Friday, June 4, 2010




Baru-baru nie ada pulak kawan saya bertanya… “jang, aku musykil la, benar ke kalau pakai suar lebih paras buku lali tu haram?”

Pulak… saya nie bukan Ustaz… malah jauh dari layak nak menjawab soalan tu. Tapi jika kita telah tahu permasalahan itu, dan kita pernah merujuk mana2 guru yang mursyid, maka, harus kita membantu sedaya yang kita upaya… namun saya amat tertarik dengan persoalan rakan saya itu (seorang muslimah)…

Ceritanya begini… kat opis nie, saya gemar lipat seluar hingga paras atas buku lali… Nampak la mcm karkun… hehehe.. (jgn salah sangka, saya bukan karkun dan saya amat menghormati para jemaah tabligh ini… saya tak termampu melakukan apa yang mereka lakukan…). Setiap hari ramai yang tegur kerana bagi mereka nampak macam tak kemas dan selekeh…

So saya pun buat la poll dan survey, minta pandangan umum berkenaan imej seseorang yang melipatkan seluarnya (muslim) melepasi paras buku lali… macam-macam maklumbalas yg saya baca. Ada kata ok… ada kata tak ok.. biasalah…. Saya pulak sejak kahwin memang hilang selera nak melaram (berimej mcm org bujang). Dan bertanyalah kawan muslimah saya ini, “kenapa jang ko suka lipat seluar ko?” saya menjawab… ini antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang mudah saya amalkan… secuba boleh saya memperbanyakkan sunnah Baginda. Yang termampu yang kecik dan mudah jer… saya Hamba yang penuh kesilapan…

So dia kata lagi “ aku tak pernah dengar pun ada sunnah macam tu… betul ker ada jatuh hukum?” ahhh.. sudah… nak jawap la pulak… so saya kata dalam hal sunnah seluar / pakaian melebihi paras buku lali nie ada pendapat ulama yang berbeza… ada yang khilaf pun…. Namun saya pilih yang terbaik dari sumber yang saya yakin… selagi saya mampu lakukan…. Sebab masa tu kat opis, nak balik bukak kitab jauh la pulak… so saya surf dan ambil dari beberapa web/blog.

Apa kita nak namakan permasalahan ini? Dari hadith2, ia dinamakan ISBAL (pakaian yang melebihi paras buku lali) dan RasulAllah melarangnya kerana ia menimbulkan perasaan riak, takbur, sombong dan bermegah2…

Nah ini rujukan yang boleh kita renungkan (jgn la renung jer pulak)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/08/01/larangan-isbal-jubah-kain-dan-seluar-yang-labuh-melebihi-buku-lali-ketika-solat/

http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2009/01/isbal-seluar-melebihi-buku-lali.html

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=97325.html

so apa masalah nya? Apa yang menarik minat saya? Persoalannya adalah kenapa ramai Muslimin di Malaysia ini yang tidak tahu kewujudan sunnah yang ini? Ya, ia sunnah yang tak sefemes memnyimpan janggut dan memakai serban. Jadi, biler tak femes/tak diketahui, marilah kita ramai2 bagitau… (so nanti takder la org gelak kat saya masa kat BP Mall or jalan2 kat Tasik Y Batu Pahat, hehehe)

bagaimana hukumnya? Ha, tu la pasal, ada kata hukumnya haram kalau kita tak ikut, atau hukum tak sah solat… persoalan ini kalau sdr sdri musykil, rajin2 la dekatkan diri ngan Ustaz2/ustazah2 yang syumul. Yang kita yakin sanad ilmunya… Tanya sendiri, saya takut menanggung perkara yang ada khilaf… TAPI, bagi saya, sesudah ia dinamakan Sunnah, maka ia adalah satu keperluan hidup kesederhanaan yang patut kita ikut…. Mana lagi contoh yang lebih baik carahidup yang boleh kita bandingkan selain dari RasulAllah… ada?

Motifnya, banyak lagi sunnah2 Nabi kita yang kita tak tahu… kenapa? Persoalan itu kita kupas lain kali… perlahan2 kayuh… buat mula2 nie, saya suka nak kongsi perkara2 yang tidak sukar sebenarnya untuk kita buat… terpikir lak saya, selama saya hidup, dengan ber’isbal’… macamana saya leh ter’sedar’? dulu masa zaman sekolah rendah, memang suar panjang saya atas buku lali… al-maklumla… sekolah rendah dah sama tinggi cam budak skolah menengah.. susah nak cari yang sama panjang… kalau ada pun mahal.. org susah… biler skolah menengah pun sama… so biler dah tingkatan 3 mula la nak berpesyen2… time tu ada duit lebih hasil kerja sampingan time cuti, buat la seluar straight cut (tapi tak la kembang sgt… huduh jer) memang labuh… time time tu femes pesyen boot cut n straight cut. Tapi suar tu bertahan adala 3 minggu kot.. sebab kena gunting paras buku lali oleh Ustazah (ingat lagi nama dia Ustazah Saadiah). Dia kata nak jadik ahli neraka ker? Time tu tak pikir dalam pun… dah kena gunting, maka suar tu pun begitu la sehingga tamat sekolah… biler belajar luar, pakai jeans… tapi jeans saya selalu koyak kat hujung pasal seret… so mak akan potong paras buku lali tanpa amaran… hehehe… mungkin Allah sayang saya kot… banyak seluar yang kena kerat tanpa amaran walaupun ketika tu tak tahu langsung ada sunnah Nabi yang satu nie…

Seluar jer ker? Tak. Ia melibatkan pakaian Muslim (bukan muslimah tau!) dan ada mengatakan seluar tu dah haram hukumnya kerana menampakkan tompokkan bentuk alat sulit lelaki! Macamana nie? Ustaz saya pun pakai suar… so jgn la pakai suar yg sendat mendat… ada pulak sekarang nie suar yang cawatnya pendek… saya pernah terbeli… Ya Allah… terasa mangkuk jer diri nie biler memakainya… hahaha… masalah betul bile membongkok… macamana nak rukuq dan sujud tu? Kalau baju kita tak labuh sgt? Bencana besar tu.. hehehe… dah perut besar… hehehe….

Ok nie Ustaz saya yang mengajar di sebuah sekolah menengah (tak tau dia mengajar kat sana lagi tak). Dalam satu kulaih dia, dia ada cerita berkenaan sunnah nie… nie kisah benar nie… Ustaz saya nie zuhud orangnya… dia mengahwini muslimah dari kaum India semata2 demi dakwah kepada Islam! Dan bahagia sungguh keluarganya. Alhamdulillah…

Ustaz saya nie g sekolah pakai serban dan tentunya janggut dia stail karkun. Semakin lama ada la pulak 2 orang anak muridnya pakai serban dan bagi pentadbiran sekolah, ia satu bencana besar! Lagi2 sekolah sekular (saya pun sekolah sekular). Dia di minta tidak memakai serban lagi kerana menjadi influence la pulak kan… so dia kata pada anak muridnya, setelah kita dihalang, teruskan lah niat itu (pakai serban) walaupun tak pakai masa sekolah… (niat penting! Tiap2 pagi kena mulakan hari dengan niat ya). So sapa nak tanggung niat yg tak kesampaian mereka tu.. anda pun tahu…

So, satu hari nanti kalau saya kena amaran kerana bersunnah… tanggung la eh.. J (dah kena pun pasal pakai kopiah kat opis! Tapi bukan dari big boss la. Songkok boleh la pulak… pakai serban masa solat jumaat pun dah kena jeling2… hehehe… johor oh johor… opss.. saya bukan fanatik politik demokrasi ya…)

So terpulang la… nak ikut ker tak… yang penting, sebarkanlah kita ada sunnah yang satu ini, mudah2an, satu hari nanti, kita akan ada generasi yang berjaya mengikuti majoriti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. barulah mudah nak tegakkan Sistem Khalifah!

Jgn la pulak kata… penting sgt ke sunnah nie… ha… gi la pikir sendiri dengan akal waras, penting ker tak.. dan yg biler kita boleh tertib dengan sunnah, makin tertib la hidup kita… makin mudah la Allah nak terima amal kita… makin berkat la hidup kita sekeluarga… InsyaAllah…

Jumpa lagi di waktu lain… nak study sejarah pulak… dulu Allah dan makbulkan belajar sejarah nak lulus SPM.. hehehe.. sekarang nak belajar sejarah mencari kebobrokan system Negara dan kebenaran yang hilang… jom ke mistisfiles.blogspot pulak… ATBM dan Catatan Srikandi dah update!

(Isbal nie masalah pakaian lelaki.. yg muslimah jgn lak cuba2 nak pakai atas buku lali.. kang buntang mata muslim2 kita.. cukup2 la ngan artis skang nie eh!!! Amaran keras dari saya… tolong la yer Muslimah!dan kalau ada artis baca nie… pikir2 la nak idup sampai biler… kerana mati tu sgt dekat… dan tiada apa yg menghalang antara kematian dengan diri kita)

Allahuakhbar!

lihat kisah hidup As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna dalam menguruskan Sunnah...

2 comments:

Mistis Organization said...

Hmmm...perkongsian yang berbaloi.Terima kasih AbuHakeem!

AbuHakeem said...

tapi tak sebaloi yg MO lakukan... apa yg saya mampu, itu sahaja saya buat... apa yg ada dalam kocek saya, itu jer la saham yg mampu saya laburkan...

terima kasih MO kerana singgah...