Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan & Kisah hari itu....

Dengan Nama Allah, Penguasa Sekian Alam.

Saya memohon ribuan kemaafan terhadap Allah dan para pengunjung blog ini jika ada salah dan silap... Bulan Ramadhan. selain dikenali sebagai bulan penuh keberkatan, juga sering di sebut sebagai bulan kemaafan.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dari saya Abu Hakeem dan Isteri serta putera dan puteri saya.




Kisah hari itu...... (Keseronokan Menyalahkan dan Menuduh Salah)

"woii Abu... ko nie salah....."
"nie Abu yg salah...."
"semua pasal ko la Abu kita kalah..."
"aku dah buat paling baik.... nie Abu la salah..."
"tadi aku ngan Piza (bukan nama sebenar... tapi hampir2 jer la) dah buat semua nie... Abu la yg buat salah...."


itulah situasinya.... sering kita akan jumpa individu-individu yang dalam bahasa pasarnya kita gelar sebagai 'gila kuasa', 'tamak', 'poyo?' dan bermacam lagi... apa yang mereka ini nak? Wallahuaklam... saya pun tahu, hanya Allah yang Maha Mengetahui....

Tetapi, sikap dan sifat seperti itu yang sering menjengkelkan kita... sikap menonjolkan kehebatan diri disamping menuduh kelemahan orang lain untuk menaikkan imej diri, menaikkan kehebatan diri. Itulah sikap yang saya rasa memualkan ramai antara kita bila terjumpa....

Apa yang kita boleh buat bila berlaku seperti dialog diatas? tak banyak... dan saya sendiri pada beberapa minggu lepas... terpaksa bersabar dengan cukup seksa terhadap 2 orang yang dengan amat seronok bersikap dan sifat seperti ini.... saya berdiam diri kerana almaklum, kebiasaannya mereka tak sedar apa yg mereka lakukan.... mereka akan fikir mereka betul dari segala perlakuan.... macam orang kentut.... orang lain terasa baunya... si kentut tadi tenang-tenang sahaja kerana rasanya kentut dia tak berbau... (kerana dah biasa dengan bau sendiri)....

tak banyak yang boleh kita perkatakan... kerana bagi saya, faktor luar sedar juga berlaku pada individu-individu yang gila dan seronok menyalahkan orang ini... sebab satu ketika, saya pernah meluahkan segala apa yang terbuku, dan mereka ini terkejut dan menjadi 'waras' hampir2 lebih seminggu dari 'hobi' menyalahkan dan menuduh orang.... tak percaya? itu lah yang berlaku... mula-mula risau gak nak tegur... tapi dah over limit... angin pun meletup...

kenapa saya kata mereka-mereka ini seronok? :)

memang mereka seronok. mereka gembira dapat melihat orang lain turut bersama menyalahkan dan menuduh bertalu-talu.... jelas kegembiraan dan senyuman kepuasan... (pelik betul la) dan mereka-mereka ini sering kali saya lihat, mempunyai sifat tamak, dan tidak puashati bila kekuasaan tidak jatuh ke tangan mereka.... mereka puas bila ada kuasa walaupun mereka tak tahu menggunakannya... (lagi la pelik)

mari kita cari subjek kes... ok. kita ambil pemuda ini. nama tak benar dia Epul Don. dia berasal dari utara dan bekerja di selatan sekarang dengan jawatan yg hampir nak kemuncak lagi 2-3 step ke JUSA...

satu hari opis Epul Don nie buat Team Building.... dikendalikan oleh konsultan swasta... errr... kita letak Wak Dan Coach la... Wak Dan coach nie pulak disebabkan staff opis Epul Don nie ramai... dia pun lantik la ketua kumpulan bagi 10 kumpulan yg dibuat dengan orang staff jawatan rendah sebagai ketua... (hidden agenda)

pada permulaan hari, nampak ok... tapi di kumpulan 3 (kumpulan Epul Don) nie bayang-bayang rampasan kuasa dah nak berlaku.... ironiknya, ketua kumpulan 3 nie.. err... amik la nama betul... Wak Abu. ialah seorang yang dengan berhempas pulas menolak kuasa yang diberikan... hehehe.... namun atas amanah dan jelingan bos... terima jer la...

dalam kumpulan 3 nie, ada seorang lagi yang kurang sedikit fanatik dalam 'command and conquer' nie... kita buh nama dia apa ek... er... Piza Dun.... dia nie org Pantai Timur.... so, Wak Abu nie dah memang kenal dan fasih dengan bahasa sikap dan pe'el mereka dah terbayang akan keributan yang bakal menjelma......

sambil tu kita lihat pula kumpulan lain, kumpulan yang dianggap paling lemah ketuanya.. (mereka yg anggap pasal asyik dikutuk jer ketuanya) ketua nya rakanWak Abu... nama dia Wak Jemi..... (driver), Wak Kir, dan Wak Gon... (lain-lain ketua tak payah la) ....


dalam setiap kumpulan ada staff / pegawai jawatan tinggi... malah pengarah.. timbalan pengarah dan ketua-ketua jabatan.... seorang Timbalan Pengarah didalam kumpulan Wak Abu... dihari pertama dah berlaku ke'pening'an pada Wak Abu. setiap arahan yang diterima dari Wak Dan Coach untuk ahli-ahli bawahan Wak Abu telah tidak diambil pusing oleh Epul Don dan Piza Dun. Mereka ingin sering selangkah dihadapan dalam setiap aktiviti.... natijahnya didalam keghairahan itu, mereka sering lepas pandang dan dengar dengan teliti arahan-arahan yg disampaikan.

disebabkan itu, beberapa aktiviti menjadi sukar dan kelam kabut... Wak Abu terpaksa berkejaran untuk menyelesaikan masalah yg sepatutnya tidak wujud jika setiap ahli mendengar arahan dengan teliti.... mudah jer...

Disebabkan Wak Abu ini terpaksa selesaikan masalah yg timbul, maka dia akan kurang kawalan hadapan. Itulah yang menjadi 'motto' 2 orang imperialisma tadi... iaitu, "wak abu nie lembap la... , wak abu nie punya pasal la jadik macam nie.... dan berbagai-bagai lagi...." walhal, mereka berdua melangkaui arahan dan terburu, menyebabkan Wak Abu tadi terpaksa tangguh sebarang pelan dan strategi untuk aktiviti... memandangkan kebajikan ahli perlu dijaga... yer la. timb. pengarah tu dah la perempuan, warga perak lak tu... (hampir jadik emas).... dan ada lagi 2 orang perempuan.... malah Wak Abu sukarela membantu ahli kumpulan lain yg tak berdaya.... yang lemah dan letih.... (yer la jungle tracking dekat 2 jam untuk warga perak....)

sambung 2-3 hari akan datang.... (ada tempahan pulak)

2 comments:

kerol said...

ramai yg suka tuding salah kat org lain driapada nak muhasabah diri sendiri.. nak mengaku silap tu la yg paling ditakuti...

nak mintak maaf pun kengkadang jadi terlalu berat.. harap aku tak macam tu.

AbuHakeem said...

biasalah la sahabat... cerita nie pengalaman yg benar2 menguji kesabaran. Subjek matter nie pun memang dah terkenal dengan "only myself is right".... nak buek camno...

kadang2 ada orng yg boleh disedarkan melalui cara yg keras... ada yg melalui lemah lembut....

-abuhakeem-