Wednesday, July 7, 2010

Peminta Sedekah dan Rezeki Mereka.


Ya Allah, ampunkan aku atas kedangkalan ku didalam menjadi umat Mu...

Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni nak citer satu peristiwa. Hari tu, saya pergi membawa keluarga makan di restoran. Kebetulan balik dari membeli belah barangan dapur, singgah di kedai makan tepi sungai. Sape-sape yang duk Batu Pahat tahu la tempat nie, sebelah Restoran Jengkuan jalan pasar. Kedai makan tu popular dengan gerai-gerai sate. Tapi hari tu tak makan sate.

Nak jadi cerita, saya sampai lebih kurang dalam pukul 9 malam. Meriah tempat makan tu, dan ramai pelanggan. Anak pun sibuk nak tengok sungai yang kebetulan air tengah berlalu surut.

Sedang saya dan keluarga menikmati rezeki Allah, kami didatangi seorang lelaki tua berkopiah, dari raut muka yg bersih, saya kira dia seorang muallaf (firasat saya jer). Dia hanya senyum dan saya balas senyumannya. Baru saya perasan ditangan beliau ada cebisan kertas kadbod yang tertulis perkataan 'BISU' dan beberapa not seringgit. Fahamlah saya beliau meminta bantuan dan pertolongan 'sedekah' dari saya. Ikhlas saya hulurkan wang kertas pada beliau. Isteri saya hanya memandang. Kemudian kami sambung makan.

Dalam masa saya makan itu, hati saya teringat beberapa kisah silam ketika menetap di Kuala Lumpur. Dan hati saya kuat ingin melihat perjalanan orang tua tadi ke meja2 yang lain. Saya pun dengan sedaya upaya cuba melihat gerak geri orang tua tersebut dari meja ke meja dengan harapan tindakan saya tidak menarik perhatian orang lain. Pelbagai keadaan saya dapat lihat. Ada yang dengan mudah menyerahkan not-not RM, ada yg tarik muka masam, ada yang buat tak tahu, dan ada yang lucu bertanya soalan pada orang tua tu... la... kan 'BISU'.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, tiba-tiba datang satu keluarga. Suami isteri dan tiga anak mereka yang dari pengamatan saya sedang bersekolah menengah dan rendah. Mereka duduk betul-betul dihadapan saya. Ketika saya menunggu makanan yang dibungkus (untuk keluarga mertua saya) siap, orang tua tu sampai lagi di area saya. Beliau lihat seperti teragak-agak hendak ke meja hadapan saya. namun beliau teruskan dan dengan senyuman beliau menyapa si suami (angkat tangan jer...). Si Suami tu melihatkan muka yang bagi saya marah dan tidak suka atas permintaan orang tua itu, dan dengan senyuman juga orang tua tersebut meninggalkan meja hadapan saya itu.

Tak cukup dengan itu, saya dengar dengan jelas, si suami menerangkan kepada keluarga nya, lebih kurang cam nie la = "jgn di layan org mintak sedekah nie! tu semua pembohong. dah la malas kerja. mintak sedekah jer. tu bukannya bisu pun... mereka nie penipu jer lebih." dan disambut gelak tawa dari isteri dan anak-anaknya....

tamatlah kisah tu... itu jer ker?

Apa yang menyentap hati saya ialah, bagaimana si suami tu tahu orang tua dan semua orang yang mintak sedekah tu penipu? Betulkah tindakan si suami tu? Molekkah pengajaran yang diberikan pada isteri dan anak-anaknya? Kalaulah apa yang dia sebutkan tu menjadi panduan orang lain yang dengar katanya, bagaimana?

Bukan penipuan orang tua tu yang saya nak ceritakan (kalau betul dia tipu), tapi perihal rezeki yang telah diamanahkan dan Allah serahkan pada kita. Mana rezeki yang saya maksudkan? segala yang kita ada, dan segala yang selama ini mudah kita menganggap harta milik kita... adalah sebenarnya harta dan milikkan Allah. tiada satu pun didunia ini milik kita... tiada... rumah? dari Allah dan milik Allah... kasut bola? pun sama.... segalanya... dan Allah perintahkan kita berusaha untuk mendapatkan rezekiNya. Dan atas nama Allah juga rezeki itu tidak boleh kita sekat atas kebongkakkan dan ketakburan kita untuk bersedekah... apa hak kita untuk menidakkan rezeki orang lain?

Allah dah tetapkan dari beg duit saya ada rezeki untuk orang tua itu. dan saya juga telah ikhlas menyerahkan rezeki yang saya terima untuk dikongsi bersama orang yang memerlukan. Apakah hak saya hendak menuduh orang lain itu penipu? Dah la saya tiada bukti. Adakah dengan bersedekah RM10 menjadikan saya miskin kedana? Menjadikan saya tidak makan seminggu? Kalau ia pun, ia adalah ketentuan Allah. Allah memberi ujian pada hambanya dengan melihatkan sikap2 takbur dan sayangkan harta dengan menghantar orang tua peminta sedekah itu. Soal dia menipu itu bukan soal kita. Soal kita ialah, sanggupkah kita mengeluarkan rezeki yang Allah beri untuk membantu orang lain? Itu lah perkara utamanya.

Mengapa kita mudah sangat menolak untuk membantu orang lain? Kalau memang didalam poket kita tiada duit pun, jgnlah kita menaburkan tuduhan kepada orang2 yang sedang meminta bantuan.

saya ada kawan yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Shah Alam. Beliau sering berpesan pada saya, dan kawan2 yang lain, supaya jgn sekali2 memberi sedekah pada peminta sedekah ketika saya berada di Kuala Lumpur dulu. Apa natijahnya? anda leh fikir. Kalau Allah uji saya dengan didatangi sindikit peminta sedekah sekalipun, adakah saya tahu? adakah ketika itu perkara yang diutamakan ialah dapatkah saya 'track down' yg datang tu sindiket? bukan! yang datang itu adalah ujian Allah terhadap kita berkenaan sanggupkah kita mengeluarkan rezeki yang Allah beri untuk membantu orang lain....

Bukankah kita dituntut membantu sesama manusia... lebih2 lagi saudara seagama.

Untuk lebih memahami perihal rezeki dari Allah nie, boleh la baca kat siri tazkirah ini http://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/perihal-rezeki.html dan rujuklah Ustaz2 kita... saya tak lampirkan Firman Allah dan hadith2. anda semua boleh carik. jika niat kita sering kepada kebaikkan... Allah jua yang membalasnya...

Wallahuaklam.....

3 comments:

kerol said...

perkara macam ni la yg aku takutkan bila tetiba ada pengemis dtg kat aku. Mana la tau Allah nakhantar kat kita mengingatkan kita ttg kewajipan kita menolong org lain tanpa ada sebarang buruk sangka.

aku takut tu. jgn la kedekut ngan duit ni.

AbuHakeem said...
This comment has been removed by the author.
AbuHakeem said...

betul tu rol.

tugas duniawi / kerja hakiki dunia kita kalau bukan seorang pembanteras penipuan, eloklah kita bersangka baik sahaja....

bersedekah tu membantu kita bila alpa tentang zakat. kekadang kita seronok berbelanja, namun kita lupa nak bantu jiran yg susah...

kadang2 kita seronok beli kereta mewah rumah besar, namun tanggungjawab kita untuk membantu yang miskin kita lupa...

berapa ramai kita bantu org sebelum kita membazirkan duit untuk bermewah2?

terima kasih rol.