Monday, April 21, 2014

Manusia tidak pernah Jemu dengan Angkuh dan DOSA.

Dengan Nama Allah Yang Menguasai Segala Yang Ada di Langit dan Bumi.

Selawat dan Salam kepada Rasulullah s.a.w. Susuk yang membawa kehormatan pada manusia.


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada sekalian pembaca...

Dah malas sgt nak buat artikel nie...
Dah jemu nak menaip...

Dah tua...

Tapi, hari2 yang sama dilalui,,,,
hari2 yang sama dirasai....
hari2 yang penat memerhati....

termasuk diri ini... angkuh... dan berdosa.

Namun tugas dakwah ini tiada noktah... ya. Mana2 guru pun pasti akan mengatakan yang sama. Malah sehingga mati juga menjadi dakwah.

dari tajuk....
Apa yang ANGKUH?
Apa yg DOSA?





pembaca di blog ini semua InsyaAllah akil baligh... mumais... malah berpelajaran lebih hebat dari penulis...

Tapi selama menjalani hidup harian di pejabat, di rumah, di tempat awam, dimana2.... saya sering alpa pada sikap angkuh.... adakah susah nak jumpa sikap ini? Pergh... senang giler sebenarnya...

Kadang2 kita tak perasan bila kita bersikap angkuh... kadang2 satu pernyataan yang bukan milik kita, telah kita perlaksanaan umpama kitalah pemiliknya... tanpa menerima pandangan dan pernyataan orang lain...

Haaaa... angkuh la tu....

kalau biasa dengan blog nie mesti tau... penulis akan bercerita atas dasar pengalaman sendiri....
Banyak perkara yang berlaku... tapi... tu laa... MALAS.... dan kekangan masa... banyak sgt buat kerja dunia... huhuhu...

Ada satu hari tu, penulis sekeluarga balik dari menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu isteri di daerah batu pahat jua... ketika balik dari majlis, berniat nak bawa keluarga ke bandar untuk berbelanja.

ketika di lampu isyarat di Simpang Lima, keadaan masih biasa... melepasi lampu isyarat.... ok lagi... kemudian terdapat deruman kereta di belakang... hampir betul... istilah biasa - cucuk rapat... hahahaha

kemudian kereta berkenaan mula cuba memotong menggunakan bahu jalan.... dalam hati terfikir,.. tak nampak ke kereta berduyun depan aku nie.... jauh mana la kalau dpt memintas pun... so penulis membiarkan kereta yg umpama gila talak tu dengan cara pemanduannya.... penulis just follow kereta depan dengan jarak selamat insyaAllah.

sampai la di persimpangan 4 di jalan bakau condong... penulis mengambil kedudukan barisan kanan sekali kerana hendak membelok kanan setelah lampu isyarat memberi tanda nanti. depan penulis sebuah lori 1 tan. belakang pula kereta Honda Accord baru kaler putih... penulis lebih kurang kenderaan yang ke 4-5 dari  kenderaan pendahulu...

Lampu hijau... bergerak la semua kenderaan di barisan kanan membelok ke kanan... bila giliran penulis hendak membelok, muncul semula kereta yang gila talak lagaknya itu cuba memintas dari sebelah kanan. walhal ruang itu motosikal pun tak lepas!!!

kemudian kereta itu menghimpit kereta penulis dan memaksa untuk memberi laluan sehingga bergeser dipintu kanan kereta penulis.... dalam hati dan perasaan tiba2 Chakra Membunuh muncul....

dengan perasaan yang membuak2 marah, penulis mengejar kereta yang membuat onar itu... sehingga dihadapan sebuah bank penulis berjaya menyekat kereta tersebut.

disinilah tipical malaysian malay akan berlaku... Pemandu onar itu keluar dengan segera sambil memaki hamun tanpa berhenti... penulis nak mencelah pun x sempat....

Penulis memerhati dulu dalam kereta dia... ketika pemandu onar tu semakin mensamsengkan dirinya.... penulis pun bertanya...."kau nie tahu ker tak kau buat salah?"

jawapan paling best "Aku tau aku salah... kau nak buat apa?!"

Hahahaha.... memang rasa celake jer time tu.... tunggu la jugak dia nak debik ke terajang penulis... padahal penulis pergi rapat gile kat pemandu onar tu.... tak pulak berani nak gaduh... mulut jer bising... sama mcm spesis kat opis yg bangang tak berajar... (tu citer nanti)

mungkin pikir 18 kali juga kot tgk penulis tinggi dah 188cm.... singsing lengan baju n cekak pinggang.... dia terus masuk kereta... penulis ketuk cermin.... "Balai Polis jer bro... jom"

keluar balik... "apa ?!! ko ingat aku takut... pergi la balai..."

pendekkan citer kurang ajar nie... penulis pergi le balai polis... buat laporan.... dan kemudian meminta nasihat dari Pegawai polis trafik yang bertugas samada nak dakwa atau tidak.

Sebab sebenarnya jika malaun itu meminta maaf dan betul2 ada masalah saya tak kisah pun.... kesian gak kang tido lokap.... huhuhu....

so, Pegawai bertugas tu bagi saya no hp seorang Sarjan yang Bertugas... saya keluar balai dan bercadang pergi shopping kejap. ternampak ada orang mengendap di balik2 pokok.... saya panggil polis dan beritahu itu la malaun yg langgar kereta saya...

nak tak nak dia terpaksa masuk balai dan buat statement.

Penulis blah..... kemudian sambil shopping penulis telefon Sarjan. cerita itu ini...  Sarjan panggil saya ke balai polis.... kebetulan dah membeli belah.... (beli kek jer pasal bithday adik ipar)...

Saya sampai dibalai dan pegawai bertugas menegur saya... dia kata malaun itu terpekik pekik dalam balai memarahi saya kerana perkara kecil bawa ke balai polis, dan memberi alasan dia memandu macam setan kerana anaknya lapar.....

Huk aloooo.... tak payah penulis.... Polis 2 orang kat balai pun gelak... agak2 la kan...

Saya pun berjumpa dengan Sarjan... menceritakan dengan penuh detail situasi dan duduk perkara kejadian. dengan rendah diri saya memohon pendapat Sarjan kerana beliau arif dengan tugas dan tata perkara ini...

Beliau melarang saya menarik kes. ada masa dan tika kita boleh lembut hati... tapi Sarjan tu sakit hati dengan orang yg kureng ajar... dah tau salah pun nak berlagak lagi...

Jadi, saya pun buat la report rasmi... dalam perjalanan balik saya jumpa malaun td sedang menapak... folo-folo.. jauh juga dia jalan dari Balai polis... smp KFC nyorok keta... plat WRY ke tak ingat la...

nampak kat mana ANGKUH tu?

susah sgt ker nak hormati peraturan?
hormati pengguna lain?
hormati harta benda orang lain?
hormati maruah sendiri...
hormati maruah isteri dan anak2....
hormati tempat kerja orang (kes balai polis)
hormati orang yang arif dengan tugas2nya...

adakah dengan menghormati sekeliling anda akan nampak lembik? nampak lemah? nampak bangang?

Peraturan di buat untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan bersama... bukan suka2 buat.... manfaatnya pun makan sama2....

Semoga pemandu malaun itu insaf....

DOSA? - nie dosanya.... penulis panggil pemandu itu MALAUN. bukan tak takut dosa... tapi insan biasa yang penuh rasa amarah. Ya Allah ampunkan aku kerana aku telah memaafkan pemandu yang tidak berhemah itu atas kelakuannya pada ku, keluarga ku dan harta ku. InsyaAllah.

BONUS CERITA

ha... nie kisah opis... Saya dah kerja kat opis bertahun2... hampir  20 tahun dari swasta sampai la pejabat pentadbiran kerajaan. nie citer pasal wanita... mulut... suara.... suami... kelambu.... suar dalam.... heheheh...

apa tu?... meh citer dulu....

Pengalaman saya kerja di opis swasta... 4-5 kompeni la jugak... biasa jer... cuma tekanan kerja lain pasal profit is all matter bg syarikat swasta... then masuk la ke Jabatan kerajaan di Kuala Lumpur... tepatnya di Damansara Heights tahun 2004... saya di post beberapa tempat... berkongsi ruang dengan pelbagai jawatan dan rakan pejabat... lelaki dan perempuan....

sama seperti di pejabat swasta.... situasi aman dan biasa2 jer... boleh bekerja dan mudah bekerja....

kemudian saya bertukar ke Batu Pahat.... post pertama saya di bawah Perolehan... cabaran baru kerana saya tak pernah buat kerja2 perolehan... tanpa ketua untuk bimbingan saya bertungkus lumus untuk mahir dalam tugas yg diamanahkan....

kebanyakkan masa saya guna rujukan fail sejarah dan buku perkhidmtan... dan beberapa rakan yang pernah duduk dipost saya ini.... masa ini terlalu sibuk bagi saya... sabtu dan ahad pun kerja... balik  malam...

kemudian saya dikehendaki mengurusakan Fail dan Rekod... lagi mencabar kerana prosedurnya nampak mudah tapi kritikalnya didalam sesebuah jabatan adalah sgt tinggi.saya duduk dalam bilik khas... beberapa tahun kemudian saya dikehendaki membuat Servis Perkhidmatan Profesional pulak.... lagi la mencabar berdepan dengan kakitangan yg nak kena servis.... hahahah....

yg nie post saya bersebelahan dengan pelbagai unit....
semakin lama saya semakin mahir..... semakin mudah segala tugas berkat rajin belajar dan mengkaji...

tapi semakin susah nak buat kerja... kenapa?

opis macam pasar ikan. tp yang peliknya, hanya 3 orang jer yg bercerita... perempuan....
nie kalau geng2 seperguruan duk opis nie mau ishtigfar panjang... suara 3 orang kuat sampai boleh tembus bilik meeting, bilik fail... silap2 tandas lelaki....



Ada gak terpikir nak tanya guru bab suara wanita nie... tapi teringat, dia cerita kisah Rasulullah suruh wanita banyak beristigfar dari berborak kerana Rasulullah amat mengasihani kaum wanita...lalu wanita bertanya kenapa...? Rasulullah beritahu, wanita la yang akan memenuhkan neraka...

Secara mudah bg saya yg daif akal ini, Rasullullah dah tau wanita nie sampai akhir zaman hobi berborak sampai lupa dunia nie menjadi urat dan nadi mereka... dan bila berborak pasti bergelak....

Saya tak ingat tapi InsyaAllah hadith dari Bukhari ada mengatakan Rasulullah mengatakan banyak ketawa itu akan menggelapkan hati....

bayangkanlah kalau hati dah gelap.... anak, suami... semua diuruskan tak ikut sunnah... hilang lah rasa hormat...botingket-tingket la angkuhnya hatta dengan suami.... camana?

Saya bukanlah baik dan ahli dalam mengerjakan sunnah, tapi sebagai lelaki, merangkap suami, abah dan ketua keluarga, sering kali cuba belajar bersama2 isteri untuk mencari tempat dalam syurga... kerana pahala itu diakhir zaman susah nak dapat... dosa berlambak... tak dapat pahala janji jangan dapat dosa...

Sering saya bayangkan bagaimana isteri di pejabatnya... adakah sama mengeluarkan suara dengan kuat dan ketawa mengilai sampai ajnabi boleh mendengar sehingga menghadirkan perasaan yg lain...?

patutlah mantan bos saya pernah bercadang nk tukarkan unit yg bising ini ke lokasi lain... dah lama rupanya bos tegur tapi x makan diajar... Ya Allah.... ramainya rupanya yg hanya menggeleng kepala bukan sahaja saya... malah kaum wanita yang lain...

ada juga yg berpesan pada saya supaya menegur mereka.... mcm mana lah nak tegur... mereka2 itu perempuan, isteri kepada suami mereka, ibu kepada anak2 mereka... maknanya mereka itu sgt dewasa dari fizikal dan akal (sepatutnya) utk menaakul sendiri kelakuan.

Malah wanita juga yg kata berasa malu dengan perbuatan mereka dan terbayangkan bertapa malunya suami2 mereka...

Tapi... bagi yang waras akan berfikiran begitu... mereka?

ADA AKU KISAH...!
malah baru2 nie saya dijerkah..."Nak senyap gi duk dalam GUA!"

ikut rasa amarah, aku hempuk dengan keyboard nie! perempuan ker lelaki aku langgar jer! Mati dan hidupku ditangan Allah...!

adakah dia sedar opis yang dia bekerja nie hak milik bersama... bukan milik dia... bukan milik abah dia... bukan milik suami dia!

Dan wajarkah bagi orang lain mendengar kisah tilam, suar dalam... malah mendengarkan pandangan2 yang tak masuk akal dengan isu yang lagi la tak masuk akal.... 

ketenangan dan suasana aman damai adalah hak dalam tempat kerja. ia hak kepada semua yg dibawah bumbung itu... andai kata nak sgt mengkucarkan kedamaian opis... pergi la cari gua sendiri... BARU BETUL! tak salah guna hak orang lain!

nasib baik la isteri saya sering ingatkan saya agar menjadi penyabar (walaupun dah lama tak memancing)...

So nak cerita la kat sini.... best ker angkuh dengan
tidak menghormati orang lain?
tidak menjaga kehormatan diri?
tidak menjaga kehormatan suami?
tidak menjaga kehormatan pejabat?
tidak menjaga kehormatan AGAMA ISLAM?

kerana Islam ada garis panduan bagi suara wanita walaupun jumhur Ulama sepakat mengatakan suara wanita bukan aurat... tapi ada batasan yang ketat!

Sangat ketat sehingga suara wanita boleh menyebabkan bukan dia, malah suaminya juga ke neraka!

Fikirkanlah....

Saya bukan menegur... tapi saya mengingatkan diri ini yg sering lalai dan leka....

HAIIII...... PEREMPUAN..... jika suaminya pandai mendidik, bersama2 la ke syurga.... kalau suaminya tak amik kisah.... maknanya nak cari bidadari syurga sorang2 la tu.... hehehehe..... ataupun sebenarnya dah ada bidadari lain didunia.... huhuhu....


-AbuHakeem-
Batu Pahat Archer

Abu Hakeem Archery Academy




2 comments:

Anonymous said...

Referenced by The Wiki - instead of quoted: A computer virus
can be a destructive (Computer program or script) which has the ability to replicate and enable itself to give
its virus, (the 'Malicious' software program or script), along with other computers.
I ensured everything was correctly aligned, and stuck the paper to the proto-adapter.

Human fallibility when combined aging hardware guarantees
these complaints will never ever finish.

Also visit my webpage - discuss ()

Unknown said...

شركه مكافحه حشرات بالرياض
شركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
شركة مكافحة الفئران بالرياض
شركة مكافحة الصراصير بالرياض
شركة مكافحة الحمام بالرياض
شركة رش مبيدات بالرياض
شركة رش دفان بالرياض
شركة رش مبيدات بالخرج