Dengan Nama Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Kaya....
..
.
.
.
Aku berlegar-legar di ruang sekolah rendah ku…. Ramai orang…
dan aku melihat beberapa muka… hampir 10 orang yang aku kenali….
Dan hati ku
cukup terusik melihat rakan sekelas yg amat lama tidak ku jumpa dan hubungi…
Serena… atau Puan Serena sekarang… rasa-rasanya last aku berhubung masa zaman
bujang ketika dia mengambil matrikulasi di UKM @ UM (rasanya) dan aku di UiTM Shah Alam…
Dan ku lihat lagi… beberapa rakan-rakan lama ku… ada Fauzan,
ada Shahril, ada bekas EO aku, akauntan hebat Razman, dan beberapa orang lagi….semuanya berpakaian
kemas dan hebat…. Semuanya dalam suasana yg amat keterujaan….
Kemudian aku lihat seperti sebuah lambang dinaikkan di
tengah gelanggang badminton antara dua buah blok akademik sekolah rendah ku
itu. Logo atau lambang yg kurang jelas itu tertulis perkataan FREE THE PEOPLE.
Jelas perkataan itu…
Dan entah kenapa aku berlari menaiki tangga ke tingkat 3
untuk mencari perpustakaan… didalamnya aku lihat Puan Serena bersama 2 orang
lain sedang berbincang mengenai sebuah buku.
Aku cuba menyelit, tiba-tiba aku ditahan oleh 2 orang
berpakaian kemas dan rapi. Sut lengkap tuxedo… aku diiringi ke bawah semula. Ke
khalayak ramai di gelanggang badminton dan terus menuju ke ruang perhimpunan…
ditengah-tengah ramai itu duduk seorang yg amat santai dikerusi sambil melipat
kaki…. Lelaki itu berkulti cerah memberikan identiti bangsanya.
Aku lihat pelbagai aviation terawang-awang disekeliling
lelaki tadi. Dalam saiz kecil. Di bawah pula pelbagai kenderaan melata yg
bersaiz kecil…. Kemudian aku dibawa kehadapan dia… dan aku lihat, orang-orang
yang aku kenal (rakan-rakanku) berada dikeliling ku…. Seperti menunggu dengan
penuh teruja apa yg akan keluar dari mulut lelaki itu….
Dan aku denganr sayup-sayup, jeritan orang ramai…menjerit
penuh gairah FREE THE PEOPLE… dari kejauhan aku melihat, seorang demi seorang
terbaring, tertiarap, terduduk lemah….. sambil memerhati kapal-kapal terbang
mini menarik cahaya dari diri mereka….lantas terbang pergi sambil meninggalkan
yg terbaring, tertiarap dan terduduk itu lemah dan pucat… mati ku rasa….
Dan lelaki itu berkata…. “Ikutlah aku… aku akan membawa kamu
ke alam kebebasan… aku yg kan membebaskan kamu….”
Aku lihat, rakan-rakan ku seperti terpukau… mendaftar ke
dalam pertubuhan FREE THE PEOPLE itu….
Perasan teruja ku hilang berganti
kesedihan yang melampau…
aku terasa airmata mengalir tanpa ditahan-tahan….
Aku
rasa kehampaan melanda dan menumbuk dada ini…
aku rasa kekalahan yg amat
sangat….
Aku rasa keputus asaan yg sunguh mendalam…
dan aku melangkah dibelakang Razman….
Perasaan yg amat hampa melanda sehingga aku seperti mahu
bertekuk lutut dihadapan lelaki bertuxedo itu…
dan ketika hadir 2 orang ingin
mengambil suntikan untuk darah ku…. Amat pantas, satu tangan menarik ku dan
mencampak ku jauh hingga ke tepi kantin…
kurang dari sesaat, aku pasti aku
melihat kelibat arwah Abah… aku pasti!
Aku melihat kembali satu stesen pendaftaran… aku melihat
mereka diambil darah dan disuntik kedalam aviation dan satu lagi kedalam
kenderaan melata… dan kemudian ……
….
….
….
Mereka berpasrah bahawa mereka perlu mati…. Entah untuk apa…
Aku menangis melihat rakan-rakan ku…
Aku tak tahu untuk berbuat apa? Aku memanggil… mereka diam
dalam kehampaan diri mereka….
Aku memaksa diri… aku menarik tangan Serena… dia umpama
dikejutkan dari lena…. Aku minta dia lari…. Namun dia menangis dan berkata… dia
tak tahu apa yg perlu dilakukan…. Dan kemudian dia memberitahuku….
Satu password….
Untuk satu kunci….
“BERTUKAR KAWAN”
Apakah maksudnya…? Dia berulang-ulang mengatakan ayat yg
sama sambil mengeluh menangis…
dan lelaki misteri itu bergelak tawa.... lantas dia mengucapkan kan... "Mereka akan mendapat nama... dibelakang nama-nama mereka itu ku berikan AVEDAN..."
dan lelaki misteri itu bergelak tawa.... lantas dia mengucapkan kan... "Mereka akan mendapat nama... dibelakang nama-nama mereka itu ku berikan AVEDAN..."
Dan aku tak dapat menghampiri rakan-rakan ku… dan lelaki
misteri bertuxedo berkulit kuning langsat itu….
Dan sejurus sebelum aku membuka mata….
“mereka memindahkan roh… mereka menahannya dengan harta….
Kamu tahu apa yg perlu dilakukan…”
Dan aku celik subuh itu… tapi aku masih tak tahu apa yg aku
perlu lakukan….
Hanya PM Puan Serena di facebook…..
apa itu AVEDAN?
aku ini orang yg malas.....
apa itu AVEDAN?
aku ini orang yg malas.....
…………………………………………………….
Aku bukan insan yg baik…. Tapi
aku berharap dijauhi menjadi insan jahat….