Sunday, February 13, 2011

RAHSIA 14 FEBRUARI (Hari Menyambut Kekasih)




Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. “ (Al-Israa’ ayat 36)

Tanggal 14 Februari pada setiap tahun mungkin adalah merupakan suatu tarikh yang menjadi ingatan bagi sesetengah orang kerana inilah tarikh “keramat” bagi golongan tertentu. Jika kita tanya kepada golongan tersebut, kenapakah tarikh 14 Februari ini dinanti-nantikan? Antara jawapan yang diberikan oleh mereka ialah : “ Inilah….. hari Kasih Sayang, Hari Kekasih, Valentine’s Day!”

Dan semestinya tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara. Mereka akan saling mengutus surat (sekarang banyak guna media elektronik jer..) ataupun kad-kad Valentine’s Day beserta cenderamata sebagai manifestasi rasa cinta kepada pasangan masing-masing. Tidak ketinggalan program-program di televisyen diselitkan cerita-cerita berunsur cinta ditayangkan atas nama Valentine’s Special. Tetapi apa yang menyedihkan kita ialah golongan yang merayakan hari tersebut, ada yang terdiri dari kalangan generasi muda (atau tua?) Islam.

Kenapa ‘keraian’ ini boleh menular kepada golongan Islam? Tidak lain dan tidak bukan kerana pemikiran mereka telah diresapi oleh racun ideologi Barat dan beranggapan sambutan Valentine’s Day tidak bertentangan dengan aqidah yang mereka pegang.Pada dasarnya mereka telah terpedaya dengan slogan-slogan dari Barat yang disuntikan kedalam pemikiran mereka tetapi tidak pernah menjadikan aqidah ini sebagai asas pandangan hidup mereka. Inilah bahayanya racun sekularisme!

Pada 12 Februari 2004 Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria seperti yang disiarkan di akhbar harian ‘Utusan Malaysia’ dengan tegasnya menfatwakan bahawa umat Islam yang meraikan ‘Hari Memperingati Kekasih’ pada 14 Februari boleh merosakkan aqidah atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Kenapa pula amaran dan fatwa yang begitu tegas dikeluarkan? Maka sudah tentulah ini adalah diasaskan pada sejarah dan intipati hari Valentine’s itu sendiri yang perlu difahami oleh seluruh umat Islam.

Sejarah Valentine’s Day

Pada mulanya orang-orang Romawi merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada 15 Februari, mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan ini dirayakan untuk memperingati Juno (tuhan wanita dan perkahwinan). Serta Pan (tuhan dari alam ini) seperti apa yang mereka percayai.


Tuhan JUNO orang-orang Romawi

Acara ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan perempuan yang boleh memilih pasangannya masing-masing dengan menulis nama yang dimaksudkan dalam jambangan kemudian diundi. Pasangan masing-masing salingbertukar hadiahsebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini diteruskan dengan berbagai macam pesta dan huru-hara bersama pasangan masing-masing sampai ke pagi.

Setelah penyebaran agama Kristian, para pemuka gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius) mengganti peringatan Lupercalia itu menjadi Saint’s Valentine’s Day. Iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya pada tanggal 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati pada tarikh tersebut.

Siapakah Saint Valentine?

Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemeritahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk dikalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.



Versi Pertama :

Saint Valentine merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangkannya sebagai mengingati St.Valentino sebagai rakyat Cordova.


Versi Kedua :

Dalam versi ini menurut riwayatnya, St.valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oelh kerana berlainan agama, St.Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurnikan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St.Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemaparan dikalangan rakyat Cordova sendiri kerana St.Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan pula paderi sememangnya tidak boleh berkahwin!

Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St.Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu, kemudian dia dipancung di sekitar 273 masehi pada 14 Februari. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan tarikh 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St.Valentino sendiri.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantra kad bertulis “From Your Valentine” kepada kekasihnya, seorang gadis anak seorang pengawal penjara.


Apa juga mitos, sebab musabab dan sebagainya. 14 Februari bukanlah untuk umat Islam
Meraikannya sebagai hari kekasih. Ini adalah terang-terangan bukan upacara untuk umat Islam. Ia adalah upacara meperingati Juno (tuhan wanita dan perkahwinan), serta Pan (tuhan alam ini) seperti apa yang dipercayai oleh orang Romawi dan dirayakan pada 15 Februari yang akhirnya ditukar kepada 14 Februari oleh pihak gereja pada sekitar tahun 496 masehi.

Begitu pandai musuh-mush Islam menanam budaya ini ke dalam fikiran umat Islamdengan menjadikan 14 Februari ini seolah-olah bukan upacara keagamaa. Dan kini anda (wahai pembaca sekalian) telah mengetahui serba sedikit tentang intipati hari Valentine’s ini maka jauhilah budaya ini. Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkkan umatnya kasih mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara seIslam selama tiga hari berturut-turut hukumnya sudah jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Didalam Islam, Allah SWT menggalakkan umatNya mengasihi sesama mereka secara ziarah menziarahi selain berkongsi suka duka denagn tumpang bersyukur jika senag dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Wallahuaklam.

Allah berfirman : “ Sesungguhnnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatNya akan emnanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.” Surah Maryam ayat 96.

Dan pula tarikh 14 Februari ini bersebelahan dengan tarikh 12 Rabiulawal 1432 yang mana sambutan Maulidur Rasul. Entah dimana duduk letak anak waris kita dalam sambutan kedua hari ini? Mana satu yang akan mereka lebih pandang? Dalam kita menginsafi diri, kita perlu menggerakkan apa yang termampu membawa pendukung generasi kita kearah yang lebih mulia....

Al-kisah pula sambutan Maulidir Rasul ada yang mengatakan nya bidaah dan haram....
Sesungguhnya saya melihat sambutan Maulidur Rasul ini di Malaysia khususnya di Johor, disambut dengan mengadakan majlis-majlis ilmu. Kebiasaan menjemput individu yang berpengetahuan dalam bidang Agama Islam untuk bersama-sama berpesan dan menasihati (refresh). Bukan mudah pada zaman ini untuk mengumpulkan sesama Muslim didalam satu majlis terutama majlisilmu...

Akhirnya, segala perbuatan denagn niat yang baik, InsyaAllah mendapat keredhaan Allah jua selagi mana tidak mensyirikkan Dia.

-abuhakeem (abu aisya)-



saya beri kredit untuk sebahagian isi artikel ini dari buku nukilan Nazri Zakaria (Rahsia untuk Umat Islam cetakan 2007)

Alhamdulillah.

5 comments:

Anonymous said...

salam bro..

273masehi? hari ni 11 Rabiulawal 1432H bersamaan 14 Feb 2011.. so jika ditolak tahun hijrah bersamaan 579masehi kan?

atau saya yang silap...maafkan saya..

AbuHakeem said...

eh. nanti saya cek balik.. terima kasih... maaf kerana artikel ini tergesa2 sedikit...

maklum empayar Islam di sepanyol (Andalusia) dari tahun 756 - 1609 M.

tarikh pertukaran hari adalah berlaku di Rom.... nanmun peristiwa ini (atau mitos) dipercayai berlaku di Sepanyol (ratu Isabella).

dan saya juga sedang mendapatkan semula sebuah naskah sejarah Ratu Isabella, yang mem=ngandungi debat dengan Mubaligh Kristian dan para Ulama' (yg membawa kisah ratu Isabella menerima Islam. jika itu benar ia.... wallahua'lam...

nanti lepas saya cek saya buat kesimpulan tarikh itu.

terima kasih.. bg saya beberapa hari... besok kan Maulud nabi... hehehe...

Anonymous said...

khazanah fathaniah...........

ABATASA said...

Sangat menarik, tahniah sahabat.

Kita akan terus membantu anak bangsa untuk mengetahui realiti permainan musuh.

Maaf lambat masuk blog nih, baru perasan kewujudannya. Well done AbuHakim dan selamat maju jaya. Dah join tok Zamany ke? i mean abj.. Apa pun, saya pandang tinggi kebolehan dan keupayaan saudara.

Wassalam.

AbuHakeem said...

salam kembali sdr ABATASA.

sudi jua ke teratak buruk nie... :)

awal kemunculan blog Kubra News dah jenguk dah.... saya yg mula2 panggil dia ATUK.. hehehe....

sekarang jadi silent reader jer...

selamat berjuang bersama2....

-abuHakeem-