Thursday, March 31, 2011

APRIL FOOLS DAY. -Hari Gurauan...atau Pembunuhan!?




Wakakaka.... gelak guling-guling.... satu pihak lagi pasti rasa malu, geram, marah, namun tidak dapat meluahkannya.... hanya pembalasan semula dengan taktik berlainan di hari yg sama dalam setahun sahaja.... harap-harap mengena. Hehehehe..... masing-masing sudah memasang perangkap untuk mengenakan mangsa yang sesuai....

Itulah dia hari yang disebut APRIL FOOL (Jenaka?Penipuan Bulan April?) yg disambut dengan 'prank' pada 1 April.

Sebenarnya saya berhasrat mengeluarkan artikel ini sekurang-kurangnya 3 atau 4 hari sebelum 1 April. Entah mengapa cuai sampai terlupa pula. Sebab asyik sangat mengulang baca kisah kejatuhan Baghdad dalam Empayar Khalifah Abbasiyah dan membelek peperangan Ain Jalut. Mencari siapa kah Berkhe Khan. Sampai saya terlupa berpesan berkenaan April Fool ini.




Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui.

Seperti 14 Feb, pada 1 April, biasanya banyak diantara kita akan begitu sibuk dan bersiap sedia untuk merayakannya tetapi pada hari ini, hari yang ditunggu untuk membuat 'rancangan besar' bagi menipu atau menganiaya orang lain samada sahabat, saudara terdekat, bahkan ibu bapa sendiri dengan niat untuk bergurau. BUDAYA tersebut begitu eratnya melekat, seakan-akan pada tanggal 1 April tersebut kita berbuat DOSA.

Fikiran kita penuh dengan perancangan mencari mangsa-mangsa untuk dipermainkan. Bahkan sewaktu sedang bekerja atau sedang makan pun kita akan mencari cara dan membuat rencana 'penganiayaan' ini.

Apa yang penting, kita ingin puas melihat mangsa-mangsa gurauan April Fool ini muka mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Tetapi secara sedar atau tidak ia adalah kedangkalan yang nyata, disamping juga bertentangan dengan Aqidah dan tidak membawa manfaat sedikit pun.

Kita sebagai umat Islam, berhati-hatilah terhadap budaya ini, hindarilah diri kita dari melakukan perkara zalim, apalagi 'April Fool' bukanlah budaya Islam. Ramai diantara kita umat Islam khasnya tidak mengetahui kenyataan pahit di dalam sejarah Islam; terutamanya umat Islam di Sepanyol di sebalik perayaan 'April Fool'.


Sejarah APRIL FOOL

Menurut riwayatnya iaitu kira-kira lebih seribu tahun yang lalu Sepanyol dibawah kekuasaan Islam begitu kuat, sehingga tidak dapat dihancurkan, dan sememangnya menjadi tabiat kaum kuffar iaitu musuh-musuh Islam pada sepanjang masa dan sejarah, tidak akan merasa senang serta tidak akan pernah hilang keinginan mereka untuk menghancurkan Islam dan memadamkan cahaya Allah SWT.

Berbagai cara akan mereka lakukan dan berbagai helah akan dicari untuk menjatuh dan mengalahkan umat Islam.

Begitu jua keadaannya di Sepanyol ketika itu. Kaum Kristian terutamanya berharap untuk melenyapkan Islam dari seluruh bahagian Sepanyol. Sedangkan ketika itu umat Islam beberapa bahagian di Sepanyol seperti di Grenada (Ghornata), begitu kuat mengamalkan cara hidup yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah; yang menjadikan mereka begitu kuat hingga tidak dapat diganggu gugat.

Beberapa kali mereka mencuba menyerang, mengganggu serta cuba membersihkan kekuasaan umat Islam tetapi menemui kegagalan demi kegagalan. Lalu mereka mengirimkan pengintip untuk mengetahui asas kekuatan umat Islam di sana. Maka pengintip tersebut berpura-pura mempelajari Islam dan apabila sekian lama bersama-sama dengan umat Islam di sana beliau menemui satu kekuatan umat Islam iaitu IMAN dan TAQWA mereka kepada Allah SWT.

Maklumat tersebut disampaikan kepada musuh-musuh Islam lalu mereka mencari strategi untuk melemahkan umat Islam di sana dan menghancurkannya. Setelah beberapa kali bersidang mereka membuat kesimpulan bahawa untuk melemahkan kaum Muslimin, mereka mesti melemahkan Iman dan Taqwa umat Islam kepada Allah SWT. Lalu mereka pun mencuba berbagai cara dalam usaha melemahkan iman umat Islam. Antaranya mengirimkan arak (alkohol), muzik, dadah, malah wanita-wanita untuk mengkhayalkan umat Islam terutama para belia.




Strategi tesebut cukup berkesan. Setelah beberapa lama didapati sesetengah umat Islam tidak lagi kuat Iman dan Taqwa mereka. Apabila menyedari keadaan tersebut maka mereka sekali lagi merancang untuk menyerang dan memusnahkan umat Islam.

Maka kali ini, umat Islam diserang habis-habisan. Malang sekali pada ketika ini umat Islam tidak lagi berupaya melawan dan mempertahankan diri mereka.

Akhirnya jatuhlah semua daerah Sepanyol dari penguasaan umat Islam selama 800 tahun kepada Kristian seluruhnya. Daerah terakhir yang dapat dikuasai adalah Grenada.

Kezaliman yang dilakukan kepada umat Islam ketika itu sangat dahsyat! Sekiranya ditemui pasti akan diseksa dan dibunuh. Maka pihak Muslimin terpaksa lari dan menyembunyikan diri. Nmaun ini belum dapat memuaskan hati mereka.

Lalu mereka menawarkan peluang iaitu sekiranya penduduk Muslimin ingin selamat, mereka hendaklah berpindah keluar dari Sepanyol dan kapal-kapal akan disediakan.

Pada mulanya kaum Muslimin merasa curiga atas tawaran tersebut, tetapi mereka tiada pilihan lain. Tambahan pula mereka mendapati bahawa kapal-kapal untuk mereka melakukan pelayaran telah tiba di pelabuhan dan menanti ketibaan mereka.

Tanggal 1 April, kaum Muslimin keluar beramai-ramai ke pantai dengan hasrat untuk meninggalkan negeri Sepanyol. Pada kesempatan inilah tentera-tentera Sepanyol telah menyerang dan membunuh Muslimin keseluruhannya, samada wanita atau kanak-kanak. Bahkan kapal-kapal yang berada di pantai dibakar. Tidak cukup dengan itu, penempatan lain pihak Muslimin juga dibakar. Maka hancurlah pihak Muslimin dan berjayalah musuh Islam dalam usaha melakukan 'pembersihan' terhadap pihak Muslimin.




Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini dirayakan oleh pihak Kristian pada 1 April setiap tahun.

Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai 'APRIL FOOLS DAY'.

Namun apa yang paling menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil pun turut memperingati April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan saudara se-Islam mereka sendiri.

Sesungguhnya sebagai umat Islam adalah tidak wajar, tidak patut dan tidak seharusnya kita membudayakan suatu budaya yang bukan datangnya dari Islam itu sendiri. Berhati-hatilah terhadap budaya ini..............

Semoga kisah ini memberikan gambaran sebenar kepada yuang masih tidak tahu... saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu atas anugerah Allah... dan tiada sebarang halangan untuk anda semua samada menyalin atau menyampaikan kisah ini dalam apa jua bentuk untuk peringatan saudara yang lain. (tak payah beri kredit pun saya tak kisah. hanya kredit dari Allah saya kisah) INSYAALLAH.

-tiada hakcipta dalam Islam. Semua milik Allah-

Firman Allah : "dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim". Surah Al-Baqarah ayat 193.

6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, terima kasih atas maklumat ini saudara..
bersamlah kita ingat-mengingatkan sesama kita ya..

AbuHakeem said...

InsyaAllah... :)

aliffmy said...

Salam AbuHakeem, baik artikel ini sebagai peringatan untuk semua,

Masa sekolah dulu pun saya jadi bodoh gitu juga. Tak tahu asal usul, main ikut buta tuli... masa itu budaya raging masih kuat di sekolah asrama penuh. Setelah tahu hal sebenar, rasanya amat malu bukan kepalang. Tambahan pula bila kenangkan rakan sendiri yang jadi mangsa.

Ini berlaku bukan sekolah aliran inggeris, tetapi berlaku di sebuah kolej islam, astaghfirullah... macamanalah saya nak minta ampun pada mereka. Menyesal dan sedih. Apakan daya segalanya telah berlaku hanya kerana jahil. Harap tiada lagi umat Islam melakukannya.

AbuHakeem said...

salam kembali sdr ku...

sebab itu Imam Al-Ghazali mengatakan masa lampau itu ialah perkara yang paling jauh.. yg tak mungkin kita capai semula.... ia menjadi peringatan dan pedoman.

ada hikmahnya perbuatan lampau.... kerana Allah memberi banyak sekali ruang-ruang taubat dan permohonan hidayah... :)

mana tau bila2 jumpa lagi kawan2 lama... InsyaAllah.

-abuhakeem-

Anonymous said...

sejarah pasal pembunuhan umat islam itu kalo x silap tidak pernah berlaku..ada terbaca dulu dlm website yg dibuat oleh ulama..kalo x silap la

Anonymous said...

sejarah pasal pembunuhan umat islam itu kalo x silap tidak pernah berlaku..ada terbaca dulu dlm website yg dibuat oleh ulama..kalo x silap la