Tuesday, February 1, 2011

SAYA MINTA MAAF

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah pengumuman kepada pembaca blog saya yang telah menghantar email kepada saya melalui akaun abuhakeem07@gmail.com untuk mendapatkan VCD percuma Konspirasi WTC 911 dalam bahasa melayu terbitan/keluaran Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan i love Islam.com

Beberapa bulan ini saya diserang oleh beberapa masalah dalam menyediakan salinan VCD tersebut.

1. Amat sukar untuk mengakses email saya. boleh bukak tapi dalam beberapa saat ia akan tertutup semula. kena buka balik... tapi tak sempat nak buka inbox. beberapa permohonan dapat saya tunaikan dengan pergi ke Kafe Cyber. InsyaAllah kalau berulang lagi saya akan menetap di Kafe Cyber... (gurau)

2. Burner saya buat hal. Mula-mula burner DVD. teknikal problem yg saya tak reti nak betulkan dan beralih kepada burner lama saya External Burner Iomega. nie zaman tok kadok punya gajet... :)

3. Bila pakai Iomega Burner saya terpaksa pakai Iomega software burner... tapi lama-lama masalah pula pada software tu... saya pakai pula Nero. baru dapat burn 3 VCD keluar pulak expired license date! adus.

4. Ini yg paling saya geram. VIRUS. 2 kali saya re-format laptop saya. InsyaAllah, dengan Ubuntu pada pendrive nie, InsyaAllah dapat kurangkan risiko serangan virus.

Saya betul-betul mohon maaf atas kelewatan saya menyediakan permintaan sdr/sdri semua. Segala kesulitan adalah atas kedunguan saya dalam hal ehwal pentadbiran saya dan pengetahuan I.T saya.

InsyaAllah, saya akan terus mencuba menyiapkan tunggakan permohonan selewat-lewatnya dengan Izin Allah selepas minggu cuti ini (Cuti raya Cina) dan saya cuba poskan pada hari Selasa bersamaan 5 Rabiulawal karang.

Doakan saya berjaya dan bantulah saya untuk menjadi hamba Allah, dengan doa-doa sdr/sdri sekalian.

Jazakallah khairan khatira.

p.s : email dah ok. nie yg duk collect alamat.
bagi sesiapa yg mahukan CD untk O.S (Operating System) bagi Ubuntu dan linux serta O.S Islamik - Sabily (betul ke eja nie) boleh juga hantar melalui email saya. INsyaAllah tiada sebarang bayaran saya kenakan. Ini MLM saya dengan Allah.

Abu Hakeem @ Abu Aisya

3 comments:

Anonymous said...

Salam Abi Aisya,

kalu upload kat mediafire pn ok jugak . :)

AbuHakeem said...

InsyaAllah kalau ada kelapangan saya sambung semula projek yg ada kat Youtube.

dan berkemungkinan boleh lah saya kongsi di mediafire atau lain2 sharing enjin.

masalah sekarang hanya MASA.

jika diizinkan Allah, saya laksanakan. ini saya tengah cari beberapa VCD lain yg sesuai untuk diedarkan.

Jazakallah khairan khatira....

(abu hakeem)

*susayangzaki * said...

Assalamualaikum En Nasri. Saya Farah Sufiana telah membuat pembayaran untuk dvd dokumentari The Arrival dan telah pun menghantar SMS pd En Nasri. Bolehkah saya tahu bila dvd tersebut akan sampai? Berikut adalah bukti pembayaran.

Confirmation status
Amount: RM20.00 Status: Successful
Reference number: 1499169913
Transaction date: 04 May 2011
Transaction time: 01:04:18

To 3rd Party Account Number: 162759074113
Account Holder Name: MUHAMMAD NASRI BIN A
Effective date: Today