (masa tu hari Khamis)..."

Jadi, Hamba Allah tu pun gundah gulana la setelah tahu akan tibanya hari kematiannya... pulanglah dia kerumah dan memberitahu keluarganya... Hamba Allah itu mengeluarkan seluruh hartanya. Separuh dibahagi-bahagikan kepada keluarganya... separuh lagi dibawa berjalan....

Hamba Allah itu pun berjalan la keluar... disepanjang jalannya, beliau memberi sedekah kepada fakir miskin dan sesiapa yg dia jumpa untuk meringankan beban mereka sekadar mampu... disamping itu dia menziarahi ke rumah semua kenalannya yg dia sempat.... dan memberi sedekah kepada setiap rumah yg diziarahinya sampai la hari Selasa...

Sepanjang itu juga dia membuat amal ibadat... Jadi, pada hari Selasa, dia pun beramal ibadat di rumahnya.... setelah itu dia pun duduk menunggu Malaikat Maut untuk datang pada hari Rabu.... Pagi Rabu.... Tengahari Rabu..... Petang Rabu.... Malam Rabu..... ketika di penghujung2 hari rabu itu, berdebar-debar la Hamba Allah tu... kerana tahu dia akan mati...

Tapi dia tak mati... dan dia berjaya menikmati hari Khamis... musykil lah fikirannya...Maka dia pun berjumpa lagi dengan Nabi Allah Sulaiman  a.s.

Nabi Allah Sulaiman a.s juga pelik dan terkejut... setelah ditenung dan dilihat susuk tubuh hamba Allah itu, Nabi Sulaiman bertanya, "Apakah yang kamu lakukan sepanjang 7 hari yang lalu?"

Lalu hamba Allah itupun menceritakan apa yang dia lakukan....

Nabi Sulaiman a.s pun berkata "Sesungguhnya kerana amalan Sedekah dan Ziarah yang kamu lakukan itu, Allah telah memanjangkan umur mu selama 250 tahun lagi" (org dulu-dulu memang berumur panjang)...

Gembira lah hati hamba Allah tadi, dan sejak itu dia sering bersedekah dan ziarah disamping amalan ibadat, kerana ia memanjangkan umur....

Tamat tazkirah ustaz...

So, pengajaran kisah itu, sesungguhnya amalan ziarah dan bersedekah (bg duit raya) itu juga mendapat perhatian dan baroqah Allah disamping memanjangkan umur...  InsyaAllah.....

PERPADUAN KAUM

Pada masa ini, perkataan ini umpama lawak.... umpama mitos... umpama khayalan semata-mata di Malaysia... amat sukar nak tengok kerukunan perpaduan yg iklhas terbit dari hati manusia Malaysia. tak semua.. tapi menghampiri semua...

Seikhlas mana anda nak laksanakan perpaduan kaum? Sejauh mana anda ikhlas terhadap jiran dan orang sekeliling yang bukan sebangsa dan seagama dengan anda?

Masih adakah sinar harapan untuk kita bersatu padu tanpa mengira bangsa ? tanpa mengira agama?

Ya... saya masih rasa ia sesuatu yang tidak mustahil... walaupun amat sukar melihat senyuman antara bangsa lain nak senyum dengan bangsa lain sekarang... walhal kita senegara.... sebandar.... malah satu blok tempat kerja..... prasangka tetap wujud.... bersangka baik amat payah nak melekat dihati....

Lagi-lagi la selepas pilihanraya nie yg penuh dengan permainan perkauman dan membakar isu-isu yang tak berakhlak dengan melaga-lagakan bangsa dan agama....

Malah saya lihat pihak yang menang umpama kalah.... Mereka telah hilang taring dan kuku untuk mencengkam pentadbiran dalam mengawal rakyat....

Pihak yang kalah umpama menang kerana masih berleluasa melebarkan sentimen dan manifesto walaupun kalah.... malah setiap tindakan pihak yg menang akan disaingi bagi membakar perasaan individu-individu yang mudah dibakar hatinya....

Ini cerita saya yang baru berlaku tadi....

Keluar sekejap dari opis nak beli ikan hiasan (sibuk MPC nak datang opis bg award 5S...) sambil tu ambil kesempatan singgah di pasar Batu Pahat utuk ke sebuah kedai yang bapa mertua rekomen untuk beli racun serangga bg projek tanaman cili padi saya.... (keluar dengan izin nie)

Saya pun berjaya la jumpa kedai tu atas panduan yg bapa mertua bg... Kedainya di corner lot... ada Ah Soh yg jaga... pakaiannya sopan walaupun tak pakai tudung... heheheh.....

Saya pun bertanya perihal racun serangga cili padi... dia tak berjaya jawab namun masih cuba memberi sedikit panduan apa yang dia tahu... (kebetulan saya lupa 3 jenis racun yg bapa mertua berikan namanya... pelik betul nama2 tu... konon2 leh ingat.. tp hampeh... otak karat sgt...)

Kemudian saya belek-belek baja dikedai tu, dan Ah Soh tu kemudian memanggil saya dan memberikan sebuah buku panduan tanaman cili.... dia suruh saya lihat mana satu masalah pokok cili saya.... saya belek2 dan dia kata, bawa la balik rumah... baca perlahan-lahan... supaya tak silap beli...
   

Saya tengok Ah Soh tu... aikk? bg saya ker? Dia kata dia beri saya... dan ... Waaaaa.... Ini sudah bagus... (walaupun dah berjilid-jilid ebook saya binding) dan saya lihat isinya sgt bagus untuk mempelajari tanaman cili....

Kemudian saya beli 2 pek baja.... hehehehe... nie bukan amik hati... kebetulan memang baja dah abis..... selama nie baja hasil subsidi rakan-rakan yg nak promote baja mereka... so baja 2 peket nie pun tak sampai RM8... boleh la...

Kemudian saya ke kedai ikan hiasan yg besar di Batu Pahat. Xian Leng. kalau tak silap arr... dalam perjalanan tu, saya tiba di persimpangan yg takder lampu isyarat... dan sepatutnya saya lalu (jalan utama) tapi kerana perlahan, saya berhenti untuk memberi 2 buah kereta melintas.... keduanya milik bangsa cina... dan terhiburnya hati ini kerana kedua-dua pemandu itu mengangkat tangan tanda menghargai tindakan saya....

Apa kisahnya? kisahnya.... sekarang nie nak tengok situasi berkenaan sgt la susah...mungkin ada yg kata ia atas dasar profit? tapi saya lihat Ah Soh tu ikhlas nak tolong... dia tak syorkan mana2 product pun untuk saya.... dan jarang saya jumpa org bg buku panduan utk org lain.... mungkin ada, tapi kes macam Ah Soh nie memang dah nak pupus sekarang....

Kalau kita tak semai semula... ia pasti hilang tunas-tunas yg molek itu... malah silap2 benih pun takder...

Kes pemandu tu pula... kalau kita org Melayu, memang biasa la angkat tgn, lg2 kalau lalu kat jalan kampung yg sempit... jarang2 jer jumpa mangkuk hayun yg naik kancil tapi perasan bawa kenderaan besar lori tapi tk reti nak hormat pemandu lain... mencuka jer muka.. cet... jarang-jarang arr.... tp ada....

Tapi untuk bangsa lain yg memberi hormat pada bangsa lain dalam bertimbang rasa seperti hal pemanduan dan jalan raya, ini sudah cukup bagus... ia sgt patut diamalkan....

hentikanlah prejudis terhadap bangsa lain.... tunjukkanlah adab sopan kita supaya mereka malu dan menjadi sopan.... malah kita pun dapat nama sebagai Muslim yang baik...


HARAM YANG HALAL

hahahahah..... nie kes yg dah lama dan akan sentiasa berlaku... selagi tiada keinsafan terhadap diri kita.....

Apa cerita... hahaha... nie panas nie.... ok ler... saya nie ada la akaun Facebook.... atas nama AbuHakeem jua.... nak email? nie email facebook... abuhakeem07@hotmail.com. jgn hantar apa2 kat email nie... dah bertahun2 tak bukak....



Saya nie tak minat nak jadikan pesbuk sebagai bahan hiburan.... malah nak carik2 kawan2 lama pun malas... mungkin kerana saya nie lebih konvesional dalam adab berkawan kot... hahaha.... dan dalam pesbuk, mana yg mengenali, tau lah apa aktiviti saya.... kita masih belajar... dan belajar dari yg tahu... dan belajar mencari kebenaran.... atas dasar Islam....

Saya bukanlah orang yg sesuai menjadi rujukan... tapi saya tak rasa salah bg kita menjadi insan yang menasihati pada perkara-perkara yg sahih salahnya.... macam kes aurat, maksiat, judi dan arak... nak masuk bab-bab tasawuf, makrifat,hakikat....  saya tak khatam... saya tak arif... ilmu saya dhaif.... dengan Izin Allah.
Al-kisah... terdapat la rakan sekolah saya... perempuan.... hatta bergaul mesra la saya bersama rakan-rakan dalam satu group alumni ini.... dari segi pemakaian dan tatacara hidup...memang terdapat kekurangan Islamik.... tapi saya ini lebih kurang Islamik dari mana-mana Muslimin... jd saya tak berhajat nak menegur... 

Rakan / Kawan / Sahabat.... berbeza dengan berdakwah dengan orang ramai yang kita tak kenal... mudah nak bercerita, mudah nak amik hati....malah tak sakit hati kalau ditolak... tapi jika seorang rakan yang nak didakwah, Ya Allah.... seksa juga...sering gak saya menegur beberapa rakan saya dan kenalan dalam pesbuk jika ada perkara yg melibatkan aqidah syariah... yg simple la... yg boleh kita berbincang (semua leh bincang baik2)....

Ada satu kes, rakan sekolah (senior tuu) yg duk berkeluarga di Singapura.... menceritakan cara hidupnya... dan bercerita pasal kehidupan yg saya rasa kurang Islamik dan tak sesuai.... kalau cerita jer tak pela la... tp jgnlah mengesyorkan sesuatu yg bukan cara Islam kepada saudara Islam yg lain... nak mencambah pemahaman yahudi ker? hehehe..... sebagai contoh, mereka menyambut Krismas dan hari Halloweenn... duk tgk la gambar2 mereka sekeluarga sambut tuu.... Istighfar jer la ek...

Kes terbaru rakan saya pun sama... secara perlahan-perlahan saya menegur gambar seksa nya dan meminta agar dia cover la skit2... simpan jer la gambar private utk tengok sendiri dari bg org lain tengok... Masuk akal ke bukak mcm2 kat badan nak bg org sedunia tengok? ada yg pelik ker badan hang? hehehe....

 
kredit gambar dari I Luv Islam.com


Saya malas nak tegur jika tak terpaksa... terpaksa disini ialah saya nak berlepas diri diakhirat kenapa tak tegur dia...

dan perkara yg sering memeningkan kepala (geng sehaluan saya pun ramai yg pening masalah nie) ialah seringkali golongan yg hidup kebaratan (malas arr nak amik hati lg) dan bangga dengan hidup mereka itu boleh pula bercerita dan memberi panduan perihal Syariah dan Fekah! kegilaan apakah ini?!

Ini betul gila sebenarnya! Bahaya yg nyata sebenarnya!

Ambil la contoh anda nak bina rumah.... anda mencari kontraktor binaan.... Adakah anda nak pilih seorang yg bercerita hebat tentang kepakarannya membina banglo dan binaan hebat, tetapi rumahnya retak-retak dan senget serta tak bertauliah? anda pilih ker?

Atau, bagaimana anda nak dihormati kalau anda sering bercerita pasal agama, tetapi anda tidak melaksanakannya... anda pasti lah menjadi cemuhan ramai.... nak hentikan cemuhan, anda buatlah apa yg anda kata...

Ok, tu satu hal... ada lg golongan yg banyak ini (yg duk junjung barat tapi claime sebagai Islam), yg sering menghalalkan yang haram.... 

- ko tau aku dulu kerja Genting kat theme park.... bila ramai kata subahat dengan judi,  takleh terima pulak... alasan : berjuta2 beb....  malas nak citer... (saya nie pemalas...  :)    )

Laki aku kerja Kasino.... aku kerja Kilang arak.... aku kerja rumah bawah syarikat Magnum, aku kerja bawah Calrsberg company....  aku kerja banquet hotel... kekadang tuangkan arak....

alasan halal : kesempitan hidup.... tiada peluang lain.. org Islam taknak bantu....malah paling best.... ini semua bergantung pada hati broo... kalau lu niat baik... kerja apa pun Allah redha! WAK LU!!!!

Ingatlah, dalam dunia nie... apapun yg berlaku akan ada ujian Allah dalamnya... adakah jika kita tak terima kerja2 yg subahat itu kita akan mati kelaparan... kita tak akan dapat cari kerja lain? sekejam itukah Qada dan Qadar Allah? nauzubillahiminzalik......

Sabar... Usaha....  Doa.... dan paling penting, solat wajib! pasti rezeki Allah akan hadir tak putus2 dengan penuh HALAL dan baroqah....

(teringat usaha rakan baikku Sdr Khairul Nizam Morsidy sejak dari dia di Universiti, dia menentang Kilang arak dan Judi di Malaysia... dia juga melantik saya menjadi admin Group - Minta Kerajaan Tutup Kilang Arak dan Pusat Judi Di Malaysia.... Khairul Nizam Morsidy - The Seven String blogspot)


Saya bukan nak kata saya best...saya nie dhaif ilmunya.... buruk perangainya.... malah rendah kedudukannya..... tiada yg lebih hina amalannya melainkan saya.... tapi saya lakukan ini kerana Allah Taala... kerana Islam agama ku... kerana nabi Muhammad s.a.w itu Rasulullah...kerana Muslimin dan Muslimat itu saudaraku... kerana Kaabah itu kiblatku...

dan siapakah yang mendampingi Rasulullah saw semasa hanyatnya? SAHABAT....
dan dengan sahabat jugalah aku sering dicaci... aku cukup dengan keredhaan Allah...


ampunkan aku ya Allah jika ilmu ku yg dhaif ini mengecewakan mu dalam jalan daqwah....

Wednesday, May 1, 2013

Mimpi....






Bismillah....

Huh... kat dapur lagi.... dah 2-3 hari kat sini jer....

sama jugak ke macam semalam dan hari-hari yang lepas... ek?

bukak jer la pintu dapur nie... erkhhh!!! erkkhh..!!! eii,,, apasal la ketat pulak tombol nie...

berkunci ker? tapi, kunci kan dari dalam... aku kat dalam.... tapi kenapa tak boleh pulas nie... erkkhhh!!! nie betul2 ketat ni...

waa... lain la pulak.... 2-3 hari lepas aku kuar masuk pintu dapur nie jer...

lain ker kali nie? lain ker yang ada disebalik pintu dapur nie?

2-3 hari lepas kalau aku bukak pintu nie, aku masuk kembali ke ruang dapur... dari dapur masuk ke dapur... dah 2-3 hari aku rasa pelik....

nanti tiba-tiba pulak aku kat luar... bila aku bukak pintu jer... aku masuk ke luar balik... ish... dari luar masuk pintu tapi ke luar semula... ish ish...

hari nie tak boleh bukak pulak... kat tingkap gelap pulak.... mak aiii.... gelap gila luar... bayang pokok cili dan pisang pun aku tak nampak....

rrrrr....rrrrr...krrrk krrrk.... (tombol pintu dipulas paksa dari sebalik).... grrr krokkkkk  grrr krokkkkk ... pintu di goncang....

ish... apa nie... perasaan takut menghantui aku... aku menjauhkan diri dari pintu...entah kenapa aku tak jumpa ruang tamu rumah ku... pintu semakin kuat dicuba untuk dibuka dari ruang sebaliknya...

aku semakin takut... resah dan memang betul-betul takut... berbagai andaian terbit bersilih ganti dalam fikiran... Ya Allah...aku MOHON PERLINDUNGAN....

aduh... silaunya... ehh.. sejuk... eh.... la... kat surau rupanya... camana aku leh ada di surau tempat lepak lepas maghrib bersama Pak Din, Pakcik Wahab, Pakcik Moni, Pakcik Jenal, Wak Said, Abang Mahat, Pak Amat dan Tok Joko nie... ha... lega rasanya...

Apa aku nak buat... ? Ha! tadi ada benda kat pintu rumah aku.. apa aku nak buat nie...

Ha.. lega betul la aircond surau nie... aku duk sini jer la.. tunggu sapa2 datang....

tunggu....

tunggu....

tunggu....

tiit  titittttt tiit titiiiiiii......

5.15 am....

erkkk.... mimpi? Alhamdulillah....

akhirnya aku tahu apa yg aku perlukan untuk aku niatkan 5hb Mei ini.....

Terima Kasih Allah... Kau lah Maha Memberi Pertunjuk dan Maha Memberi Ilmu.... Subhanallah.... Allahuakhbar....

(setelah memohon pertunjuk dan pertolongan kepada Allah 5 hari yang lepas....)





pemimpin mana yang aku hendak Tholabun Nusrah.....




lalalalalalala.... hati
ku senang

Abu Hakeem
Batu Pahat ke Paloh.....

aku tetap seorang Palohrians.....



Thursday, April 11, 2013

Al Kisah Tersirat......

 
Bismillah...

ASSAN - mari semua, aku buat kenduri...datang rumah makan free... lauk beriani nie... dan korang wajib datang bw hadiah persmbahan...

ABU - kat mana wahai sdr Assan? Boleh beri alamat?

ASSAN - aku nak korang datang jer... seperti yg aku suruh... tapi aku tak leh bg alamat...! DATANG! HADIAH!

ABU - ok ok saya bwkan hadiah Lamborghini Diablo untuk tuan, tapi dimana rumahnya... mcmana nak dtg kalau tak tahu alamat...

ASSAN - bagus bagus hadiah tu walaupun model lama... ha.. ada pun hadiah... datang datang...

ABU - Mana alamatnya tuan?

ASSAN - aku pedulik hapa... aku peduli hadiah n korang datang arr... hahaaha!
HAKEEM - Tuan, saya pun nak datang... saya pun nak alamat tuan....
ASSAN - datang jer la... ha.. apa hadiah ko pulak?
HAKEEM - Hadiah saya berupa sebuah PC Gamer...
ASSAN - ko nie... bg hadiah dah bagus... bg la detailnya... macamana aku nak tahu apa yg ko beri tu kualitinya...
HAKEEM - HDD SATA 88 TB, 17 GB DDR8 RAM, AMD ABUHAKEEM 96.7 THZ, G-Force Ben-10 100GB Graphics Card... LED Smart 3D 169 inci Wide Screen... dan keyboard, mouse, joypad beli sendiri arr...
ASSAN - bagus! detal macamnie la yg aku suka... menjawab soalan... mesti datang tau... tak sabar nak tengok...
HAKEEM - tapi tuan, alamatnya?
ABU - ya tuan, dari tadi saya menunggu alamatnya.... mana?
ASSAN - err.... korang datang pagi tau..
ABU & HAKEEM - alamatnya?
ASSAN - ajak kawan-kawan sekali... sekampung pun aku berani layan arr...! ini aku ASSAN....
ABU - ok ok... tuan ASSAN memang hebat.... tapi alamatnya?
ASSAN - aku setakat org 100... eleh.. celah jari jer bg makan.... kalau 1000.. celah siku jer jer ...
HAKEEM - alamatnya?
 .... bla bla bla... sepanjang 16 km dialog nie.... beratus post....
 
tak akan abis....
Tuan-tuan dan puan=puan, carilah kesimpulan yg sesuai dihati... dan rasa-rasanya apa yg saya nak sampaikan yer...

HAmba Allah yg Hina dan Jahil...
AbuHakeem

Sunday, April 7, 2013

MARI MEMANAH (TRADITIONAL ARCHERY)



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam keatas jujungan kita Nabi Muhammad s.a.w semoga kita semua mendapat rahmat didalam aktitiviti seharian. InsyaAllah.

Beberapa minggu lalu ketika sesudahnya proram HIKMAH anjuran Saudara Merah Silu di Pulau Pangkor, saya membelek-belek gambar dan perjalanan program itu,dan amat tertarik pada satu sisipan program iaitu memanah anjuran Bow and Arrow.





Setelah berbual bersama En Azizul dari Bow and Arrow, saya tertarik dengan cadangan beliau utuk menjalankan latihan asas memanah tradisional di selatan tanah air. Kebetulan pula tempat kerja saya mempunyai kemudahan padang yang sesuai.

Lalu beberapa perbincangan dijalankan dan En Azizul telah memberi tarikh program, dan saya menguruskan tempat / lapangan sasar memanah. memandangkan saya terlalu sibuk kebelakangan ini dan dilanda wabak Chicken Pox pula hampir 2 minggu, sedikit mengganggu dan terlupa saya kelancaran program ini.

Menurut En. Azizul, tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja. saya masih tidak pasti berapa kekosongan yang masih ada.  Lalu saya menjemput sesiapa yang berminat yang berhampiran untuk menyertai program ini. Wajarlah kiranya menghubungi saya atau En Azizul untuk pengesahan tempat.

berikut adalah maklumat program tersebut :

Tarikh : 13 April 2013 (Sabtu)

Masa : 8.00 / 8.30 pagi sehingga 11.00 / 11.30 pagi

Tempat : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
              Km 8, Jalan Tanjung Labuh,
              83000 Batu Pahat, Johor
             (dari Batu Pahat, jalan menuju ke Rengit atau Pontian - lebih kurang 5-6 minit)

Yuran : RM 80.00 sahaja (dari Bow and Arrow, saya tidak menokok tambah nilainya)

pertanyaan / maklumat : Abu Hakeem 012-7530639 (abuhakeem07@gmail.com)
                                    En. Azizul 019-2891249

Peralatan disediakan oleh pihak Bow and Arrow, juga boleh menggunakan peralatan persendirian (adik ipar saya dan rakan-rakannya InsyaAllah hadir dengan set memanah baru mereka! )

so, JOM La!!!!! boleh tengok baju edisi baru saya untuk dijual...




Tentatif program akan saya tambah kemudian... En Azizul dah beri, ntah mana saya simpan.
satu mini competition InsyaAllah akan dijalankan jika terdapat sambutan.

Makan dan minuman, InsyaAllah jika ada rezeki saya akan uruskan.

Wassalam....

AbuHakeem
Batu Pahat 2013









Monday, March 11, 2013

SURAT Ku...




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah Penguasa segala yang ada di dunia. Ya Zal Jala Lil Wal Ikram.

Ya Allah, dengan Mu ku pohonkan kekuatan dan kebenaran atas rahmat dan syafiat Nabi Muhammad s.a.w dan selawat ku atas junjungan Rasullullah s.a.w. Penghulu setiap makhluk, kekasih Allah s.w.t.

Ya Allah dengan limpah kebesaran Mu, rahmatilah tabligh ini atas nama agama Mu Ya Allah, atas nama persaudaraan Muslimin itu Ya Allah…

Dato’ Seri dan Tuan Guru, maafkan saya andai lembaran ini tidak menyenangkan hari Dato’ Seri dan Tuan Guru, dan mengganggu kelancaran persediaan dunia politik Datuk Seri dan Tuan Guru. Saya bernama Sharol Hazlee bin Baharom dari Batu Pahat. Hamba Allah yg hina lagi dina diatas amalan yg sgt sederhana harapnya ada.

Adapun tujuan saya ialah untuk bertanya dan memberi sedikit cadangan andai diterima kepada Datuk Seri dan Tuan Guru kerana di atas dahi saya tercalit perkataan Islam dan saya diikat dengan tuntutan Islam, untuk itu perkara ini untuk saya melepaskan diri dari tabligh yg sudah lama saya ingin laksanakan kepada Datuk Seri Najib dan Tuan Guru Hj Nik Aziz.

PRU 13 menanti hari sahaja… ini kali ke-3 InsyaAllah saya berpeluang mengundi… tetapi saya akan batalkan niat mengundi kerana, saya tahu atas undian saya, saya telah memecahkan perpaduan antara Saudara Islam Datuk Seri dengan Saudara Islam Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz. Saya bakal memecahkan keamanan dan keharmonian sesama saudara…
Adakah benar undi akan menjadi begitu? Ntahlah Dato’ Seri, Wallahuaklam Tuan Guru, namun saya terfikir, selama mana yg mampu sistem demokrasi ciptaan manusia yg bukan Muslim ini mampu kita katakan memberi keamanan dan keharmonian malah lebih lagi memberi keselamatan. Kerana Agama Islam mengatakan, hanya sistem yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w yang mampu memberi keselamatan dan kesempurnaan pentadbiran politik dan Negara… tinggalkan sistem itu sedikit sahaja, hancurlah kerajaan… lihatlah Empayar-empayar lama…

Dato’ Seri, mohon pencerahan dari Dato’ Seri, saya ini marhaen biasa sahaja, kenapa sukar untuk kumpulan yang dikuasai Dato’ Seri ini untuk melaksanakan Sistem Rasullullah s.a.w? dan Apakah yang menjadi penghalang kepada perpaduan saudara SeIslam antara orang-orang Dato’Seri dengan orang-orang Tuan Guru? Tiadakah sedikit dalam hati tuan berdua yang mahukan perdamaian dan perpaduan agar terbit kekuatan Muslim di Negara Malaysia yang sangat saya sayangi ini.? Jika ada, usahalah bersungguh-sungguh… carilah titik pertindihan bagi mencapai permulaan kesamaan. Mudah kata… tukarlah sebanyak mungkin sistem demokrasi tuan kepada sistem Allah. Pasti cepat jumpa titik pertindihan itu… saya tahu Dato’ Seri mulia orangnya. Malah berhajat untuk menyatukan Ummah dibawah panji-panji Islam.

Benci saya menjadi-jadi dengan politik demokrasi sudah bertahun-tahun saya pendamkan… bukan kerana apa pun… Cuma saya benci melihat dan membaca di akhbar-akhbar dan di internet kisah-kisah mengaibkan dan memalukan sesama saudara seIslam. Tiada tugas lainkah didalam alam politik Dato’ Seri dan Tuan Guru selain dari kerja mencari silap dan keburukan. Selain mencari aib dan merangka kemusnahan saudara sendiri? Bukankah di dahi Dato’Seri dan Tuan Guru pun ada calit Muslimin seperti saya. Kenapa mesti begitu?
Kepada Dato’ Seri, tunaikanlah Islam dengan penuh Ikhlas dan rendah diri. Dato’ Seri kena ingat, Dato’ Seri bukan sahaja ketua pemimpin seluruh Rakyat Malaysia, namun masih memegang ketua keluarga dan suami… maafkan saya, didiklah keluarga Dato’ Seri dengan Islam yang amat-amat syumul. Semoga Dato’ Seri mendapat kejayaan yang lagi besar InsyaAllah.

Kepada Tuan Guru, malu saya nak bercerita dan berpesan. Saya yang amat hina lagi dina ini memang tidak layak bercerita perihal Aqidah dan Syariat. Cuma, saya bermohon agar Tuan Guru perluaskan lah usaha untuk bersatu padu sesama Islam dan Melayu. Menggiatkan usaha menegakkan Islam seluruhnya. Dan tidak memandang sepi idea-idea perpaduan. Andai kafir menjadi teman Tuan Guru, apalah lagi saudara seIslam. Pasti Tuan Guru mampu laksanakan dengan Izin Allah. Jasad sehebat Tuan Guru ini pasti mampu melakarkan sejarah perpaduan dengan bantuan ahli-ahli Tuan Guru yang sama-sama hebat aqidah dan ilmu Allah nya…

Dato’ Seri, saya sedia maklum akan perihal tingkah ahli-ahli Dato’, tiada lagi manusia yang maksum. Setiap kita melakukan kesilapan dan setiap kita dibekalkan nafsu sebagai KPI dugaan iman. Tiada istilah tiada maaf. Setiap kita layak memohon keampunan dari Yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Mulakanlah lembaran hidup baru yang lebih bermoral dan Islamik dan kehidupan harian anak-anak buah Dato’ Seri. Moga Allah melimpahkan lagi rezeki. Malah rezeki yang halal untuk menjadi benih tanaman syurga.
Wahai Tuan Guru yang disayangi semua, akhlak Tuan Guru amat cantik. Budi bahasa anak-anak buah Tuan Guru juga kebanyakkan juga cantik. Namun kita hidup bukan lagi dalam dunia kesempurnaan Nabi Muhammad s.a.w. dunia kita penuh dengan plastic dan sintetik. Semoga Tuan Guru mendalami hati lawan. Menyayangi mereka dan mencari kebaikan mereka dan sentiasa senyum untuk mendakwah mereka… agar menjadi ikutan anak-anak buah Tuan Guru dan kembali menstabilkan perpecahan didalam Kumpulan Tuan Guru…

Akhir kata, saya bermohon, segala yang ada di Malaysia ini akan hidup dibawah Sistem Khilafah… Sistem yang tiada cacatnya. Sistem dari Syurga untuk membantu manusia hidup di Syurga kelak… semoga terhapusnya demokrasi ini yang semakin hari sedikit demi sedikit memakan hati suci waris-waris Muslimin untuk menjadi ahli neraka. Sedikit demi sedikit menjauhkan Muslimin dari imannya dan Islamnya… Semoga tiada lagi panji-panji berwarna-warni selain dari panji-panji hitam dan putih Rasulullah s.a.w yang berkibar… Insya Allah.   

Sesungguhnya, saya sayang Dato' Seri dan Tuan Guru kerana memimpin negara Malaysia. dan semua pemimpin muslim dan bukan muslim yang tahu menghormati Agama ku...
Sebab itulah wujud lembaran surat yang tidak bernilai ini... semoga usaha yang sangat kecil ini akan memberi manfaat walaupun sekcil zarah dengan Izin Allah...  

Ya Allah, lindungilah daku dari segala hukuman dan balasan seksa Mu. Dan lindungi dan peliharalah pemimpin-pemimpin Islam Negara ku ini. Satukan lah jiwa-jiwa kami dibawah panji-panji Rasullullah s.a.w. Aku sedar ya Allah, tabligh untuk agama Mu memulangkan cubaan dan dugaan yg sgt besar… aku redha Ya Allah, asalkan aku dan saudaraku dirahmati di syurga Mu. InsyaAllah… Amin Ya Rabbal Allamin.

-AbuHakeem- insan yang serba lemah dan jahil.

dihantar ke email Dato' Seri di 1malaysia.com dan Facebook Tuan Guru.
kalau sesiapa yg boleh hantar ke alamat yg akan sampaibenar kepada beliau berdua, panjang-panjangkan lah .... hanya Allah membalas budi tuan sekalian.

Thursday, August 16, 2012

Kemuliaan Syawal, Keberkatan Ramadhan...

Semoga kita semua berkesempatan menikmati Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan... InsyaAllah..