Tuesday, May 31, 2011

Kisah pukul 3 petang hari sabtu

Nabi Anak Yatim

Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah

Ayahnya meninggal dunia
Tika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa'
Kembali ke alam baqa'

Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahaya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung

Maaf saudara pengunjung... teralu lama rasanya saya tidak mengeluarkan artikel / coretan dalam blog ini... bukan saya melayan sedih kehilangan rakan... yang pergi tetap pergi... kita jua menyusul kemudian hari... bersabar sahaja. tidak lari sesaat awal atau sesaat lewat... janji Allah itu PASTI... hanya Iman dan Amal yang bernilai tinggi, untuk bekal kita nanti....

Ya... di atas tadi lirik nasyid dari RAIHAN. berjudul NABI ANAK YATIM. bukan baru keluar, dah lama... tapi saya saja nak refresh kat dalam blog ni.

kenapa? kerana satu peristiwa... seperti biasa, saya suka bersendirian bila masa-masa lapang... biasanya 2 kali sebulan pada hari sabtu ketika isteri bekerja... saya tinggalkan anak di rumah mertua. saya pergi melepak...

Ya saya pergi melepak... malah saya melepak di stesen bas, di tepi pantai, di shopping komplek, Carrefour, BP Mall... mana lagi? mana-mana yang ada ramai orang... saya akan mencari tempat duduk yang boleh saya lihat orang ramai. Yang boleh saya perhati tingkah dan kelakuan kita sebagai makhluk manusia ciptaan Allah... dengan kapcai sahaja...

Satu hari, saya berada dihadapan panggung wayang di BP Mall. Saya layan kerusi urut berbayar. RM 1 sahaja. selesai sahaja ada 2 orang kanak-kanak lingkungan sekolah rendah.

"Pakcik, ada RM2 tak?"

"Nak buat apa?"

"Nak beli KAYA Ball... harganya RM2.50.. tapi kita ada RM0.50 jer..."

"Ni datang dengan siapa?"

"Kita berdua jer pakcik..."

"Dari mana?"

"Dari PESTA. naik basikal tadi..." (pesta tu nama kawasan)

"Buat apa? dah lama?"

"Main Game. Tadi pagi dah sampai" (ketika dialog nie dalam pukul 3 pm)

"Acik bagi RM5, belikan acik sekali boleh? tapi lepas tu kena duduk dengan acik, nak berbual2.. boleh?"

"No problem la acik! best la acik nie!" (dan beberapa kata-kata yang saya tak paham slanga nye..)

kami kemudian duduk diruang medan selera yang bersebelahan dengan tingkap yang luas dan boleh nampak pemandangan luar dari atas.

Selepas beberapa pertanyaan peribadi, saya bertanyakan pasal pelajaran mereka... salah seorang yang nampak manis dan berkacamata (saya betul2 lupa nama mereka!) malah boleh berbahasa inggeris dengan baik! dan melayan saya dengan speaking london nya... dan sering kali rakannya marah kerana kurang faham... dan terhamburlah kata-kata kesat dari kedua rakan ini. tanpa segan dihadapan saya yang tidak sangat terkejutnya.

'BODOH' adalah lumrah yang saya dengar... dan berbagai lagi yg sinonim dengan rancangan realiti tv pun banyak... saya lihat sahaja... belum masa nak menegur... sejauh mana beraninya mereka seberani mereka mintak duit tadi. tapi sekurang-kurangnya 2 anak waris ini masih jujur.

"adik ada pergi masjid dengan abah tak?"

"tak, saya pergi dengan dia jer... tapi abah dia pergi juga" dari si kacamata

"maghrib jer..."

"solat Jumaat?"

"Abah sembahyang kat tempat lain... dia kerja la pakcik hari jumaat" senyum saya...

"Waktu solat lain?"

"Kat rumah..." dengan ragu-ragu dari kawan si kacamata.

"saya maghrib jer..." jujur betul! dari si kacamata.

kemudian saya bercerita beberapa kisah tokoh Islam... yg memang mereka total tak kenal. namun bila ditanya siapa tokoh Islam yang ada dalam memori mereka... OSAMA BEN LADEN...

:)

keluar juga watak abang Kamil...
juga Saidina Abu Bakar... dah Alhamdulillah...
lagi....?

disebut nama HAMAS.... ok lah tu... kira dijamakkan semua watak kot... saya senyum lagi... seronok betul lihat keletah 2 anak ini... berebut-rebut nak bagi nama... tapi sikacamata lebih serius....

Nabi Muhammad?

masing-masing terdiam... "dia kan Nabi, bukan tokoh" pulak...

:)

"ok apa yang adik tahu pasal Nabi kita? dan jangan sebut dia... kita perlu hormat dengan panggilan baginda... kalau boleh la ya..."

........................................






bukan nak mengaib sesiapa... mereka amat kurang fahaman dan pengetahuan dengan sirah asas Nabi Muhammad S.A.W

bagaimana terjadi? jangan lah kita menghala telunjuk pada sesiapa... lihat dulu diri sendiri.....

dan saya hadiahkan MP3 nasyid RAIHAN ini pada mereka... (ada henpon mereka nie... lebih hebat dari milik saya...)

lama juga kami berbual... lebih kurang hampir pukul 4 petang saya meninggalkan mereka... harap-harap beberapa pesanan dan sedikit tunjuk ajar saya dapat mereka ingat... InsyaAllah..

sebelum balik sempat saya bertanya....

"tadi main game abis berapa RM?"

"saya abis RM60 jerrr.. dia dah abis RM100"

itu yang betul-betul buat saya terbeliak!!!! melopong saya 3-4 saat....




(panjang kisah saya bersama 2 kanak-kanak nie... namun saya tekankan sirah Nabi kita yang semakin dilupakan waris-waris.... malah remaja dan dewasa.... tak percaya? jom lepak lagi... dengan remaja pulak...)

3 comments:

Anonymous said...

Realiti zaman sekarang. Budak-budak makin banyak duit dan canggih manggih. Jauh lagi hebat dari 10 tahun lepas.

merah_s said...

Terharu kumembaca ini..

AbuHakeem said...

sebenarnya mereka kata Nabi Muhammad tu dah level dewa-dewa...

takut juga jika ada yang mengajarnya sebegitu... menyamakan Nabi dengan Tuhan.

tapi mereka masih menerima ilmu dan tunjuk ajar... berbanding remaja di stesen bas dan Pantai minyak beku...

kalau tak terima makihamun kira nasib lak....

:)