Thursday, June 24, 2010

Adil dan Ilmu


Alhamdulillah Allah memberi lagi kesempatan untuk saya meneruskan menulis artikel yang tak seberapa buat kali ini lagi....

Khamis yang lepas saya menghadiri perhimpunan bulanan tempat kerja saya. saya hanya penjawat awam biasa sahaja, dan kebiasaannya di tempat saya, perhimpunan dimulakan dengan tazkirah ustaz tempat saya.Artikel kali ini adalah petikan dari tazkirah Ustaz Abd Rahim bin Yaacob di tempat saya bertugas. Beliau tak bagi tajuk (atau saya yg tak dengar dia bg tajuk), tapi ia melibatkan Keadilan dan Ilmu yang disampaikan.
Bermula Tazkirah dengan Ustaz ceritakan 3 kisah. Kisah pertama dan ketiga adalah pengalaman ustaz sendiri ketika bertugas disebuah sekolah Arab di Kluang.
Kisah Pertama
Kisah nie menceritakan ustaz dilantik sebagai guru disiplin di sekolah beliau. dan dengan penuh amanah dia sebolehnya cuba melaksanakan tugasnya sebaik mungkin dan sepenuh dedikasi dengan niat untuk menjadikan pelajar2 disitu sebagai muslim dan muslimah yang soleh, InsyaAllah. Nak jadik cerita, beliau akan merekod segala kesalahan murid yang melakukan kesalahan, rekod tarikh, masa, tempat dan kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang diberikan. Maka satu hari tu salah seorang pelajar yg cukup bermasalah dan sering dikenakan tindakan tatatertib oleh ustaz telah mengadu kat makcik dia (kebetulan makcik dia ustazah kat situ gak). So ustazah tu dah repot kat Pengetua yang bernama Ustaz Kamal. Ustaz Kamal pun setelah menerima laporan memanggil Ustaz Abdul Rahim dan pelajar yg terlibat. biasanya kalau kena panggil Pengetua, Ustaz Abd Rahim akan membawa buku rekod tatatertib / disiplinnya. So, berceritalah Pengetua hal pengaduan Ustazah yang mengatakan Ustaz Abd Rahim nie tak berlaku adil dengan pelajar a.k.a anak sedara dia. Ustaz Abd Rahim pun mengemukakan segala tindakan disiplin yang diambil adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Jadi... terbuktilah pelajar tu buat cerita jer... dan bermohon maaf la Ustazah dengan Ustaz Abd Rahim... pengajarannya... tunggu sampai abis kisah ketiga.
Kisah Kedua
Kisah nie berlaku ketika Zaman Khalifah Saidina Umar r.a. satu hari Saidina Ali r.a telah mendatangi Khalifah mengadu baju perangnya dicuri oleh seorang Yahudi. dan Khalifah telah memanggil yahudi tersebut bersama Saidina Ali r.a untuk perbicaraan kes berkenaan. Namun Saidina Ali r.a gagal mengemukakan bukti yahudi tersebut mencuri baju perangnya, maka Khalifah pun memutuskan yahudi itu tidak bersalah dan lepaslah dia dari hukuman mencuri.
setelah tamat, yahudi itu mendatangi Saidina Ali r.a dan mengaku dialah yang telah mencuri baju perang itu, dan dia mengaku kerana kagum terhadap keperibadian Khalifah yg sgt adil dan Saidina Ali r.a memaafkan tindakan yahudi itu dan menghadiahkan baju perang itu. oleh kerana sgt2 terharu dan kagum, yahudi itu pun memeluk Islam. Allahuakhbar.


Kisah Ketiga.
Nie pun kisah Ustaz Abd Rahim. kisah seorang pelajar yg bermasalah dan selalu kena tindakan tatatertib. nak jadik cerita, setelah sekian kali melakukan kesalahan dan masalah disiplin, pihak sekolah pun memanggil ibu dan bapa pelajar tersbut. Maka, berhimpun la mereka (pelajar, ibu dan bapa, Ustaz Abd Rahim dan Pengetua) di bilik Pengetua. setelah dijelaskan perihal masalah yg timbul, si bapa pelajar pun memarahi anaknya dengan tegas dan ikhlas. si bapa benar2 inginkan perubahan pada anaknya dan berterimakasih kepada pihak sekolah kerana 'alert' dan prihatin kat anak dia, namun tiba2 si ibu pula tidak menerima tindakan si bapa tadi. dan seboleh mungkin menagtakan tindakan anaknya tidak salah dan kesalahannya tidak seberapa....

okeh tamat sementara kisah tersebut....

pengajaran dalam tazkirah itu ialah, pertama Ustaz Abd Rahim tegaskan, setiap perbicaraan perlulah dengan tindakan adil mendengar dari kedua belah pihak. Maka tindakan Ustaz Kamal (Pengetua) memanggil keseluruhan pihak yg terlibat untuk duduk bersama menyelesaikan perkara berbangkit amat lah wajar dan bagus! sepatutnya Ustazah tersebut mengadu terlebih dahulu pada Ustaz Abd Rahim dan mendapatkan penjelasan sebenar tanpa membuat tuduhan berdasarkan satu pihak sahaja (anak sedara dia).

adakah Ustaz Abd Rahim suka2 nak bagi tindakan disiplin? TIDAK. beliau kata tugas seorang pendidik / pensyarah di tempat mana2 pengajian adalah memastikan pelajar mendapat ilmu yang benar dan dididik dengan persekitaran yang adil dan sihat. kalau pengajar pun tak adil dan berperangai buruk, macamana anak murid yang jadik insan yang baik...?

lihat bagaimana kesannya satu tindakan yang adil, sehingga yahudi pun boleh terharu dan kagum pada sistem Islam yang sgt adil. Walhal Khalifah Umar r.a tahu Saidina Ali r.a itu seorang yg amat zuhud, terkenal dengan amanah, jujur dan segala sifat2 yang terpuji dan tidak mungkin berbohong dan melakukan tuduhan yang palsu, namun kerana adillah ia tetap menghakimi kes yahudi itu dengan sgt adil! malah siapa tidak tahu perangai kaum yahudi yang penuh tipu daya?

didalam mendidik dan bersikap adil ini kita kena lihat dari sudut mengajar, keikhlasan untuk kita mengajar dan menyampaikan ilmu. sifat berat sebelah dan dikriminasi selalunya akan membawa kepada putus penyelesaian masalah. malah akan menambah masalah. dan lebih teruk melarutkan / memanjang2kan masalah....
lihat tindakan si ibu itu, kerana tindakannya tidak menerima kesalahan anaknya dan tidak sudi untuk bersama si bapa serta pengajar untuk mendidik anaknya, akhirnya anaknya telah dibuang sekolah kerana kesalahan yang lebih besar yang memperuntukan hukuman dibuang sekolah... sekarang sape yang menyesal?

ilmu itu adalah saham selepas kita mati kelak.. ilmu yang baik jika disampaikan akan memastikan ganjaran amal kita tidak terputus walaupun kita dah mati kelak, InsyaAllah. dan sikap adil sesama manusia itu akan menghiburkan hati sesama manusia dan mengharmoni komuniti sesuatu tempat.

Ustaz Abd Rahim juga menegaskan, jgnlah kita hanya mengajar ilmu yang kita arif tapi meninggalkan sikap untuk membentuk keperibadian seseorang pelajar.
InsyaAllah, dimasa lain saya berminat nak membicarakan tentang Teori Konspirasi. tapi saya tiada konspirasi yg nak diulas, tapi saya ada cerita disebali beberapa blog/web yang amat anti denga para pengkaji teori konspirasi. saya amat berminat untuk mengulas beberapa dakwaan mereka itu yang mengatakan perkara2 buruk pada pengkaji (kata2 kesat). adakah kita perlu memburukkan seseorang yang memberi kita ilmu? dan cara macamana kita menapis ilmu itu? adakah hanya Al-Quran dan kitab Hadith sahaja yang boleh kita kaji?
jumpa lagi InsyaAllah minggu depan.

Laillahaillallah.

No comments: