Tuesday, September 28, 2010

SUBUH, dimana diriku?


Limpah kurnia Allah sahaja yang menyuburkan dunia ini. Syukur Alhamdulillah. Allah Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga sekalian Mukmin dan Mukminat dibawah naungan Rahmat-Mu. Amin.

Artikel dahulu sudah saya ceritakan perihal kisah Subuh. Kali ini secara pendek ingin saya berpesan-pesan akan perlunya kita bangkit Solat Subuh.

Kenapa subuh? Solat fardhu ain yang lain juga sama penting dan wajib. Namun subuh banyak ceritanya.

Ambil la kisah saya sahaja… ketepikan orang lain. Saya ini daif dalam menunaikan solat. Malah dahulu pernah hidup dalam kegelapan dan kejahilan lantaran asyik dengan halwa kemanisan material duniawi. InsyaAllah, saya masih belajar dan akan terus belajar serta memperbaiki diri saya disamping bersama-sama rakan-rakan yang amat taqwa InsyaAllah untuk menjadi hamba Allah yang baik. Lebih dari itu saya tidak layak.

Kita mulakan dengan Zuhur. Waktu rehat saya dari pukul 1 hingaga pukul 2… kalau dah penat sgt lg 10-15 minit sebelum pukul 1 dah ‘landing’ kepala kat meja dalam bilik…. Kekadang selalu juga tertidur… kalau tak berapa penat, InsyaAllah sampai ke surau…. Kalau tak, pukul 2 tu nasib baik ke tandas basuh muka…. Dapat la sekali berwuduk…

Asar. Bg saya ini yg paling sering saya ‘kelalen’ kata orang jawa… (namun saya banjar). Pukul 4-5 tu waktu kritikal sibuknya hal kerja. MasyaAllah… memang jarang sekali dapat solat di opis. Kalau sampai rumah mertua pukul 5.30 untuk amik anak biasanya sempat gak solat… tapi kadang2 pulang disambut anak yg comel dan manja mintak macam2… layan anak sampai terlupa dah pukul 6… biasanya isteri yg sedarkan… kalau tak dah sampai rumah dalam pukul 6.20 baru nak ingat… bukan sedikit jugak saya terpaksa qada’…

Maghrib. Ini solat famous. Ramai yang rajin solat maghrib. Dan bg saya inilah solat yang sering mengingatkan saya perihal terlupa solat asar! (malu)

Isya’. Tak nak ulas. Waktu yang amat panjang. Namun pengaruh tv amat la jahat. Namun diturutkan jugak la kehendak naluri tv tu… (malu lagi) tapi tak mengapa, kerana malam sunyi banyak hikmahnya…

Sampai la kita ke solat subuh. Kenapa saya sering berkata pasal subuh? (sering tu tak la sgt). Diantara 5 solat wajib, subuh dianggap paling berat. Walhal ia solat paling pendek. Dan solat yang mempunyai waktu yang pendek juga seperti maghrib. Namun mengapa berat? Sudah pasti kerana ia waktu kita hendak memulakan hari.

Bangun subuh, mendirikan solat berjemaah adalah perjuangan yang amat berat bagi sebahagian kita. Nak bangun sahaja dah jadik satu perjuangan. Beberapa mata tak sanggup nak terbuka, sebahagian bangun dengan hati dan rasa malas, ada yang dah bangun atau terbangun namun terlelap semula, ada pula yang bergerak untuk menarik selimut sahaja (yer la… dah time sejuk.. best), namun ada yang langsung tak bergerak dan sambung mimpi yang entah indah entah ngeri…

Ada yang memerlukan bantuan orang lain untuk banguun subuh, ada yang bangun namun melengah kan pula solat subuhnya. Ada pula yg solatnya dalam keadaan malas dan ada yang separa sedar! Malah pasti ramai yang solat sambil mata terpejam dan mulut menguap berkali-kali.

Sebenarnya situasi itu sudah cukup bagus daripada langsung tak bangun. Apa yang penting ada juga niat dan keinginan menunaikan solat subuh itu.

Tetapi ada golongan yang berlumba-lumba ke masjid dan surau mendapatkan solat berjemaah tatkala azan subuh dah berkumandang. Mereka menunggu-nunggu subuh bukan diatas tilam, mereka melanjutkan ‘jaga’ mereka sehingga waktu subuh. Malah ada yang rasa sungguh menyesal jika terjaga waktu azan berkumandang. Inilah golongan yang rela mengorbankan kenikmatan tidur serta meminimakan waktu rehat mereka.

Kesungguhan mereka lebih teruji bila mereka meredah pagi pekat yang gelap dingin untuk berjemaah. Inilah orang-orang yang suatu waktu dahulu seperti Nabi Muhammad s.a.w yang mengejar waktu subuh berjemaah sehingga terpilih mengangkat Hajaratul Aswad di Ka’abah dulu.

Inilah orang-orang yang terpilih untuk perang2 besar dan misi-misi khas untuk mengejar syahid. Inilah golongan yang sering dituntut oleh Syeikh Imam Hassan Al-Banna kepada jemaahnya. Malah dalam sejarah perluasan empayar Islam, golongan subuh inilah tunjang kejayaannya….

Kita bila lagi…. Malah saya pun daif lagi lemah. Artikel ini hanyalah pesan untuk mengingati diri saya. Jika ada yang silap mohon diperbetulkan, jika ia sesuatu yang baik, semoga Allah yang tentukan balasannya. Semoga hati ikhlas saya tidak goyah dengan izin Allah.


Maha Suci Allah yang menjadikan waktu subuh pemula hari yang indah bagi orang-orang yang beriman dan takut kepada-Nya…. Maha Suci Allah yang memiliki waktu dhuha selepas hadir waktu subuh yang menjanjikan limpahan rahmat dan rezeki-Nya…

Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.

sebahagian artikel ini adalah dari cetusan artikel dari www.warnaislam.com dan www.bertahajudlah.blogspot.com

2 comments:

naga said...

Salam. Semoga sihat sejahtera!

Selamat Hari Raya sdr Abu Hakeem!
Terima kasih diatas artikel Subuh.Perkara penting yg jarang kita fikir-fikirkan.
Selepas baca artikel tajuk Rezeki dlm MF, baru saya insaf dan sedar bhw kelapangan masa, kudrat tenaga hatta kesihatan badan dan fikiran dan segala perkara yg membolehkan kita berupaya menunaikan solat - any solat - merupakan satu bentuk 'rezeki' dari Tuhan.
hhmmm..dulu saya solat pakai 'taruk' je...lepas tu berbangga pulak sebab terasa hebat rajin solat, dan juga marah2 kenapa ada org lain boleh suka2 tinggal solat..hhmm jahilnya diri...
Rupa2nya Allah boleh saja menarik balik 'rezeki' solat dr kita. Mungkin kita too busy ke sampai lalai, tertidur ke....etc
Sekarang ni..setiap kali sebelum solat insyaAllah, saya memohon kepada Allah supaya 'direzekikan' utk dpt melakukan solat berkenaan. Begitu juga kepada sahabat2 yg lain, semoga Allah sentiasa memberi 'rezeki' solat kepada kita semua.
Barulah juga saya faham akan doa Baginda Nabi Ibrahim A.S. supaya zuriat keturunan baginda dari kalangan org2 yg menjaga solat.
Teruskan berkongsi pengalaman sdr dgn kami semua - sahabat2 siber anda!
Wallahualam.

AbuHakeem said...

Salam kembali buat sdr Naga. dan selamat hari raya. :)

ya artikel tazkirah 'Rezeki' MF memenag amat berkesan.... di situ saya dah dapat pembayang Ar-Rahman dan Ar-Rahim. dimana sebagai seorang Muslim kita amat bertuah mendapat rahmat Ar-Rahim Allah s.w.t....

semoga kita saling nasihat dan menasihati sentiasa... kerana tiada lagi manusia maksum selepas Nabi Muhammad s.a.w :)

nanti jika ada kelapangan lagi saya ceritakan pengalaman berjumpa dan bersama selama 3 hari seorang individu yang amat biasa, namun mampu mengetuk bilik org yang tidak dikenali, semata2 mengejutkan bangun solat subuh! :)

Allahuakhbar.

-abuhakeem-