Monday, July 26, 2010

Kempen Solat Subuh : As-solat-tu-hairum-minannaum



Segala Pujian kepada Allah Azza Wa Jalla.

Segala Rahmat untuk Nabi Muhammad s.a.w utusan Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tanggal 14 Syaaban lepas hari Isnin, saya kehilangan atuk yang dikasihi. Abah kepada mak saya. Allahyarham tinggal di Kg. Kenangan Dato' Onn, Pesta 2, Batu Pahat. Beliau berumur 75 tahun diakhir hayatnya. Apa yang nak saya kongsikan ialah cebisan hidup atuk saya yang amat menjaga solat subuhnya.

Atuk saya bernama Antong Ibrahim bin Otek. Kami adalah Melayu dari suku banjar. Arwah abah saya juga melayu dari suku banjar walaupun telah bercampur dengan suku jawa dari keturunan maknya (nenek saya). Ini bukan nak cerita pasal keturunan... ini cerita indahnya solat subuh... tersasar pulak saya. Atuk saya nie InsyaAllah tiada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok atai semput. Beliau semasa hidupnya sihat. Alhamdulillah. Nenek saya dah lama tiada, maka atuk tinggal bersama anak2nya yang masih bujang.

Arwah atuk meninggal asbab dari jatuh di bilik air ketika bangun untuk mempersiapkan diri untuk munajad dan solat subuh seawal pukul 3.30 pagi. Itu memang rutin beliau. Tak semua kita mampu lakukan seperti arwah atuk. RUTIN. Bermakna, ia dilakukan setiap hari. Ketika makcik saya menjumpai beliau di bilik air setelah terdengar beliau jatuh, atuk saya sempat mengucap 3 kali kalimah syahadah dengan amat jelas sebelum hilang kesedaran diri. ketika beliau diangkat untuk ke kenderaan untuk dihantar ke hospital, saksi (rakan pakcik dan anak2 arwah serta jirannya) mengadu menghidu haruman yang wangi. Bauan tersebut kekal sehingga lepas waktu subuh mengikut cerita lisan.

Saya mendapat panggilan lebih kurang pukul 4 lebih. Ketika bersama isteri bersiap2 nak bangun sahur. lebih kurang pukul 7.30 pagi saya berjaya menghadirkan diri di rumah atuk bersama isteri naik motorsikal jer (naik keta kang sesak nak parking). Singkat cerita, jenazah arwah atuk berjaya diselesaikan lebih kurang pukul 11 pagi.

Apa kena mengena dengan solat subuh?

Sabda nabi Muhammad s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam matahari. hadith riwayat Muslim.

Arwah atuk amat menjaga solat subuhnya (solat lain pun...) malah mementingkan berjemaah. Sempat saya mendengar perbualan beberapa rakan atuk yang mengatakan, jika beliau tiada, maka tiadalah jemaah bersolat subuh, kerana kerap kali hanya atuk sahaja yang berjamaah bersama imam surau. Maha Suci Allah.

Dan Allah menjaga hambanya yang sanggup bersusah payah untuk melaksanakan syariat Nya. Sesungguhnya saya bersaksi Jenazah Arwah Atuk dalam keadaan Baik. dan Allah menghantar tanda2 kemuliaan pada hamba2nya yang patuh. Dan saya percaya Solat Subuh berjemaah antara faktor yang paling berkesan untuk kita mendapat keredhaan Allah ketika hidup mahupun ketika menerima kunjungan Malaikat Izrail...

Setelah pulang kerumah, saya terkenang kisah2 Tokoh2 agung dalam dunia Islam yang menceritakan betapa pentingnya solat Subuh berjemaah...

saya teringat kisah Imam Hassan Al-Banna yang ketika kecilnya, beliau sanggup mengetuk pintu setiap rumah mengejutkan penghuninya untuk bangun solat subuh berjemaah. Dari pandangan saya, pasti banyak dugaan yang ditempuhi untuk melakukan aktiviti tersebut. Malah atas usaha beliau, ramai rakan2 yang berjaya direkrut untuk bersama2 membahagikan tugas mengejut orang ramai supaya bagun dari tidurmya...

Ketika kecil saya sering diingatkan oleh arwah abah. kalau tak bangun subuh saya tidur dengan berselimutkan kulit khinzir! telinga dipenuhi syaitan dan tidur bersama najis dan air kencing syaitan! itu yg sering arwah abah kata dan juga ustaz kat sekolah agama.
Kemudian saya teringat, Kisah Tariq bin Ziyad ketika memilih pahlawan yang mengikuti beliau ketika hendak membebaskan bumi Sepanyol dari kegelapan kafir. Antara ciri2 yang beliau sering utamakan adalah individu yang bangun tahajjud malam, solat subuh berjemaah dan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis....

Zaman sekarang ini, nak lihat wajah2 pemuda belia berkunjung ke masjid atau surau, bukan kata solat subuh, malah solat maghrib pun payah... benarlah kata2 Islam tidak akan bangkit selagi masjid2 dan surau2 nya tidak dipenuhi dengan jemaah ketika waktu subuh seperti ketika solat jumaat.

Kalaupun rasa susah nak bangun subuh, mari kita mulakan sekarang dengan solat subuh sahaja tanpa jemaah... perlahan2 kita rajinkan diri kita dengan bangun awal dan solat subuh. selepas beberapa waktu, mari kita bersama2 jengahkan diri ke surau atau masjid untuk berjemaah ketika subuh... dapat seminggu 2 kali atau sekalipun Alhamdulillah (masa cuti).

Kalau rasa susah, cuba kita berpuasa sunat seminggu sekali kalau tak dapat 2 kali... InsyaAllah, semangat dan rahmat Allah itu akan datang,

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dengan solat subuh itulah, kita dapat mendisiplinkan diri kita dengan akidah yang ampuh. InsyaAllah.

Apa yang saya seru ini adalah untuk diri saya yang sentiasa lemah. sentiasa khilaf dan sentiasa alpa pada kewujudan tujuan diciptakan.... (ha... nie kena baca Mistisfiles )

jumpa lagi di Kempen ke-2 mari Solat Subuh : (tak tau lagi bab apa)

nie dari blog sdr abuawatif :

SEBAB-SEBAB MEMBANTU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Pertama: Memikirkan nikmat Allah yang kekal bagi mereka yang menjaga solat subuh.

Kedua: Mengingat akan azab yang pedih yang Allah sediakan bagi mereka yang meringankan solat subuh

Ketiga: Tidak berjaga sehingga lewat malam dan sebaik-baiknya selepas solat Isyak

Keempat: Mengambil langkah untuk memudahkan solat subuh seperti jam penggera di hand phone, jam atau berpesan kepada kawan atau suami atau isteri untuk mengejut solat subuh

Kelima: Berdoa semoga Allah mempermudahkan kita mengerjakan solat subuh berjemaah kerana orang yang melakukannya orang istimewa yang dipilih oleh Allah swt

Keenam: Menjauhkan diri dari dosa maksiat seperti menipu, berlaku zalim, menonton filem dan drama secara keterlaluan. Ketaatan membantu untuk bangun awal.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu berkata, bersabda nabi s.a.w :

“Tidak ada solat yang lebih berat ke atas orang munafiq dari solat subuh dan Isyak. Sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan dua solat ini, nescaya mereka akan datang walaupun merangkak.”


Tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Jazakallah....

4 comments:

naga said...

Salam sejahtera Abu Hakeem,

Terima kasih sudi berkongsi cerita tentang kemuliaan arwah Atuk awak.
Satu pengajaran kepada anak2 muda yg dah makin lalai di zaman ini.
Tetapi masih ada sisa2 kesedaran untuk melangkah ke jalan pulang walaupun susah dan payah.
Semoga Abu Hakeem dipermudahkan utk meneruskan kempen bangun subuh tu.
Saya doakan dari jauh je.
Wallahualam!

AbuHakeem said...

sejahtera sdr Naga.

saya tak kata arwah atuk saya mulia :) cuma ketekunan beliau patut kita contohi dalam bangun solat subuh. malah seawal pukul 3 atau 4 pagi... saya pun selalu terlewat.. hehehe...

terima kasih atas doa sdr Naga. semoga Allah menjadikan sdr antara pejuang agamaNya. InsyaAllah.

PANCABAIDURI said...

Assalamualaikum..

arwah atok den pun sama gak.kalo kul 4 pagi mesti da bangun solat tahajud pastu zikir smp subuh. pastu p surau. pastu solat dhuha. kalo posa mesti 3 bulan penuh. kadang2 heran gak dari mana datangnya kekuatan tu..
itulah namanya IMAN..

batu pahat tang mana.den org air hitam.

AbuHakeem said...

bandar batu pahat. area pesta 2. tu tempat arwahnya... saya area MRSM :)