Tuesday, November 23, 2010

KUASA, UNDANG-UNDANG, KEMANUSIAAN.

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mencipta. Tiada satu pun ciptaannya didunia ini yg tiada gunanya. Hanya Allah Yang Maha Besar.

Pertama-tama saya doakan kepada pengunjung blog ini semoga Allah merahmati kalian dan mempermudahkan urusan harian dan bersatu didalam usaha menyebarkan syiar-Nya. InsyaAllah.

Harap maklum, saya bukanlah ahli didalam perihal hukum dan feqah dan orang yang boleh dirujuk jika ada permasalahan hal-hal agama. Saya insan daif dan usaha di blog ini adalah salah satu usaha saya untuk menegur dan menasihati diri saya pertamanya, dan kepada subjek-subjek yang perlu kita lihat sebagai garis pedoman. Tidak sekali-kali saya berniat menunjuk pandai, malah saya dengan rendah hati, memohon pengunjung yg bijak saksama bersama2 membantu menasihati saya dan rakan2 lain. InsyaAllah...

Kembali pada tajuk, kali nie satu peristiwa berlaku beberapa hari yang lepas. Peristiwa yang benar2 menyentuh hati. Menyentap kesabaran. Membakar api kemarahan. Mendidihkan gelora jiwa. Peristiwa berlaku di Carrefour Batu Pahat.



Hari itu, selesai Maghrib, saya sekeluarga keluar untuk membeli belah. Saya pasang niat untuk ke Carrefour kerana saya juga ingin mencari buku2. Kat Carrefour Batu Pahat, kalau masuk main entry leh jumpa gerai buku. Macam-macam buku ada. sebab tu saya ke sana dan kelebihannya, senang nak pilih buku. Tokey nya pun muslim. dan buku-bukunya pun Islamik. Dulu selalu pergi Popular, tapi susah betul nak cari buku kerana mereka tak label buku Islamik dengan tepat. Selain gerai kat Carrefour tu, satu lagi kedai buku yang mudah saya pergi ialah di belakang CIMB Bank Batu Pahat. Dihujung jalan sebelah Telekom. Kedai kecik jer. Sebelah kedai tu Cyber Cafe.

Isteri ajak saya cari, bahan keperluan dulu, tak lama kami dalam Carrefour. lebih kurang 1 jam sahaja. Kemudian saya membawa keluarga ke gerai buku tersebut. Sambil belek2 buku (isteri pergi beli Papa Roti), saya terpandang 2 orang budak bersongkok, membawa resit ditangan, dan masing-masing dengan sebuah beg. Dalam hati saya pasti mereka dari mana-mana Institusi Muslim yang mencari dana / sumbangan. "Kejap lagi lah" dalam hati saya memasang niat untuk bersua mereka.

Seketika kemudian, isteri saya tergesa-gesa berjumpa menyatakan anak sulung kami yang berumur 3 tahun 25 Nov ini batuk2 dan semput. (anak sulung memang sering kena semput, kalau batuk-batuk lagi la mudah kena serang semput. Saya bercadang nak membawa ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan segera asma anak saya. Terlupa perkara bertemu 2 orang remaja tadi.

Saya dan keluarga pun bergerak la ke arah pintu utama. Tiba-tiba saya terdengar satu suara yang kuat yang melebihi hiruk suasana di dalam Carrefour itu. Saya toleh kearah suara itu. Suara itu datang dari seorang yang berpewatakan agak tak terurus (macam hiippies lebih kurang) berambut panjang berseluar paras lutut. Pemuda itu sedang mengherdik 2 remaja tadi. Baru saya teringat niat saya hendak berjumpa mereka.

Saya pesan kepada isteri supaya bawa anak2 ke kereta. Namun beliau enggan dan menunjukkan minat yang sama seperti saya, menghampiri 2 remaja dan pemuda itu untuk mengetahui butir perkara kekecohan yang berlaku. Untuk makluman, ia betul2 di tengah ruang legar hadapan pintu utama bersebelahan restoran Kopi Rengit.

Pemuda tersebut memegang sebungkus CD Audio dari labelnya bertajuk CAHAYA **** saya tak nampak selebihnya... sambil mengacu-acu CD tercsebut ke arah muka remaja tersebut, pemuda itu menerangkan kesalahan remaja tersebut menjual CD tersebut. beberapa Akta dikeluarkan dan mempersoalkan kesahihan "originality" CD tersebut. Pemuda itu juga mempertikai kebenaran permohonan sumbangan.

Apa yang remaja itu mampu lakukan? Remaja itu hanyalah insan yang baru bertatih dalam dunia nie. Hati saya bergelojak dengan kepanasan hati terhadap kesombongan pemuda itu yang bagi saya terlalu mendewa-dewakan / mengagungkan undang-undang rasmi negara. Semakin ramai mata memandang semakin angkuh pemuda itu. Umpama memiliki kuasa menghukum tanpa perbicaraan lagaknya. Ia berlangsung selama 2-3 minit sejak saya menghampiri mereka, dan berakhir bila pemuda itu terdengar isteri saya berkata dengan hampir kuat, "berlagaknya..." serta pemuda itu terpandang saya yang sedang sedaya upaya menahan marah.

Pemuda itu akhirnya dengan lagak seperti penguasa, berkata nyaring, sesuatu yang sukar saya nak ingat kerana teramat menahan marah... seperti mengancam remaja itu, dan lebih menjadi-jadi apabila seorang pengawal keselamatan datang dan bersama-sama pemuda tadi menyalahkan tindakan remaja tersebut yang berusaha untuk mencari sumbangan.

Akhirnya episod kegeraman saya tamat. Saya panggil remaja itu dan arahkan dia beredar sahaja. Sambil kami melangkah bersama keluar dari Carrefour, sengaja saya memberi kata-kata semangat agak lantang kepada remaja yang nampak sungguh sedih dan terganggu emosinya, saya berkata lebih kurang, " takper dik, InsyaAllah usaha adik kalau ikhlas, Allah pandang. pedulikan mereka yang menongkat langit dengan undang-undang kafir tanpa kemanusiaan itu. biar mereka tanggung kat akhirat usaha adik yang terbantut tu." sengaja saya berkata kuat kerana disebelah saya betul-betul pengawal keselamatan tadi. Isteri saya menambah, "biar mereka dik, kang kat kubur kang suh diorang pakai mahkamah tinggi jer.... yasin pun tak yah baca, guna buku perlembagaan jer..."

Saya jeling penuh makna pada pengawal keselamatan itu. Beliau serba salah dan kembali masuk kedalam bangunan. Remaja tersebut pergi tanpa berkata apa-apa. Namun jelas kelihatan kesedihan yang amat sangat. saya tak dapat menafsir tahap kesedihan mereka.

Andai kata, benar remaja itu mengutip sumbangan yang tidak benar, bukti perlu dikemukakan dan laporan polis perlu dibuat, bukan kita menghukum di khalayak ramai. Dan berbangga-bangga dengan laungan akta-akta yang entah betul entah tidak. Jika sumbangan tersebut untuk membantu menyuap mulut2 yang kelaparan, dan hari itu mereka tidak mendapat rezeki dari Allah, maka panjang ceritanya...

Mengapa kita mudah memandang serong pada institusi Islam? masih terlalu ramai diluar sana yang menganggap Islam itu hanyalah sembahyang 5 waktu... masih ramai yang solat 5 waktu tapi tidak bertudung.... masih ramai yang solat tapi menogok arak. Masih ramai yang langsung tidak tahu hatta nama sebenar Rasulullah s.a.w..... tapi masih mengaku diri Islam.... dan kita berjumpa mereka hari-hari...

Namun, apa yang kita lakukan?

perkara tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa tadi, pasti ramai yang tahu... Allah Maha Kuasa.
Tiada niat saya menjadikan subjek sebagai tempat melampias kemarahan, namun ia satu penceritaan untuk diambil pedomannya.

Bantu lah saudara se-Islam kita....
dan BACALAH.

jazakallah khairan khatira....

5 comments:

kerol said...

setan jadi kafir kerana adanya sifat riak dan takbur.

AbuHakeem said...

betul-betul-betul

aku cuba menahan rasa marah yg membuak2.. kerana kemarahan itu sering didampingi kesilapan dan kesilapan itu pula datang dari hasutan syaitan...

kerol, lama tak on The Seven String?

Ihya-Ulumiddin said...

Salam bapa kepada Hakeem. :)

saja lari tajuk sikit, The Seven String tuh apa ya? mcm pernah dgr smlm semasa main futsal.

hee~

insyaAllah abuHakeem kita akan berjuang sehingga hembusan nafas terakhir disini. kdg2 agak pening saya tengok beberapa manusia yang masih nk bertelagah sesama sendiri didalam blog sedangkan perjuangan sama.

saya anggap ini penyeri dalam berdakwah. hee.. sbb 'jawapan' perlukan 'persoalan' dua-dua saling memerlukan. :D

insyaAllah jumpa lagi.

AbuHakeem said...

Salam kembali dengan rahmat Allah kepada sdr Ihya. :)

abah hakeem ucap terima kasih kerana sudi mengunjung kesini... :)

The Seven String ialah blog milik rakan baik saya sdr Khairul (kerol).

kalau the seven string lain, wallahua'lam... rasa ada macam related dengan gitar. (tujuh tali) rasanya la.. saya daif ini tak berani sgt nak describe. maaf.

pertelagahan yang sihat tidak mengapa sdr Ihya. kerana setiap kemusykilan bersama fakta sepatutnya dijawab dengan fakta sahih. kalau berkenaan urusan agama Islam, ia perlu dengan firman atau hadith yag sahih... bagi saya la...

kecenderungan pertelagahan biasanya bila ada pihak nak menegakkan benang yang basah, walaupun sering diajukan pertanya bersifat ilmiah dan mesra. Dan bila kita gagal menerima kesilapan diri...

InsyaAllah Allah satukan kita satu hari nanti... harap2 kita dibawah payung yang sama... :)

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu