Thursday, August 16, 2012

Kemuliaan Syawal, Keberkatan Ramadhan...

Semoga kita semua berkesempatan menikmati Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan... InsyaAllah..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah Penguasa Kerajaan di Langit dan di Bumi...



maaf lama tidak muncul...
namun apa la kesan ketiadaan saya ini... tiada apa-apa...

PRE-POST Next Post,

Mintalah Apa Yang Kamu Kehendaki.... Allah pasti beri...

-cara-cara minta...
- magnet rezeki....
- Keseronokan dan kesedihan...
- apa itu ujian, apa itu musibah apa itu kerugian... apa itu salah sendiri....
- bila kita leka? bila pula kita sedar?
- Perjuangan jalan Salafus Soleh?
- Surat kepada PAS dan UMNO....

Ya Allah... mudahkan lah aku untuk bersama rakan-rakan siber ku....
Ya Allah... mudahkan lah aku untuk bersama rakan-rakan siber ku....
Ya Allah... mudahkan lah aku untuk bersama rakan-rakan siber ku....

Semoga kami diberi nafas yang cukup untuk menjelajah sepenuhnya Ramadhan mu di tahun 1433 ini...



AbuHakeem 2012

Tuesday, January 24, 2012

Apa yang berlaku?

Allahuakhbar....

dah berminggu-minggu saya nak update ruangan blog. Namun masa memang tidak mengizinkan. malah projek VCD saya pun tertangguh kerana tak mahir.

Minggu-minggu yang sudah berbagai peristiwa berlaku. Malah yang mengejutkan juga berlaku. Sedar atau tidak, kita telah pun berada didalam tahun yang penuh kontroversi. Tahun masihi yang sebelum ini sering memberi igauan dan persepsi yang amat radikal, yang amat luarbiasa.

Apa yang akan berlaku?

Wallahu aklam bissawab.... Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Jujurnya saya ketika tahun 2011 melabuhkan tirai, berbagai perspektif sudah saya bayangkan. Adakah dunia akan masih sama seperti sebelumnya atau berlaku perubahan drastik? Cuaca yang sering berubah tanpa diduga sejak tahun 2000, iklim politik yang mencatatkan situasi tak terjangka, teori konspirasi yang makin hangat dalam pelbagai jurusan, dan macam-macam lagi. Apa yang menarik? Mungkin durian tak bermusim lagi... itu yang memberi nafas lega sebentar.

Sedang saya terkial-kial menyiapkan VCD untuk edaran percuma syarahan Syeikh Imran Hossein di Singapura berjudul 'Dajjal the False Messiah'... satu panggilan telefon dari rakan pemikir saya, Saudara Khairul (The Seven String blogspot) pada minggu lepas menyentak hati yang sering berleka dan bermalas-malas.

"Jang, ko ada dengar cerita kat Kota Samarahan tak?"

"Citer apa? ceciter..." saya membalas panggilan telefon lewat petang dia.

"Daerah tu malam-malam kedengaran suara misteri dari langit..."

"Biar betul ko Rul..." dengan nada sentakan dari saya.

dan bermulalah diskusi yang bukan-bukan. Teori yang rambang. sambil jari jemari saya pantas menyelidik apa yang berlaku di internet sambil masih berbual dengan Saudara Khairul.


Artikel ini bukan nak menyentuh sangat pasal suara misteri itu. Tapi ia amat menarik minat saya. Lalu saya diketemukan dengan artikel beberapa blog hasil keyword "Suara Langit Kota Samarahan" di pakcik Google. setelah enjin Taqwa kurang hasil.

Dari hasil itu juga beberapa siri kejadian yang sama berlaku di Sweeden, Denmark dan kota London! mungkin banyak tempat lagi tapi tiada laporan dinyatakan... Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Kembali ke rumah saya bersiap untuk pulang ke kampung bersama keluarga di Paloh, Kluang. Malam itu setelah semua tidur, saya buka 2 buah buku. Satu buku Imam Mahdi di Ambang Pintu terjemahan dari Muhammad Isa Dawud dan Buku Kaum Yang Pupus dari Harun Yahya.

Tercari-cari benda yang saya tak tahu sebenarnya apa yang terbuku... bacaan saya pun tidak fokus... saya sering bayangkan apa yang akan berlaku dalam tahun ini? bukan saya percaya pada kalender Mayan atau ramalan Nostradamus, tapi saya memahami sedikit hasil tunjuk ajar, ustaz-ustaz yang sering membantu saya dalam permasalahan agama, berkenaan hadith-hadith akhir zaman....


Apa yang akan berlaku?

Ini persoalan yang tiada siapa yang mampu menjawab. Tapi sesiapa sahaja mampu bersedia. kerana Allah dan Rasulullah s.a.w telah memberi hint dan petunjuk untuk kita bersedia. Jika kita lihat aspek perubahan atau petunjuk pada lingkungan keluarga, pasti tiada apa yang berlaku drastik. mari kita keluar. Mari kita bersama dengan orang ramai. Mari kita lihat pandangan mereka terhadap agama dan iklim pemerintahan.

Pernah saya terfikir untuk membuat satu rakaman video temubual rambang terhadap lapisan golongan berkenaan pandangan beberapa isu. Mungkin bagus untuk dibuat kajian... mari kita bertanya, berapa ramai umat Muslim yang percaya pada teori Darwin? berapa ramai yang yakin dengan Demokrasi? Berapa ramai yang masih tahu tahun hijrah sekarang (tak masuk lagi hari dan haribulan)... berapa ramai yang memilih menghantar anak ke sekolah pondok? Berapa ramai yang tahu Zionisme? Berapa ramai yang menganggap kelab Rotary adalah kelab kebajikan semata-mata.... dan berbagai lagi.... tapi saya tak buat... saya nie banyak alasan.... malas pun ia... penuh kekurangan...



Saya sering keluar bersama keluarga, namun melihat sekeliling, adakah marhaen sekeliling ini tahu dan terfikir seperti saya? pasti ada. malah lebih hebat dari saya yang tiada apa-apa ini. Tapi bila melihatkan kelekaan orang ramai dengan tugas harian dan hiburan segalanya, kerisauan pasti timbul kembali. Saya tahu saya tak akan berjaya membantu kesemuanya... sikit-sikit pun Alhamdulillah....

Malah makin menakutkan bila ada yang mengatakan kedatangan Dajjal itu hanyalah mitos seperti Merong Mahawangsa! bukan dari remaja shuffle tepi jalan... tapi dari golongan dewasa berkemeja kemas yang saya yakin hampir 40an usianya. Malah tak keterlaluan jika saya kata ada pengajar Gred tinggi ditempat saya, menafikan malah meminta bukti kedatangan Imam Mahdi! dan orang ini solat jemaah jarang tinggal... bagaimana anda tangani? saya hanya terkelu... terus memberhentikan bicara di meja makan waktu itu... nampaknya usaha saya menimbulkan topik akhir zaman tak membuahkan hasil... malah diketawakan... Iyalah... siapalah saya berbanding mereka bergred tinggi dan bergaji besar.... mana mungkin mereka setuju kata-kata dan fakta dari seorang yang hina nak mengajar mereka.... :)

jadi...



Apa yang berlaku?

Usahalah sesama kita untuk lebih mendekatkan diri dengan amalan para Rasul. mencuba menjadikan zikir sebagai pengganti lagu-lagu dikala sendirian... perlahan-perlahan.... semoga Allah jauhi segala bencana pada kita dan keluarga kita. dan menghadiahkan kemenangan kepada pejuang-pejuang Agama Allah. walaupun bukan itu tujuan wahid para pejuang Islam kerana mereka berusaha dan hasilnya tidak menjadi ukuran. Mereka tidak berdukacita, kerana tiada istilah putus asa dalam perjuangan mereka... Mereka lebih rela mati dalam kematian berusaha mereka....

Apa yang berlaku?

Apa yang berlaku dah bertahun-tahun diwar-warkan dan dimomokkan... bagi yang anti-Islam, tujuan mereka supaya tiada umat muslimin yang akan merangkak disalji untuk berjuang keringat menghayun pedang dan memuntahkan peluru pada tentera Dajjal....

Bagi para pejuang kalimah tauhid pula, ia hari-hari yang ditunggu untuk mencari kemenangan hakiki di akhirat...

bagi saya.... saya tetap bertahan seperti sebelum ini. Entah kaki saya akan melangkah pantas mengejar pejuang-pejuang Allah yang lain atau menggeletar terduduk kenangkan nasib keluarga, hanya Allah yang tahu... kita berbicara berbeza dengan kita melakukan... semua orang boleh berbicara, namun tak semua Allah pilih untuk merasa "keriangan" berjuang yang sebenar-benarnya... semoga kita semua merasa "keriangan" itu...

dan saya berterima kasih pada sahabat-sahabat yang memberi pelbagai idea tentang beg survival saya. nampaknya saya kena beli Beg Hiking pulak... macam-macam nak isi... :)
Isteri saya pun dah mula minat nak buat Survival Bag sendiri. hehehe... alat solek ke dalam tu? hehehe....

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan poskan VCD Syeikh Imran Hossein bagi sesiapa yang berminat. Saya salin video syarahan beliau di Youtube hasil usaha sdri NurulSaqeenah (buat subtittle) Ia Percuma InsyaAllah. Tunggu siap... (kos buat VCD lagi murah dari buat buku kecik... hihihi ) ;) cuma saya ada masalah nak burn CD... tak tau nak compress macamana lagi atau convert file... tak muat nak masukkan 9 episod dalam satu CD... nak buat 2 keping, saya kurang kemampuan nak copy banyak-banyak nanti... :)



VCD Membongkar Konspirasi 911 tu pun entah dah berapa saya salin... tak ingat... dan masih lagi menerima permintaan... Alhamdulillah....

Jumpa lagi...

Ya Allah, berilah kekuatan kepada pejuang-pejuang agamaMu Ya Allah...

sedikit hadith untuk renungan....

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

-abuhakeem-

Monday, November 28, 2011

Dunia... berapa lama waktu yang ada? Bag Survival saya


Assalamualaikum....

salam hijrah dari saya.... terlalu lama saya menyepi... perasaan membuak untuk menulis hadir setiap minggu... namun masih gugup untuk meneruskan coretan....

Entah mengapa ia muncul.... gugup bila hendak menulis... malah saya gugup hendak bertemu orang ramai... saya gugup bersama jiran-jiran.... saya gugup bersama jemaah...

Beberapa waktu dahulu ada kenalan yang sering meminta pendapat dan panduan.... malah kadang-kadang jiran-jiran pun bertanya.... ada juga di inbox email saya....

kalau meminta pendapat dan tunjuk ajar ilmu duniawi.... mana yang saya tahu, InsyaAllah saya berikan... berkenaan hal agama, dan syariat... janganlah.... saya masih lagi belajar... malah jahil lagi... kelas pun ponteng lagi.... amal pun hina lagi.... saya tak mampu... maaf....

Apa yang tercoret di blog ini adalah cara hidup saya.... semudah yang saya mampu... semampu yang saya buat untuk saham akhirat saya.... saya bukan Ustaz, bukan Imam atau bilal... bukan sapa-sapa.... saya abuhakeem... abah kepada putera sulung saya Shahir Ul-Hakeem.
Saya manusia yang Allah ciptakan seperti orang lain... hidup untuk beribadat dan menguruskan rezeki yang Allah letakkan dibumi dengan cermat dan baik... Saya tiada apa-apa.... tapi saya sudi berkongsi pengalaman hidup saya... walaupun saya tahu, hidup saya bukan yang baik... tapi itulah yang saya mampu... sambil-sambil belajar menambahbaik diri dan keluarga saya sendiri


Sebenarnya banyak yang saya nak kongsikan sejak dari artikel yang lepas... namun semuanya berkubur.... saya gugup bukan kerana ada perselisihan apa-apa... tiada.. saya gugup kerana dengan tiba-tiba, saya seumpama menghitung sesuatu yang tiada dalam ilmu yang saya pernah belajar... menghitung takdir dan masa depan....

Beberapa kali saya bermimpi suasana aman di negara indah ini berkecai... beberapa kali juga saya bermimpikan panduan-panduan primitif.... namun tidak pernah saya ingat.... kerana jika ia mimpi... memang saya orang yang amat sukar nak ingat... berbeza dengan pengalaman atau petunjuk ketika antara tidur dan jaga.... InsyaAllah saya ingat jelas butirannya....

Namun satu hari saya mendapat sebuah ilham. Persediaan jika dunia sekeliling saya ini tidak lagi menjadi satu harapan ortodoks harian saya... harapan aman damai seperti biasa... apa kata jika ia diserang atau dilanda bencana?

nie bukan beg saya... nie dari pakcik google

Saya mula menyelongkar bilik... dapat 2 buah beg yang tidak digunakan lagi tapi masih elok... sebuah beg galas belakang dan sebuah lagi beg galas sisi. Saya kemudian mengumpulkan beberapa peralatan.... Saya keluarkan benet dan pisau "rambo" yang tersimpan di dalam kereta dan toolbox peralatan memancing. beberapa peralatan memancing asas berupa tali dan matakail serta alatan lain. kebetulan ada dua "bandage" dalam rumah. Panadol dan ubat semput... "raincoat". Beberapa meter baki tali untuk ampaian baju.

Saya ke kedai membeli mancis dan "lighter". saya beli 4 mancis dan 4 "lighter". Setiap beg juga diisi buka nota sederhana dan dicatat peralatan yg ada. Saya ambil 2 dari 3 botol air yang ada dirumah, dan kompas.... saya ada satu jer... itupun kompas dual yakni ada tunjuk arah kiblat... bolehla.. lagi bagus! Hujung bulan nie InsyaAllah nak beli sleeping beg 2... kalau murah leh beli 4... beberapa helai kain buruk dan tuala kecil....

Satu beg saya simpan didalam kereta... Satu lagi di rumah. dan saya tersenyum.... gila kah saya?
Isteri saya menerbitkan raut muka hairan yang amat sangat.... saya cuma kata... persediaan... harap2 kita tak akan gunakan.... dan dia menambah.... "tak letak duit ker?... seratus ke dua ratus ker?" err... perlu ker... tak kot bagi saya...


nie pun survival kit dari pakcik google pun research.... GPS... hem... mahal kot?

sehari kemudian saya menonton tv bersama isteri... anak2 anak dengan dunia mereka yang berbeza dengan kita dari pandangan mereka... Isteri amat suka menonton MasterChef... ketika iklan, saya pula suka mencuri masa dengan lihat sekali imbas rancangan di saluran Discovery... memang saluran yang amat saya minat... tertekan 554... (ker 553) menunjukkan suasana tornado di Amerika.... beberapa temubual berlangsung... kemudian ada seorang pemuda, mengatakan dia dengan segera mencapai beg khas peralatan survival ketika kecemasan... dan kemudian bertukar menjadi muka Chef Riz anak Chef Wan... cet....

Beg kecemasan? Beg Survival? ya! saya dapat nama utuk beg saya.... memang telah lama saya terfikir untuk membuat persediaan bagi sebarang kebarangkalian.... selama menonton Man vs Wild, Dual Survival, Man-Woman and Wild, dan beberapa siri rencana kemandirian hidup.... saya sering terfikir....


macam-macam ada. InsyaAllah saya pun akan topup Survival Bag saya perlahan-lahan... yang penting ada!

Allah memegang takdir kita semua... dan kita pasti tidak terjangkauan perancangan yang telah Allah rencanakan... kerana Allah perancang maha hebat! kita mampu bersedia....

Sedang sibuk-sibuk di Facebook saya lihat para pejuang kebangkitan khalifah, berkobar-kobar menunggu hari kedatangan Imam Mahdi, tiada yang hendak mengusulkan atau mengcadangkan apakah jalan dan cara serta panduan terbaik untuk meneruskan hidup di zaman kemaraan Imam Mahdi... adakah cukup dengan amalan rohaniah sahaja? Umum tahukan era yang akan diharungi oleh Imam Mahdi? jika kita orang dewasa dengan mudah boleh berfikir kita mampu bersama mengharunginya... bagaimana dengan kanak-kanak, bayi, wanita, atuk dan nenek? Tegap dan gagah kah mereka hidup dalam dunia peperangan yang akan menghakis segala keperluan hidup hingga ketahap sadis?

Mampukah kita menahan lapar? mungkin kita mampu, bagaimana pula jika kita ada anak yang masih menyusu?.... bagaimana kita melihat anak-anak kita meminta makanan? sanggupkah kita memberi mereka makanan survival?...

masing-masing ada dada... tepuk sendiri... dan yang lelaki jangan tepuk dada wanita bukan milik anda!




nak tahu lebih kemandirian hidup @ survival? setahun lepas saya ada baca sebuah blog.... Military of malaysia kalau tak silap... cari ler... saya pun nak cari balik dan kemaskini beg survival saya... dan tambah nota dalam beg tu....

:)

Allahuakhbar!

-saya bimbangkan bencana alam sebenarnya... Batu Pahat nie selalu banjir... malah dekat dengan laut....

-kalau ada rezeki saya letakkan gambar Beg Survival (Survival Bag) saya... walaupun saya sedar ia masih jauh dari lengkap dan serba kekurangan.... tambah kekurangan bila kamera digital saya sering malfunction... dah 4 tahun pun kamera cap benq tu...

Sunday, October 2, 2011

Kesedaran dari alpa....


Bismillahirrahmanirrahim.....

Tiada yang Maha Berkuasa melainkan Allah. Pemilik sekalian alam ini.... yang memberikan segala hikmah dan rahmat kepada hambanya walaupun pada zaman ini hamba-hambaNya itu ramai yang engkar...

pasti ramai yang sedar betapa lama saya sunyi dari menulis. Sunyi dari memberi komen di beberapa blog.... malah lebih sunyi di dalam laman sosial FB. Ya. ada yang maklum saya memulakan perniagaan percetakan baju. namun bukan itu tujuan cerita saya kali ini...

Blog Abuhakeem ini kebanyakkan kisahnya berdasarkan diri saya... Ya, saya seronok berniaga. Alhamdulillah pelanggan walaupun masih tidak ramai, tapi tidak putus lebih dari seminggu. Kebanyakkan hari sabtu dan ahad saya habiskan untuk menyiapkan tempahan. Jika dahulu saya lebih banyak merayau mengedarkan risalah, pergi mencari-cari orang-orang tua dimasjid untuk berborak untuk mengorek kisah-kisah hidup mereka, dan bersama keluarga, kini saya sibuk. ya perkataan yang keluar ialah SIBUK.

sibuk sangat sehingga setiap kebiasaan yang saya buat sudah saya lupa langsung. kecuali membawa keluarga bersiar-siar (dulu siang sekarang jalan-jalan malam lepas maghrib). Saya sentiasa risaukan perniagaan saya. Ialah, orang baru bertatih. dugaan dan cabaran yang diterima masih belum dapat diukur tahap kemampuan diri menghadapinya.... malah tidak kurang juga ambisi saya yang semakin besar. Saya bercita-cita nak memiliki bengkel, dan kedai sendiri.... lebih banyak saya fikirkan ambisi saya dari saya fikirkan perkara-perkara yang dahulu saya sering fikirkan.....

....

....

....

27.09.2011

saya di Taiping. berkursus... itupun jenuh saya memohon untuk tidak pergi dan jenuh merayu rakan-rakan pejabat untuk menggantikan saya semata-mata ada tempahan yang perlu saya siapkan sebelum 4hb oktober.... dan saya berkursus sehingga 30.09.2011....

Alhamdulillah... Allah perancang terbaik. Sejurus tiba di Taiping, saya memberi khabar diri kepada saudara Khairul Nizam Morsidy (blogger The Seven String) rakan karib saya yang bekerja di sana. Satu jawapan positif dari beliau. Kami berjumpa selepas Isyak pada hari kedua saya disana. hari raya yang lepas pun saya tak jumpa dia... seronok rasanya dapat jumpa kawan berbalah ni... hehehe .... berbalah?

Saya dan Khairul sgt rapat dari zaman persekolahan... belajar di sekolah, Institut sama. Kerja partime dan full time pun sama.... :)

Namun apa yang saya sedari, kami sering berbalah... rasanya kalau orang lain lihat kami berbual di kedai kopi mesti ada yang sangka kami bergaduh besar.... walhal hanyalah diskusi-diskusi dari hati masing-masing... pelik... tapi inilah rakan saya... dan inilah juga hasil kami sering berdiskusi "bermati-matian"....

setelah pulang dari berjumpa Khairul dan berjalan kaki ke penginapan yang jaraknya lebih dari 500 meter ditengah malam, saya berfikir dan terfikir.... betapa lamanya saya tidak berjumpa Ustaz-ustaz yang sering buat kuliah subuh, maghrib dan isyak.... sangat lama!

Saya mula teringatkan kisah hidup dan rutin saya 4 bulan kebelakang... namun saya masih "hanya" teringat... dan seperti kebiasaan, saya tetap terkenang kesungguhan saudara Khairul dalam perjuangannya.... hemmmmm.....

seperti orang gila kerja.... sebaik pulang dan melepas rindu pada anak-anak dan keluarga, saya terus menyusun format kerja untuk menyiapkan tempahan baju sejak malam hari Jumaat lagi (saya sampai rumah pada pukul 7.30pm)... namun ingatan ketika saya berjalan-jalan keseorangan malam berjumpa saudara Khairul itu masih sering cuba-cuba interframe dalam bayangan fikiran.... saya degilkan diri dengan memberi halwa hati... "aku cari duit untuk kesenangan keluargaku.... aku bukan orang senang...."

hari sabtu saya abdikan diri seluruh siang bersama anak lelaki dirumah. bukan melepak tapi meyiapkan tempahan. anak lelaki saya asyik menonton rancangan tv... tidak saya peduli cerita apa yang ditonton.... berbeza tika dahulu... sering saya pantau rancangan-rancangan tv untuk dia...

Pada suatu malam.....

saya tidak pasti siapa yang menonton... tapi saya menonton kerana isteri saya menontonnnya.... sabtu selepas majalah tiga malam tu... Kisah kehidupan... biasa la drama melayu.. tapi yang ini memang pelik.. hingga saya berhenti dari membuat kerja... adakah kerana ceritanya? salah satu faktor... tapi yang membuatkan saya menoleh untuk menonton adalah kerana latar bunyi drama itu....

Asma Ul-Husna....



Maha Suci Allah... 4-5 bulan lepas saya sering letakkan dan ucapkan Asma Ul-Husna ini dibibir saya setiap hari.... setiap malam... latar bunyi cerita itu betul-betul seperti halilintar menyedarkan saya... betapa saya.... entahlah.... saya sendiri tidak tahu perkataan yang tepat... malu dan takut pada Allah.....

lalu saya mengikuti cerita itu walaupun sudah suku perjalanan drama itu. Sesiapa yang nak tahu lanjut drama tu, boleh search kat web ... judulnya Surah Al-Fatihah. Walaupun watak Nasir Bilal Khan ada yg kata extreme (pasal ibadat hingga tak kerja.. anaknya yg kerja walhal masih sekolah rendah) saya tak port sgt kata budak muda....


maaf blogger gambar nie.. tak minta izin.... kredit untuk pemilik gambar ini .. erm.. blog kepala bergetar ker?

tapi dalam cerita itu sekali lagi saya disedarkan.... watak Nasir Bilal Khan dan anak kecilnya membuat kerja amal yang cukup sinonim dan selesa dengan diri saya.... sekurang-kurangnya beberapa bulan lalu..... RISALAH... beliau dan anaknya mengedarkan risalah kepada orang ramai... sehingga risalah terakhir anaknya menyelamatkan seorang wanita dari membunuh diri dimana ayahnya tak keluar mengedar risalah kerana hujan... namun anak kecil itu meredah ribut semata-mata untuk mengedar risalah walaupun tidak bergaji hatta RIBUT melanda!

Ya !!! itulah kisah permulaan saya bergelumang mengedarkan risalah dan menampal risalah dan mengeluarkan VCD dakwah untuk diletakkan sembunyi-sembunyi di warung-warung wrestling dan karaoke dangdut. itulah kisah yang amat memotivasikan diri saya dahulu.... pasti pembaca pernah tahu kisah tersebut bukan.... kisah seorang ayah dan anak yang mengedarkan risalah dan .... sebak saya nak menulis dan meneruskan coretan kali ini...

Adakah itu amaran dan peringatan Allah pada saya? tentang alpanya saya mengejar harta dunia? tentang saya meninggalkan kerja-kerja yg pernah terdetik sekali saya mengharapkan orang lain yang buat supaya saya dapat mencari rezeki Allah dengan perniagaan.... nafsu manusia tidak akan puas.....


.......

.......

.......


dan saya manusia itu.....

ampunkan saya ya Allah.....
ampunkan saya ya Allah.....
ampunkan saya ya Allah.....


......

-abuhakeem-



Friday, September 23, 2011

Tolong.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...
Ini berita dari rakan baik saya, Saudara Khairul (the seven string) dimana kawannya kehilangan anak...

Kepada rakan2 semua, anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam (14 Sept 2011) dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal. Laporan polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:

  • Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)
  • Tinggi : lebih kurang 110cm
  • Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
  • Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.


MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.

Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no:
012-2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 019-6387252 (Salleh). Mohon disebarkan. TERIMA KASIH


-abuhakeem-

Monday, September 12, 2011

Maaf ku pinta, Senyum ku bahasa...





semoga tidak terlalu lewat untuk ucapan ini....

harap tiada yg kata saya cuti lama sgt.... bukan ... saya terpaksa kerja lebih kuat untuk nafkah keluarga pada tahun ini dan tahun-tahun kemudiannya... InsyaAllah....

doa saya untuk semua pejuang dan pencinta Islam, semoga Allah tidak menghentikan rahmatNya kepada kalian... dan bertambahlah waja hati-hati kamu sekalian untuk berjuang dengan cara masing-masing. InsyaAllah....

Allahuakhbar.


gambar : Shahir Al-Hakeem & Aisya Saffeeya dan pakcik mereka di belakang. lokasi rumah nenda mereka.