Thursday, December 23, 2010

Sambutan Tahun Baru - Siri Racun-racun Dakyah

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah SWT berfirman - ".... Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan". (Al-Baqarah : 140)

Maaf kerana lama tidak mengemaskini sudut ini. Sebagai orang yang makan gaji, hujung-hujung tahun biasanya sibuk sikit dengan segala jenis rekod dan akaun dan ISO dan ntah apa-apa lagi la...

Tidak lama lagi kita akan berjumpa dengan tarikh yang baru. InsyaAllah, jika Allah melanjutkan lagi usia kita, dalam beberapa hari kita bertemu tahun 2011. Saya yakin, generasi baru ramai dan 99% pasti tahu tahun akan datang ialah 2011. Namun sebenarnya pada artikel ini ditulis, kita telah melewati 21 hari di dalam tahun baru Hijrah! tak ramai yang peduli dan tahu. Malah rakan dipejabat pun ada yang tak tahu tahun hijrah bagi tahun ini 1432H. malah ada yang tidak tahu kita sedang didalam bulan Muharram!

25 Disember lalu Krimas/Hari Natal.... tak perlu diceritakan sambutannya di Malaysia. Lagi-lagi bila slogan 1 Malaysia di laungkan, maka berkongsi-kongsi la kita meraikan segala perayaan. Malah ada rakan Muslim di Singapura, dengan tanpa rasa sesal menceritakan keseronokan menyambut dan menyertai perayaan Helloween!

Baiklah, itu yang nyata, kita lihat pula sambutan tahun baru di Malaysia. Kita singkap apa disebaliknya. Apa yang saya kongsikan ini adalah dari perkongsian pejuang yang lain jua... Maka, berkongsi dan dipanjangkan lah ia semoga menjadi MLM kita.



Setiap tahun... tanggal 1 Januari seluruh umat manusia di atas muka bumi ini seolah-olah sedang merayakan satu hari keramat dalam kalendar sejarah peradaban manusia. Sebelah malam sebelumnya, iaitu tanggal 31 Disember, pada detik 12 malam mereka berkumpul pada tempat-tempat tertentu bagi menyaksikan hiburan, bunga api, serta pelbagai aktiviti lagi yang menjurus kepada kemaksiatan, pembaziran dan masalah sosial.

Di Malaysia, tarikh ini juga diraikan oleh sebilangan besar umat termasuk muslim. Pada hari tersebut, lazimnya akan diadakan majlis keraian yang tidak juga kalahnya dari segi kemeriahannya. Malah di media-media akan dipaparkan hiburan, pembakaran bunga api serta pelbagai aktiviti lagi.

Blog ini bukanlah blog politik yang cuba menentang arus kelaziman masyarakat atau mempersoalkan mana-mana pemimpin dalam mengadakan majlis ini.

Persoalannya di sini, wajarkah sambutan ini? Apa yang disambut sebenarnya? Tahun baru...! Bagi umat Islam, ini bukan tarikhnya. Lantas apa yang diraikan dan disambut hinggakan begitu beria-ia!?



Istilah Tahun Masehi

Perkataan Masehi biasanya dirujuk kepada tarikh tahun mengkut kalendar Gregorian. Kata ini berasal dari bahasa Arab. Awal tahun masehi ini dirujuk kepada tahun yang dianggap kononnya sebagai tahun kelahiran Nabi Isa Al-Masih, maka kalendar ini dinamakan Masihiyah atau Yesus dari Nazareth.

Manakala, istilah 'Sebelum Masehi' (SM) dirujuk pada masa sebelum tahun tersebut. Sebahagian besar orang non-Kristian biasanya menggunakan singkatan M dan SM. Sistem penanggalan yang merujuk pada awal tahun Masehi ini mula digunakan di Eropah Barat sejak abad ke-8.



dalam bahasa Inggeris dan dipergunakan secara internasional, istilah Masehi disebut sebagai Anno Domini (AD) dan Sebelum Masehi disebut sebagai Before Christ (BC)

Asal Hitungan Tarikh Masehi

Sistem penentuan dan perhitungan hari, bermula dari ilmu astrologi iaitu ilmu tentang pergerakan benda-benda langit seperti matahari, bulan dan bintang. Ilmu ini berkembang sejak zaman pemerintahan Babilion kuno, iaitu lebih kurang 2000 SM.

Penentuan hari atau bulan melalui kaedah ini, tidak salah.... Malah Allah SWT telah berfirman melalui ayatNya yang bermaksud : " Dia lah menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah randah pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya)". Surah Yunus ayat 5.

Namun apa yang perlu diteliti adalah penggunaan bulan dan hari yang digunapakai oleh seluruh dunia sekarang dimana fahaman gereja mempunyai pengaruh yang besar dalam penentuan hari dan bulan, apatah lagi PERAYAAN TAHUN BARU...!

Kalendar Arab Jahiliah

Di zaman pra-Islam, kaum Arab menggunakan taqwim yang berasaskan kepada sistem lunar (Qamariah). Walau bagaimanapun,mereka banyak mencampur adukkan perbuatan melewatkannya sehingga kiraan menjadi begitu keliru.

Golongan Arab jahiliah pra Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu. Mereka telah menjadikan didalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar.

Mereka berasa berat disebabkan oleh musim haji yang ada kalanya berlaku pada musim sejuk. Ini menyukarkan agenda perniagaan mereka lantas mereka mengubah bilangan bulan dalam setahun semata-mata dengan tujuan untuk menjatuhkan musim haji pada waktu yang selesa dengan kepentingan diri. Begitu juga, mereka sukar hendak menahan diri daripada melakukan gencatan senjata, mengelakkan pertumpahan darah pada tiga bulan Haram yang berturut-turur iaitu Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Muharram, lantas perubahan bilangan bulan dilakukan.

Untuk membetulkan kembali penyelewengan yang dilakukanoleh Arab jahiliah, Allah SWT telah berfirman dengan maksud : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan)dalam kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah Agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa" (At-Taubah ayat 36)

Pemberian Nama Bulan Masehi

Sejak Zaman Romawi, iaitu sebelum pemerintahan Julius Caesar, mereka membahagikan bulan-bulan dalam 10 bulan saja iaitu :

1. Martius (March / Mac)
2. Aprilis (April)
3. Maius (May / Mei)
4. Junius (June / Jun)
5. Quintilis (July / Julai)
6. Sextilis (August / Ogos)
7. September
8. October (Oktober)
9. November
10. December (Disember)

Seperti kelazimannya, apabila sesuatu perkara yang mempunyai pengaruh gereja, maka ianya akan mempunyai maksud atau pengertian tertentu yang perlu kita fahami. Begitu juga dengan penentuan bulan-bulan ini dimana pemberian nama ini, ada kaitannya dengan DEWA bangsa Romawi.

Bulan Martius (March / Mac) mengambil nama Dewa Mars, manakala bulan Aprilis (April) diambil dari kata Aperiri, sebutan untuk cuaca yang nyaman didalam musim panas. Seterusnya bulan Maius (May / Mei) mengambil nama Dewa Maia dan bulan Junius (June / Jun) mengambil nama Dewa Juno.

Sedangkan nama-nama Quintrilis, Sextrilis, September, October, November dan December adalah nama yang diberikan berdasarkan angka urutan susunan bulan. Quintrilis bererti bulan kelima, Sextilis bulan keenam, September bulan ketujuh, Oktober bulan kelapan dan December bulan kesepuluh.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, didapati bahawa suatu ketika dahulu permulaan tarikh (awal tahun) jatuh pada bulan Maret (March / Mac). Hal ini berkait rapat kaitannya dengan musim dan pengaruhnya kepada tata kehidupan masyarakat di Eropah.

Bulan March (tepatnya 21 March) adalah permulaan musim panas. Awal musim panas disambut dengan perayaan sukacita kerana dipandang sebagai mulainya kehidupan baru, setelah selama 3 bulan mengalami musim dingin. Jadi kedatangan musim panas ini dirayakan sebagai PERAYAAN TAHUN BARU setiap tahun.

Setelah beberapa ketika, bulan yang hanya terdiri dari 10 bulan itu kemudian ditambah menjadi 12 bulan, tambahan 2 bulan iaitu bulan Januarius (January / Januari) dan bulan Februarius (February / Februari).



Januarius adalah nama yang berasal dari nama Dewa Janus, dewa ini berwajah dua, menghadap kedepan dan belakang, hingga kononnya dapat memandang masa lalu dan masa depan, sebab itu Januarius ditetapkan sebagai bulan pertama.

Februarius diambil nama sempena suatu upacara Februa, iaitu upacara bagi menyambut kedatangan musim panas. Dengan ini Februarius menjadi bulan yang kedua, sebelum musim panas datang pada bulan Maret.

Begitu juga bulan-bulan yang terdahulu, letaknya didalam tarikh baru menjadi tergeser dua bulan dan susunannya menjadi : Januarius, Februarius, Maius, Junius, Quintrilis, Sextilis, September, Oktober, November dan December.

Jadi kesimpulannya, tarikh tahun masehi yang dipakai secara internasional sekarang ini ternyata berdasarkan perhitungan astrologi Mesopotamia yang dikembangkan oleh ahli astronomi para penyembah dewa-dewa. Maka nama-nama bulan pun digunapakaisempena nama dewa dan tokoh pencetus tarikh kalendar Masehi.



Tradisi Sambutan Tahun Baru Masehi

Tahun Baru Masehi pertama kali dirayakan iaitu pada zaman kaisar Romawi, Julius Caesar (45 SM)untuk menghormati Dewa Janus (Dewa yang digambarkan bermuka dua, merupakan Dewa Pintu dan semua permulaan).

Kemudian perayaan ini terus dilestarikan dan menyebar ke Eropah (abad permulaan Masehi). Seiring dengan munculnya dan berkembangnya agama Nasrani, akhirnya perayaan ini diwajibkan oleh para pemimpin gereja sebagai satu perayaan "suci".

Cara Sambutan

Orang Romawi kuno menyambut tahun baru dengan saling memberikan hadiah; iaitu potongan dahan pohon suci untuk merayakan pergantian tahun. Kini, mereka saling memberikan kacang atau 'syiling' lapis emas dengan gambar Janus.

Di Brazil, pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, sebahagian masyarakat Brazil berbondong-bondong menuju pantai dengan pakaian putih bersih. Mereka menaburkan bunga di laut, menanam tanaman atau buah-buahan seperti mangga, betik, tembikai dan lain-lainnya didalam pasir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang Dewa Lemanja, dewa laut yang terkenal dalam lagenda negara tersebut.

Manakala menurut kepercayaan beberapa masyarakat Jerman pula, jika mereka memakan sisa hidangan pesta perayaan 'New Years Eve' pada tanggal 1 Januari, mereka percaya tidak akan kekurangan makanan selama setahun penuh.

Jadi kesimpulannya, diperhatikan bahawa beberapa masyarakat di sudut dunia ini merayakan tahun baru atas kepercayaan dan adat kebudayaan masing-masing. Maka sebagai umat Islam di Malaysia, di manakah kewajarannya meraikan tahun baru apabila tiba tanggal 1 Januari tersebut?

Perayaan ini tidak ada dalam hadith dan Al-Quran, tiada dalam adat dan kebudayaan dan tiada satu pun sejarah yang dapat dikaitkan dengan kewajaran sambutan tersebut. Jadi mengapakah perlunya kita berhabis-habisan membelanjakan wang ringgit bagi meraikannya?

Lebih bahaya lagi kiranya kita melihat dari sudut aqidah! Orang barat (Rom) meraikannyakerana menghormati dewa mereka, Janus. Kita umat Islam apa yang perlu dihormati? Dan perlu ditanya juga, apakah hukum meraikannya dan dimana letaknya aqidah kita?

Tidakkah ini jarum sulit dan dakyah barat yang telah berjaya dimeterai ke dalam budaya kita, hinggakan sambutan ini menjadi satu kemestian yang perlu diraikan setiap tahun...!

Wallahua'lam...



nota : sebahagian isi artikel ini adalah dari karangan Saudara Nazri Zakaria dari buku Rahsia Untuk Umat Islam... sila berikan kredit kepada beliau bagi mana-mana salinan.

Tiada hakcipta didalam Islam.

2 comments:

padukakerol said...

masyarakat Islam sedunia kena sedar kalendar non-Muslim menjadi keutamaan.

bagus la kau dedahkan dan panjangkan lagi perkara ni kepada semua. tergagap kita nak menghafal kalendar Islam.

dalam diam kita terima bulat2 satu lagi produk buatan kuffar.

AbuHakeem said...

semua dengan izin Allah Rabbul Alamin...

bukan dalam diam rol... kita sering anggap "alaa... takper.... " atau "yang penting aku sembahyang"...

bab aqidah sering disalah tafsir sebagai fekah dalam masyarakat sekarang....

terima kasih rol.

-abuhakeem-