Monday, August 9, 2010

UMNO - PAS - Pengalaman hidup ini yang singkat.

Dengan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Pemilik sekian alam semesta, yang memberikan kuasa untuk catatan ini. Alhamdulillah.

Saya lahir dari sebuah keluarga yang sederhana. Selesa bersama 3 beradik, saya anak lelaki tunggal diurutan kedua dalam senarai anak arwah abah dan mak yg masih sihat InsyaAllah. Arwah abah seorang penjawat awam bergred rendah dalam Jabatan Kerja Raya di Pekan Paloh, Kluang.



Arwah abah menghantar kami mendapat pendidikan di sekolah sekular dari pra-sekolah (Tadika) hingga la menengah... Malah sekolah rendah kami sebelum ditukar nama dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Paloh. Hanya ditahun pertama saya ditukar kepada Sek. Ren. Keb (2) Paloh. Disebelah petang kami dihantar mendapatkan pendidikan agama di Sekolah Agama Johor. Keluarga kami hanya mempunyai basikal sebagai pengangkutan sehingga la saya di Tingkatan 3, arwah abah membeli sebuah motosikal honda 70cc (loan kerajaan). Namun saya bersyukur kerana hidup sederhana. Sekurangnya saya didedahkan dengan hidup berdikari...

Sejak kecil saya dididik untuk membantu keluarga dengan bekerja sambilan... dari berniaga aiskrim di sekolah hinggalah kerja diwarung waktu malam, kerja kilang di waktu cuti semester, menjual ikan sungai dan sayur kampung yg ketika itu sgt mudah didapati...

Kemudian Alhamdulillah saya berjaya ke universiti di Shah Alam dalam jurusan kejuruteraan perindustrian. Namun ia satu bebanan kepada keluarga dan merisaukan saya... namun ia dah berlalu... mari kita ke isi sebenar artikel ini.



Keluarga saya dahulu terlibat dengan dunia politik (level rendah jer). Saya pun tak tahu kisah awal penglibatan mak dalam politik dengan satu parti politik paling dominan orang melayu. Boleh tahan gak jawatan mak. Arwah abah pula lebih kepada sikap atas pagar. Kurang berminat dengan politik, namun sekali sekala dia terlibat juga dengan kerja-kerja am politik, maklumla, kerja dengan kerajaan, orang mesti ingat ‘wajib’ sokong kerajaan.

Paloh pernah ditadbir dibawah payung politik pembangkang DAP. (saya tak ingat tahunnya,) dan mak selalu cerita keperitan hidup dibawah tadbiran DAP. Itulah yang sering saya dengar dan dihalwakan perihal kisah politik dari mak. Dan saya pula dari kecil sering dibawa untuk menyertai parti politik untuk kerja2 am. Mak sangat bangga kalau saya adik beradik dengan jaya melakukan tugasan politik. Heheheh....

Dihujung alam persekolahan menengah saya, mak dah daftarkan saya sebagai ahli UMNO. Kakak saya lama dah masuk... adik saya ‘in que’. Masa dahulu saya mana tahu apa2 berkenaan dunia luar... kedai buku pun takder... (duit tak byk nak beli buku) so saya lebih banyak dapat bahan bacaan dari perpustakaan awam Paloh. Dan saya bertugas sambilan disana selain memang menjadi pustakawan dari sekolah rendah hingga la menengah (hantu buku kata mak).

Ketika saya di universiti tahun 1996-2001 - pasal xtend subjek huhuhu- (UiTM – tapi masa saya disebut ITM jer), saya pelik melihat tindakan pensyarah UIS (subjek pengajian Islam) yang sering menyalahkan tindakan kerajaan semasa. Saya sering menolak untuk membincangkan perkara2 politik kerana saya yakin Ustazah saya membawa dakyah yg jahat! Hahahah.... bagi saya, semua tindakan kerajaan semasa adalah betul, kerana mak kata betul! (inilah yg bahaya biler kita dibesarkan tanpa pendedahan 2 pihak).

Ketika saya di ITM tu adik saya bertunang. Setelah mengenali tunang adik saya, mak kata dia seorang ahli PAS! Pulak dah... kenapa boleh begitu... kalut la kejap, kemudian arwah abah kata, dengan sgt bijak, dia minta saya berfikir. Adakah ahli PAS itu kafir? Saya kata Islam. Kemudian dia kata. Kalau kawin dengan adik kamu, sah ker tidak? Saya kata sah. Kemudian dia tanya saya, kenapa saya takutkan org PAS? Saya kata, kan mak kata orang PAS sesat dan suka mencarut (ketika tu Mat Sabu paling top). Kemudian arwah abah tanya lagi. Mana kamu tahu mereka tu sesat? Saya nak jawab, tapi saya berfikir.. dan fikir... dan fikir... saya tak dapat bagi jawapan yang sgt konkrit untuk menjawab.

Kemudian arwah abah kata, tugas siapa yang mengatakan seseorang itu sesat? Saya terdiam, rupa-rupanya selama nie arwah abah mendiamkan diri berkenaan hal politik namun dia mempunyai pandangan yang sangat terbuka! Bagi arwah abah, Islam itu untuk semua orang. Kalau seorang itu cina datang minang adik saya pun arwah abah terima asalkan dia Muslim.... dan arwah abah kata politik ini menyusahkan melayu... (dia pernah tolong saya ikat bendera pas dan umno kat basikal (masa kat ITM pun saya hanya mampu pakai basikal jer hujung2 pengajian baru dapat beli moto secondhand suzuki best)

Kembali ke ITM, saya mula cuba dekat2 ngan Ustazah saya tu. Ustazah tu cantik...hihihi. Saya perasan cantik ustazah saya tu sebab nampak mukanya sejuk mata memandang dan sopan (tudung labuh... dan sering pakai sarung tangan.) saya mula berjinak2 bertanya situasi semasa politik tanahair.... terkejut bukan kepalang bila beliau menuduh berbagai perkara terhadap kerajaan semasa... dalam hati saya, mana mungkin ini benar. Namun saya tak ada tempat untuk merujuk dan membuat perbandingan sehingga la saya mula berbaik dan berkawan dengan tunang adik saya.

Rupanya beliau anak bekas Pesuruhjaya PAS negeri Johor. Arwah abahnya juga bekas Setiausaha Imam negeri Johor dan Istana. Wa.... tak sangka.... saya sering mendapat bahan bacaan alternatif dari beliau... namun biasalah... dari seorang PAS, mereka hanya memberi sumber yang bagus untuk mereka... dari Mak pula saya dapat sumber yang bagus untuk UMNO sahaja... macamana nak buat perbandingan...



Akhirnya, saya mengikut kata Ustazah saya (setelah di perkenalkan dengan suaminya dan mendalami sedikit ilmu serta selok belok dunia politik Islam mengikut pandangan PAS). Saya menjadi ahli PAS. Malah bukan sahaja ahli, saya pernah bekerja sepenuh masa untuk jangkamasa pendek bagi PAS daerah Kluang dan menjawat jawatan kecil dalam organisasi tersebut....



Sehingga akhirnya saya mendapat jawatan di sebuah kementerian di Damansara Heights (dalam tahun 2004). Sekian lama saya bertugas, saya semakin kurang aktif dalam berpolitik... dan dari situlah bermulanya kisah....

Hari jumaat, saya akan bersolat jumaat di sebuah masjid yg agam di Bukit Damansara bernama Masjid Saidina Umar Al-Khattab (kalau tak silap la namanya). Setelah setahun saya bersolat, barulah saya perasan setiap hari jumaat ada flyer/risalah edaran dari pertubuhan yang dinamakan Sautun Nahdhah. Saya tak jumpa selama ini kerana sibuk melihat2 gerai dan makan di luar kawasan masjid (terkenal dgn cendol pulut dan mee sup kambing!). Hehehe...

Apa ada dalam Sautun Nahdhah (SN) ni? Ya Allah, artikel dalam risalah mereka sungguh membuka mata saya! Tersentak saya selama saya hidup dan konon2nya berjuang atas nama Islam, rupanya saya tidak memandang perkara2 yang menjadi konspirasi senyap... sejak itu, artikel SN menjadi buruan saya. Pernah saya gagal mendapatkan flyer tersebut, saya sanggup membelek ruang masjid mencari jika ada SN yang ditinggalkan... biasanya ada kat celah lobang dinding.

Tak puas dengan maklumat yang bagi saya amat penting dan sepatutnya disebarkan kepada seluruh umat Islam, saya melayari internet ke url yg ada dalam SN. Dan dari situlah saya terkesima.... hadith2 akhir zaman satu persatu saya belek dan menginsafi diri.

Di satu hari, saya pulang lewat dari pejabat dalam tahun 2006 (memang selalu pulang lewat kekadang sampai pukul 4-5 pagi baru kerja siap). Lebih kurang pukul 11 malam saya turun ke surau di Blok K Pusat Bdr Damansara untuk solat Isyak. Setelah selesai solat, saya melepak melepaskan lelah. Biasanya saya bersama rakan namun hari tu saya sorang.

Kemudian datang seorang lelaki lebih kurang 30an umurnya menunaikan solat. Solat sunat dan wajib. Lepas solat beliau tegur saya, hal umum jer... kemudian saya tanya, abg dari mana? Beliau jawab, dia dari rumah Allah ke rumah Allah yang lain. Saya menjadi lebih ingin tahu... apa maknanya kata2 dia.... beliau menjelaskan, dulu dia seorang yang Allah beri kekayaan, namun pasal dia lupa diri, akhirnya dia kehilangan Isteri, anak2 dan hartanya... semuanya meninggalkan dia... (tak mati). Namun dia berjaya mengumpul harta sekali lagi!!!! Pergh terer mamat nie...

Kemudian dia terfikir, hari2 sibuk cari duit.... kalau Allah nak hilang kan kekayaan dia, sekelip mata leh hilang lagi... akhirnya dia buat simpanan dan lebihnya dia sedekahkan.... sekarang dia merantau tidur di masjid2... dia kata dia sangat takut pada hari kiamat. Dan dia takut jika akhir zaman itu datang pada zaman ini.....

Saya berkata, kenapa mesti takut? As long kita solat cukup ok la... dia kata, cukup ker solat jer? Tanggungjawab Muslim itu lebih besar dari hanya solat dan menunaikan Rukun Islam sahaja! Sekali lagi saya tersentak... umpama saya tidur bertahun2 dengan lena kemudian kena siram air sesejuk di artik!

Saya tanya lagi, apa yang sebenarnya abang buat? Katanya, dia nak lihat seluruh semenanjung malaysia nie keadaan umat Islamnya... kemudian dia berniat nak tunai haji dan pergi mencari syahid.... Syahid? Berjihad? Pergi Perang? Biar betul bang?... dia kata kenapa? Saya cakap, saya pernah daftar nama dulu nak pergi Afghan masa kes 911 dulu, namun tak pergi2 pasal nama tak naik... tak tahu la kalau ada yg berjaya pergi...

Kemudian dia kata, dia nak cari pengalaman berjihad di tempat umat Islam terancam, kemudian ia untuk persediaan kerana dia kata tanah Malaysia nie sebenarnya satu tempat yang amat bertuah dan menjadi rebutan para kafirun. Macam tak percaya jer... dia kata lagi.... keamanan kita nie tak lama... lagi2 biler pihak umat Islam tak bersatu.... saya kata, umat Islam kita ramai, apa nak takut... dia kata, ramai tapi umpama sarang semut, dengan sebelah tangan boleh dipecahkan dan bertebaran tanpa ketua untuk berkumpul... dahsyat firasat abang nie...

Dia kata lagi, bila kita dah berpecah, kawan dan rakan yg selama nie kita sangka baik, pasti amik kesempatan (kafirun).... kemudian sambil2 pakai kasut saya tanya lagi, apa yang terpecah nie bang? Dia kata kita jadik bodoh biler kita bersama dan mengikut apa yang kafirun itu rangcangkan, dari sistem hingga la hiburan... kemudian dia senyum, dia cakap maaf pasal abg dah janji dengan kawan nak bermalam di masjid (lupa lak) di area Bukit Beruntung.

Kemudian saya lihat dia naik Mercedes! Pergh... kata2 akhir dia pada saya, kalau nak bermewah, pastikan sekeliling kamu sudah ramai yang kamu bebaskan dari kesusahan.... saya tanya.. tu bang... (sambil mulut saya menjuih ke Mercedes dia..). dia senyum jer... sambil kata, nie pun org bagi suh saya pakai. Yang bagi nie pun sekarang naik bas jer... pulak... saya makin pening... naik opis hari tu saya duk termenung jer makan gaji buta OT sampai kul 2 pagi...

Sejak saya berjumpa dengan abang Mercedes tu, saya sering terbayang kehidupan lepas saya... saya sering tertanya2 samada hidup saya nie cukup syarat atau tidak... saya sering tertanya, adakah saya termasuk didalam umat Nabi Muahammad s.a.w yang satu itu... kemudian saya mula kembali kepada Ustaz2 saya di dalam PAS, alhamdulillah, antara mereka ada yang mengaku keperluan untuk Umat Islam Malaysia ini untuk bersatu dan kepentingan menaikkan Sistem Khilafah dan menolak demokrasi...

Satu lagi hal... demokrasi. Selama ini saya mengikuti demokrasi... macamana pula... persoalan ini, jika anda tanya pada Ustaz didalam organisasi PAS atau UMNO, jawapan mereka kebanyakkan hampir sama... DIBOLEHKAN, bla bla bla.... namun saya terjuma seorang Ustaz yang amat kuat semangat jihadnya, berkata, enta kalau nak mengundi, enta pergi bertanya kepada orang yang bakal calon memerintah, adakah beliau akan melaksanakan hukum Allah dalam pentadbirannya, jika ia sanggup melaksanakannya dan berjanji melaksanakannya tanpa syarat, enta boleh undi didalam sistem demokrasi itu, enta tanya lah jika ada dua pihak bertanding, tanya kedua-dua nya... jika ada sepuluh, tanya sepuluh, namun jangan lantik dari golongan beragama selain Islam!

Saya tanya, kalau kedua2nya kata mereka memperjuangkan Islam dan akan melaksanakan Hukum Allah macamana? Ustaz itu menjawab, jika itu telah berlaku dengan jujurnya, maka Sistem Khilafah telah muncul di bumi kita! Jika mereka mempunyai hasrat yang sama, mustahil mereka berpecah pada perkara yang bodoh. Gulp.... betul gak.... (nie Ustaz dari PAS yg bg tau nie... nama dia saya lupa, tapi dia sering kali pakai serban merah).

Sekarang ini, saya ternanti2 PRU 13 (13 eh? Tak ingatlah) saya nak hantar surat kepada pihak PAS dan UMNO... jika mereka sudi dan sanggup menghapuskan sistem yg digunapakai sekarang dan memartabatkan sistem Allah ditempat tertinggi sekali dalam pentadbiran Bumi Malaysia....

Jika kedua2nya jawapan yang sama, akan saya bawa surat berkenaan untuk mereka duduk semeja... lihatlah... kamu semua ISLAM! Lihatlah kamu berdua inginkan ISLAM diatas! Maka buangkanlah ego bodoh hasil dari cucukan jarum2 Imperialisme yang masih ada menjadi susuk yang tak nampak dalam persatuan kamu.... Ya Allah, satukan lah Umat ISLAM MALAYSIA.




Terima kasih pada blog-blog Teori Konspirasi dan berita akhir zaman... mereka banyak membantu dan penulis2 buku yang membantu dalam mendedahkan kesilapan aturan umat Muslim.... terutama diri saya yg amat daif dan dungu.

Allahuakhbar... selamat menjalani ibadah di bulan penuh rahmat Ramadhan. Semoga ini Ramadhan terakhir kita tanpa Khalifah!

-abuhakeem 29 Sya’ban 1431 Hijrah-

(saya meringkas jer pengalaman nie, dan mencuba sebaik mungkin bg menyedapkan cerita tanpa lari kisah sebenar dan sekarang saya tidak mengikuti mana2 parti politik, InsyaAllah)

23 comments:

naga said...

Salam Abu Hakeem,

Terima kasih di atas perkongsian pengalaman ttg parti2 politik ni.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Saya pun selama ini telah tertipu dan ditipu dgn muslihat demokrasi ni.
Semoga semakin ramai dibuka pintu hati dpt melihat keburukan demokrasi dan meninggalkannya secara total.
Wallahualam

mike said...

salam ya abul hakem
pengalaman menarik...
sebenarnya kita tidak perlu dengan keriuhan ditepi jalan dgn protes,kita tidak perlu lg dgn pelbagai dakyah idealogi yg merapu rapu...cukuplah kita tidak menyokong mana mana idealogi kuffar..cukuplah kita menjadi silent...dan gigit kuat kuat alquran dan hadis....kita tetp akn berpecah selagi mana kita terikut dlm permainan politik...
semuga kita disatukan hati oleh allah dlm menghadapi semua ini..

AbuHakeem said...

Salam sdr naga dan sdr mike.

betul tu sdr naga. selama ini kita memang tak sedar terkena santau 'mindcotrol' dek demokrasi ini...

InsyaAllah sdr mike... saya memang sedang belajar, belajar, dan belajar lagi.... harap rakan2 semua dapat saling bantu membantu....

-abuhakeem-

kerol said...

aku memang clueless lagi tentang demokrasi ni.....tapi yg cuma aku yakin adalah Kerajaan Islam Mutlak. tiada lagi Islam dipecahkan mengikut negara.

seronoknya kalau ada dalam suasana serba sebi Islam......

AbuHakeem said...

kerol.... pemilihan pemimpin sepatutnya melalui sistem BUGHAH.

PAS kata masuk demokrasi kerana itu shj satu2nya jln melantik pemimpin... (maknanya tolak sistem Quran & Hadith - bughah ker)...

camni la rol... ko kerja terlibat dengan perladangan, aku pula kerja kampung la... layakkah kita nie untuk memilih seorang pemimpin negara? jika tugas sesuatu perkara itu tidak dilaksanakan oleh yg pakar, maka hancurlah perkara itu.

sistem bughah menjadikan tugas pemilihan pemimpin oleh golongan yg pakar dalam penilaian pemimpin,bukan petani, pekerja pam minyak, bos ladang... ko leh nampak tak?

bile demokrasi nie, semua leh undi (konon kesamarataan hak) namun kat sini lah kebongokan muncul sistem L/Rei nie... sapa2 leh dimanipulasikan untuk kepentingan, maka pemimpin yg dilantik pasti hancur! ini termasuk lah dalm PAS.. UMNO jgn citer lagi la...

surat yg aku nak hantar nanti hanyalah pembuka ruang fikiran mereka. harap2 aku ada usaha skit untuk berdepan dgn Allah karang..

:) tq rol.

enrike said...

asalamualaikum dan selamat berpuasa. Moga ramadhan ini dapat menambahkan iman dan amal kita...

menolak demokrasi bererti tidak mengundi didalam pilihanraya...
ramai dipihak umno dan pas berfikir/takut parti bukan melayu yang akan memerentah jika tidak mengundi....

namun mereka lupa dengan berpecah juga pihak bukan melayu akan mengusai mereka....

apakah cara agar kita dapat membuka mata pihak umno dan pas ini????

AbuHakeem said...

Salam sdr enrike. terima kasih kerana sudi singgah disini.

mengundi = menyokong sistem demokrasi. itu saya setuju.

kerisauan parti bukan melayu - Islam mendominan dalam pemerintahan juga saya setuju...

nak atau tidak, kita perlu bermula dari segala sudut, dari media elektronik hingga semanual cara dengan mengajak / memberitahu secara lisan / edaran risalah. selagi kita tak cuba dan mulakan, semakin parah situasinya... biarlah nampak konvensional namun tetap ada hasil walaupun ia sgt sedikit.

sikit2 lama jd bukit :)

InsyaAllah.

-para pejuang sekalian, sambil berusaha, sambil kita mengamalkan cara hidup zuhud para anbiya' dan pewarisnya... barulah Allah membuka selebar2nya pintu kesedaran-

-abuhakeem-

rentaka said...

salam saudaraku abuhakeem & sdra2 lainnya..

Tuhan yg Maha Pengasih dan Penyayang telah menyedarkan kita bahawa Fitnah terbesar Dajjal iaitu Demokrasi.

Tugas kita sekarang utk menyampaikan kesedaran dan kefahaman kita kepada seluruh saudara yg lain juga kepada seluruh manusia amnya.

kita tidak mahu terus ditipu. Sementara menunggu masa berbai'ah kepada baginda al-Mahdi, bertaat setialah kepada Sultan-sultan dan doakan semoga Duli2 semua dikurnia Hidayah, ladunni dan Ilham. rapatkan hubungan kita dengan ulama2 yg tidak bersekongkol dengan Demokrasi.

mari sama2 kita doakan setiap diri kita agar dikuatkan azam dan tekad serta dipermudahkan dalam menjalankan tugasan yg dikurnia Tuhan.

masanya sekarang utk bertindak.

AbuHakeem said...

amin...

saya sgt setuju dengan sdr rentaka.

semoga Allah menyatukan para pembela agamaNya. InsyaAllah.

-abuhakeem-

sama said...

assalamualaikum
sedikit sebyak crita hang sama mcm aku cuma aku xaktif parti stakat skong tapi xhardcore hahaha....
asal dari umno p ke pas la dah tolak sistem demokrasi....alhamdulillah minta 2 Allah bagi la aku pertunjuk sampai ajal tiba..........mintak la aku mati sebagai muslim sejati amin...
bila tgk yuo tube kat member konspirasi ni dajjal nak tunjuk diri dia pun rasa makin dekat....bila2 masa israel akan ganti US....

AbuHakeem said...

ini dari Sautun Nahdhah 227 -
antara isinya ialah kepentingan politik. tapi bukan lah politik seperti diamalkan demokrasi sekular... hadith yg menarik =

“Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutallib dan seorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim lalu menasihatinya, kemudian dia dibunuh oleh penguasa tersebut” [HR Hakim].

Sabda Rasulullah SAW yang lain,

“Barangsiapa (bangun) di pagi hari dan perhatiannya kepada selain Allah, maka Allah akan berlepas diri dari orang itu. Dan barang siapa (bangun) di pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk dari mereka (kaum Muslimin)” [HR Hakim].

Kedua-dua hadis ini menunjukkan kewajipan setiap Muslim untuk berpolitik yakni wajib untuk kita mengambil tahu urusan kaum Muslimin dan melakukan muhasabah (menasihati) pemerintah dengan Islam walau hingga ke tahap kita dibunuh sekalipun.

Ihya-Ulumiddin said...

Salam Abu Hakeem,

sy agak lama tidak melayari internet terdetik hendak mencari2 bahan bacaan yang menarik.

terima kasih atas pengalaman yang indah kamu.

Semoga Allah senantiasa Memudahkan urusan dan NIat kamu.

insyaAllah kita dapat berjuang bersama. :)

AbuHakeem said...

InsyaAllah...

semoga Allah menyatukan para pembela agamaNya.. InsyaAllah...

-abuhakeem-

naga said...

Salam Abu Hakeem,

Saya tertarik dgn cerita brother yg naik merc tu.
Saya yakin, dlm kita risau dgn isu yg pelbagai disaat dan ketika ini dikeranakan Islam telah menjadi komoditi politik, masih ramai lagi manusia2 berjiwa wali spt brother tu di Tanah Melayu ni. MO menggelar mereka sbg "pedang2 malam". Saya pernah mendengar sebuah rancangan di radio IKIM.fm ttg isu semasa. Hati saya tersentuh, begitu juga dgn juruhebah serta tetamu undangan bila mendengar pandangan dan rintihan seorang pemanggil. Semasa dia bercakap tiba2 dia menangis teresak2 dgn penuh hiba yg bukan dibuat2. Dia becakap dari hatinya yg paling dalam supaya umat Islam bersatu-padu. Anyway, pemanggil tu dtg dr Pulau Pinang. Mungkin juga dia sgt terasa dgn situasi tidak menentu yg sedang terjadi di Pulau Mutiara tu. Org2 seperti inilah yg menjadi buffer kpd ketidaktentuan perpaduan dan hala tuju negara. Bila mereka berdoa dan beramal, ia dilakukan dgn penuh ikhlas tanpa mengharapkan habuan dunia. Dgn sebab musabab itulah Allah masih mengurniakan keamanan dan kesejahteraan kpd kita. Kena ramaikan lagi org2 yg berjiwa wali di Tanah Melayu ni.
Wallahualam.

AbuHakeem said...

betul sdr naga... saya ingat lg, En. Mers tu perwatakanya amat biasa. umpama org ramai yg lalu lalang di K.L.... tapi ada sesuatu yg akan menarik kita kepada dia. Ntah apa saya tak tahu.

dan saya percaya, wujudnya golongan yang sedang bergerak dengan cemerlang dalam mempertahankan Negara dan perpaduan bangsa Melayu secara tersembunyi... dan mereka org2 yg sgt zuhud...

InsyaAllah.

-abuhakeem-

merah_s said...

Salam sdr Abu Hakeem, selamat brpuasa ya. Sy tertarik la dgn artikel sdr ni, suatu pengalaman peribadi yg baik utk tatapan ramai.
Utk pengentahuan sdr, sy sebenarnya tlh mengikuti perkembangan sdr ( atau boleh la d katakan sy tlh kenal sdr ) sejak membaca komen2 sdr d blog Mistis Files dan sy juga telah ikuti blog sdr ni lama dah, cuma tak komen je.

Bila baca entry sdr yg ni, trfikir la nk perpanjangknnya d blog sy krn sebagaimana yg sy katakn td, bagus utk mereka d luar sana fikir2kn. Itu pun kiranya sdr izinkn, jika tak izin, sy akur dgn hati terbuka. Apa2 hal, silalah melawat blog sy utk sdr menilai pendirian sy dan mengenal sy pula.

Ampun dan maaf. Wassalam.

AbuHakeem said...

tiada hakcipta di dalam Islam. dan perkara yg kalau sdr Merah rasa bagus, hendak dipanjang2kan... Alhamdulillah....

terima kasih kerana sudi singgah. :)

-abuhakeem-

merah_s said...

terimakasih saudara abuhakeem, moga2 kita bersama mendapat manafaatnya dari Allah SWT..

Bingai @ Bangang said...

Asalamualaikum, Sdra Abu Hakeem,
Terimakasih menyedarkan saya pada semangat perjuangan yang bercelaru selama ini.
Saya minta kebenaran memanjangkan kisah saudara di dalam blog saya di
Tendang Terajang
Sekiranya ada bantahan sila nyatakan diruangan komen blog tersebut dan saya akan membatalkannya sertamerta.

Di samping itu blog saudara telah saya senaraikan di
e-Direktori Bloggers Malaysia
di bawah kategori blog pilihan.

AbuHakeem said...

silakan.... seperti yg dijelaskan... tiada hakcipta didalam Islam... semua milik Allah... :)

-abuhakeem-

Abd Karim MJ said...

Salam saudraku !

Sebenarnya inilah yang perlu kita perjuangkan.. tapi ada sesetengah pihak yang begitu ego dan angkuh risau kalau kalau "kerjasama" ini menjadi kenyataan... entahlah sebenarnya mereka lebih sukan kan perpecahan berbanding perpaduan...

AbuHakeem said...

'mereka' takutkan kehilangan harta yg melimpah Allah beri tanpa Ar-Rahim... mereka takut kehilangan taring kuasa yang Allah beri tanpa Ar-Rahim... sedangkan mereka menagmbil dan mengutip segalanya dari Ar-Rahman...

harta dan kuasa didunia... ustaz beserban pun boleh tersungkur di kakinya.... inikan pula yg berkot necktie... belajar oxford...

terima kasih kerana singgah...

-abuhakeem-

Fareez Yusran said...

Ini ialah luahan saya sebagai seorang remaja yang baru menginjak umur 18 tahun ini.

Kupasan yang sangat menarik. Serius tau, saya dah muak dengan konflik UMNO-PKR-PAS nih. Hadeiii. Kadang-kadang benda yang remeh pun nak dipolitikkan. Semua gara-gara sifat obsesi terhadap parti politik masing-masing.

Golongan remaja sekarang ni dari sudut politik ni saya boleh klasifikasikan kepada tiga kumpulan:

1)Golongan yang memang menyokong sesuatu parti. Mereka ni sama sahaja seperti orang dewasa. Ada jaa yang tak kena dengan parti yang mereka tak suka.

2)Golongan yang menyokong membuta tuli. Mana-mana parti yang dia rasa 'syok', dia join.

3)Golongan yang mampu berfikir rasional di usia muda. Mereka dah naik muak dengan konflik-konflik politik satu persatu yang timbul yang tak berkesudahan. Sampai rasa malas nak mengundi.

Saya tergolong dalam kumpulan yang ketiga. Rata-rata kawan saya mesti tergolong dalam salah satu jenis di atas.