Tuesday, January 24, 2012

Apa yang berlaku?

Allahuakhbar....

dah berminggu-minggu saya nak update ruangan blog. Namun masa memang tidak mengizinkan. malah projek VCD saya pun tertangguh kerana tak mahir.

Minggu-minggu yang sudah berbagai peristiwa berlaku. Malah yang mengejutkan juga berlaku. Sedar atau tidak, kita telah pun berada didalam tahun yang penuh kontroversi. Tahun masihi yang sebelum ini sering memberi igauan dan persepsi yang amat radikal, yang amat luarbiasa.

Apa yang akan berlaku?

Wallahu aklam bissawab.... Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Jujurnya saya ketika tahun 2011 melabuhkan tirai, berbagai perspektif sudah saya bayangkan. Adakah dunia akan masih sama seperti sebelumnya atau berlaku perubahan drastik? Cuaca yang sering berubah tanpa diduga sejak tahun 2000, iklim politik yang mencatatkan situasi tak terjangka, teori konspirasi yang makin hangat dalam pelbagai jurusan, dan macam-macam lagi. Apa yang menarik? Mungkin durian tak bermusim lagi... itu yang memberi nafas lega sebentar.

Sedang saya terkial-kial menyiapkan VCD untuk edaran percuma syarahan Syeikh Imran Hossein di Singapura berjudul 'Dajjal the False Messiah'... satu panggilan telefon dari rakan pemikir saya, Saudara Khairul (The Seven String blogspot) pada minggu lepas menyentak hati yang sering berleka dan bermalas-malas.

"Jang, ko ada dengar cerita kat Kota Samarahan tak?"

"Citer apa? ceciter..." saya membalas panggilan telefon lewat petang dia.

"Daerah tu malam-malam kedengaran suara misteri dari langit..."

"Biar betul ko Rul..." dengan nada sentakan dari saya.

dan bermulalah diskusi yang bukan-bukan. Teori yang rambang. sambil jari jemari saya pantas menyelidik apa yang berlaku di internet sambil masih berbual dengan Saudara Khairul.


Artikel ini bukan nak menyentuh sangat pasal suara misteri itu. Tapi ia amat menarik minat saya. Lalu saya diketemukan dengan artikel beberapa blog hasil keyword "Suara Langit Kota Samarahan" di pakcik Google. setelah enjin Taqwa kurang hasil.

Dari hasil itu juga beberapa siri kejadian yang sama berlaku di Sweeden, Denmark dan kota London! mungkin banyak tempat lagi tapi tiada laporan dinyatakan... Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Kembali ke rumah saya bersiap untuk pulang ke kampung bersama keluarga di Paloh, Kluang. Malam itu setelah semua tidur, saya buka 2 buah buku. Satu buku Imam Mahdi di Ambang Pintu terjemahan dari Muhammad Isa Dawud dan Buku Kaum Yang Pupus dari Harun Yahya.

Tercari-cari benda yang saya tak tahu sebenarnya apa yang terbuku... bacaan saya pun tidak fokus... saya sering bayangkan apa yang akan berlaku dalam tahun ini? bukan saya percaya pada kalender Mayan atau ramalan Nostradamus, tapi saya memahami sedikit hasil tunjuk ajar, ustaz-ustaz yang sering membantu saya dalam permasalahan agama, berkenaan hadith-hadith akhir zaman....


Apa yang akan berlaku?

Ini persoalan yang tiada siapa yang mampu menjawab. Tapi sesiapa sahaja mampu bersedia. kerana Allah dan Rasulullah s.a.w telah memberi hint dan petunjuk untuk kita bersedia. Jika kita lihat aspek perubahan atau petunjuk pada lingkungan keluarga, pasti tiada apa yang berlaku drastik. mari kita keluar. Mari kita bersama dengan orang ramai. Mari kita lihat pandangan mereka terhadap agama dan iklim pemerintahan.

Pernah saya terfikir untuk membuat satu rakaman video temubual rambang terhadap lapisan golongan berkenaan pandangan beberapa isu. Mungkin bagus untuk dibuat kajian... mari kita bertanya, berapa ramai umat Muslim yang percaya pada teori Darwin? berapa ramai yang yakin dengan Demokrasi? Berapa ramai yang masih tahu tahun hijrah sekarang (tak masuk lagi hari dan haribulan)... berapa ramai yang memilih menghantar anak ke sekolah pondok? Berapa ramai yang tahu Zionisme? Berapa ramai yang menganggap kelab Rotary adalah kelab kebajikan semata-mata.... dan berbagai lagi.... tapi saya tak buat... saya nie banyak alasan.... malas pun ia... penuh kekurangan...



Saya sering keluar bersama keluarga, namun melihat sekeliling, adakah marhaen sekeliling ini tahu dan terfikir seperti saya? pasti ada. malah lebih hebat dari saya yang tiada apa-apa ini. Tapi bila melihatkan kelekaan orang ramai dengan tugas harian dan hiburan segalanya, kerisauan pasti timbul kembali. Saya tahu saya tak akan berjaya membantu kesemuanya... sikit-sikit pun Alhamdulillah....

Malah makin menakutkan bila ada yang mengatakan kedatangan Dajjal itu hanyalah mitos seperti Merong Mahawangsa! bukan dari remaja shuffle tepi jalan... tapi dari golongan dewasa berkemeja kemas yang saya yakin hampir 40an usianya. Malah tak keterlaluan jika saya kata ada pengajar Gred tinggi ditempat saya, menafikan malah meminta bukti kedatangan Imam Mahdi! dan orang ini solat jemaah jarang tinggal... bagaimana anda tangani? saya hanya terkelu... terus memberhentikan bicara di meja makan waktu itu... nampaknya usaha saya menimbulkan topik akhir zaman tak membuahkan hasil... malah diketawakan... Iyalah... siapalah saya berbanding mereka bergred tinggi dan bergaji besar.... mana mungkin mereka setuju kata-kata dan fakta dari seorang yang hina nak mengajar mereka.... :)

jadi...



Apa yang berlaku?

Usahalah sesama kita untuk lebih mendekatkan diri dengan amalan para Rasul. mencuba menjadikan zikir sebagai pengganti lagu-lagu dikala sendirian... perlahan-perlahan.... semoga Allah jauhi segala bencana pada kita dan keluarga kita. dan menghadiahkan kemenangan kepada pejuang-pejuang Agama Allah. walaupun bukan itu tujuan wahid para pejuang Islam kerana mereka berusaha dan hasilnya tidak menjadi ukuran. Mereka tidak berdukacita, kerana tiada istilah putus asa dalam perjuangan mereka... Mereka lebih rela mati dalam kematian berusaha mereka....

Apa yang berlaku?

Apa yang berlaku dah bertahun-tahun diwar-warkan dan dimomokkan... bagi yang anti-Islam, tujuan mereka supaya tiada umat muslimin yang akan merangkak disalji untuk berjuang keringat menghayun pedang dan memuntahkan peluru pada tentera Dajjal....

Bagi para pejuang kalimah tauhid pula, ia hari-hari yang ditunggu untuk mencari kemenangan hakiki di akhirat...

bagi saya.... saya tetap bertahan seperti sebelum ini. Entah kaki saya akan melangkah pantas mengejar pejuang-pejuang Allah yang lain atau menggeletar terduduk kenangkan nasib keluarga, hanya Allah yang tahu... kita berbicara berbeza dengan kita melakukan... semua orang boleh berbicara, namun tak semua Allah pilih untuk merasa "keriangan" berjuang yang sebenar-benarnya... semoga kita semua merasa "keriangan" itu...

dan saya berterima kasih pada sahabat-sahabat yang memberi pelbagai idea tentang beg survival saya. nampaknya saya kena beli Beg Hiking pulak... macam-macam nak isi... :)
Isteri saya pun dah mula minat nak buat Survival Bag sendiri. hehehe... alat solek ke dalam tu? hehehe....

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan poskan VCD Syeikh Imran Hossein bagi sesiapa yang berminat. Saya salin video syarahan beliau di Youtube hasil usaha sdri NurulSaqeenah (buat subtittle) Ia Percuma InsyaAllah. Tunggu siap... (kos buat VCD lagi murah dari buat buku kecik... hihihi ) ;) cuma saya ada masalah nak burn CD... tak tau nak compress macamana lagi atau convert file... tak muat nak masukkan 9 episod dalam satu CD... nak buat 2 keping, saya kurang kemampuan nak copy banyak-banyak nanti... :)



VCD Membongkar Konspirasi 911 tu pun entah dah berapa saya salin... tak ingat... dan masih lagi menerima permintaan... Alhamdulillah....

Jumpa lagi...

Ya Allah, berilah kekuatan kepada pejuang-pejuang agamaMu Ya Allah...

sedikit hadith untuk renungan....

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

-abuhakeem-

17 comments:

Nurun Nur 9111 said...

salam sejahtera saudara,

bagi saya persediaan yang perlu saya buat adalah...pandang sekeliling,hargai selagi ia ada,dan bersedia mental dan fizikal untuk kehilangan semua tu...selepas satu takdir yang memeranjatkan saya,saya jadi kebal untuk kehilangan semua tu...bila nikmat tu ada,saya lihat,saya nikmati,dan saya tersenyum...sambil dalam hati saya terdetik,satu hari yang entah bila,saya pasti kehilangan semua tu...jadi saya letak ia pada tangan,bukan pada hati...supaya saya tak terlalu merana bila semua tu tiada...

sesuatu yng mendarah daging pasti sukar untuk dipisahkan dengan diri...

wallahualam...terlebih pulak saya rasa mengomen dalam blog saudara...maaf ya...hehe

salam sejahtera buat saudara sekeluarga...:)

Nurun Nur 9111 said...

mungkin saudara boleh layan lagu ni,ada makna dan sesuai saya rasa dengan post saudara kali ni...hehe...

Artist: Jamal Abdillah

(Langit terluka) membisu
(Bumi meratap) keliru
(Baru tertanya) apa salah dan dosa ku
(Bila mentari) tiada
(yang tersembunyi) di mana
(Apa yang ada) hanya kata tanpa suara

Sang mentari senyumlah sepanjang zaman
Yang memberi segunung sinar harapan
Tiap pagi wajah mu pasti menjelma
Tiap janji tidak kau dustai

Bila mentari enggan tersenyum
Alam jua turut derita bersama

Dengarilah pandangilah sentuhilah rasailah
Yang tertinggal cuma hati dan kalimah

(Bila terbukti) firasat
(Akan bertemu) hakikat
(Pasti semua) akan musnah dan binasa
(Temui arah) haluan
(Agar mengenal) jalanan
(Di waktu pulang) tidak sesat kegelapan

(Ku selami) cintanya
(Ku rindui) nikmatnya
(Tiap masa) kucari segenap suasana
(Ku kagumi) sucinya
(Ku mencari) mistiknya
(Lima waktu) kupasti akan ketemui jua

(Hayatilah) agungnya
(Abadilah) kasihnya
(Dan semoga) mentari sudi lagi bersama

(Syukurilah) nikmatnya
(Kembalilah) padanya
(Dan semoga) mentari masih tersenyum manja

AbuHakeem said...

Salam kembali.

Setuju dengan apa yang diperkatakan Sdri,

namun itulah kesan bila berlaku kebergantungan maksima. (asalnya ada artikel berkenaan kebergantungan maksima terhadap teknologi yang hendak saya terbitkan, namun keluar artikel nie pulak)

seperti yg dibicarakan, perlaksanaan berbeza dengan teori. Sejuta orang boleh kata mereka takkan terpedaya dengan fitnah Dajjal, tapi mungkin hanya 300 orang yg terselamat...

dan pengalaman juga akan mengajar kita bagaimana hendak "bertindak mengikut situasi" (salah satu chapter dalam art of Sun Zi).

dan sdri bertuah kerana ada pengalaman awal untuk bersedia bg pengalaman akan datang...

:)

Jazakallah Khairan khatira
-abuhakeem-

ABATASA said...

Salam sdr AbuHakeem dan Nurun Nur

Masa semakin suntuk dan masa juga bergerak semakin pantas. Bersedialah.

Nice article... santai tetapi penuh makna. Terima kasih.

Art_vespa said...

Salam semua,

Artikel yg menarik..cuma nak tambah sedikit dr pendapat saya..

1)Bukan peperangan fizikal or fisabilillah dgn pedang dan tentera spt yg kita jangka akan menjelma..itu semua adlh perang perempuan..

2)Kita masih terkapai2 mengenal musuh sebenar umat islam..Bkn YAHUDI or ZIONIS musuh kita..mahupun orang bukan islam..ada yg lain..

3)Tanda pemuda bani tamim itu smakin dkt..tp pastinya bkn meniru sifat Rasulullah saw..ia automatis..

4)Dajjal itu pasti muncul jua..Ibrt mengenal tokan dadah..pasti kenal kuncu2nya dulu..dan kesan pd penduduk sekiar yg diganggunya..

Anonymous said...

apa yg penting...

Amal Ibadatkita...

yg akan/sedang berlaku tu sebagai muhasabah diri kita akan janji Allah.

semasa kita aman kita terasa kosong semasa kita huru-hara kita semakin apa?

semuanya tentang persediaan kecil dan besar... mana yg dah tau mungkin tak dapat nak jelaskan secara terperinci... nampak tapi tak tau nak cakap macam mana...

kita tetap kerdil sampai bila2...

kita tetap disuruh tunduk dan tawakkal sehabisnya kepada Allah...

kelak berlaku sesuatu yg dahsyat kita mesti berlindung dgn Allah. itu sahaja.

tp mampukah kita dapatkan perlindungan dari Allah?

wallahua'lam

-- abu imran

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,
kepada saudara/i art_vespa,

apa maksud perang perempuan?

maaf,saja bertanya sebab pelik dengar ayat tu..hihi...

Art_vespa said...

Rasulullah saw pernah bersabda bahawa jihad di medan perang itu ibaratnya adalah jihad kecil (Asghar)atau perangnya orang perempuan...

Tetapi jihad lebih besar bukanlah perang. Hal ini bersesuaian dengan
maksud sabda Rasulullah saw ketika Baginda baru saja kembali dari Perang Badr dan diriwayatkan oleh banyak kitab hadis:

“Kita kembali dari jihad yang terkecil menuju jihad yang besar(Akbar),
iaitu jihad melawan hawa nafsu.”

..yg terkandung didalam diri manusia itu..yakni HATI

Peperangan nafsu itu adalah ibaratnya peperangan antara Allah swt vs Iblis latnatullah...Bayangkan kita ingin mengubah hati kita dari kawalan Iblis dan syaitan dr menurut hawa nafsu..utk menyerah kpd Allah semata-mata dan menuntut keredhaanNya

Kalau boleh difilemkan, peperangan dihati itu adlh lebih berpuluh kali ganda hebatnya dari filem 'the lord of the ring' yg dilihat ganas dan hebat..sekian..

Art_vespa said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad said...

Assalamualaikum...

Ramai diantara kita di Malaysia ini khususnya sudah membaca dan mendengar perkhabaran tentang perkara yang berkemungkinan berlaku di akhir zaman ini.

Kesan daripada perkhabaran tersebut, dapatlah kita lihat beberapa perselisihan dan perbezaan pendapat yang berlaku...

Selain daripada mereka yang betul-betul mengkaji, terdapat banyak lagi pendapat yang timbul..

Ada yang berpendapat bahawa kajian tersebut adalah palsu dan karut lalu terus melabelkan para pengkaji sebagai SESAT dan terikut dakyah YAHUDI kerana menilik waktu KIAMAT.

Ada pula yang memberi pendapat bahawasanya perkara ini tidak boleh dikaji kerana ianya adalah milik Allah. Hanya Allah yang mengetahui bilakah berlakunya KIAMAT.

Ada juga yang mengatakan mereka sedar tentang konspirasi yang berlaku dan mengajak ramai orang mengikut mereka menukar WANG FIAT kepada DINAR EMAS..tetapi akhirnya hanya melebihkan kepada perniagaan semata-mata tanpa memikirkan saudara Islam lain yang tidak mempunyai modal untuk membeli emas kerana harga emas semakin terus melonjak akibat orang sibuk melakukan JUAL BELI emas sahaja...

Ada juga yang sibuk share, like, upload dan copy n paste sahaja setiap artikel yang ada dengan beranggapan mereka telah melakukan dakwah...

Tidak kurang juga mereka yang tidak membenarkan langsung setiap kajian konspirasi ini kerana terlalu taksub kepada PARTI masing-masing...

Tetapi bagi saya, tidak ramai yang betul-betul cuba mencari jalan keluar daripada "Apa yang berlaku" ini...

Mungkin kita sudah boleh memulakan satu langkah kehadapan dengan mencari jalan keluar dan bersatu di atas kalimah Allah...

Kita juga sudah boleh mula mencari alternatif sekiranya berlaku bencana kelak, apa yang kita hendak lakukan...Ke mana kita hendak berkumpul...Apa keperluan yang perlu kita simpan...kerana kita sudah sedar kemungkina yang berlaku, tetapi apa pula usaha kita untuk menghadapi situasi tersebut...

Wallahualam..

AbuHakeem said...

Betul sdr ku AHMAD,

setiap apa yang dilakukan, tidak sempurna. Setiap perjuangan pasti ada penentang. Setiap fakta pasti ada yang menolaknya...

sebaik mana kita didunia, pasti ada yang tak puashati...

sejahat mana kita, Allah tetap akan memberi keampunan kerana Allah Maha Pengampun...

setiap langkah yang kita ambil, tak semestinya betul tak semestinya selamat...

hanya USAHA atas kalimah Allah...

ingat kisah Saiyidus Syuhada yang terlupa mengucapkan InsyaALlah....? tiada apa yang berlaku di dunia ini tanpa InsyaAllah...

dan apa yg dikhabarkan Al-Quran dan Rasulullah itu 100% benar dan pasti 100% berlaku. itu sahaja. tiada kompromi. dan tidak salah bg kita mengkaji kerana kalau tak boleh kenapa Rasul mengkhabarkan... dan ingat ayat pertama Al-Quran yang diturunkan...

-abuhakeem-

Nurun Nur 9111 said...

salam semua dan juga Saudara A.Vespa,

terima kasih...barulah saya tahu...benarlah apa yang saudara nukilkan...perang dengan hawa nafsu itulah yang selalu kita kalah...

tapi tak mengapala,asalkan kita saling mengingati dan mendoakan,pasti kita semua bakal bangkit dari dalam...

"hanya dari Dia,datangnya segala Gerak...dan kepada Dia juga Gerak itu akan kembali...sama2la kita mohon supaya sentiasa digerakkan kearah kebaikan...insyaAllah..."

amin..

bani tamim said...

Salam Admin..

Blog ini telah ditambah di blog : banitamim.blogspot.com sebagai pautan pengisian konspirasi. Mohon keizinan ya!

SEJARAH. KONSPIRASI. BERITA. DAKWAH

AbuHakeem said...

Nurun,

Amin...

Sdr ku Bani Tamim,

silakan... tapi blog saya nie apa la sgt... tidak layak menjadi panduan...

Alhamdulillah...

-abuhakeem-

Kumanddie said...

Penerangan tentang konspirasi dunia :


http://www.youtube.com/watch?v=jVyVvMNnSSI



http://www.youtube.com/watch?v=5CW8G7MKF0U&feature=related





http://www.youtube.com/watch?v=LqCB6J0LSLE&feature=related

Alisha Residenc said...

anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
berharap anda jangan keberatan

Anonymous said...

Assalamualaikum Wrt..

Penah tak saudara bermimpi apa2 berkaitan berkumpul semula dengan semua keturunan2 asal..Setahu sy,pada mereka2 yang dipilih oleh Allah pada akhir zaman ini,akan dikumpulkan semula bagi tujuan sesuatu.Ianya bukanlah seperti pertubuhan2 seperti sediaada sekarang,dibuat secara lahiriah,tapi berkumpul apabila setiap seorang mendapat alamat masing2 dari Allah..Bukan diajak untuk berkumpul..saudara faham tak maksud sy?kalau saudara ada nak kongsikan sesuatu secara private bleh email sy di dragonflymohd114@gmail.com